Thursday, June 03, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 3:11 PM
RIDING SOLO

cerita hari ini ialah bagaimana saya pergi shopping dgn anak-anak saya.

masa pergi laksa project semalam, kasut buruk saya itu telah betul2 terkoyak.tapi i mmg dh biasa sgt dgn insiden2 memalukan seperti itu..so x kesah...hahhahaha

then ingat nk beli jek kasut kat Bata (the only shoe store yg ada kt situ). tapi tiba-tiba..Ting!!! i baru teringat, dalam kereta i ada voucher Jusco (Amet's bday gift from x-ofismets). RM50 lagi...Hooreyyy!!!

so terusla celapak balik, ambik anak then terus drive pi One Utama!!!

pheww..sepanjang pengembaraan mmg toksah cakapla..berbuih buih mulut i nak memujuk si Yaya, nak bercerita & jawap soklan si Zuzu. akhirnya sampailaahhhh jugakk...penat mcm naik unta.dah nak turun tu,Zuzu buat perangai xnak jalan.so angkut la plak stroller. dah Yaya pulak nak naik jugak...muatlah dua2 sekali.dh la stroller tuh cap ayam jek (Alhamdulillah..itupun dh tahan 3 tahun dgn kapasiti penggunaan yg amat maximum).

bila nak naik lift tu,org mcm pandang jek dgn muka kesian.hahahhaha..pandai gak budak-budak ni pun, buat muka toya jek.siap org tlong tahankan pintu lift bagai...oh Malaysian are so caring!!!! hahahha..

then sampai dalam Jusco, dua dua ekoq dah xmau dok atas stroller.mana lagi...serbu cosmetics laa...Adoi..mentang-mentang la ibu pilih floor ladies, mmg kena la....
memula tu pakat nak dok try Bobbi Brown la, Clarins la..hohoho..scary dow...

so ibu pun heret la depa p kat cosmetic murahan punya area sikit.so pakat dok try lah segala lipstick,eyeshadow,blusher segala bagai kat situ. asalkan hangpa bahagia nak oiii...and ibu dapat la menshopping kasut dgn sepenuh hati..hahhahaha

and ada few salegirl kat situ yg tolong layan Zuzu & Yaya jugak.maybe depa kesian kot ingat i single mother ke hapa, dgn 2 little doters...ohhh.....

and x lama dalam i dok riang ria men"try" segala macam kasut tuh,tetiba ada one chinese salesgirl come to me and nampak dlm keadaan amat mencemaskan and said "Miss! look at your girls..." sambil mata dia terbeliak aku ingat dia dh nak bertukar jadik serigala jadian or what .

tengok-tengok.....

MASYA ALLAH....!!!! ANAK-ANAK AKU YG DH TUKAQ JADIK PONTIANAKKK!!!! HAHAHAHAHA...

Tau apa depa buattt...???? depa conteng muka dgn lipstik penuh habis pipi, telinga,leher, baju..habis comot gila!!! (gambaq x sempat nak snap).

and..nasib baik depa guna lipstik ibu, instead of yg display kat situ..ohhhh...tapi x la nasib baik sgt, sbb depa ambik lipstik Estee Lauder ibu, instead of the Maybelline one....huwaaa!!!!!

i tau, budak cina tu mesti takut giler sbb dia ingt anak-anak i main diorang punya display (walaupun dia jaga kaunter DKNY,if not mistaken) ..so i said "This is mine..." sambil masuk dlm handbag. so dia pun lega sikit and siap tolong tunjuk toilet semua untuk i bersihkan si comot-comot berdua tuh.

then patah balik, ambik jek la kasut yg ibu try gitu-gitu jek tu. After sale 50%, dapatla kasut Carlo Rino tu at RM49, so kira kasut free lah ni...hahahhaha. x sangka i only spend about an hour to buy shoes. normally, lepas round 3 jam pun belum tentu bleh masuk shopping cart lagi.hehehehhe....
then balik, singgah beli sundae McDonalds sebagai upah depa temankan ibu shopping. tapi makan ice cream..tambah double comot lagi..huhuhuhu..kiddos...

Wednesday, June 02, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 12:36 PM
ANOTHER DAY

semalam balik keja, hujan agak lebat.mula-mula ingat nk gi HSBC bayar duit umah, tp klu hujan2 mcm ni baik x payah try.pasti jem.so terus jek balik.

Yaya mula-mula okeh jek dlm keta.pastu dh dekat sgt nk smpai rumah, baru mula merengek skt maybe boring sbb Zuzu tido...

tp bila angkat jek Zuzu masuk dlm umah, terus jek dia bangun.pastu taktau lah dia mamai apa, bangun, terus capai beg, and she said

"i nak pegi shopping okeh..sape nak ikott..?"
Hahahhahaa punyalah lawak sbb bangun tido jek terus cakap macam tu. Macam-macam ada...

then after Maghrib, keluar la kami 3 beranak gi makan kedai jek hari nih.malas masak sbb Mujahid keja malam, and dia nk keluar awal and terus gi makan kt sana. kedai pilihan biasalah Aiman Tomyam.

masa makan, mmg kecoh lah.ibu punya air laici mmg jadik mangsa Yaya.biar jek jgn tegur dia nak sedut ke, celup ke, janji x nanges and ibu
bleh makan dgn kenyang. Zuzu plak rilex jek.cedok skt kuwteow masuk pinggan lain utk dia, hah buat lah apo ko nak buat nak oi...(makan + kacau2). mmg lepas kami bangun, meja tu mesti kena polish + mop lah. hahahhaha tenkiu! sbb tu i xmau makan kt umah.masaknya ciput jek.nak mengemas tu satu hal pulak...

then ingat nak gi HSBC lagik (problem skt sbb the nearest HSBC is Kepong, or Damansara Uptown), tp naik jek keta, Yaya dh mula tunjuk mcm xnak duduk jek.so patah balik umah.mmg betul, tgh jln dia merengek-rengek.smpai umah, depa main sakan. ligat pulak,ingat dh nak tido.

Permainan hari ialah..Jom Berebut Kerusi..!!!!!


Akhirnya adik Yaya yg menang!! Yeayyy..berjaya dapat kerusi!!!Terus bawak lari tuh!

tp x lama pastu dia mula mengamuk,masuk jek buai, terus tido.

ibu lipat kain yg bertimbun macam bukit.Zuzu plak layan Hotel Mania (nganga jek mulut tgok citer tuh sbb musical la katakan...)

siap lipat kain, i sambung lg mendobi satu round. biar licin isi kandungan laundry basket tuh. lega sikit..

target semalam nk kemaskan / masuk dlm karung plastik baju-baju encik Amet yg nak disedekahkan tu.tapi mcm tak jadik plak sbb bila bukak almari dia..mak oiii.....banyaknye baju encik nih.....so maybe malam ni plak kita projek.

oh oh by the way, ptg nih ada projek laksa dgn opismets (mkn yg dh ready kt Giant jek, bkn nk masak pun....). depa sebok nak belanja i sblum i keluar dari sini (since start next week dh ramai yg cuti sbb cuti sekolah).

and ada plan dlm kepala nk cari kasut jgk sbb tengoklah kasut i nih...pakai sampai ke titisan terakhir u...kesiannn...

Kasut buruk, kaki pun buruk...


Sekian lah (for the time being updet blog kt opis sbb lappy i masih belum repair lagi...sorry ye boss hehehhehe)

Tuesday, June 01, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 11:28 AM
LEBIH HANGAT BAIK DARI BIASA

semalam lepas keja, sampai umah dalam 6.00 pm terus masuk kitchen masak TomYam Sotong + Ikan goreng + Budu. makan awal sikit before maghrib lagi sebab adik i, Mujahid masuk keja shift malam.

lupa nk info, for the time being, Mujahid my 3rd brother yg baru habis matrix stay with me, and also keja with me, bawah my department lagi! hehhehehe....tapi sampai hujung bulan ni jek la sbb lepas ni insya Allah dia akan sambung belajar kat U plak.

then after Maghrib, terus start aktiviti mendobi dgn sepenuh jiwa raga. ada la dalam 3 kali basuhan.penuh la ampaian kt umah tu hari nih. kebanyakan ialah baju-baju encik Amet yg dh xnak pakai lagi.so lepas basuh ni, i akan bawak pergi lelong kat Bangla-bangla kt kilang i tuh. ya lah drpd buang saja, baik kasik org kan. banyak jugak baju Amet yg masih boleh dipakai yg ditinggalkan. tp xdaklah semua sekali i nk lelong, yg agak "berharga" n "bermakna" harus la i simpan buat2 kenangan kan...

anak-anak pulak okeh je. Alhamdulilah...menunjukkan prestasi yg membanggakan. Yaya dh boleh bercakap sepatah dua:

"bu..umpah" (ibu, susu tumpah)

"tik tik..." (nak nenen)

"nak air..." (ni yg plg jelas setakat nih)

"neh neh.." (sambil tunjuk bontot - nk wash/tukar pampers)

bawak naik keta pun dh okeh xdek sebok2 nk duduk atas ribaan ibu lagi.rilex..ja dok kt seat sebelah sambil layan radio. cute!

cuma semalam masa ibu nk mandi, Yaya nk ikut naik atas.x sedar plak dia ada bawak sebijik kuih yg ibu beli tadi sama naik atas. bila ibu dh siap mandi...inilah hasilnya....

Bila tanya sapa buat, dia jawap "pah..pah" (tumpah)

Nasib baik ada "maid" ni, cepat, mudah,bersih, berkesan!

and semalam i had a deep conversation with Zuzu sbb dia nmpak mcm masih blur.

Zuzu : ibu, skrg dh malam ke?

Ibu : Ha a dh malam la ni. kakak nmpak tak gelap kt luar tu...

Zuzu : Ayah belum balik lagi? ayah work?

Ibu : Kakak..ayah dia pergi kerja jauh kan.. ayah keja kat mana? Kat Aaa...???

Zuzu : Arab saudi!!! yeayyy!!!

Ibu : Ok guuuddd...ayah pergi jauh, dia naik apa?

Zuzu : naik eghoplane...

Ibu : okeh gudd...ayah dia pegi lama sikit tau.kakak duduk dgn ibu dulu, nanti laaamaa sikit ibu bawak kakak pergi dkt ayah okeh..

Zuzu : kita naik eghoplane ka ibu?

Ibu : ya sayang...tp la nih kita x boleh pi lagi...kita kena tunggu kejap..aeroplane xde lagi, dia belum sampai..okeh?

Zuzu : Okeh! ibu kakak nk lagu Mila???

Aiyakkk....Zuzu..zuzu....

Monday, May 31, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 12:58 PM
NO WORRY PLEASEEE...

okeh kepada mak ayah, mak mertua, ayah mertua, adik kakak, ipar duai semua. janagnlah terlalu merisaukan diri saya yg ditinggalkan di sini ya....kalau anda semua terlalu risau pada saya, saya juga risau saya akan terkena hypertension / darah tinggi, diabetes, sakit buah pinggang,sakit jantung disebabkan tekanan kerana asyik menerima SMS, phone calls setiap saat dan ketika, bertanyakan soalan yg sama "adakah anak2 saya ok, adakah saya mampu menjaga mereka, adakah saya boleh bersolat,adakah saya sempat makan,mandi, berak etc etc".

Maaf, bukan saya tidak suka diambil berat, tapi saya pinta biar berpada-pada sahaja.

Maaf, bukan saya mahu berlagak terer, tapi alkisahnya memang selama ini saya sudah biasa melakukan semua ini.

sudah saya terangkan, selama suami saya bekerja di MIMOS sebelum ini pun, saya biasanya ambil anak sendirian dari rumah pengasuh.saya smpai rumah dlm 5.45 pm. dari situ saya solat Asar, Maghrib n Isyak seorang diri (read :suami tidak ada untuk jaga anak-anak semasa saya bersolat). suami hanya akan pulang selepas Isyak sama ada pukul 9.00 malam atau lebih lewat lagi (tertakluk pada tugasannya).

time Zohor saya di opis.kadang2 Asar saya siapkan di opis jugak. Time Subuh jgn risau, anak-anak x akan bangun sampai ke rumah pengasuh pun masih lena lagi.

Begitu juga sama keadaannya sekarang ini. sama sebijik jek mcm dulu tu. cuma sekarang dia keja di Saudi Kayan, dan bukan lagi di Mimos. itu sahaja bezanya.


Walaupun anda semua nampak Yaya selalu merengek-rengek (biasanya Yaya ni pun satu, bila ada ramai org lagi lah dia pun nak tunjuk belang!), tapi hakikatnya di sebalik kekalutan itu saya masih bisa masak lauk pauk sepenuh meja!

Iyalah, bagaimana caranya, hanya sayalah yg tau kan...nak goreng ikan sambil dukung anak sebelah ke, nk tumbuk cabai pakai kaki ke, potong sayur senget benget ke, tp yg penting, mmg semuanya beres!!! Saya n anak2 cukup makan. siap boleh invite tetamu mai makan kt umah lagi!!!

Tengok ni,dua beradik ni santai jek tengok kartun masa ibu tgh lipat kain.so sweettt....

saya juga siap mop lantai atas bawah lagi petang semalam (masa ayah ada xdek plak ibu rajin mcm nih) manakala Zuzu n Yaya rilex ja buat hal masing-masing. mmg ada la depa kacau - nak ambik mop la, penyapu la (kecuali vacuum-nmpak ja semua lari!). tapi semua tu kan very the small matter.biasalah budak2 anak2 kacau ibu...tapi bleh ja manage.

and the best part now, Zuzu n Yaya nampak so kamceng (read : suka sama-sama berebut barang). and i believe klu x ada salah sorang, mesti hidup depa x tenang, x ceria, x hepi.

and last nite, dua-dua berebut nak naik atas belakang ibu. then Zuzu tolak Yaya, jatuh la dia kena bucu tikar tu luka la sikit kt kepala. yg menagisnya si Zuzu.then dia terus ambik kain, buat tuam kepala adik dia.then siap cium-cium adik dia, then salam cakap "Kakak mintak maaf.." . Hahahaha...

seriously, i feel like 2-3 days back ni, mmg the gurls mcm ada perubahan sikit.seriyuss....depa dh pandai main sama-sama and not really into mengacau ibu (walaupun permainan depa is like tuang bedak, tuang air, mesti ada sepah-sepah punya but i dont really mind asalkan x nanges sudah..).

Contoh permainan yg digemari - tuang bedak dan kacau-kacau.well...err..okey....

and semalam ibu had diarhea, kena bangun gi toilet few time tgh2 malam buta. so lucky that Yaya x nages pun bila ibu bangun dari pelukan dia, and even masa dia tgh nenen pun ibu terpksa cabut sbb sakit perut sangat2, and dia mmg tido jek. amazing!!!

i think they already know that ayah is not around, and they have to be good and nice to ibu....yeahhhh!!! you rockk my good gurlsss!!!

Sunday, May 30, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 11:55 AM
ATTENDING WEDDING - NO PROBLEM!

Today ada wedding Amet's friend (Epe) and i pun attend la as mewakili dia. since Epe is Amet's best fren since school (KISAS), sampailah dh jadik anak angkat my PIL, so rasa x sedap hati plak klu x attend.my SIL pun temankan i sekali, so bawakla Zuzu n Yaya together.

but ada sedikit masalah ye bila dari awal sampai dh sampai umah kenduri si Yaya ni takmau pakai baju!!! Ohhhh...so dia turun keta dgn selamber jek jalan ke khemah kenduri tu dengan just pakai spenda okeh...

and of course she got full attentionn!!! Hahahahaha....what else can ibu do? klu paksa, tau dah kan jeritan dia macamana.kang tak pasai bergegar pulak kemah kenduri tu...so just let her be her...
while my SIL (she's an Ustazah,anyway :) keep asking me to try to put Yaya's gown. i mmg try jgk few times, but Yaya really-really refused to.so sampai baliklah dia mcm tu...

Adik Yaya yg otai jek berdiri sebelah pengantin sambil tayang body (cekak pingang lagi tuh!)

Lama jgk lepak umah kenduri tu sbb quite selesa and x crowded sangat so the girls can do their own activity. Zuzu on the other hand mula start buat hal sket when she saw the pengantin's cake!!! ohhh...she's really a Hantu Kek!!! Hahahaha..so balik kenduri terpksa singgah membeli pop cake plak for her..

Kat belakang dia dlm hantaran-hantaran tu lah ada 2 bijik kek yg lawa!!!!

The Pengantin Baru - Effan & Nureen.

Other than that, everything was just fine. (Note to abg : i can take care 2 of them better when u re not around heheheh)

Oh Oh Oh...by the way, there's still mulut2 celupar asking about ayah to my kids. and the very talkative and clever Zuzu said " Boringlah cakap ayah..ayah..je.." while she put her fingers dalam telinga.

Hey you!!! Budak2 pun tau rasa bosan, muak tau tak???? dah dah la tu...x payah tanya apa2 kat anak2 aku!!! x payah nak tunjuk sangat that konon-kononnya you care bout them but you actually are ruining our moodddss!!!

and one mesage in my FB yg berbunyi "anak2 x cari ayah depa ke? kesiannnya kat depa!" has just been deleted.tenkiu!

we are OKAY!!! even bila ayah call us last nite, Zuzu cakap main-main jek sambil gelak-gelak lagi.and dia siap ask for ice-cream lagi kat ayah!

and Alhamdulillah..ibu pun dah tak marah2 sgt (there's still few things yg i have to tegur if they buat silap). but lebih byk layan jek apa yg depa mintak.

Zuzu : Ibu, jom main Ola-Oli nak?

Ibu : okeh jom! kakak nyanyi ka ibu nyanyi?

Zuzu : kita nyanyi same-same, nak?

Ibu : oraitt...

Sekian dulu. kami nak main Ola-Oli. okeh satu..dua..tiga..mule!!

Saturday, May 29, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 11:41 AM
PEMIKIR KOLOT

so my beloved hunney bunney ketiak bucuk sweetheart dah pun terbang pergi mencari rezeki...sob sob sob...hek hek hek...nanges ke?

Hahahhaa..to tell the truth, sikit pun ayaq mata i x meleleh di saat kissing n hugging him gudbye. seriyus...i mmg awal2 lagi dah letakkan tekad di hati, yg i x akan mengalirkan air mata masa hantaq dia. so i did. sebab apa i perlu menanges-nanges bagai? Amet buah hati pengarang jantung i tu pi keja je, cuma destinasinya agak jauh.thats it.bukannya dia meninggal ke hapa (Nauzubillah..touch wood).

mmg dalam hati, tetap bergelora.tetap ada rasa sebak. sbb berjauhan yg betul2 jauh.dan masa yg agak panjang. x macam outstation yg selalu-selalu before this.

tapi dlm hati i, i tetap tanamkan kekuatan dalam (sedikit) kesedihan.i tetap berpegang "dia cuma pergi keja". and itu jugak yg i bagitau anak-anak. i nak diorang faham. i xmau diorang terus dibuai perasaan sedih mendayu-dayu bagai.oh please....i betoi-betoi x suka la style syahdu syahdan pelemah semangat ni.DIA MASIH ADA!!!

and i x faham kenapa masih byk org yg... maaf cakap klu i kata 'gila". sbb asyik dok tnya i dgn soklan2 bodoh like "u x rasa sedih ke kena tinggal?". to answer ur stupid question, yes i mmg sedih tp xdeklah smpai tgok pingan nasik nages x lalu makan, mandi x basah, tidoq berpeluk kain pelikat him, or so.

i tetap menjalankan kehidupan harian spt biasa.and walaupun malam td lepas hntar Amet, kami smpai umah dlm 1.30 pagi, i tetap tido nyenyak and still bangun pergi keja hari ini okeh......... nothing different.

and i benci jugak bila mulut2 xdek insurans dok cakap2 like :

"kesiannya tengok anak2 nih..."

"hmmm...lepas ni ayah xdak,xtau la budak2 ni mcmana no"

"ayah mana? ayah pi mana? ayah dah takdak dah tau!"

"mcm anak2 burung la haa...tengok..kesiannnn..."

Hey you!!!! Back Off from my childs!!! Dont u ever speak to them if that is your words!

daripada budak-budak tu elok gelak2, terus jadik nages.sbb korang yg create aura kesedihan tu padahal budak2 tu elokkkk...jek!

seriously, i x pernah trained anak-anak i jadik lemah, jadik sedih melayan perasaan jiwang karat mcm tu okeh. i want them to be strong, and live as their usual life.ayah just went to work.and besides, they still have ME, ibu yg akan mengantikan kasih sayang ayah (buat sementara waktu) and i believe i can do it.

eventho me n Amet bercintan cintun since school, we are not so into lovey dovey lentok punya style. we are rock!!! our loving-words to show love is "Oi, i love you lah!"- kind of thing. So dont expect me to menangis berpelukan bersama anak-anak di malam hari smbil memeluk bantal bekas ayah tido or so,please...WE ARE NOT THAT TYPE (like yous)..

and dont u know that in this very modern live, pics and vids can be uploaded at anytime, 24 hrs a day.and we can chit chat all day long (klu xdek keja sgt), and we can hv video call, and their ayah is able to call us as he is so rich working in arab.and both ayah n ibu hv Black Berry. dont u know that??? GRRRRRRR!!!!!

Oh why ada org yg so old timer like this? tak maju langsung! urghhhhhh.........

Friday, May 28, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 10:44 AM
PRE-BESDAY ZUZU & GOOD-BYE AYAH

Gambar hiasan : Last lepak @Pak Ramlee Kopitiam

hari ini ialah last day Amet with us before dia fly to KSA. and very the busy until today we all masih lagi packing2 barang.biasalah klu dh style last minit tu, dr zaman nk jawab UPSR,SPM,uni sampailah nak pack barang zaman bekerja pun camtu lah jugakkk...

eventho dh pack sikit2 sblum ni, hari yg last ni mesti kena kelam kabut jugak.pasai apa ntah no? hahahha...time ni lah nak cari salotape la, tali la, nak timbang beg la...

and in the middle tu tambah sikit lagi kalut buat nk celebret pre-besday si Ain Zulaikha plak since bulan depan (besday dia 28 jun) ayah dah xdek..

nak ceritanya kisah kek besday dia ni..mula2 Ummie a.k.a my sis-in-law janji dgn Zuzu nk belikan dia cake Barbie.punyalah member tu eksaited bila nmpk Ummie dia mai umah.sekali, Ummie cakap tokei kek tu bercuti la pulak...member tu dah tarik muka dah,merajuk dah....

so pikiaq punya pikiaq, ibu, Zuzu n Cek Ngah pun stat keta pi la cari kek.seingat ibu, kat Ikano tu ada satu kedai Jelly Cake yg byk buat design Novelty Cake nih (Barbie, and other cartoons character lah).

so p la kedai tu...tengok2, yg cake Barbie tu cuma display jek,klu nak kena order 3 days.aduii.....mengamuk lagi la member tu bila habaq kek tu xleh beli..huhhuhuu..sambil nanges she keep saying "nak Barbie yg Pink..nak Barbie yg Pink..." Hadoi pening dah kepala ibu neh..

nasib baik setelah ditunjuk macam2 design yg available for sale tu, dia berkenan dgn Mickey Mouse. Phuh....terus jek grab yg tu and balik...

Inilah dia Mickey Mouse Jelly Cake yg jauh dari IKANO ibu carikan

disebabkan Zuzu ni mmg terlebih manja sikit dgn ayah dia, terpaksa lah hiburkan hati dia supaya dia x sedih sgt bila ayah lama sikit berjauhan dgn dia nanti.

3 hari sebelum ayah berangkat ~ tengok SHREK 3D sama-sama...

and petang ni dlm pukui 7 pm kami semua angkat ke KLIA menghantar dan mengudbye ayah a.k.a Amet. his flight is 11.59pm tapi katanya ada sdkt briefing dgn agen so kena awai la sket...

Okeh, let sing Heppy Besday To You now !!!!

Thursday, May 27, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 12:16 PM
GILA MODE IS ON TO BE OFF



Mengamuk nak ambik shampoo sampai terbaring2 @ Carefour


Gambar2 di atas sudah cukup untuk menggambarkan bagaimanakah karakter Aleeya Zubaidah, si comel manja rambut pusing ibu tuh...huhuhuhu...

tapi apa yg buat ibu sedih ialah, lately nih Yaya selalu sangat buat ibu naik darah! betul2 naik punya!

Yaya merengek almost all the time.klu sehari tu ada 24 jam, maka lebih kurang separuh darinya ialah masa merengek. and selalu jugak Yaya menangis style KUAT TAHAP GURUH! memang berdesing telinga ibu. seriusss...sekarang gegendang telinga ibu rasa mcm sakit2, and berdengung2, hasil jeritan Yaya.

and bila Yaya menjerit yg kuat2 mcm tu, ibu pun akan jerit dan marah Yaya kuat2 jugak. ibu betul2 x tahan dgn Yaya sbb sukar sangat nak dipujuk. and ada satu hari tu, ibu sampai ikat n sumbat mulut Yaya dgn kain.tapi nasib baik x lama kewarasan ibu kembali.but then, lepas ibu buat mcm tu, ibu pulak yg nagess....sbb ibu sgt sedih bila buat Yaya mcm tu.ibu rasa ibu was so-o badd..... :(

then malam tadi masa ibu tgh kemas2 dapur, Yaya jatuhkan jag kaca dan pecahkan. terus ibu jerkah Yaya dgn kuat gila!!!! ibu betoi2 rasa mcm nak tibai Yaya. bukan ibu marah psal jag tu pecah, tapi ibu geram pasai apa Yaya jadi sangat2 notty mcm tu. ibu betoi2 marah kat Yaya. tapi yaya still buat muka tak bersalah jek.diam ja dia.. ibu cakap yg ibu nk pukoi Yaya sambil angkat tangan kat dia. dia pun tengok ibu lama2 tapi dia tak nanges. ibu halau dia pergi duduk kat hall. and last2 ibu jugaklah yg nanges.....

Yaya, maafkan ibu na sayang....Ibu xtau awat ibu mcm asyik nak marah ja.maybe sebab selama ni Zuzu x mcm tu so ibu rasa senang lenang. and selama ni mmg ibu suka kot kutuk anak org yg buas2 sbb ibu mmg x selesa bila tgok budak buas2 sgt. so now, ibu get the taste of my own medicine lah. P/S : jgn suka kutuk2 anak org next time okeh....

Bila Yaya dah tidoq lena, ibu sebak sanagt tengok muka Yaya yg kecik n suci. buat apa lah ibu nak marah Yaya teruk2 sanagt kan, nak jerkah sekuat2 hati.buat pekak telinga ja. ibu bersalah!!! ibu jahat!!! Maafkan ibu Yaya!!!

Ayah ada cakap klu mcm ni ibu buat (xleh control amarah etc), ayah akan hantar Yaya n Zuzu duduk kat kampung dgn mak tok. OH NO!!!!

And now, ibu tgh "off" xleh solat.bila ibu dh okeh nanti ibu mmg berazam nak buat solat malam supaya hati ibu ni lembut sikit, lebih tenang and calm and peaceful....and ibu nk solat hajat jugak agar Yaya jadik anak yg baik n mudah utk ibu jaga.

and seems ayah is going to leave us tomorrow, ibu mmg perlu jadik lebih kuat, dan lebih baaaaaaaanyaakkkk bersabar. Ibu akan jaga Yaya and Zuzu dgn sebaik2nya, dgn sepenuh kasih sayang. Ibu mmg x suka nak marah2 lagi. Insya Allah sayang....

Wednesday, May 26, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 11:43 AM
OH TUHAN...TOLONGLAH!!!!

Lately ni i akui, i mmg banyak sangat menghadapi tekanan perasaan. seriusly, TEKANAN!!!!!

banyak benda dalam kepala hotak ni klu nak disenaraikan.especially urusan-urusan yang melibatkan moving-to-Saudi-punya hal. terus terang, part i n anak2, satu hapa habuk pun haku belum start buat apa2 pun lagi!!!

jgn kata nak buat pasport, PTPTN pun aku belum setel lagi!!!

seriusss...itu belum campur kira bab medical cek-up, document itu ini, jumpa agen, buat visa etc etc lagi!!! PASPOT itu yg UTAMA & PERTAMA sebelum dapat buat the next next urusan okehh.....

and mcmlah semua org xtau, government style (refer to PTPTN) punya action, mesti ambik masa berminggu-minggu nak clearkan nama i nanti kan...

so if let say i start jumpa PTPTN right after i resign (dalam 18 jun gitu), and let say diorang ambik masa 2 weeks (minimum neh!), maka dalam bulan 7 a.k.a JULAI barulah i nak boleh start buat paspot bagai!!!

mak oii...........to encik Amet, Selamat Hari Raya i n anak-anak ucapkan. seriusss.....mmg we all beraya kat sini je la nampak gayanya.........and u, my beloved hubby ---->> bawaklah ketupat nasik Nona sbgai bekalan beraya seorang diri nanti. ...

SEKIAN! (MARAHHHHHH!!!!!!!!!)

Thursday, May 06, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 2:45 PM
PREPARATION
it will be another 21 days for Amet to go. cukup-cukup 3 weeks jek lagi. and me so far has also done with few preparation. so what is it, si jelita? ngeh ngeh ngeh....

Is it tolong lipatkan kain baju Amet into his luggage? is it mengilatkan kasut beliau hingga boleh buat cermin? or is it menyediakan 1001 barang makanan for him to bring together?

None of the above! Hahahaha..

What i've done so far :

1. survey berapa banyak shopping mall/pasaraya yg ada kat sana.
and to be truth, i'm quite shocked that in Jubail itself ada baaaaaaaaanyak giler mall, and quite big tho. .

2. survey if kat Jubail ada perkhidmatan salon kecantikan/kedai gunting rambut etc etc. and the answer is YES! one of it known as ORCHID SALON, always visited by Malaysian Ladies! ahhh.....nice...

3.another important survey - Food source!
(well of course kat sana banyak makanan Halal, x perlu risau.) but i'm looking more into Malaysian-taste like santan, cili padi,lengkong a.k.a cincau (ni pun boleh pikir ke?), ikan kembung (my fav!), daun pisang, daun kunyit, daun limau purut,tomyam paste (melampau betoi!), etc etc. cuma satu yg dikatakan susah sgt nak jumpa - ikan bilis sbb org arab kata haram (sbb kejam mkn ikan tu kecik2 lagi - hahahaha.nih kawan i cerita pengalaman dia kt sana)

4.and another important thing - tempat beriadhah a.k.a berjalan-jalan
i dont know if org cakap kt sana lady x bleh drive. tp i mmg rasanya x bleh duduk diam walau dimana jua kuberada.klu xleh drive xpe, i bleh jalan kaki ...hahahhaha. so dah survey tgok kt Jubail byk jugak tempat jalan-jalan bawak anak main-main like tepi pantai, sport centre (mcm tmn permainan), and lain-lain byk jugaklah.

so far quite satisfied with this place.(xtaulah perasaan sebenar bila betul2 berada kt sana, tp menurut survey yg dilakukan, dan cerita member2 blog yg skrg ada kt sana, life there is not that bad as i imagine before..)

cuma yg risau satu jek - pasal cuaca plak. masa cuaca panas tu depa kata, mmg x hengat la panasnya, tapi yg magik x ada peluh sbb it's windy. and time yg musim sejuk tuh plak depa ckp sejuk tahap salji wlupun xde salji - meaning mmg kena pakai sweater all the time (oh, meaning that ibu bleh order legging utk Zuzu & Yaya banyak2 lagi! hehehhe...)

so far itu jek yg i dah buat...

P/s : oit makcik, laki hang dh nak blah hang x sedih ka? asyik dok pikiaq dia punya entertainment ja...apo la....

Jawapan : next entry lah i tulis tentang "my feeling of letting him go". Huhuhuhu....

Oh ohh...by the way, husben i pergi BEKERJA okay...bukan pergi BELAJAR...:)

Sunday, May 02, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 2:50 PM
DOUBLE TROUBLE YEAHHH!!!!

* Pesanan awal, ini entry jiwang karat *

Sememangnya konsert ni banyak menggamit memori lama, sekaligus mencipta memori baru untuk ku.

Memori lama sebab, kalau ingat masa aku zaman kanak-kanak dulu, aku selalu ikut PakSu dan PakLang (adik2 ayah) pi konsert2 macam nih. sebab zaman tu depa masih bujang,dan aku satu2nya anak sedara yg comel tiada tandingan, so akulah yg depa heret pi sana sini, termasuklah ke konsert-konsert. and sememangnya depa ni geng rockers pecah kepala!!!

even sampai la nih pun, kalau naik keta dgn PakLang and anak2nya, sepanjang jalan pasang lagu rock yg kuat gila tahap bergegar cermin kereta! and i like that! rock sampai tua! (disamping amalan2 lain juga tidak dilupa...)

Tambahan pula, geng2 yg kat sebelah kami malam tu ialah geng pakcik2 yg lebih kurang sebaya PakLang & PakSu, plus ada sorang pakcik tu muka seiras sgt dgn PakSu, so, that really bring me back to the old memoriess...uhuk uhuk...rindu sekali saat-saat itu....

The ticket

Pi collect tiket pukui 1.00 tgh hari...masa ni pun dh agak ramai jugak org...pastu kami balik rumah semula (jgn ingat kami terus lepak situ sampai x solat Zohor, Asar, Maghrib ye..)

Pertengahan konsert..dok agak jauh dari stage sbb takut susah nak balik. so nasib lah makcik yg pendek ni kan, just tengok ikut screen jek laa...buleh la sekali sekali encik amet tolong angkat sbb gedik nak tengok Amy in live.huhuhu

Oh oh oh...ini ialah gambar gedix "ibu rockin' yg berposing sebelum keluar umah. yg penting ialah baju jerut ala korea dgn bling bling gitu....ahahahaha

Rockin' Couple - Amet & Yue - Love Rock Forever

And of course, the concert will be my unforgettable memory with my beloved hero - Encik Amet.well, tambah-tambah lagi dah dekat2 dia nak fly ni....lebih kurang macam this is one of our big event together-gether lah before dia berada jauh dari sisiku...ohhhh...(x lupa thanx to Along for tolong jaga anak-anak n bagi chance kami berdatingg)

and terharu sangat bila time kami sama-sama nyanyi lagu-lagu tu dgn gaya ala2 karaoke berduet kat tengah celah orang ramai dalam konsert tu. well, sepanjang duri ranjau percintaan kami dari zaman sekolah sampailah dah beranak dua ni, memang sentiasa diiringi dgn lagu2 Search & Wings. Dari zaman dengaq kaset, sampailah pakai CD, group rocks foerever ni sentiasa jek ada dlm keta kami.

dari lagu hard rock yg banging kepala, sampai lagu slow rock yg tangkap leleh...sama-sama kami nyanyikan dalam konsert tu...

Cuma satu jek tak puas hati, lagu cinta Amet & Yue ~~ lagu CINTA SUCI tak dinyanyikan oleh Search pun malam tu.uhuk uhuk..hajat x kesampaian...

Ohhhh...kenapakah tiba-tiba kisah konsert rock boleh jadi kisah cinta yg menyayat hati???

Huwaaaa..!!!!!


Wednesday, April 28, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 10:40 AM
H.E.A.D.A.C.H.E.!!!!

Sejak hari Isnin tu, kepala i nih sakit giler,macam nak pecah! telan panadol pun x jalan jugak, mmg betul2 tak tahan so pergi jugak klinik walaupun i mmg x suke.the doc check my eyes, tekan sana sini kat kepala, ambik BP, and lastly, he said "u ni migraine la". owh...really??? No No No i wont believe it....ahahhahah...

so he gave me the medicine with caution "this medicine may cause drowsiness/sleepy.please do not drive or operate machine." and that statement is truely true that make me slep from 11 am to 6 pm! phewww~~

then, after i bangun rasa mcm ok sikit.tp still ada rasa2 mcm nak demam gitu.mcm x sedap2 badan.

but then, the next morning i still work (kena la tunjuk prestasi memberangsangkan dah saat-saat terakhir ni hahaha). but then, bila petang tu, the pain datang balik.sakit giler rasa mcm nak hantuk2 jek kepala ni kat dinding. seriuss, i x pernah rasa sakit kepala yg amat sgt mcm ni.
sampai umah dh rasa amat x larat nak masak.ajak Amet g makan mamak jek.tapi i makan nasik goreng x habis sepinggan pun.mmg dh x kuase nak suap sbb terlalu amat sakitnya. balik umah, baring jek depan TV.then telan ubat tu lagi terus naik atas tidur yg i rasa mcm dh x hingat apa. aduhh..part mcm ni yg i x suka tau. i takut ubat yg jenis tidur2 ni meninggalkan kesan yg x baik utk badan i...oh benci!! benci!!!

Oh Ya Allah, sembuhkanlah sakit kepalaku ini dengan segera. Ampunkan dosa-dosaku dan jadikanlah sakit ini kifarahnya. Amiinn...

p/s : by the way, i ingat i mmg nak kena start bersenam n buat aktiviti2 yg berpeluh sikit la, i think that's the main cause i sakit2 mcm ni.dulu bukan main bermarathon, skrg menonton tv je kejanya..

Saturday, April 24, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 11:10 AM
PRACTISING SINGLE MOTHER

Uhuk uhuk..sedih kan tajuk nih? ohh...jgn salah anggap.i bukan "ditinggalkan suami" seperti yg gossip2 artis dlm Melodi tuh.

seperti yg telah digembukan dlm entri semalam, Amet akan meninggalkan i n anak2 n family utk ke Arab Saudi demi tugasnya.ceewahhh...dia akn berangkat dahulu ke sana, dan kami akan menyusul lebih kurang 3 bulan selepas itu.maka, dlm masa 3 bulan itu, haruslah i menjadi acting single mother yg sukses.yeah!

so malam tadi konon-konnyer mcm dh praktis la sikit (alaaa..mcm la selama ni i x pernah buat sendiri.) actually sebelum2 ni pun bila Amet balik lewat (lewat means keja smpai 5-6 pagi okeh..huhuhu), or bila dia pi outstation, i jugak yg take care anak2 dan urusan rumahtangga.
i bukan xmau adik beradik mai tolong, cuma i rasa selesa nak buat sendiri (walaupun sakit pinggang tahap nak pengsan!)

Amet dah awal2 cakap dia akan balik lewat giler semalam. so pas balik keja, i ambik anak2 and singgah umah jap.ingat lepas solat Maghrib baru nak keluar.tengok2 terp'cuti' palk.so terus la keluar time senja2 tuh.

Memula bawak Zuzu n Yaya gi jumpa doctor at PMC.kat dalam klinik tu, i mmg biar jek diorg melompat sana sini, siap depa pau pakcik guard punyer biskut lagi! Adoi..nasib baik gak klinik ada playground.buleh la buat ubat tahan sakit jiwa ibu.hahahhaa...

then singgah kedai beli barang2 untuk cuppies pulak.kat situ dh berperang dgn depa nk beli belon la, sweets la, and segala brg2 deco cake yg warna warni tu semua pun depa nk hambik! jenuh la i dok kepong kiri kanan.phewww...

selesai hok tu, singgah mamak pulak.dh melalut nak aiskrim la segala bagai.so i pun terus order and gi tunggu dalam keta.pesan kt mamak tu "dh siap nanti u hantar kt i dlm keta tau!" Hahaha..berlagak gile...ahh x kesah, aku bayar,aku customer...muahahahha...nak hidup kenala bijak!

then sampai umah, sampai lah masanya nk bg makan ubat...

For Yaya, just petik jari jeh. sedut je ubat dalam picagari tu (skemakah perkataan picagari? ok ok..it's syringe), dia ambik, dia masukkan sendiri ke dalam mulut, dia sendiri hisap & picit sampai habis. Wahh...adik makan ubat dgn sungguh bergaya!!!

while for Zuzu, ya mcm biasa...mula2 excited giler sbb doc cakap itu Vitamin.so dari dlm keta tadi asyik dok cakap "ibu, kakak nk makan vitamin.nak vitamin.." dan lagi dan lagi lah.sekali sampai umah, vitamin tu dlm bentuk syrup la pulak (i think she imagine it to be a fun-animal-character-tablets). so terusla buat perangai mcm tu mcm ni.then i letak dlm tutup botol tu.ok mula2 dia mcm eksaited skt.tp bila dia rasa jek..terus refuse xmau makan dah.ohhh...
terpksalah buat helah, masukkan ubat dlm Calciyum dia tu, barulah berjaya...

begitulah my one-day-training for myself. harap2 bila Amet dh pergi nanti, i manage to handle everything myself. doakan je lah ye...

Friday, April 23, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 2:37 PM
MOOD

taktau nak cakap i dalam mood apakah sekarang nih? tetiba jek kepala mcm serabut banyak giler benda nak buat taktau nk start or prioritize yg mana satu.hah!

ok, as almost everybody dah tau....or kalau yg belum tau, ni i nak bagi tau --> Amet telah kompom akan pi kerja di the Kingdom of Saudi Arabia by end of May 2010. (he will be placed in Jubail City) yaa...means lg sebulan lebih ja dia akan berangkat meninggalkan kami2 di sini..uhuhuhu...

so i skrg menjadik PA, merangkap secretary, cum kuli dia utk menyusun atur segala keperluaanya termasuk membuat temujanji dgn hospital, urusan dgn agen (nih smua dh siap atas kecekapan i bekerja), serta melengkapkan lain-lain perkara yg masih belum lengkap.

di samping itu i juga haruslah menyiapkan keperluan diri i n anak-anak.walaupun kami akan berangkat lebih kurang 3 bulan kemudian, tapi sememangnya amat banyak sekali urusan yg i haruslah buat bermula dari SEKARANG! (supposely..)

antaranya ialah :
  • mula buat medical check-up utk i n anak2 (thanx to kak norma from Jubail yg bg info)
  • renew paspot i (nk mati bulan October nih rasanya), and buat pasport anak2
  • oh sebelum tu..jgn lupa i ni kan senarai hitam imgresen by PTPTN.hehehe..so nk kena setel dulu tu...
  • oh oh oh jgn lupa kena ambik myKid Aleeya Zubaidah tu (dh nk masuk 2 tahun selama ini adik hidup tanpa pengenalan diri hahaha)
  • then kena buat translation sijil2 beranak, sijil nikah etc2.
  • kena berurusan dgn agen utk itu ini
aduih...byk lagi ka nk kena buat nih?

tu tak termasuk bab kemas mengemas barang lagi..

mana lagi bab rumah - untuk disewakan (siap berminat pls contact me : 012-944 0960)
bab kereta myVi yg nak kena juai..sob sob sob (sapa nk beli bleh contact me jgk)

dan baaaanyak lagi.kdg2 jem jugak kepala hotak i nih bila terlalu memikir pasal benda2 nak kena buat nih.huhuhu..Ya Allah permudahkanlah urusan hamba Mu ini..Amiiinnn..

Thursday, April 15, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 12:52 PM
WE ARE BACK!! YEAHHH!!!

Hai Kawan-Kawan!!!!

Sebenaqnya, lately nih i betoi2 bizi dgn bisnesss!!! Adoi..dah mula lah angan2 akaakkk ni, nk jadi full-time bizwomen Insya Allah!

Okeh, disebabkan urusan COME BACK SALE ZUZU LITTLE CUPCAKE ni memerlukan i spend byk jugak masa utk promo, updet blognye, etc etc, so i mmg kesuntukan masa utk updet blog diri sendiri. Ouhhhh!!!(Sila KLIK gambar utk ke blog)

Kali ini dgn lebih efektif (dh ada order form gituu..) & design yg lebih HOT drpd biasa!!!

So, bleh la intai-intai ZUZU LITTLE CUPCAKE (KLIK SINI) yg dah kembali beraksi!!

CEPAT!!! CEPAT!!! TENGAH ADA SALE SEKARANG!!!

Tuesday, March 23, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 5:37 PM
COLORS OF LIFE
Ni saja-saja je nak catatkan kat sini perihal pelbagai ragam manusia kat sekeliling i nih. walaupun some of them some time make me feel very melugai, i still make fren with them.peace no war.

yang sorang nih jenis suka bangat la cakap pasai pinggan mangkuk periuk belanga.asal i balik kampung je mesti dok tanya "u x beli periuk cap crocodile ke? skrg satu set berapa ek.dulu i beli bla bla bla.."

or masa i baru balik from langkawi hari tu " u beli berapa set pinggan mangkuk kt sana? beli correle ke vantage? harga berapa ek?"
and bila i cakap "eh mana ada i nak beli pingan mangkuk pi sana.i pi jalan2 je.."
she was screaming like i was so crazy for not buying those things." apa lah u ni. org gi langkawi kena la beli sebanyak2nye pinngan mangkuk.sana kan murah.kalau aku la pergi mesti penuh feri aku beli. teruk la ko ni xtau menghargai kesempatan."
ewah-ewah...
adoi aii cik kak...i want to inform u aa...i BUKAN PEMINAT KOLEKSI PINGGAN MANGKUK okehh....cik kak, sekali lagi diulang : saya tak minat! saya x sama mcm awak!

well, setiap org pasti ada minat yg berbeza kan? same goes to me n you! i'd rather spend on jeans, clothes, shoes and so. so that i wont wear selekeh-selekeh things like you! pakai baju pun comot-comot, ada hati nak aku (aik marah ke?)
and i prefer to spend on FOOD compared PINGGAN KOSONG okehhhh!!!!

i x minat nak kumpui2 pinggan, and then kena beli sebuah almari just to SIMPAN those pinggan, instead of GUNA. i ada pinggan just cukup utk i gunapakai jek. x payah nak susun2 dalam almari buat hiasan buat hapa????

i ada satu set Correlle set of 4 - enuff for my small family.itupun hadiah from my MIL.
and i ada la few sets hadiah during my wedding.itupun bila family i termasuk pakcik makcik sepupu sepapat mai, dah cukup nak guna.

tak perlu i nak berCorningWare, berVantage, berPyrex bertimbun-timbun dalam umah. itupun dah cukup makan, kenyang alhamdulillah.

yang penting, x guna pinggan cantik kalau asyik masak teluq goreng ja.huhuhuhu...

citer yang sorang lagi i sambung esok / malam ni jek.sebab i dah nak bertolak balik menjemput permata hati i yg xtau mcamana plak ragam depa hari ni. bantulah ibu ini Ya Allah....huhuhu. Chiaowwww....

Monday, March 22, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 1:52 PM
HENFON MANDI
entah why, hari Sabtu tu i rasa macam penaaattt sangat. pastu kan macam letih2, ngantuk2....and hari tu jugak Amet got some kind of Alumni meeting of KISAS, and proceed with dinner. so i pun lagilah dengan sukacitanya bermalas-malasan kat umah.

come to the part where Zuzu wants to play in the bathroom. like main masak2 cedok2 air.i think i also play that during mu childhood and i know it was so much fun! so, thinking of that, i just let her play on her own while i'm half-asleep at hall.

Yaya was playing almost sekeliling me at that time so i just biar je lah kan. xdek la mcm nak pay attention sgt while i half-watching TV and some few seconds terlelap-lelap.

Tetiba i heard kak ngah menjerit (she just turun from upstairs) "Kak Long!!!! Hang mai tengok ni Yaya bawak henfon hang mandi...!!!!!"

Oh My Godd!!!!!!!!!

Huwaaa...henfon i dah pun basah lencun...Yaya dah main celup2 kat bilik air....and i dont know how long she has been there...Huwaaa!!!!!!!!!

i bukak and cabut semua bateri, casing,sim card everything. and let it dry.tapi bila nak try on balik, still mcm mau tak mau jek.and the display semua dh lari.and bila i try make call, it's only me who can hear voice, but org yg i call xleh dgr sora i. huwaa....

aduss....now persoalannya is, shuld i get sumthing more canggih (like iPhone *wink*wink*), or just get the most cheapest second hand henfon for replacement??? ehehehhe...

Yaya oh Yaya.....Ibu gerammm & sayang kamuu!!!!

Thursday, March 18, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 10:57 AM
Adik xdak inai..org macho mana bleh pakai inai..so tayang muka jek...

Kakak tayang inai..abaikan muka yg comot tue...

Nih hasil kerja tangan ibu yg sememangnya berbakat besar..amat berpotensi untuk bukak butik & salon x lama lagi ni..

Peace no war..merahnya inai...

Tuesday, March 02, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 5:02 PM
MENJADI PENAT

aduhhh..penat dohh keja kt tempat serabut neh...
bukan kepala jek serabut, memang tempat nih serabut! betul itell you...
nak dijadikan cerita (psstt : ini rahsia jgn bgtau org!), bangunan baru ofis i ni tak mendapat kelulusan bomba.

means, takleh dapat CF la! so i ni skrg keja kt tempat bahaya tau! Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini...

salah satu sbbnya ialah, dinding ni dibuat dari panel, bukan simen.so bomba suh balut panel tu dgn simen.kelakar tak kelakar, itulah yg tgh berlaku skrg nih..so ofis i mmg tgh messy habes la 2 3 hari neh.benci tau!
i pun mmg pakai selipar cabuk jek pi keja.tak pasal2 bleh calar Clarks i ye..

and plus, my staff baaaaaaaaaanyaakkkkk sangat buat hal lately neh.aduss...pening plus plus!
best tak best jadik org atasan ni, klu staf u buat hal, u jgk nak kena menjawap itu ini dgn HR, dgn big boss.aduss duss dusss...last2 kot mana pun, i jgk yg kena. ya la, klu i marah2 staf (bila depa buat perangai je okay..), depa lari.terus berenti keja.klu i x marah, lemah lembut gendang gendut, depa bersuka ria smpai keja plak x siap.

paling best, ada yg curi tulang gi lepak minum2.ada curi2 pi tidor dlm stor.ada yg suka2 hati nak datang keja x datang mcm dia yg empunya kilang.ada yg kaki gaduh dgn operator.ada yg kes berebut pakwe makwe.ada suka2 nak balik kampung saat tu jugak dia bleh balik.
semua tu, seleceh-lecehnya sampai sebesar2 kes polis semua i nk kena handle na...
aduih....ikut hati i ni, mmg i nk berenti time ni jugak! (hahhaahah...ayat biasa bila time frust kan).

tapi tu lah, actually i tgh tngu "something", which is of course at end will need me to resign jugak from here!!! Yahooo!!!!

when it comes, i tell u the story..hehehhe kasi saspen sikit ye...till the, bubbye!
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez