Tuesday, July 27, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 9:27 PM
WADUH..lama bangat nih ngak update deh? Hehehe ntah kena hantuk kepala kat mana tetiba tercakap Indon pulak.mungkin sebab bannyak bangat baca buku rujukan Indon kot.lately aku kena research about a medicinal plant named Mahkota Dewa or so called.origin from Indon and tak senang kalau try to find out kat Malaysia ni.setakat ni yang berjaya memiliki pokok ni salah seorangnya akulah.itupun baru anak pokok yang dalam kultur lagi.tak tau buleh hidup ke tak.tapi aku harap sangat2 ia hidup segar bugar and aku berhajat nak tanam kat depan rumah aku.mak aii bangga oi kalau dapat tanam ni.kalau orang Indon tengok,depa sembah pokok ni.haa sungguh.tak caya cuba la baca kat www.mahkotadewa.com Actually boss aku dah try buat dalam bentuk rebusan.tapi aku rasa ada cara yang lebih baik dan mudah dan berkesan.aku tengah cuba sedaya upaya ni.sebab tulah lately sibuk gila sampai tak sempat langsung nak jeling-jeling blog ni.(ALASAN!) So rasanya setakat ini dululah coretan berharga aku untuk hari ini.Enjoy Your Job Babeh!

Monday, June 28, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 1:07 PM
Aku rasa baik aku ketepikan dulu kerja-kerja aku yang berlambak kat opis nih. Aku dah betoi2 tensen tahap singa dah ni. Aku bukan sahaja penat buat kerja, malah aku jugak tensen dgn staf. Aku dah cuba sedaya upaya untuk takmau rasa tensen lagi. Aku dah cuba gunakan beberapa skills untuk menenangkan diri. Tapi ternyata tak berjaya. Cubalaa kalau korang kena macam aku, sure takleh nak cool punya.
Cerita pertama, ada sorang akak ni, baru ditukarkan dari branch Ampang ke sini (HQ). first time aku jumpa dia, ok laa buleh join laa. Dia jenis banyak cakap. Tapi dah lama2 ni kalau asyik bercakaap aja sepanjang masa, mana tak bengang? Oi Diam Laa! Kalaulah aku buleh jerit macam tue..yang paling tak bestnya lagi, sekarang ni dia dah pandai2 dok mai jenguk2 PC aku. Jenguk sampai ke monitor pulak tu. Pastu siap mengarahkan aku carikan maklumat utk dia kat internet pulak. Hello…Then ada lagi. Dia siap memberi cadangan utk aku cari keja kat JobStreet. Dia siap cerita pasai JobStreet kat aku. Cewaah..dia ingat aku ni apa? Dia taktau yang aku dah mula join Jobstreet sejak aku First Year kat university lagi. Hey I don’t need any information about thatlah! Dah laa apa yang dia cakap tu tak betoi, just enough to tell yang dia memang tak pernah tengok pun website JobStreet tu. Hooh…
Bila aku tengah focus nak buat keja, dia mai dok tanya itu ini. Macam mana aku nak buat? Nak aja aku siku muka dia time tu. Sampai dah tak tahan sangat, aku hempas kertas, pastu aku lari pi department marketing. Padan muka dia. Padan muka aku jugak sebab takleh nak siapkan keja.
Ok itu cerita hari Sabtu lepas. So, bila mai hari ni keja aku banyak yg menunggu sebab aku tak siapkan hari tu. Ini yang buatkan aku bertambah membara kat dia. Ya Allah…berikan aku kekuatan untuk menenangkan diri…

Friday, June 04, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 9:05 AM
Huh, kata nak tulis blog hari2 konon. Tapi walaubagaimanapun aku sanggup memaafkan diri aku sendiri sebab aku ada alasan yang amat kukuh untuk tidak menulis selama beberapa hari. Aku sibuk amat dengan kerja. (Macam laa aku suka sangat buat kerja2 tu).

27 May 2004, Khamis
Aku terpaksa, diulang, TERPAKSA buat kerja yang sepatutnya setiausaha aku, atau pembantu aku, atau kerani pejabat, atau orang lain yg bukan aku buat. Aku kena buat semua dari awal sampai habis. All alone. Dari planning kertas kerja, sampai menaip, lepas tu print, lepas tu fotostat, lepas tu stapler, susun dalam fail, laminate siijil, dan ntah apa2 nonsense things yang aku kena terpaksa buat. Sebab apa aku yg kenaaa????? Sebab esok ada meeting semua pengurus cawangan seluruh Malaysia yang akan datang ke sini, HQ. orang yg bertanggungjawab sediakan fail2 ni cuti. Sorang cuti p umrah, oklaa takkan aku nak marah. Yang sorang lagi ni yg aku nak marah sangat. Ok dia cuti katanya kata orang dia MC. Tapi awat kau tak call aku pagi2 habaq nak ambik MC? Aku tahu dia sakit, tapi aku sakit? Ada orang tau? Aku sakit hati. Dia tinggalkan keja2nya yg bersepah2. yang perlu disiapkan petang ni jugak. Yang perlu dibentangkan esok pagi. Kepada semua pekerja di luar sana, tolonglah ambik iktibar dari kisah ini. Jangan menyusahkan orang lain kalau nak cuti. Pesanan ini tanpa bayaran.

28 May 2004, Jumaat
Pagi2 lagi aku dah bersiap sedia dengan fail2 yang AKU siapkan semalaman. Alhamdulillah..meeting berjalan lancar walaupun ada sedikit kejutan, iaitu Pengarah Urusan I tak dapat datang. But it’s ok. Not a big deal. Meeting nampak lebih relax and more fun tanpa dia….hehehe sori boss….
Petang, aku bawak kakak2 pengurus dari luar negeri aku ke tempat paling best untuk pompuan : Padang Besaq. Aku lepaskan depa bershopping ria kat situ. Hmmm…makan besaq tokey2 kedai Padang Besaq hari ni…

29 May 2004, Sabtu
Hari paling penat. Stat pukul 8 pagi aku dah terpacak kat kilang. Hari ni ada HHC – Holistic Healing Course. Kami semua berkursus dari pagi sampai malam. Petangnya aku balik dulu ke rumah. Malam aku suruh mak hantaq. Sesi malam habis pukul 12. aku penat sangat, tak larat nak balik rumah lagi. Aku tumpang tidur rumah Kak Bee dgn Eja dan Emah.
Rumusan yang dapat aku buat dari kursus ni : Waaahhh….banyaknya ilmu aku dapat! Tapi ada jugak yang tak memuaskan hati aku : Pemberi kursus ni nampaknya tak betul2 menguasai bidang biologi dan perubatan. Jadi aku dapat menilai beberapa kesalahan dan kesilapan dalam penerangan dan nota yang dia bagi. Isk, ni yang buat aku tak berapa yakin ni…

30 May 2004, Ahad
Ada lagi kursus tu. Tak habis lagi. Hari ni dimulakan dgn riadah. Pastu ada discussion, ada latihan amali. Tapi aku masuk sekejap aja. Sebab aku belum sediakan lagi kertas kerja yang nak digunakan esok. Adusss….aku terpaksa pi opis. Waduh waduh…hari Ahad pon pi opis jugak? Rajinnya aku?
Aku bekerja di opis sampai pukul 6 petang. Dan untuk pengetahuan semua, ini tak dikira sebagai OT tau! Tiada bayaran atas kerelaan aku bekerja….Huhuhu…takpalah ini tanggungjawab.

31 May 2004, Isnin
Pagi ni ada kursus GMP untuk semua operator. Dan pensyarahnya ialah : Aku sendiri. Hahaha…Kellasss gitu ! Cuma yg jadi masalahnya macam biasalah, kertas kerja memanglah aku yg planning, aku yg taip, aku yg fotostat. Tapi takkanla sampai kuih muih utk minum pagi pun aku yang kena sediakan? Adoiii…..Dan realitinya, itulah yang aku buat. Kepala aku sakit sangat2 pagi ni. Semalam pun aku tak tidoq kat rumah. Aku tidoq kat rumah company sebab terpaksa temankan peserta dari Indonesia yang tak balik lagi. Pagi2 aku bergegas balik rumah, tukaq baju, dan shoot pi kilang. Semua orang dah tunggu aku. Sampai kilang ada masalh pulak. Ada orang tu (dari Department Training) nak berebut dewan kuliah dengan aku pulak. Dia kata dia kena bagi penerangan pada pelawat yang akan datang pagi ni. Aku kata : kami dah plan kursus ni dari 2 minggu yang lalu. Aku buat bodo dan ajak semua peserta masuk dewan. Aku buka majlis dan teruskan ucapan. Habis.
Tengah hari kepala aku makin berat. Aku call Eja suruh buat cuti setengah hari. Aku balik rumah. Tidoq. Betapa badan aku yang tinggal rangka ni amat dahagakan rehat dan istirehat. Aduuuhhhh…….penatnyaaaa….zzzzz….

1 Jun 2004, Selasa
Tak habis2 lagi program. Pagi ni tetiba dapat msg kata hari ni birthday Pengarah ! Adoii…kelam kabut pi tempah kek, pi tempah bihun goreng, tempah hadiah, semuanya nak tempah hari ni, dan nak guna hari ni. Pastu nak panggil semua staf pun hari. Taip surat pagi ni dan fax ke semua tempat hari ni. Huwaa…kuatnya kami bekerja. Tapi malangnya, tak pulak ada orang nak bagi perhatian atas segala kerja keras kami ni. Ada ka orang pandang?

Wednesday, May 26, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 12:38 PM
Hari ni aku terlupa bawak henset pi keja.ntah apa yg aku ingat masa nak keluaq umah tadi. Cuma yg aku ingat, aku rasa takut + gayat sikit masa nak masuk dalam keta tadi. Semalam masa aku balik hujan lebat sangat. Aku rasa takut jugak drive sorang2. Ntah pasai apa sedangkan sebelum ni aku tak pernah takut. Hmm memang ada terasa jugak beberapa perubahan dalam diri aku sejak 2-3 hari ni. Takpalah maybe sebab perubahan fisiology dan biology body aku lepas demam ni. Cuma aku harap memori aku tak akan terus lemah macam ni. Aku tak suka. Aku nak jadi orang bijak.
Hmm keja banyak jugak tapi aku cuba take it easy. Takmau kelamkabut sangat kot2 badan aku terkejut lagi. Bila aku renung tenung balik, barulah aku sedang, dalam 2 bulan kebelakangan ni, aku memang busy gila. Tak berenti2. sat pi Langkawi, sat KL, sat Penang, pastu KL lagi. Tak pernah ada kat rumah! Hmmm rupa2nya badan aku dah lama nak mintak rehat. Kesian dia. Aku akan cuba manage time supaya jadi very berQuality. Buat masa terdekat ni aku kena siapkan fail untuk meeting semua pengurus cawangan seluruh Malaysia hari Jumaat ni. Petang ni pun ada meeting. Dan hari Jumaat ni jugak aku kena pi Penang. Lagi???

Tuesday, May 25, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 4:28 PM
aku cuba edit semula skins yg tak berapa nak menjadi ikut selera aku tu.lantaklahhh.
hari ni aku mula kerja balik.actually dah 6 hari aku demam panas.demam tak kebah.sampai aku pitam kat umah tok haitu.sampai kena inject kat tooot.hmmm...dah lama aku tak demam.kali ni kena memang betul2 dia bagi.siap "menggila" lagi.tapi syukur alhamdulillah.massa aku demam tu,aku solat on time semua.isk naik takut gak aku.sebab automatically bila masuk aja waktu, kaki aku terus...aja.sedangkan sebelum ni kalau tak akhir2 waktu, ataupun tak ada langsung :(Teruknnya...
Aku tanak komen apa2 tentang hari ni.sebab aku rasa macam tenang dan hepi aja.biasanya life kat opis aku ni macam dalam medan perang.tapi hari ni aku pun heran.semuanya nampak tenang.mungkin ini kesannya kalau kita solat ikut waktu.aku akan cuba istiqomah.cuma...malangnya hari ni aku dah start berdepan dgn hormone tue...
memula aku ingat tanak on henset lagi hari ni.sepanjang aku ddemam aku off aja 24 x 6 jam.malas nak dengaq sora sapa2.rimas.tapi nasib baik aku on.banyak jugak faedah.satu, En.Nizam call, dia nak mai from Penang utk hantaq pH meter baru.Yeayyy!Dua,Hang call aku,Yeayyy!
Hmmm...hopefully hari2 mendatang jugak akan terus membahagiakan aku.Aku nak stop thinking about that stupid things yang tak akan happen dalam masa yang amat terdekat ini. Kalau jadi pun maybe laaammmbat lagi.Ok Stop Thinking!

Sunday, May 23, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 6:23 AM
huyoo tak sangkalah blogger akan bertukaq rupa.cantik dan lebih user friendly.skins pun best2.hmmm nampaknya memang dah lama sangat aku tak log in to blogger.sampai dia dah tukaq pesyen pun aku tak tau.aku ada satu azam!aku nak tulis blog tiap2 hari mulai hari ni!hahaha!janganla tak percaya.aku akan cuba.sebab aku tau,inilah salah satu cara untuk meningkatkan kualiti hidup sbb memblog buleh mengurangkan stress (ya ka?).aku rasa aku terlampau stress sejak berpindah ke opis baru ni.(tapi syarikat sama).

Tuesday, March 23, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 3:30 PM
Masa time pejabat. Aku bohsan. Hari paling tensen sejak beberapa bulan yg lalu. Dah lama rasanya aku tak rasa tensen. Aku malas sesangat nak wat keja hari ni. Biasalah kalau mood tadak. Hah hah hampehsss…..masalah utama aku ialah sebab situasi pilihanraya yang macam taik. Aku malas nak pikiaq. Tapi setiap kali aku pejam mata, muka R****d SPR tu menjelma lagi. Aku meluat dgn B******G tu.
Aku malas nak ngulas pasal pilihanraya 2004. tapi bila aku masuk opis aja semua orang bercakap pasal tu. Sms pun pasal tu. Paper pun pasal tu. Adoooiiiii…aku bukannya tak berminat nak cakap tapi aku terlalu sedih. Sedih sangat2…Sedih kenapa ada yang tak dapat menerima cara hidup dan undang-undang Islam yang sangat lengkap dan tiada bandingannya itu.
Huhuhuhuhu *SigH*

Thursday, March 18, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 1:32 AM
creating a new blog

Wednesday, March 17, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 4:29 PM
ok..so this is my first time using word pad. hak hak hak...aku tak pernah langsung nak cuba benda ni.tapi hari ni terpaks guna sebab apa? sebab pc aku yg tercinta tu akhirnya kong jugak. hard disk kong! adoi...siap duit laaaa..nasib baik b4 this aku mmg dah aware sbb aku ada instict yang dia nak kong. so aku dah burn semua dlm cd.alhamdulillah...so hari ni aku terpaksa laa guna pc yg dah berkurun lama tak digunakan orang ni...ini pun sbb ada sentimental value..kalu tak dah lama aku buang benda ni..(nasib baik tak buang lagi)

n this is the first story of my new weblog.aku terpaksa create blog baru since aku nyer tat-teluq dulu dah musnah.aku saja ja nak buat2 pandai mengubah dia nyer skin haitu.sekali aku terlebih terrrer, semua benda hilang. padan muka aku.lagipun skin yg dulu tu aku dah tak simpan sbb aku tak sangka kejadian ni akan berlaku.
since aku dah ada life baru, so aku rasa tak salah aku create blog baru.but maybe apa yg aku nak tulis kali ni meliputi ceritera beberapa hari yg lepas sbb aku teramatlah busy sampai tak nyempat langsung nak pegang keyboard.
first of all mestilah nak cerita benda yang amat sangat menggeramkan aku. kemarin adalah hari yg amat menyedihkan aku sebab aku terpaksa berpisah dengan tat-teluq.memanglaa salah aku jugak sebab cuba buat pengubahsuaian tu masa pejabat. tapi hari tu boss aku cuti, n keja pun tak byk sgt, so aku cuba laa menggunakan kesempatan itu utk buat skin baru. n masa aku tgh dok buat programming tu laa member seopis aku ni mai dok bertenggek kat kerusi depan aku.biasaklaa pompuan..kalau dah bertenggek depan pompuan tu maknanya nak bercerita/mengumpat laa...memula tu aku buat layan gak laa..takkan laa nak buat keras mcm mayat aja.tp tak sangka lak yg layanan aku tu mendapat sambutan hebat dari dia..dia punya cerita bersambung2 ngalahkan mami jarum...mata aku lak sat2 tengok kat skrin, sat2 beralih tgk dia...last2 bila aku cuba publish blog aku dgn programming yg tak diberi perhatian sepenuhnya tu...maka terhasillah apa yg buat aku singa.aku sungguh2 singa. tapi aku takleh nak marah sesiapa....

cerita semalam pulak..pasal kes barang syarikat yg cuba diexport secara rahsia. bab ni memang buat aku bengang sangat2. sebab org yg buat perangai tu org kuat syarikat,yg paling rapat dengan pengarah, yg plg pengarah percaya segala cakap dan tindak lakunya.tapi malangnya...dia lemah dalam strategy menyeludup.aku singa lagi hari ni.dia call aku. namanya En. F.

En.F : Hello Ayu. Awak boleh tak tolong settlekan kes ni. Barang kita kena tahan kat Italy...
Aku : Aaaa? Camana buleh sampai sana. Tadak sapa2 inform saya pun sebelum ni kata nak hantaq barang pi sana?
En. F : Saya nak cuba buat marketing kat sana. Ingatkan bila dah ok barulah nak inform kat Ayu.
Aku : TApi benda ni memang salah. Susah nak settle ni. Lagipun kalau dah ada kat kastam mmg kena denda.
En. F : Awak cuba laa buat surat kpd kastam sana. Explain dan buat rayuan sekali. Lepas tu jgn lupa cc kat saya. Ok. Buat tau.
Aku : YA......

haaa...mcm tulah..bila dah sangkut baru pakat kalut. aku geram sgt jenis yg suka buat pandai tapi tak pandai ni. kalau ikut prosedur kan senang? ni dah laa kena denda lagi. kena buat surat laa. nak pos dokumen laa. eeeeeiiiii..depa ni tak serik2 kena saman ka? aku heran sungguh? tapi aku tau...ni semua psai duit. kerana duit. dia gilakan duit. betullah sabda Rasulullah S.A.W. "Setiap kaum itu ada ujiannya masing-masing, dan ujian untuk ummatku adalah harta".

dan cerita hari ni..telah terjadi peristiwa yg membuatku jiwa aku amat resah gelisah. aku rasa macam baru lepas bunuh org. dudk tak kena tak duduk pun tak kena. aircond ok tapi aku yg tak ok. aku rasa panas.sebabnya...bil talipon dah sampai.tapi maalangnya..kali ni pakcik guard tu tak bagi kat aku. dia bagi kat En. R.aku gelisah. Azizah pun sama. sebab kami dah menyalahgunakan kuasa.line.bil aku sorang dah cukup utk membuat bijik mata En. R tersembol. Tambah lagi dgn bil Azizah. aku rasa esok mesti En. R akan isi borang supaya kami berdua dpindahkan ke Jejawi. Huhuhhuhuhuhu.........adakah aku takut?ntah..aku tak pasti aku sedang rasa apa???



PotPet dari Yue Yusof at 9:43 AM
aku gerammm....sebab apa benda2 yg aku dah post & publish tak ada dalam blog akuu????? aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku sakit jantooooooonnggggggggggggg...................geramnyaaaa geram gerammmmmmmm
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez