We will move tomorrow. and i kinda still have loooooottssss of things to do. sekali tengok, mcm dh tak tau daa kat mana mau kemas. baju-baju dh kemas, cuma still kena tinggal sikit untuk pakai gi keja. baju zuzu n yaya pun kena tinggal beberapa helai sbb depa nih klu main/makan habis comot. cuma aku tengok bajunya si Amet mcm banyak giler jah dlm almari dia. mcm dia nak duk menyewa sorang kat Mutiara damansara ni lg ke hapa? suka hati, aku dh sound suh packing.nak buat, buat. xmau buat sudah.
Dua tiga hari nih Amet begitu melebarkan mulutnya yg besaq itu untk membebel aku supaya mengemas itu ini. aku pulak agak x berapa menyempat dengan adanya gangguan si kecik- si kecik yg sekejap nak 'shushu', satgi nak ayaq, sorang lagi pulak menjerit mcm anak tarzan. sampai last2 Amet yang mengemas (sambil muulutnya terus berleter). bagus2....
Aku dh buat planner, tp mcm still ada yg ter'miss' jugak sikit2.
And ada dalam list tu, aku kena beli langsir untuk bilik2. tapi langsung takdek masa nak gi beli. ada hari yg aku nak pi, encik Amet pulak buat2 sibuk. pastu semalam, dah janji (menerusi YM semasa keja) nak pi beli. sekali bila aku dh sampai umah, dia kata takmau pi pulak. encik Amet ni perangai dia mmg camni. suka tak ikut planning. pastu aku buat muncung sepanjang galah, pukui 8 mlm barulah terhegeh2 nak pi pulak. dapat la jugak beli langsir last minit. tapi takde design yg sesuai utk bilik kanak2 nih. so aku beli jek yg plain kaler pink, nanti taulah apa aku nk letak kasik ceria bilik depa tu (mcm la dua ekoq tu mau tdoq bilik sendiri).
And di sebalik keseronokan nak berpindah ni, rasa sedih jugak nak tinggalkan jiran-jiran kt Desa Mutiara yg amat baik, friendly, dan dh rapat rasa mcm kakak2 sendiri pulak. even babysitters Zuzu n Yaya pun mcm rasa payah jek nak lepaskan depa. masa sembang2 semalam, the bbsitters tu bergenang jek ayaq mata. Isk3...ni yg buat aku nk nagis jugak nih... Aku pun rasa xtau mcmana anak2 aku kat taska pasnih. entah diberi perhatian mcm kakak-kakak ni buat ke tak. Sedihnya...
And esok, i dont know what will happen. esok i hv to go to work.. and i hv sore throat, suara dh mcm itik angsa nak fight dengan ayam. nasib baik we all just upah orang untuk ngangkat barang2. tp dgn sora mcm nih ntah larat ka tidak aku nak jerit2 kat bangla tu semua... sigh*.
List of things yang tak buat lagi :
* call org untuk relocate air-cond
* call plumber utk repair sinki yg longgar
* pinjam cutter untuk potong padlock yg xleh buka
* mop lantai bg bersih (dr sisa2 tanah samak hari tu)
* potong rumput / lalang yg sama tinggi dgn tuan rumah
* cat gate (dh berkulat)
* cuci cermin sliding door (tp hari tu mcm dh gatal tangan sangat gi pasang langsir, so kena bukak balik...)
* and the list goes on...
Uuhhh..sememangnya berpindah rumah amat memenatkan. bukan sahaja pada hari tersebut, malahan 2 minggu sebelum, dan maybe sebulan selepas pindah. Huhuhu....







Apa yang penting 













