Tuesday, August 25, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:09 PM
MENU TAMAK

So semalam dh test balik keja 4.30, mmg smpat sampai dlm kul 5.15 gitu. tp analisis itu agak kurang tepat sebab minggu nih kan cuti sekolah. so next week maybe lain plak ceritanya.

anyway, since aku sempat sampai awal, so blehlah masak2. actually plan nk masak 2 jenis jek. tetiba terextra sampai 4 enis plak. hehehe..begitulah ketamakan bulan posa ih. naseb baik kak ngah bukak posa kt umah. pastu dia tapau sikit bawak naik bas (blk kampung).

inilah apa yg saya masak untuk berbukak semalam...







Ayaq telah disediakan oleh en Amet iaitu teh ais tawaq hebiaq..huhuhu...
And for today xtaulah nk masak ka dak. rasa mcm malas2 sikit. tp ingat nk buat rekod x pi bazar ramadhan langsung tahun nih.
tahun lepas ada la dlm 5 6 kali kot aku pi bazar ramadhan masa x larat/x sempat sgt nk masak. seboleh2 nya takmau pi sbb x puas makan klu sikit2.
lagipun x berapa confident dgn kebersihan makanan kat luaq tu. maaflah para penjaja, saya bukannya terlalu rigid, cuma saya cuba sedaya upaya untuk memilih makanan yang terbaik untuk family. sekian.

Monday, August 24, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 9:42 AM
HIDANGAN RAMADHAN

Untuk first 2 days puasa, i managed to prepare the juadah berbuka tanpa membeli seketul kuih or lauk pun dr Pasar Ramadhan. sbb kebetulan hari tersebut jatuh pada weekend. But for the working days, xtaulah mcmana. if last year, mmg sempat masak, sebab bulan posa balik awal sempat sampai umah untuk masak. tp tahun ni sbb jauh sikit xtau lagilah mcmana. tahun lepas, posa masa tgh pregnant and anak satu, tahun ni anak dua. xtaulah klu depa buat kacau, alamat masak meggi ja lah..Huhuhu...

So this is what i cooked for juadah berbuka...


Hari pertama : Nasik Ayam, Air lengkong, Jemput Kentang & Udang (tiada dlm gambar).


Hari Kedua : Seperti di atas, Jus Tembikai (tiada dlm gambar).
*Peringatan : Kuih Talam Suji tu pun buat sendiri naa..tak main beli-beli okeh...

Dua makhluk kecik ini sedang berlakon seperti amat kelaparan seolah-olah mereka telah berpuasa sepanjang hari.
Sekian. Selamat Berpuasa semua!!!

Saturday, August 22, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 10:45 AM
ENJOYING IBU'S CUPCAKES

Nothing to write. Just a drama of my swethearts~~~

















End of drama. Ibu is going to prepare menu list for the whole Ramadhan (masak tak masak belakang cerita okeh..)

Tuesday, August 18, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 4:19 PM


SILA KEMASKAN MEJA ANDA

Uhuhuh...kat opis aku ni kan, mmg ada lawatan mengejut, mcm Rush Hour kt asrama dulu2, bagi memastikan bilik/meja pekerja sentiasa kemas & bersih. dan biasanya ia dilakukan oleh Cik Puan Besar a.k.a (bini bosslahh...ssyyhhh..).

Dan biasanya meja aku memang selalu dapat MEMO : SILA PASTIKAN MEJA KERJA ANDA DIKEMASKAN DENGAN SEGERA. hahahaha...aku pekerja yg rajin bekerja, thats why meja penuh bersepah dgn pelbagai dokumen (dan cawan dan botoi ayaq dan makanan hehehe).

So dgn x berapa ikhlas aku kemaskan jgklah meja aku tuh. tetiba masa kemas kt dlm laci tu terjumpa plak voucher Starbuck nih, ada supplier aku kasik masa pi LabAsia 2009 hari tu. Hmm..tenkiu cik puan, suruh saya kemas. kalau tidak mesti voucher nih expired gitu jek disebalik timbunan kertas2 saya nih.


Nasib baek x expired lagik. Balik nih blehla pekena Caramel Machiato. YEEHHAAA!!!
** Voucher ada satu ja, so saya pi sorang2 la ye encik abang...hahahaha...


Sunday, August 16, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 7:00 PM
MAKAN-MAKAN SEBELUM PUASA

today pagi-pagi buta sudah pergi membeli barang kat Giant Kota Damansara. sorang2 jek malas nak ajak Amet sbb semalam dia kena keja sampai lewat malam. biaq dia tidoq puas-puas.and anak2 mintak kak ngah jaga since dia pun tidoq umah aku semalam. lagipun mmg dh kurangkan bawak depa keluaq since the pendamic started.
nak ke giant kota nih aku guna jln kg. melayu subang tuh.amboi berpinar2 mata aku lalu sini.bawak kereta pun melelong.bukan apa, kt sebelah kanan penuh dgn kedai2 perabot, kat sebelah kiri pulak penuh dgn kedai2 bunga.nasib baik aku keluar awal, kedai2 pun x bukak lagi.klu tidak mau petang baru aku balik nih.
best gak merayap sorang2 nih. dalam takut2 dgn wabak berjangkit nih sempat jugak aku melilau tgok brg2 elektrik - nampak oven yg best, nmpak stand mixer yg best, dan nampak dapur infra red yg aku cita-citakan tuh.
pastu barulah pi beli barang2 dapuq semua, balik singgah beli nasik lemak sorang satu. tp since breakfast pun pukui 11 lebih, lunch kami cancelkan. aku terus prepare untuk masak laksa and invite few friends makan2 sebelum tibanya bulan posa.

pastu along nak balik, dia mintak pinjam zuzu sat. mulanya kata malam tu aku n amet nk p ambik. tp ingat kesian plak kt along kot x puas main ngan zuzu.bagi jek la dia tdoq sana.
tapi today buat laksa x berapa nak menjadik.sbb dh lama x buat (pantang la konon). kuah jadik merah semacam ja.tp last2 habis licin jugak sampai terus kosong periuk. hehehe...bulan posa nih blehla buat laksa tiap2 minggu sbb dh pecah pantang.yahooo!!!!

Wednesday, August 12, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 2:13 PM
BOTOI SUSU - PART 2

Just see how she enjoy her Nuby... x cukup tangan, kaki pun naik sekali!


Tuesday, August 11, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 9:24 AM
BOTOI SUSU

I hv been looking for another Nuby bottle for Yaya. and its very very very difficult to find one. i saw it last few weeks when i spent my MC at Jusco One Utama, but..uhh why on earth i didnt buy it that time? Now that i stay in Sg. Buloh, plus the H1 N1 alert, i dont hv a heart to go there again just to buy A BOTOL SUSU.

but thinking of my sweetheart which refuses to drink from the normal teat, i hv to force myself to go and get one for her. and to make it more difficult is, she just want the SoftFlex Natural Touch type, not the other Nuby. Ouchh...my sweetheart...how i wish i could just get the bottle from the kedai runcit at anywhere..

Ya, i do hv one bottle for her, but that one is currently to be used and left at the bbsitter's. so bila blk rumah, she dont hv botlle anymore. and my breastmilk is getting less and less, and instead Yaya dah semakin tembun and definitely she needs more amount of drinks (and food eventho she not yet teething wlpun dh 9 bulan tmrow).

Last week aku dah pi cari kat Babyland Sg. Buloh, pastu cari lagi kat Anakku shope, pastu cari lagi kat few kedai babystore. Tp yang Nuby lain2 jek yg ada. SoftFlex Natural Touch? No-no.
I think i still hv to curik tulang masa to go to Mothercare, or Jusco, or maybe The Curve to get Nuby for Yaya.

Thought of ordering one from LittleWhiz.com, but the delivery fees seem to be more than the petrol i spend to Damansara. I better choose to go to Damansara so that i can merayau-rayau menjamu mata lebih kurang kan.

Now terasa sgt, that stay at Sg. Buloh is totally terpinggir dari segala kemodenan i used to hv. Ohhooo...jauhnya nak pi One Utama, or The Curve, Ikea, Cineleisure, Ikano. Hey shopes..I miss You!!!

*Hmm... maybe alang2 dah pi merayau nih, baik aku bedal sekali 2 botol, plus the SoftSpot drinking cups sekali kan. err..maybe the Travel Cutlery Set and Botle drying rack make my days too....agagagagaga

Saturday, August 08, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 9:04 PM
KISAH ANAK-ANAK YG PANDAI NAK KE KEDAI

sekarang nih, anak-anak aku dh pandai yg teramat sangat (termasuk yg kecik halus tu pun) buat perangai mintak gi kedai. dulu-dulu aku selalu marah dgn adik bongsu aku kalau dia merengek nak gi kedai or nak beli macam2 bila mak bawak gi supermarket. la nih aku merasa sendiri mcm mana letihnya melayan perangai nak gi kedai nih.
biasanya balik keja pas ambik dua org budak kecik tuh dr bbsitter, aku akan balik ikut jalan kampung.so jalan tuh byk giler kedai2 runcit yg mengancam.siap gantung2 banner ice cream, pastu keropok2 dgn plastik yg warna warni tu plak saja ja tokei tu letak terjojol kat tepi jalan tuh.dah la jalan tu plak sempit.mana la x attract mata budak2 nih.
si zuzu yg pandai bercakap pelat nih, selagi aku x stop kat mana2 kedai, mulalah dia merengek mcm2. klu dia sebut KIM = icecream, POK = keropok, OLAT=coklat/gula2, AYAQ=air kotak/vitagen.
yg si yaya plak, apa yg kakak dia sebut, dia pun terkedek2 bebel "blablabla" - tanda menyokong kakak ajak ibu stop kt kedai.
sekali stop tu kopak jugak dlm 2-3 ringgit duit ibu.bygkan hari2...abesla bajet shoping ibu...huhuhu.tp pikir2 xpalah bukannya beli benda x faedah,beli benda anak2 makan jugak.cumanya si zuzu nih, dia punya obses pada OLAT dh makin menjadi2.klu 5 bijik ibu beli, kena habis licin 5 bijik jugak dia nak.dh la gigi malas gosok (ibu pun malas nk gosokkan gigi dia sbb suka nangis tgok toothbrush).
ada sekali tuh, aku saja tunjuk keras xmau singgah kedai walaupun si zuzu dh byk kali dok sebut 'nak p dai..".aku buat derkk..ja xmau stop.pastu dia melalak punyalah dahsyat macam aku x bagi makan 2 bulan.terpaksalah buat U-turn okeh..pastu aku belikan OLAT, oklah.gelak2 ja sepanjang jalan, puas hati dpt paksa ibu sampai u-turn semata-mata nak beli sebatang lolipop saja okeh...
pastu ada satu masa tu, saja ja aku beli stok sustagen byk2 letak dlm fridge. dah dia pandai pulak bukak fridge. sehari xtau berapa botol dia songlap.last2 aku decide xnak beli stock dh.
geram jugak bila dh mula pandai nih.tp sapa yg xnak anak pandai kan.apa2lah anak-anak...asalkan cukup sihat walafiat dahla...ibu penat x apa...

**Risau sgt2 pasal H1N1 nih.xleh bwk depa jalan2.nak bagi pakai facemask kang lemas plak.huhuhu***

Wednesday, July 29, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 3:37 PM
PAINFUL RIBS

it started about more than 2 weeks ago when i felt a mild pain on the left side of my ribs. tp aku ingat sengal2 badan biasa jek.so biar buat tak peduli and hoping it will hilang begitu saja after few days. but the pain keep worsen and day to day, i feel more painful.

so last week i went to see the doctor and she said it must be 'angin' sbb org pompuan ni klu dh bersalin and so selalunya banyak angin dlm badan (hangin pun doktor..). so she gave me ubat angin n vitamins.tp lepas beberapa hari makan sakit itu semakin kuat. sampaikan aku nak baring pun sakit gila, nak bangun lagilah double gila. pastu lagilah bila time malam tu kan nak kena membreastfeedkan yaya yg suka menggunggung itu, aduss..amatlah menyeksakan.

and lagilah bila aku balik keja terpaksa ambik zuzu n yaya dan kemudian menghiburkan mereka dgn pelbagai aksi badut sarkas supaya dua2 tuh x nangis dlm keta. and bila ada salah sorang nangis, terpaksa twist my body to the back seat or so. so i think that probably caused the pain to get worse. and plus, bila dh sampai umah masing2 amatlah nk bermanja dgn ibu yg jelita ini sampaikan zuzu yg dh bleh bejalan tu pun nk mtk "ibu...ukung..."

so weekend lepas aku tukar g jumpa doktor lain plak.he said it is the swelling muscle or spasm and give me some medication. but still x baik jgk after 2 days aku jumpa the same dooktor again. so he advise me not to do any work and tak boleh banya bergerak. but of course i cant totally listen to his advise. sapa yg nk nyusukan si yaya? sapa yg nk basuh baju, lipat baju, siapkan beg n perkakasan the girls, masak nasik n lauk pauk.uhhh...i am a mother and i am a wife. i am no more a single remaja riang ria okeh..(walaupun i memang looked like one heh).

and today the pain is totally come to the worst. i cant take a deep breath.and it makes me like nyawa di hujung when coughing.sakit gillaaa!!!!so i went to the doctor again. he said then it must be not just the muscle.he sent me to be x-rayed at damansara specialist hospital and the result just show that i got injury on my ribs! and it cause the muscle inflammation and swelling.ohhh.. i cant believe it.

the doctor even ask me if i am participatng in any kejohanan karate-do or sumthing. but i said..no..i just a bonzer at the disco pub in the town. bila masa la plak aku terjatuh? or jadi kaki pukoi? semua kenyataan itu adalah tidak berkaitan.

well, i just take it as takdir tuhan yg maybe mahu mengingatkan aku that He will and can give what He wants, and take back but He wants too.

so that's it. now i hope that he give me the suitable pills to sembuhkan the pain. and i really hope that it will be ASAP. i cant bear having this anymore. because i want to play2 funfully with my girls...and i always wants to be their badut sarkas like forever...

P/S : i will be on MC for 2 days. please do not disturb.

Monday, July 20, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 9:15 PM
ADA APA DI SG. BULOH?

Sudah genap 2 minggu kami tinggal di Sg. Buloh dan kami telah membuat beberapa konklusi mengenai daerah ini.
Apa yg best?
  1. Here is a food heaven. Banyak makanan. nak makan apa, sepanjang jalan semua ada.mee kari, mee rebus, laksa, nasik kerabu,nasik lemak, kuih muih, cucuq pisang cucuq cempedak.kedai tomyam / kedai makan pun berlambak sampai x tau nk pilih yg mana.
  2. Harga makanan yg murah-murah.Kuih - 3 biji RM 1. Nasik kerabu - RM 2.50 (dgn lauk ikan). Nasik putih + ikan pari / kembong bakar - RM4.50. Mana mau cari dh kt KL ni harga camtu.
  3. Dekat dgn kampung-kampung.walaupun kawasan perumahan aku nmpak cam bandar tp sekelilingnya ada byk kampung.ada kg melayu, ada kg.kuang dan lain2. so tenang skt dok area kg nih.
  4. Dekat jgk dgn pekan Bdr.Baru Sg. Buloh. cuma dlm 2 km ja dr umah.so klu nk cari bank, segala jenis bank ada kat sini.pastu byk kedai2 yg mcm jugak, nk cari apa so far semua ada lah.klinik pun dekat,post office, ada The Store (hehehe), ada KFC, Secret Recipe, McD...so kira oklah tu
  5. ada tempat org jual ikan n sayur yg brgnya segar bugar.dan ada pasar mlm jgk.tp yg ni jauh skt lebih krg dlm 4km dr rumah.tp kira oklah sbb sng ja nk pi.lgpun dkt dgn umah bbsitter, blk keja bleh terus beli ikan before ambik anak2.
Apa yg Kureng Best?
  1. Kawasan aku tu mmg area Cina habis lah. melayu bleh cari dlm 2 3 kerat ja. pastu masjid/surau mmg jauh skt.cuma azan Subuh ja yg bleh dengaq tu pun sayup2. klu waktu lain mmg harap azan kt TV jek.pastu mcm byk anjing.huhu aku benci sgt dgn haiwan haram nih.tp so far xdakla kena kejaq ngan anjing lagi.
  2. Satu2nya pasaraya yg ada ialah The Store.huhuhu sadisnya kan? so jgn harap la nk p beli brg umah senang2 mcm dulu - blk keja bleh singgah Tesco, or Giant.la nih maybe tunggu weekend ja p Carefour Kepong or Giant Kota D'sara pastu kena borong habis2an. Tesco Mutiara dh xleh pi sbb rugii kena bayaq tol.
  3. Pasar malam yg betul2 dkt umah aku ialah pasar malam cina. takat nk beli ikan dan sayur tu bulehlaa..tp x pernah pi pun lagi.
  4. Pemandu2 di kawasan nih mmg style kampung habis.yg jenis xmau kasik jalan kt org, jenis nk berlawan, jenis yg nmpk org lintas time tu la dia nk pecut. naik moto helmet dlm raga, org salah sikit honn sampai pekak telinga. huh..ini mmg betoi2 x best punya.
Hmmm..lebih kurang camtulah kesimpulan yg dpt aku buat setakat ni.jiran-jiran mmg kebanyakannya cina.tp x kisah sgtlah.pagi2 aku dh pegi keja, ptg balik dok dlm umah.bagus jgk x pyh buat ketupat byk2, krg skt dosa huhuhu (Insya Allah).

Oh oh lupa plak lg satu yg best kt sini ialah dekat dgn kedai barang2 kek n bakery. Hmmm...i loikeee!!!

Friday, July 17, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 3:35 PM
APA YG BUAT KAMU MENANGIS?

Yesterday, Amet said he has to go outstation.To Kuching, for few days. And I was kind of shock to hear that. he has never been away that far from me. except that when i was in confinement, or if he go outstation to peninsular states.but that one does not involve sea-crossing and aeroplanes. i dont know how calm he can be in the plane. but i'm pretty sure that he's no good at all in swimming.

it's the same thing and worries come to my mind when he needs to go outstation. but this one worry me much.why cant i be relax as other wives which their husbands fly here n there and come home just like once or twice in a month? uhuhuh....i will keep praying that Amet will never has to be as busy as that (tp nk laki kaya camana nih?).

Well, sometime, bila aku gaduh dgn dia, i will say in my mind, or mumbling "Berambus lah..." or "Cepatlah sikit pergi outstation tuh" or "Bilalah org tua ni nak keluaq lepak dgn kawan2 dia, menyampah aku tgok muka" or "Bosan aku tgok muka dia nih.dah la kelam kabut semacam pastu nk marah2 org plak.Blahlaa.." or so (Abg, maafkan ayg sebenaqnya kat dapuq ayg selalu mengata abg sorg2. Klu nmpak mulut ayg bergerak2 masa basuh pinggan/memasak tu maksudnya tgh ngata abg la tu). Tp bila dia dh betul2 nak kena berjauhan, aku dh start worrying about him, even few days before dia pergi pun. and even worse sampai mimpi2...

Well, i come accross this quiz (sort of) to know if is he my real love that i have now, or not...

Is he the guy who you’re willing to sacrifice everything just to make sure he’s happy and he’s alright?
[Hmmm..sacrifice tu boleh,mmg dh bbuat pun.but maybe not everything.nanti klu aku dh bg smua klu dia tinggalkan aku, nk mkn apa?]
Is he the guy who will make you lost your senses?
[Nih pun x sure sgt..betoi kot]
Is he the guy who can change you for better?
[Better or worse is my decision. but he influence me a lot...dh jadik mulut pot pet mcm dia daa]
Is he the guy that can make you wait?
[Keep waiting for him everyday, every second.everyday mesti call dia tanya bila mau balik kerja - jgn menyampah ayg call abg na]
Is he the guy who can melt you down by just doing nothing?
[Hehehe..klu doing nothing mcmana mau melt...]
Is he the guy who will create sleepless night just because you’re worrying about him?
[Yes, definitely bila dia keluar/outstation. tp rasanya klu aku ngantuk, zzzzz jgk kot...huhuhu]
Is he the guy who you would love adorably regardless of how he looks?
[Needless to say, dia mmg x hensem langsung hahahaha. but still king of my heart (ayat memujuk)]
Is he the guy yang anda ingatkan bila you pass by a beautiful place?
[not just beautiful place, stesen LRT pun teringat kt abg jgk]
Is he the guy that u mention in your prayer?
[Insya Allah...]
Is he the guy that you wish you’ll be forever with?
[Of course. tp bila dia buat perangai/carik gaduh, i wish he disappear immediately like David Copperfield huhuhu]
Is he the guy that will make you fly thousand miles just to be with him ?
[Nak jugak ikut abg pi Kuching tuh...not just to be by your side, tp bulleh jugak jalan2 ngehngehngeh]
Is he the guy that will make you smile sorang2 like a crazy bimbo?
[Ada jugak la kdg2 mengenangkan lawak2 bodo dan aksi2 kalut abg yg selalunya membawa kecundangan hahaha]
Is he the guy who’ll make you cry terribly just because you miss him?
[yes, i do...dulu kini and forever]

so, that's it. Seems like...he's the one!!!

(Ini kisah bodek supaya abg dpt membelikan segulung dua tikar Sarawak untuk saya..hahahha)

Wednesday, July 15, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 2:15 PM
DI OFIS BARU

Hohoho...baru jek citer pasal umah baru kan. about a week after pindah umah, aku pindah to ofi baru plak. it's just on the opposite building. aku ialah org yg paling banyak memiliki fail mengalahkan bos-bos yg ada (ya lah diorg bos,mana ada buat keja, aku ni lah kuli cabuk yg buat itu ini).
tapi kali ni pindah aku panggil jek operator2 bangla tu suh diorang angkat barang.mana larat dari tgkat 2 sini, nak bok turun, pastu nak bok naik pulak tgkt 2 sana.huuu...mau terlucut kepala lutuit aku (ntah pasai apa pakcik ni suka sgt buat ofis d tgkt 2).
so sempat jugakla sambil2 pindah randah tu mengcapture gambaq opis baru nih. tp kan...sob2..dia punya design kan..huhuhu..i tell you...very traditional la...rasa mcm gi keja zaman 80an.tp bolehlaa...asalkan baru.lagipun aku dapat bilik sendiri yahoo!!! (dengan itu bolehlah berinternet ria lebih sikit heheheh -> nih yg rajin skt update blog nih ngehngehngeh)


** Fail-fail masih byk di dlm kotak kerana x brpa cukup tempat.dh pasang niat nk gi tumpangkan kat bilik bos kat sebelah.**

And buat sementara waktu nih kami amat hepi sbb CCTV belum siap pasang. so bleh makan minum sesedap rasa, sambil berbincang2 (read as : mengumpat anak bos yg gila dok dpn bilik aku sambil psg radio mcm kt disco)
and my new lab is still under construction.walaupun aku amat x puas hati sbb diorang buat lab cabinet tu mcm kitchen cabinet kt umah (memalukan), aku terpaksa jugak terima lantas mengingatkan diri -> ini bukan kilang aku yg punya! Hahhaha...and aku just nk tunggu comment dr auditor "your lab is not comply to our requirement, please demolish and setup a new one base on a microbiology lab requirement." Keh keh keh.
So itulah sahaja sedikit description ttg ofis baru..cukuplah untuk menaikkan sikit semangat bekerja yg semakin hari semakin malap nih..huhuhu

Thursday, July 09, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 5:02 PM
DRIVING WITH KIDS

i cant believe that driving two little kids to babysitters house can be so~o complicated. the story begin when we decided to terminate the taska service.

me n Amet took leave on the first monday after moving to send Zuzu & Yaya to Taska SM.it just few blocks away from our house.i've visited the taska few weeks before we move and found it quite reliable.unfortunately, that day when we sent the girls, we saw that the taska was too~oo crowded, and full of kick-boxer-wannabes. uhhuhh...

however, kami cuba mentabahkan hati to leave the girls there and balik rumah to sambung mengemas and waiting if the teachers a.k.a babysitters will call us saying that "anak2 akak xnak duduk sini", or so.

but bila sampai ja kat umah, kami duduk diam kat ruang tamu, doing nothing at all, but keep thinking of our darlings. discuss punya discuss (siap dengan linangan air mata semua okeh), we decided to take them back, and cari pengasuh lain. so kelam kabut call along suh tanya kwn2 dia if ada pengasuh. nasib baik la dah dkt2 petang tu, along ckp ada sorg pengasuh kt umah dia. so ptg tu gi lah umah kak Aisyah tu, so dia pun setujulah nak jaga the girls.

keesokannya, aku pun ngangkutla the girls pagi2 naik keta. Yaya letak seat depan, Zuzu letak seat belakang. masa nak pergi ok ja dua2 sbb maybe tgh ngantuk2, lalok lagik. tapi time nak balik tu, mak datok...3 kali jgk la kena berhenti tepi-tepi jalan. sbbnya si Yaya tu nak mai dok kat ibu, nak menetek.yg si Zuzu plak, kalau adik dia nangis, dia pun akan nangis sama.
dahla si Yaya ni nangis sampai sekuat-kuat hati, sampai kat umah, pintu gate yg senget tu pulak susah gila nak bukak.pastu padlock tu plak karat susah jgk nak bukak.pastu dgn anjing jiran aku dok menyalak lg la kuat budak2 ni nagis.pastu nk parking keta dlm umah kena adjust elok2 spya senang bukak pintu. fuuhhh...semua situasi berlaku dlm keadaan kalut dan merimaskan. cuba bayangkan anak menagis mcm kena rasuk, pastu dgn beg2 semua nak ngangkut dr keta, dgn pintu yg melekat...hadoi....aku rasa fedapp!!!

dalam hati berangan, bilakah Amet akan jadik Senior Manager? or CEO? so aku bleh dok kat umah, manja-manjakan my two little darlingss...
Oohhh..ibu sebenaqnya tak sanggup hari2 terpaksa buat anak2 ibu menangis. But ibu dont have any choice at moment darling...I'm so sorry....Sob sob.

p/s : does anybody has tips how to make the kids stay calmly in the car?

Wednesday, July 08, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:38 PM
DI RUMAH BARU

okeh setelah beberapa hari berpindah barulah agak lapang sikit nak menulis. ini pun mencuri2 tulis sikit kat opis, sambung sikit kat umah.
well, cerita hari pindah - everything went smoothly. aku MC hari tuh (mmg aku demam sikit, dan batuk dan selsema). naseb baik MC, banyak jugak keja aku kena buat. aku secara tidak langsung terpaksa meng in-charge utk perkara2 teknikal seperti perpindahan astro, air-cond dan sebagainya. manakala Amet pulak in-charge utk lori dan pengangkutan barang2.
then malamnya kami buat sikit bacaan Yaasin dan doa. just disertai oleh aku, Amet, Kak Ngah, Along dan Abg Fauzan.
so masa dh pindah ni barulah kami telah mendetect beberapa defects sperti :
-> air shower tak keluaq
-> pintu kabinet dapur dan reput (1 pintu shj sbb selalu kena ayaq kot).
-> engsel gate yg senget menyukarkan tutup/buka
-> dan beberapa hal yg kecik tp membuatkan rasa krg selesa

tp bila aku fikir2 balik, biasalah rumah baru pindah xkan nak semua complete masa kaki melangkah masuk kan.so kena sabaq, dan buatlah semua tu sikit demi sikit..Insya Allah lama kelamaan selesa jugak...

Friday, July 03, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 1:08 PM
LAST DAY, LAST NITE @ DESA MUTIARA

We will move tomorrow. and i kinda still have loooooottssss of things to do. sekali tengok, mcm dh tak tau daa kat mana mau kemas. baju-baju dh kemas, cuma still kena tinggal sikit untuk pakai gi keja. baju zuzu n yaya pun kena tinggal beberapa helai sbb depa nih klu main/makan habis comot. cuma aku tengok bajunya si Amet mcm banyak giler jah dlm almari dia. mcm dia nak duk menyewa sorang kat Mutiara damansara ni lg ke hapa? suka hati, aku dh sound suh packing.nak buat, buat. xmau buat sudah.

Dua tiga hari nih Amet begitu melebarkan mulutnya yg besaq itu untk membebel aku supaya mengemas itu ini. aku pulak agak x berapa menyempat dengan adanya gangguan si kecik- si kecik yg sekejap nak 'shushu', satgi nak ayaq, sorang lagi pulak menjerit mcm anak tarzan. sampai last2 Amet yang mengemas (sambil muulutnya terus berleter). bagus2....
Aku dh buat planner, tp mcm still ada yg ter'miss' jugak sikit2.

And ada dalam list tu, aku kena beli langsir untuk bilik2. tapi langsung takdek masa nak gi beli. ada hari yg aku nak pi, encik Amet pulak buat2 sibuk. pastu semalam, dah janji (menerusi YM semasa keja) nak pi beli. sekali bila aku dh sampai umah, dia kata takmau pi pulak. encik Amet ni perangai dia mmg camni. suka tak ikut planning. pastu aku buat muncung sepanjang galah, pukui 8 mlm barulah terhegeh2 nak pi pulak. dapat la jugak beli langsir last minit. tapi takde design yg sesuai utk bilik kanak2 nih. so aku beli jek yg plain kaler pink, nanti taulah apa aku nk letak kasik ceria bilik depa tu (mcm la dua ekoq tu mau tdoq bilik sendiri).

And di sebalik keseronokan nak berpindah ni, rasa sedih jugak nak tinggalkan jiran-jiran kt Desa Mutiara yg amat baik, friendly, dan dh rapat rasa mcm kakak2 sendiri pulak. even babysitters Zuzu n Yaya pun mcm rasa payah jek nak lepaskan depa. masa sembang2 semalam, the bbsitters tu bergenang jek ayaq mata. Isk3...ni yg buat aku nk nagis jugak nih... Aku pun rasa xtau mcmana anak2 aku kat taska pasnih. entah diberi perhatian mcm kakak-kakak ni buat ke tak. Sedihnya...


And esok, i dont know what will happen. esok i hv to go to work.. and i hv sore throat, suara dh mcm itik angsa nak fight dengan ayam. nasib baik we all just upah orang untuk ngangkat barang2. tp dgn sora mcm nih ntah larat ka tidak aku nak jerit2 kat bangla tu semua... sigh*.

List of things yang tak buat lagi :
* call org untuk relocate air-cond
* call plumber utk repair sinki yg longgar
* pinjam cutter untuk potong padlock yg xleh buka
* mop lantai bg bersih (dr sisa2 tanah samak hari tu)
* potong rumput / lalang yg sama tinggi dgn tuan rumah
* cat gate (dh berkulat)
* cuci cermin sliding door (tp hari tu mcm dh gatal tangan sangat gi pasang langsir, so kena bukak balik...)
* and the list goes on...

Uuhhh..sememangnya berpindah rumah amat memenatkan. bukan sahaja pada hari tersebut, malahan 2 minggu sebelum, dan maybe sebulan selepas pindah. Huhuhu....

Wednesday, July 01, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 3:55 PM


PENCUCIAN & PENSAMAKAN RUMAH

pada 28/6/09 yang lalu, kami disertai along & abg fauzan telah mencuci rumah kami yg bakal diduduki. disebabkan rumah itu telah disewa oleh orang non-muslim sebelum ini, kami membuat keputusan untuk samak keseluruhan rumah tersebut.

Aktiviti berjalan lancar dan kami sangat letih.

(kenapa penulisan di atas menjadi underline? biarkan.saya amat letih untuk mengedit)


Semoga saya tidak lagi menjatuhkan, melanggar dan memcahkan barang2 di dapur yg lebih luas ini. Saya juga berjanji akan memasak lauk pauk sesedap-sedapnya di dapur ini.


Jauhkan pandangan dari penutup toilet yg sudah kunng itu. Saya akan menukarkannya dengan warna yg lebih menarik.

Abg Fauzan yg rajin sdg berposing seolah-olah hanya beliau seorang sahaja yg sedang membuat kerja manakala yg lain sedang bersuka ria.


Diskusi bedah siasat (post-mortem) bagi mengenalpasti kekurangan/kelemahan yg perlu diperbaiki.

Sunday, June 28, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 4:30 PM

Custom Glitter Text


PotPet dari Yue Yusof at 9:05 AM
JACOBS WALK OF LIFE

Since Zulaikha and Zubaidah had fallen asleep, I would like to take the chance to blogging. Yah it’s been quite buzy days for me lately. With the audits at office, with the CAR to be replied, with the remeh temeh matters to touch up with the bank,lawyer and owner of our new-house-to-be-so-soon, with the house chores and baju bertimbun yang tak habis2 dibasuh – semua di atas had leave me energyless to blog at night (before this bleh blog kt ofis, tp now takut sbb mata-mata kat ofis aku dh makin bertambah, benci okeh).

Nak cerita pasal last weekend 21 June Aku, Amet, Kak Ngah (adik aku), Zuzu n Yaya joined the Jacob’s Walk of Life. Kami bertolak at about 7.15 am. The event was held at Tmn Metropolitan Kepong (tempat yg main layang2 dkt dgn area Selayang tu).We had pre-registered online about a month ago. So bila sampai kami expected to be served like last year’s event (last year just me n Amet yg pi sbb Zuzu blk kg that time, and Yaya was 6 months old in my tummy!), which means we’ll get a T-shirt when we show our pre-registeration coupon or IC. Unfortunately this year, hang daftar ka tak daftar, sapa sampai awal, bleh mintak T-shirt berapa puluh helai suka hati mak bapak dia jek. Disebabkan kami yg betoi bendoi nih, kami pun queue up la mengikut abjad nama – Amet went to A-D station, and me go to U-Z station. Disebabkan kelincahan aku, aku berjaya mendapat 2 helai T-shirt saiz M for me n Kngah. Masa tu x terlintas plak di fikiran nak mintak sekali untuk Amet and Zuzu sbb aku still ingat kena ikut registration mcm dulu.

Suddenly Amet call, dia ckp baju dh habis. Aku try g tengok tempat U-Z, pun dh habis gak. So frust menonggenglah dua beranak tuh.Nak exercise pun, dh habis acara. Tinggal orang2 yg betul2 nak join Walking saja.teruk betul la JWOL tahun nih. Dh la nk minum Anlene pun x dapat, nk mkn Jacobs pun berebut mcm pelarian Somalia. Memalukan! Aku rasa area tu mmg ramai org pendatang haram, or kampungan sampai x paham langsung arahan pihak penaja.

Disebabkan kekecewaan yg amat sgt, kami telah blah dr padang tersebut dan mencari breakfast yang tidak menyihatkan aitu minum di kedai mamak at Damansara Perdana. Huhu…

Sekianlah kisah Walk of Life yang hanya berhabis di atas jalanraya dan taman ermainan kanak-kanak sahaja tanpa dapat bersenam walau sekelumit pun. Benci. Next year aku nk berkhemah siap2 kat sana.B.U.D.U.H. sungguh arrangement tahun nih.Huh!

Sunday, June 14, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 3:52 PM
ESTEE LAUDER MODEL SEARCH



Apakahhh???

hahaha kepoyoan seorang ibu beranak dua.
kebetulan saja je bawak si kecik-si kecik ni berjalan2 kt One Utama. kebetulan ada la plak benda alah ni dok buat promotion kat situ. sapa beli voucher dpt barang of our choice + free make-up + bergambaq + dia cuci sekeping gambaq saiz A4. ni semua Amet la yg dook buat pulun suruh aku buat.aku ni xdak la intersted sangat..tp dah dia dok suruh x berhenti2, terpaksa la aku pi..keh keh keh...

Masa tengah mekap tu, si Zubaidah ni lak buat peranga megantuk, so terpaksala breastfeed dia sambil bermekap pulak. potong la markah ibu...huhuhu

Tp kurang puas hati sket sbb mekap artist tu mcm x paham aku punya request. aku nak mata kaler hijau, dia pi letak kaler brown2 gitu. pastu mcm x berapa naik dia punya mascara tu nampak eyeliner jek lebih. so mata aku nampak terbeliak mcm pontianak x cukup makan jek. benci tau...

pastu ambik gambaq pun x best sbb cameraman tu mcm x friendly langsung. aku nk senyum bat gaya2 model professional pun x menjadi sbb x lalu tengok cameraman tuh.

tapi best bila bleh tambah koleksi perfume Estee. this time, i choose Beautiful Sheer. plus, dapat sebijik mascara + lipstick + small make-up case.

And after jalan2 dapat lagik kasut Vincci. Semua di atas adalah hadiah sempena Father's Day!!! Heheehhe....day for a father to buy gifts for a mother..keh keh keh (pandailaa....)

Thursday, June 11, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 9:00 AM

NUBY

Zubaidah is a bit hard on bottle-feeding. asyik2 nak breast feed ja memanjang. tp nasib baik masa kt umah baby sitter dia ok (bila dh lapar dia hentam jelah kot apa yg ada).

Nak dijadikan cerita her babysitter is on leave from 10 - 14 june, so i take the turn to jaga dia for two days (wed - thursday) and my mom comes to babysit on friday onwards. So masa dok dgn aku tuh, langsung dia takmau minum susu botol.macam2 cara aku buat - bancuh susu cair, susu pekat, susu suam, susu sejuk, semua dia buat main2 ja. and i hv tried few types of bottles, name it - AVENT, Dr. Brown, botol murahan cap Giant, Baby Kiko and few others.

Until 2-3 hari lepas, we went to One Utama (bawak Zulaikha jalan2 after sebulan dia kt kampung, kang dia lupa pulak OU tu heheh), and I saw a Nuby bottle at Mothercare shop. But when i asked for the smallest (5 oz) size, it is out of stock.
So i decided to go to The Curve today and luckily, i found a last piece (ada few bottles lagi but bigger size) after masuk keluar 4 bijik kedai okeh...
Apa yang penting kerjee..same.., the Nuby nipples are more likely to mother's natural nipple. Plus it is BPA-free, non-drip nipple type.
Alhamdulillah...after trying the first gulp, Zubaidah telan habis licin semua susu 3 oz tu. keh keh keh..lega sikit hati ibu tengok budak gumok nih minum susu. So plan nk mula kurangkan BF, and nk start fully formula (ibu yg malas). Hopefully dia akan terus suka dengan botol tu dan boring2 mcm botol lain dah...

Otherwise, i might try the next brand i've been spying on - the Tommy Tippee Easivent bottle pulak..Baby-baby sekarang nih bijak-bijak. Botol susu pun can be very choosy. apa nk buat...ibu nk pi keja, kena lah cari jugak botol yg sesuai...huhuhu
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez