Sunday, March 08, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 1:56 PM
Restaurant Review : NOODLE STATION


Zulaikha : Nugget & Fries (Kid's Meal)
Comment : Tak makan pun. gigit nuget sikit ja. Pastu dia sibuk dgn lollipopnya dan berjalan mengacau pekerja2 kat restoran tu


Amet : Fried Yellow Noodle Hokkien Style With Abalone
Comment
: Pun sedap gila jugak. Kuah dihirup sehingga licin. Amat sgt sedappp....



Yue : Wantan Noodle With Chicken Leg Mushroom
Comment : Very very delicious. Superb...for wantan noodle fan, mesti try nih. meleleh-leleh makan nih..Come with wantan soup. Tambah dgn cili jeruk and sambal.perghhh...anak nangis pun x hingat dah...

Overall rating : empat bintang

Saturday, February 28, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 5:06 PM
RESTAURANT REVIEW : WENDY'S

Last few nights (if not mistaken, Friday), we had a quickie dinner at Wendy's (sbb cik abg aku balik keja lambat sampai umah dh dkt pukui 9). Wendy's is not new in fast food business, they hv established well in few other countries, but maybe quite new for Malaysian.

we choose to to the nearest Wendy's at Giant Kota Damansara. The restaurant is just a typical fast food style. There were ample of places to sit (maybe it's not getting very popular compared to Ramly Burger heh!) And i think this outlet doesnt have enough workers. there were few dirty unoccupied tables waiting to be cleared. And our burgers came a bit late - not sure if they tried to protect the burgers' quality (preparation prior order only), or they dont have enough workers.
Amet had "Half pound double with cheese" small combo meal - come with fries and small soft drink. the patties look quite miserable - macam kepal-kepal dgn tangan jek. but taste nice and juicy. however, i feel that the spices are not enough to cover the raw meat-smell (hey, i am one of the sensory panel in Ramly okeh).

and for me, i tried the "Ultimate Chicken Grill" - a piece of full chicken breast, grilled and served with mustard and veggie. very simple and not spicy (maybe more suitable for Zulaikha). And i choose the Twisted Frosty, which finally dihabiskan oleh Zulaikha jek.

For me, there's nothing much extra special compared to other fastfood chain currently available in Malaysia. Maybe the menu can show a bit different, yet the price is slighthly more compared to McD, KFC and Burger King.

P/S : I always wonder when KFC Waikiki brger will make a comeback. this is the most lovely brger i ever had since (can feel the pineaple creammelting in my mouth now)

Saturday, February 21, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:46 PM
RELAXING

Balik keja ptg semalam, terus singgah kedai beli serbuk jelly nk buat dessert sket sbb dh lama x buat makan sendiri puas2. klu mkn kt kedai bleh rasa sket jek.lagipun kat umah ada bertin-tin fruit coktail hadiah from supplier.so sampai umah terus masak before ambik Zubaidah. kejap je buat puding ni, dlm 15 min siap dah.pastu biar sejuk dlm freezer,tgh malam nanti bleh la makan. Yummyy....

Pastu bangun pagi ni bawak sikit untuk staf2.kesian kat diorang keja penat2 kena la appreciate (bos yg baik kan aku nih).


Petang nih xtau nk buat apa.rest je lah kt umah.kemas2 umah skit (sawang kt dinding tu dh tebal makcik oi..).Amet g Lowyat beli brg komputer. Zulaikha ikut Mak Yan gi jalan2 umah sdara dia. just tinggal aku ngan Zubaidah jek. Oh by the way, Zubaidah dh bleh meniarap. Tu dia tengah tertonggeng sorang2 while ibu sdg berinternet ria...xoxoxo...

For lunch, i already have 2 pieces of pizza tapau back from office (ada jamuan tadi). So satgi bleh la golek2 dgn Zubaidah (bukan senang ooo nak bleh santai mcm ni...).

Hmm...maybe bleh buat home facial sikit kot sambil baring2 (sementara si monster kecik tu belum balik).

Thursday, February 19, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 5:09 PM
BONGKAK

Entri ini bukan untuk mengutuk sesiapa. tetapi sebagai peringatan bagi yang lali, termasuk aku sendiri.
Aku berdepan dengan 2 watak ini setiap hari. Mereka mempunyai persamaan - sedikit bongkak / membangga diri / bercakap besar / takabbur.

Watak A
Setiap masa berjumpa dengan dia, tak habis-habis bercerita tentang kehebatan anak2nya dan kebahagiaan keluarganya. Semuanya lengkap, anaknya bijak dan sebagainya. Dia juga bangga dengan kesuburannya dan ketererannya merancang keluarga tanpa menggunakan ubat-ubatan / peralatan. Satu hari dia maklumkan dia mengandung lagi. Saban hari dia bercerita perancangannya untuk buat baju mengandung fesyen itu dan ini, persediaannya membeli kelengkapan bayi yg bermacam-macam. walhal kandungannnya belum pun mencecah 3 bulan. setiap kali dia bercerita orang akan diam - tanda malas melayan. hari ini dikhabarkan dia keguguran. aku tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan, tetapi cukuplah sekadar mengucapkan takziah.

Watak B
Dia baru sahaja join our company. and he was from quite a well-known-food-company. and he was a chef. and he keep telling me everyday all the fortune he has - he bought 2 houses and is planning to buy another one. he got 2 cars, he got resthouses in Port Dickson, Langkawi, this and that island and here and there. And he knows to do this and that. and he knows great people, the datuks and tan sris and befriend with the royal families and all. (please dont throw up reading this ok - i have been facing this every second every day and still steady). and oh ya, the latest one he told me this morning that he always chit chat with the MK Land owner (oh yeaa?? then why you still live in a cheap apartment instead of 3-storey-bungalow?)

then last week they said his was stolen - a Proton Waja. and today, his Kelisa pulak has been stolen. and i heard that his wife got VSS due to the everywhere-retrench-situation now. well, i hope his kaya-raya and millionaire-friends will give him a free car and a big position for his jobless wife.

that's all - just a two story stories to share. you make your own conclusion.

Saturday, February 14, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 7:19 PM
VALENTINE'S @ CAMERON HIGHLAND

Strawberry cream chocolate...enjoy fresh @ Strawberry Farm



Zulaikha @ Rose Garden...


Family potrait


With Intan, Pak Sheikh & the chubby Rafiq...enjoy tea @ Bharat Tea House
Parkland Apartment
Hijaunya bumi Tuhan

Saturday, February 07, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:58 PM
Semalam, terpaksa panggil sorang staf aku yang buat perangai. Kesalahan dia ialah bercinta di tempat kerja. memang bercinta itu tidak salah. tapi menjadi salah apabila mengganggu kerja, dan bila yg dicintai itu suami orang. Ok, ayat senangnya mcm nih, staf aku bercinta dgn seorang line leader yang telah berkahwin dan isterinya sdg mengandung anak sulung. Amat kesian kat isteri dia kan?

aku takmau blame sapa2. kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kan?
apa pun yg depa buat, aku hanya kasihankan isteri dia. awatla orang lelaki nih ghapla sangat? tuh baru bini tengah ngandung, dok ada depan mata, buleh main lagi. nanti bila tiba masa dia dok dalam pantang, dah balik kampung, kena puasa main plak sampai at least 60 hari, mcmana la agaknya si suami tu? tambahan lagi zaman sekarang nih banyak sangat alat komunikasi. senang2 ja bulehh dapat pompuan for one night stay.or even everynight stay. klu takut nak telfon, buleh sms. takut nk sms, buleh chating.

tak dinafikan, laki yg depan bini punyalah sopan, penyayang, tp bila bini dh berpantang, perrghh...gatai tak hingat. ada yg suruh officemate temankan minum, ada yg suruh pompuan lain tolong tidurkan dia, ada yg mintak diperkenalkan dgn kawan pompuan yg selama nih tak pernah bertegur sapa, ada yg sampai berangan nak .....isk isk...wallahualam lah. dosa sendiri tanggung aaa...

mmg tak dinafikan, pompuan pun zaman sekarang nih mmg ramai yang gaghik (sori, i have to frankly speaking here). ada pompuan yg suka kacau laki org, walaupun dia mmg dah tau org tu dah beranak pinak, tetap jugak nak kacau. ada yang menggedik2, sembang lucah, terdesak..macam2 pompuan (better call 'betina' rite?) lah yg ada. yg mmg tak ada rasa malu (kemaluan?). isk taktaulah nk cakap.dunia sekarang. Nobody can be trusted.

Penutupnya, staf aku telah diberi surat gantung kerja, manakala pasangannya telah diberhentikan kerana telah telah menimbulkan kekacuan apabila isterinya datang menyerang kilang.

Sepatutnya cinta membuahkan keharmonian, kasih saying, kedamaian. Tapi cinta hari ini lebih banyak menimbulkan kacau bilau, pergaduhan dan kerosakan.
Semoga cinta Yue, Amet, Zuzu dan Yaya sentiasa berbunga-bunga setiap saat dan ketika, malah sampai ke syurga. (Ya Allah, jauhkan kami dari sebarang gangguan sama ada syaitan mahupun manusia yang berniat jahat.Amiinnn…)

Friday, February 06, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:34 PM
BENCI GILA!!!

I really hate that when somebody trying to tell stories about how they know how to cook this and that. Macam dia sajalah yang tau sangat memasak semua2 benda and like no others can cook like him/her. Tambah2 lagi bila dia pernah keja kat dapur hotel or dapur big restaurant. Asyiklah siang malam nk cerita tentang kepandaiannya yg hanya konon2 itu. Perlukah aku pun jadi bodoh, tumpang sama kepoh pasal kepandaian aku memasak itu ini? Arrggghhhh.....aku tak suka! Tak suka! Tak suka lahhh!!!! Terbakar la telinga aku dengaq orang cerita benda berlagak sombong mcm nih.

Aku pun tau buat pizza sendiri tp aku prefer mkn kat pizza hut sbb aku ada dua baby girl yang akan ‘membantu’ aku nanti.

Aku pun tokey kek, so x payah lah nak cerita yg hang tu pandai sangat buat cake and cookies. Aku bleh buat lebih cantik dari hang lah bodoh!

Oi, bleh hang blah pi cerita kat org lain dak? Not me okeh? Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Monday, February 02, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 5:27 PM
FEDERAL DAY

Bestnya hari nih sebab just kami-kami yg keja kat KL je yang cuti. Orang kat Selangor tu jgn jeles okeh. Hahaha..so mmg aku dgn Amet dah plan nak jalan-jalan hari nih. Tapi nak jalan berdua-duaan je, takmau bawak anak-anak (ibu yg kejam).

So pagi-pagi buta dah gi tinggalkan diorang kat babysitters, pastu dalam 9.30 pg dah mula gerak. Memula sekali plan nak pi Pertama nak format henfon cabuk Amet yg hidup segan mati takmau tu. Sekali dah sampai setengah jalan, baru dia teringat dia terlupa bawak henfon tu. (Selingan : nickname baru Amet ialah Tongga Buncit – aku yg bagi).

So teruslah pi Sogo, Best giler sbb x ramai orang, tapi banyak Sale. So senang jeh nak belek2, pilih2 lama2 sikit. Memang dah niat dari bulan lepas lagi nak beli jeans. Tapi dh try mcm2 jenis, still x dapat yg betul2 tangkap muat. Ingat nak beli Levi’s tp x bleh, kena boikot produk2 Yahudi nih (read : sebenaqnya tak ada duit daa..). So last sekali beli la jeans Nicole yg after sale tinggal RM30 jeh. Then rembat sehelai T-shirt merah sbb dah lama sangat x beli T-shirt.

Plan asal actually nak borong baju-baju keja sbb company aku x kasik pakai baju singkat2, mesti baju yg tutup punggung (maybe sbb punggung ibu beranak dua nih solid sgt kot). Tapi agak susah nak cari baju labuh2 nih. Nak pakai baju kurung tak sesuai la pulak sbb aku keja dalam lab & production. So lastly Amet suggest cari baju2 brand Scarlet jeh kat Jusco.



Blah la plakk pi MidValley. Sampai sana, sama la jugak, yang banyak baju kemeja yg atas2 punggung ja. Tp jumpa gak la sehelai baju yg ala-ala artist tp labuh. So after try posing depan cermin tu, nampak cam kelas jek, oklah. Then gi round2 lagi, tp mcm x round byk sgt sbb sakit lutut (sbb masa pantang hari tuh aku malas pakai stoking – inilah akibatnya x dengar cakap org tua2). Pastu jumpa sehelai T-shirt kaler purple utk Amet, then terus pi makan kat foodcourt Jusco tuh. Perghh…dari jauh bau Asam laksa dia tu amatlah mengiurkan. Tp malangnya aku masih kena pantang makan laksa lagi (kalau ikut cakap tok, dia suruh pantang sampai setahun. Tp mak aku kata lepas 100 hari bleh la rasa sikit2). Huhuhuhu…meleleh- leleh air liur ambbik bau je lah…

Pas makan teruslah blah. Masa masuk dalam keta tuh aku cakap kat Amet “Kita ni dah makin tua kan, jalan-jalan pun dah rasa penat, rasa lenguh semua.”

Disebabkan lenguh2 itu, aku pun offer Amet nak belanja dia gi massage (bukan aku yg massage daa..). So singgah jap kat Zen Reflexology kat Uptown for full body massage. Disebabkan kami sampai before 3 pm, dapat la promotion price for 2 pax. Jimat duit aku…Lepas massage barulah rasa ringan sikit badan nih.Lega…Pastu terus lah balik umah and take a short nap before ambik anak2….Huhuhu how I wish everyday is a Federal Day.
PotPet dari Yue Yusof at 2:28 AM
A NIGHT THOUGHT

It’s been a while since I managed to update this blog, not that I can’t be online..it’s just that the time has been occupied with something else (read : my two active girls).

I realized that when you are a working mom, the time you have for yourselves is really precious. You have to juggle between the feeding, the sleeping and the waking up time that your child schedules for you. Whatever that need to be done must be done within that time space. If you miss it, you lose it. Whether you want to take your shower, or going to toilet, or even have your meal, all must be done quickly.

And doing the ironing in the middle of night, washing the dishes during the wee hour is just become normal. All must be done only after they have doze off.

Now I understand why people pray for good health. I really wouldn’t want to fall sick, be it fever or flu, Nauzubillah if it’s something more serious. Not solely being selfish in wanting to be healthy, it’s more to taking care of the baby - who will feed, change, bathe them if I don’t have the energy to run the household. I can’t afford to sleep like I used to do during my single time - what if they are hungry, and I don’t hear them cry while I am sleeping soundly.

When you’re a mom, you put your child first and foremost in the priority list. However, between the tensions and stresses, I still feel great, lucky and proud to be a mom.

Wednesday, January 21, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 3:30 PM


HARI CUCUK ANAK

Today both me & amet ambik cuti nak bawak anak-anak pi check-up. Sampai kat poliklinik Kelana Jaya dlm kui 8.30 pg, tunggu punya la lama sampai perut pun hampir kena gastrik, barulah dapat masuk. Timbang berat badan - si Zulaikha 10.6 kg, si Zubaidah 4.6 kg. Lepas nurse tu check-check danberleter lebih kurang, tibalah masa utk kena jab. Hahaha...si Zulaikha yg kena dulu sebab ibu & Zubaidah still dlm bilik pemeriksaan nak sembang2 pasal family planning dgn nurse tu. Ingat nak pakai Implanon plak lah kali ni. Aku mmg jenis kurang berdisiplin sikit klu nak makan ubat-ubat pil tiap2 hari nih. Kang terbabas lagi...beranak plak tahun depan. bila nak bleh makan laksa asyik kena pantang jek. Hahahaa...Setelah diinject dan menangis lebih kurang, kami pun balik lah umah...

Since anak-anak dua-dua tidoq, kami pun bersetuju to send them to their babysitters. So that we can go dating...! Yabeda bedooo...!!! (Mmg dah plan pun..hahahah)

Sampai kat OU dlm kui 1.45 pm, gi beli tiket dulu nak tgok wayang citer MAUT gitu..dapat tket kui 3.15, so decided to go karaoke murahan kat dalam kotak kecik tu. Balun la sorang dua lagu - Amet pilih Mata,Hati, Jiwa (Awie) dan lagu apatah (Broery Marantika). Aku biasalah...rocker sepanjang zaman memilih lagu Memburu Bayang (Kristal) dan Sakinah (XPDC). Hahahaha...gila betoi melalak dua laki bini syok sendiri nih. Pastu pi jalan2 sat survey sport shoes sbb susah dah nak jalan2 pakai kasut tinggi dengan anak dua nih. tak sesuai, asyik tercabut ja. kena pakai sport shoes sbb nak lari kejar2 zulaikha yg suka membuas di mana-mana tuh (kukuh kan alasan nih..)
So lastly jumpa la kasut yg berkenan di hati nih. Sesuai & nampak comel sekali mcm tuan dia kan??? Hahaha..tapi belum bleh bawak balik umah lagi sbb tokey kedai tu kata "No Money, No Talk" Hahahaha...



Pastu pi lah tgok citer Maut yg amat tak best gile tuh. Amatlah rugi sekali duit ku duit Amet kerana menonton cerita ini. Lain kali mmg betoi2 xmau dah tengok citer melayu. Iklan ja lebih, citer amatlah hampeh.

Then balik singgah Tesco beli barang2 sbb malam nih invite few friends mai makan2. Nak masak Laksa Johor versi Perlis nih. Hahaha...

Thursday, January 08, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:44 PM
SUPERBMOM

I just came back from kampong last 3 days. And everyday mengemas rumah yang telah hamper 2 bulan ditinggalkan (imagine how thick the dust on the windows and fans). Since I don’t have maid anymore, I sent Zulaikha to Kak Yan’s house and only Zubaidah stay with me so that I could manage to do the all-alone-gotong royong and cook for lunch and dinner.

I will start working next week so had another 3 days to arrange everything : the kids’ clothes, the rooms, their toys, the kitchen and my own duty roaster. I had planned in mind that I should wake up at 6.00 am everyday so I could get the things well prepared and ready when I come back from work in the evening. But I don’t know…waking up early in the morning is just happened during my school time few years ago.

6.00 Wake up - Bath
6.15 Subuh prayer
6.30 Prepare things to cook dinner (siang ikan & sayur siap2 so balik just

masuk periuk)
7.15 Breakfast
7.30 Breastfeed Zubaidah
7.50 Send kids to babysitters
8.00 Go to work

I will be a Superbmom. I will be able to do everything. I will be able to manage 2 kids and cooking and washing and eating and watching TV without a maid. I know I can do it. Kick your ass la!!! (opss I shouldn’t say this in front of the talkative Zulaikha..)

Saturday, January 03, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 4:00 PM
The source of my permanent headache has been removed. I mean, i had kicked out my stupid maid out of this house. I am sorry, but i wont be able to stand her stupidity and laziness. So please go before aku dera hang like Nirmala Bonat. I dont want my beautiful face to be printed in the front page of national newspapers and being interviewed in Buletin Utama "Kenapa puan mendera orang gaji puan?".

The answer is :
1. Dia amat suka menjawap dgn jawapan2 yg x munasabah
2. Dia pemalas, buat kerja ala kadar. Cuci botol susu anak aku pun x bersih.
3. Bila aku suruh buang sampah dan jemur tong sampah, dia cuma ambik sampah dan letak kat dalam plastik.
4. Bila aku suruh cuci kipas, dia cuma ambik penyapu dan menguis sikit2 habuk kat kipas tu.
5. Sampai 14 kali aku ajar dia mandi baby, tapi still tak ingat2 lagi.
6. Dia suka melalak dgn KUAT gila (nyanyi lagu Jom Heboh versi Indon) masa bagi Zulaikha mandi - malu oo dekat jiran2.
7. Dia masih tak pandai2 bg Zubaidah minum susu - dia bleh ambik botol susu dan terus suap kat mulut baby kat atas tilam. Kena riba dululah ngog...
8. Dia suka cakap aku nih garang, asyik nak marah dia. Dia terasa hati dgn aku. (Hahaha..mmglah aku kan Boss. Padan muka hang!)
9. Suatu hari dia mengejutkan aku dari tidur, semata-mata nak suruh aku minum. Adakah kau masih bleh bersabar??? Aku tak bagi penampaq dah kira cukup baik dah......
10. Ni yang paling aku pantang - suka sangat main2 golek2 kat bilik tidoq aku. ISk budak nih kang...Isk...x bleh aku haih!!!

Disebabkan sebab2 itu dan berpuluh2 lagi kejadian yang membuatkan aku betul2 naik hangin, aku telah memecat Tuti bengong itu. Hang bleh blah la oiii!!!!

Friday, December 19, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 2:18 PM



5S = Seiri, Seiton, Seise,Seiketsu, Shitsuke SHIT! SHIT! SHIT! SHIT!
5M = MY MAID MAKES ME MAD

Saya telah 38 hari berada dalam pantang. Ini bermakna saya telah 34 hari mempunyai seorang maid. Sepanjang tempoh itu jugalah saya sentiasa dalam keadaan gelisah, gundah gulana, tidak tenang, da pening kepala.

Maid saya itu namanya Tuti, usia sekitar 34 tahun. Sebelum ini dia pernah bekerja dengan ibu mertua bagi menjaga nenek yg sudah tua dan tidak sihat. Saya ada juga bersembang2 dengan dia 2 tahun yg lalu, semasa dia bekerja dengan mak, tetapi tidak terlalu kisah dengan perangainya kerana kami berjumpa pun sekali sekala bila saya pulang ke kampung.
Setahun selepas dia pulang ke Medan, dia menghubungi mak semula bertana jika ada kerja untuknya. Saya yg kebetulan sedang mencari maid pada masa itu terus bersetuju untuk menggajikan dia kerana pada firasat saya senanglah sbb kami sudah mengenalinya. Rupa-rupanya semua sangkaan saya meleset sama sekali...

Saya mengambilnya bagi tujuan megasuh anak-anak saya yg masih kecil. Memandangkan dia juga sudah beranak dua, saya kira urusan kanak-kanak tidak menjadi masalah baginya. Hari pertama dia tiba, dia hanya melakukan kerja-kerja rumah-membasuh, menyapu, melipat kain etc. Lebih kurang 2 minggu kemudian, dia mula menjaga Zulaikha. Sejak itu, sakit kepala saya bermula. Dia tidak pandai memandikan Zulaikha yg sudah sebesar itu - dia menjirus air yg amat banyak ke kepala anak saya sehingga saya lihat anak saya hampir kelemasan, tidak sempat benafas, lalu saya tegur dan mengajarnya.

Saya memintanya sediakan susu untuk Zulaikha.Tiba-tiba anak saya menangis tatkala susu itu masuk ke mulutnya. Saya ambil botol itu, Masya Allah...panasnya umpama kopi yg saya minum.Akibatnya lidah anak saya melecur. Susu yg dibancuh juga amat pekat lalu saya tanya bagaimana cara dia membancuh susu. Rupanya dia memasukkan susu dahulu ke dlm botol, kemudia baru diisi air. Saya tanya lagi, kalau air itu panas, bagaimana henda dibetulkan kerana telah dicampur susu? Dia blur. Lalu saya mengajarnya membancuh susu dan menguji kepanasan air.

Beberapa hari kemudian saya lihat dia menjamu anak saya makan nasi hanya dengan kuah gulai lemak. Saya amat terkejut kerana menyangka selama ini Zulaikha diberikan sayuran dan sedikit lauk, lalu dia ditegur lagi. Beberapa hari kemudian, saya membawanya ke jamuan keluarga di rumah tok. Kebetulan dia menyuap Zulaikha makan di hadapan saya dan saudara mara yang lain. Masa itu saya lihat Zulaikha tidak menelan makanan di dalam mulut dan seolah-olah mengulum sesuatu. Lalu mak meminta saya korek mulutnya, maka keluarlah seketul tulang lembu sebesar hujung jari. keesokannya saya mula memperketatkan pemantauan pemakanan anak saya itu. Saya dapati dia juga tidak mengasingkan tulang ikan dengan teliti dari nasi Zulaikha. Saya semakin runsing.

Itu baru menguruskan Zuaikha, dia belum lagi membiasakan diri dengan Zubaidah.Setelah umur Zubaidah hampir sebulan saya minta dia sediakan air untuk mandi. Nasib baik saya tidak minta dia mandikan terus, kalau tidak pastinya kulit anak saya melecur lagi. Air mandian itu panas yang amat. Lalu saya mandikan sendiri. Tapi malangnya, dia langsug tiada inisiatif untuk memerhati cara saya memandikan bayi, bagaimana menyediakan keperluan bayi sebelum mandi, bagaimana memakaikan barut, lampin dan menyapu minyak telon ke badan bayi. Sehinggalah saya cuba mengujinya pada minggu lepas - saya minta dia sediakan semua keperluan Zubaidah dan mandian dia. Langsung dia tidak tahu sehinggalah saya terpaksa berleter panjang dan menunjukkan padanya satu persatu. Apa yg saya geram sudah lebih sebulan berada di sini, dia langsung tidak berminat untuk bertanya dan belajar cara-cara menjaga bayi yg masih kecil dan lembut itu.

Dia hanya mengutamakan kerja-kerja rumah. Semua itu saya tidak peduli. Saya boleh melakukan sendiri.Saya mengambilnya untuk menjaga anak-anak semasa saya bekerja. Itu tugas utamanya. Kalau ada masa bolehlah dia membuat urusan lain. Semakin hampir tamatnya cuti bersalin, saya semakin risau. Bolehkah anak-anak saya ini dijaga dengan sempurna? Dan saya hairan, dia juga seorang ibu tapi langsung tidak tahu menguruskan anak-anak.

Saya saban hari berdoa, agar dia diberikan kemahiran menjaga anak-anak. saya cuma mahu anak-anak saya dijaga dengan selamat, rapi dan sihat. sebenarnya saya bukanlah seorang yg suka mengongkong anak-anak. saya suka melepaskan mereka meneroka dunia dan belajar sesuatu yg baru.Saya biasanya membiarkan sahaja Zulaikha memanjat di sana sini, tetapi tentulah mata saya sentiasa mengawasinya. Tetapi sejak ada Tuti, anak saya itu sentiasa dikendong ke hulu ke hilir menjadikannya sedikit manja dan kurang berdikari. Itu pun saya terpaksa tegur. Biarlah yg boleh berjalan itu berjalan dan berlari asalkan tidak ke tempat yang merbahaya.

Kadangkala timbul rasa geram yang teramat sangat sehingga terfikir mahu menjualkan saja Tuti kepada orang lain. Saya yang asalnya seorang yg baik hati, lemah lembut kini bertukar menjadi sebaliknya. Walau tidak boleh bersolat, saya sentiasa memohon kepada Allah agar saya dijauhkan dari meroyan. Kata orang tua-tua, wanita dalam berpantang mesti sentiasa tenang, gembira dan damai hatinya. Saya pula setiap hari bernafsu amarah dan penuh dengan kegelisahan dan kebencian. Senyuman saya yang dulu manis memikat, kini hanya tinggal senyum kelat umpama kopi tidak bergula. Wajah saya terpaksa dilakonkan seolah-olah sentiasa ceria kerana saya berpantang di rumah mertua (buat muka masam kang kena halau pulak). Sedangkan dalam hati saya mengalir air mata dan menyinga.

Kalaulah saya boleh berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri di depan mata.....alangkah indahnya mimpi saya....

Monday, November 17, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 9:38 PM
Aleeya Zubaidah

DOB : 12 November 2008
Time : 2.22 pm
POB : Hospital Selayang
Weight : 2.79 kg
Sex : Girl


Sunday, July 20, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 10:58 AM
WEDDING @ CONCORDE, SHAH ALAM


Just came back from Imran & Lina's wedding at Shah Alam. had a great time with Amet's Gang' wives. the bride is Amet's schoolmate and the wedding supposed to be his Gang (they got name konon - ExKi'98) gathering.
but then looks like it iturned to be the "Persatuan Isteri-isteri ExKi gathering" la pulak kan. the girls, i mean the ladies (almost all are mothers of one) had a great chit chatting session sampai husband masing2 ajak balik.hohoho....
the majlis was just nice, cuma bunga telur tu sikit sgt la...hehehe...
*** I found out that i am more friendly, amiable and socialable now, huh.

Wednesday, July 16, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 11:19 PM
A DAY OUT

Amet and me take leave today to spend our time together. takut2 this weekend ada org datang umah lagi sbb it has been 3 weekends berturut-turut we spent weekend with others. me not to complaint but just sometime we need to spend time with our life partner to sembang2 the family plan,financial, and so-called "family secrets".

However, we spent half of the day lying bermalas-malasan on the bed, and watching movie Ayat-Ayat Cinta on the DVD which i bought few days ago (mind you that we sent Zuzu to babysitter early morning so it just both of us in the house....lalalala....:)
After Zohor prayer, we went out to OU and taadaa...there's a FREE PARKING ON WEDNESDAY signage at the parking booth. Yaahooo....we just be on the right day!
Before start jalan-jalan, Amet already feel hungry (now he eats and feel hungry more than me). so we stop at the Jusco's Food Bazaar to buy some popiah, kuih kacang, samosa and a piece of cheesecake to enjoy at the opposite Starbucks. As usual i chose my Caramel Machiato and Amet tried the new Frapuccino Dark Mocha. He ordered Venti size, however they sent the Grande. The barista realized himself its a fault and send one more, bigger for Amet. Hahaha...sambil budak tu dgn selamber je cakap "Belasah je la abang...". Giler btoi..mana la bleh habih two big cups ice blended. Rasa mcm nk derma jeh kat org yg lalu lalang tp sure takdek sapa yg berani makan pemberian strangers kan?


So with the remaining drinks we continue our jalan-jalan in the mall. Amet drop by the Levi's Store as they show the 60% sale everywhere. But nothing berkenan di hati (tell you, Levi's kat OU ni mcm tak byk choice and buruk2 jek barang dia).

Then went to the new wing, masuk LaSenza jap. tot want to buy a piece of cotton pyjamas tp mcm tak best gak. so terus g Padini Concept Store. banyak brg on sale tp semua baju mcm erkk...pastu gi je la teropong2 kat Mom's Care. nampak la sepasang rompers mcm sesuai jek for Zuzu. agak murah jugak after discount tp cari2 size plak la takdak, so cancel x jadi beli.

then g intai2 stroller kat Toy City, ada discount ciput jek, mahal giler. takpalah bleh hold dulu sbb stroller lama pun ok lg cuma bila Zuzu sudah agak mengganas nih ingat have to change to a heavy duty buggy and the old one bleh simpan.
Dah habis sumua kedai2 dilawati, gi jugakla ke Jusco kang tokei dia kecik hati plak kan. Belek2 kasut, mcm dh OK. but Amet telah terlalu friendly asking the salesgirl when the SuperMega Sale will be, and she said its on 25th, so cancelkan la kasut yg aku dah pegang tu. Tunggu ye cik kasut, nanti lagi 10 hari saya datang bawak awak balik ye...
Disebabkan setengaharian berjalan tapi masih tidak membeli apa2, Amet memaksa memperlawa untuk membelikan blaus. Ohhh...sungguh manis...(how sweet). So aku pun dgn sedikit malu2 kucing choose la these two blouses (dua la plak tu..). Bukan apa nanti dia cakap aku tak hargai perlawaan dia plak kan...hohohoho...


Errr....??? M.A.T.E.R.N.I.T.Y. blouses??? Is it..???

Then balik ambik Zuzu. Tapi kan..ada org tu..still tak puas hati tak dapat barang untuk dia. So bawakla plak si Zuzu nih gi The Curve. kat situ kan also got Levis' Store. So dihentamnya beli sepasang jeans dan T-shirt untuk dia...Tp ok la, the price is very very fair la. Levi's ni kan jenis yg jarang2 sale, eventho kedai2 lain sebelah dia semua sale 70 - 80% pun, dia bleh buat dono, keras kepala jek. tp sekali dia dh sale ni haa....
Pastu kan, masa dok try2 jeans tu kan, ada la org nih perut dia dah buncit (bukan aku okeh). so size mcm tak berapa nak ada la kan. so dia pun paksa jugak amoi salesgirl tu carikan jugak sampai dapat yg tangkap muat ngan dia. apa daa...so aku cakap kat dia pasnih beli jeans ketat2, pastu cntrol mkn and excercise sampai dapat masuk dlm seluaq tu.
*** So sapa ckp pompuan gemok lepas kawen?


Inilah dia barang budak buncit tuh...

Pastu jalan sikit2 lagi (eh tak habis lg?), masuk MNG, tengok2 jeh, sbb baju dia semua untuk yg slim world jeh.tp harganya mmg mengiurkan sbb sale 50 - 70%. ada yg tnggal RM19 jek. tp xpalah next time plakla. so balik umah...(tu pun mengenangkan budak Zuzu tu x bawak stroller). sampai umah dh malas masak, makan maggi je la 3 beranak...

Saturday, July 12, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 11:44 PM
DINNER WITH AMET (No candle)

Tomorrow will be my birthday. but our plans are cancelled due to my PIL suddenly come to KL without any prompts. So Amet took me out, just two of us, to have a konon-konon romantic dinner as somekind of celebration payback.
We dont really have a plan where are we heading. and just decide when we are already halfway out - to Johny's Restaurant at One Utama.
I enjoyed the steamboat at Johny's very much. it is hundreds time better than the Ketam Village Steamboat at Ikano. and i even ask the waiter if i can tapau back the sauce - and he just laugh as he tot i make a very lawak bodoh (i am, isnt it?)
As we both didnt dress very nice (i was in my baju-batik-sepuluh-ringgit bought at Langkawi few years back, and Amet was in a white T-shirt buruk), we realized there are few pair of eyes jeling2 to us and gigling like they are dressing so nicely (padahal pakai baju tak cukup kain jek).
We didnt really mind that as long as we feel comfortable and our focus is just on the food...nyum nyum....
Memandangkan perut sudah penuh, we tried to kempiskan a bit by going window shoping at Jusco. Since its aready almost 10 o'clock, we just had a quick one and planned to come back next time (for my gift, of course!)
On the way back, sempat singgah at Uptown Damansara to tapau Satay Kajang Hj. Samuri and i had my Caramel Machiato since the shop is just on the same block.
Thanks Amet...for the nice food & dinnersss...............I LOVE FOOD YOU!

The yummy steamboat....


The birthday girl to-be....

The tension-reliever....

Friday, July 11, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 10:09 PM
TENSION = MAKAN

I dont know why but today i feel a bit lot of tension. Actually i start my day with the feeling of full happiness. i rise up early, had Subuh prayer, then send Zuzu early and had breakfast date with Amet at gerai nasik lemak depan Tesco. and reached office early. Then we had a Halal meeting where i start to feel tension because there're people whose talking at back, didnt pay attention, laughing at the serious matters, and also one person who just want to object every oppinion and points. then my staff also keep mentioning bout their problem with the production again and again like it would never reach an end.

Then after lunch, one of HR clerk asked me if i can get a copy my MC (for the month of June) which she had lost it - she's so miserable, untidy person that i really dont like because she always lose every documents i passed to her. i felt so angry if i cant give her a copy of that MC, they will record it as 'Absent' or ponteng, which will create a bad image during my assessment later (which equals to deducton in bonus too, off course). I felt like i want to scream loudly to her. Luckily, my boss came and i explained everything to him so that he will understand that its not my fault (rasa mcm budak2 darjah satu bergaduh). I think he understnd and just berpesan to me to be careful next time (pass to other clerk, not her).

Then he ask me if i would like to go to MIFB'08 this afternoon, so he will sign my punch card as permission to let me go out of office. That makes me feel bit relieved.


We went to Malaysian International Food & Beverage exhibition after the Jumaat prayer. The expo was at PWTC. i just tumpang my boss, bcos i was so lazy to drive and find parking. there's loads of food, food and food. and i tasted almost every food sampling at every stalls. hehehe.... if i m not mstaken, i eat about 8 or 9 types of dates (from few Middle East countries) and honey from various plants (each plant will ive different aroma of the honey - if u dont know). then i also had lontong, assam laksa and nasik asam pedas melaka from Sime Darby. then tried few juices - sour cherry, horse grass, and-whatever-the name-juices from various coutries. and of course not forgotten, all the frozen food like nuggets, coldcuts, fish & prawns etc (to compare with pakck Ramli's prodcts).

We spent about 2 hours there and went back with burpingsss all the way.....hehehhe...
Conclusion is...eat, when you are stresss.

Tuesday, July 08, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 11:42 PM


HAPPY ANNIVERSARY TO YUE & AMET

It’s our second anniversary today. Actually we have 2 anniversaries to celebrate. One is our Akad Nikah Day, and another one is our Kenduri Day. The akad nikah took place about a month earlier before the kenduri. When it comes to today, I also have no idea why we did it separately??? Whatever it is…here comes the second year Yue & Amet tied the knot…. We didn’t really “celebrate” the anniversary, just like other special days – birthday etc. we just went out to the Borders just now. And as per what I’ve been dreaming for, Amet bought me a “Shopaholic & Baby” as the gift. It is definitely a special one, eventho u might tot ‘wat the *&@# a novel as an anniversary gift?’. But I really wanted that so it has been a special one for me (wat I mean here is, don’t u ever dare to menyibuk on my gift, ok…)



Oh, by the way, as a return, I didn’t buy anything for Amet bcoz my wallet is already kering. But he bought himself a 'Complete Network' book - he's so ilmiah, huh? Huhuhuhu…pity my darling…next time (when I’m a cupcake shop owner) I’ll buy you a big-big present ok? Huhuhu…I feel so bad…
Then we went to Tesco, spend bout 2 and half hours there, bought the everything-for-the-month-thingies. And it’s all on Amet too…thanks bebeh…
Reached home at bout 11 and cant wait to turn the first page of Sophie Kinsella’s word. Hahaha..cant stop reading the book, it’s so fun and fun!!!! However, I have no choice but to hide the book when the little tiny hands come and start to “read” my book….hohoho… planned to continue reading when she fall asleep, but just cant help myself from falling asleep too…zzzzzzz……..

Monday, July 07, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 1:46 AM
how i wish i could have somebody to share
stories of mine
the only one i have is you...my blog
i've been waiting to share
i've counting days and time to tell
he's not in KL on Tuesday & Wednesday
he went to see friend in Serdang on Thursday
he got college reunion on Friday
he went lepaking with friend until 3.00 am on Saturday
and seems like he want to spend until late in front of computer on Sunday
maybe i should just keep the story
as secret until the day
or i might just forget it
until
the story really become
a Memoir of Me

* oh by the way, i've found the cause of my headache and stomachache. it might sound quite serious so i better dont scare anyone. and i just hope, and really hope, that new life will stay alive.
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez