Friday, December 09, 2005
Anxious or interested to know Yuzaini's position ranking and finishing time? Click here and just key in BIB number
http://www.runpix.info/sin05/ge.php?lan=
My number : 18582
Wednesday, November 23, 2005
Habis tengok citer tu depa berdua terpaksa plak temankan aku pi MPH sebab aku terpaksa tolong beli buku untuk bos aku. Pastu kami pi makan-makan kat Pak Lang Kg. Baru.Makan kenyang tak ingat. Sambil2 tu kami berdiskusi tentang kerjaya aku yang amat aku tidak minati ini. Aku meluahkan perasaan keinginan aku untuk membuka sebuah salon, atau sekurang-kurangnya dapat bekerja di salon atau spa atau sebarang bisnes yang berkaitan dengannya. Aku rasa macam dah sangap gila buat kerja kat lab, berurusan dengan dokumen-dokumen yang sekejap ada sekejap hilang. Dan paling bengang bila terpaksa berurusan dengan MOH yang always lembap nak mamposss tu. Dan seperti yang telah aku jangkakan mereka telah mentertawakan aku secara berdekah-dekah. Lalu kami ber3 pun balik dan aku dengan berat hati terpaksa jugak balik dan bersedia untuk pergi bekerja keesokan harinya.
Semasa dalam perjalan pulang itu, kami telah mendengar lagu ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu” dari kumpulan UK’s. Lalu si Azmir pun berkata “Hmm…Lagu ni sesuai sungguh untuk aku. Yang “Di Sana” aku tu memang jauh sungguh.” Kata-kata itu sebenarnya ditujukan pada bekas aweknya yang kini telah menjadi isteri orang dan menetap di Jerman kerana mengikut bontot suaminya.
Tetiba hati aku berasa amat tersentuh. Lalu aku pun berkata “Amboi..malam ni hang asyik sebut nama dia ja.Hang still dok ada hati kat dia lagi ka?” Memang dah 2-3 kali dia dok sebut nama pompuan tu malam ni.Tadi masa on the way nak mai pun sebut,ni masa nak balik sebut lagi. Selalunya aku ni jarang la nak jeles2 ni,tapi ntah aku taktau sebab apa malam ni hati aku buleh terasa pulak?
Dia diam ja. Pastu dia jawab “ Laa mana ada. Saja je la sebut.Dah jadi bini orang dah pun.”
Aku pun diam.Tapi hati aku bengkek.Kalau tak jadi bini orang lagi?Hang still mau kat dia la?Nasib baik dah jadi bini orang.Ala, itupun kalau nak,buleh ada seribu cara.Lelaki...Kat kilang aku ni pun ada 2 laki bini keja sini.Pastu cerai.Pi kawen dengan orang lain yg keja kat kilang ni jugak.Ada ka patut?
Pastu Boyot menambah “Ala biasa la Yue. Itu baru sebut sorang. Azmir ni ada banyak lagi ex dia tau. Nak suruh buat senarai ka?” Pastu depa berdua ketawa berdekah-dekah lagi.
Aku kata “Alaa aku pun banyak bekas teman lelaki jugak la.Kalau aku sebut,senarai aku lagi panjang laa.Nak aku sebut ka?”
Boyot kata “Haa..sebut la semua nama-nama depa tu kami nak dengaq ada berapa orang.”
Aku jawab “Azmir”.
Depa berdua diam.Aku pun diam – hingga kami sampai rumah.
Cuma aku terfikir, dulu aku pun pernah ada exs-boyfriends.Tapi aku dah lupa semuanya.Aku dah clear cut semua memory antara aku dan dia/mereka.Ada jugak yg aku bercinta mati-matian hingga kena tangkap-tangkapan,tapi itu pun aku dah lupakan.Aku takmau ingat.Sebab dalam hati aku sekarang ni,yang ada cuma dia.Hanya dia seorang saja.Aku tak pernah add ex-boyfriend aku dlm frenster,aku tak pernah save no henfon dia,aku tak pernah ingat email add dia,aku tak pernah membenarkan walaupun hanya sekadar bayang wajah dia melintas kat otak aku.Tapi sebab apa dia ni tak buleh buat macam aku buat?Sebab apa dia ada no phone budak tu? Sebab apa kena add dia kat frenster? Kat yahoo group? Kalau betoi nak lupa,lupa sungguh2.Padam semua, macam aku buat.
Aku benci.Aku tak suka. Go to Hell….(But of course not you, my dear…)
Tuesday, November 22, 2005

I have no time for life. I only have time to work and work. Currently,my work station is just look like that.
Monday, November 14, 2005
Actually aku dah try to call him since before cuti raya lagi. Tapi tak dpat. So after balik raya I tried to call him again and again. Then sampai Thursday baru aku dapat cakap dengan dia.I've asked him to come on Friday bcoz I already postponed for 2 weeks already maa...But he said CANNOT. Ok it's alright. I hope my boss still can wait until Monday. So here, today is Monday. I've called him this morning :
Me : Hello, may I speak to Mr.S please?
Him : Speaking. May I know who's this?
Me : Yuz from Cerebos. Mr. S, last Thursday I've made appointment to see you today right? Do you still remember?
Him : Oh...ya I almost forgot.
Me : So, are you coming today?
Him : Ya maybe I can come. But not in the morning...
Me : So, can you please fix the time so that I can do the necessary preparation?
Him : Ok, I'll come after lunch.
After lunch...
It's already 2.30 pm and he's still not here. So I called him again.
Him : Ok I will arrived in about 10 minutes.
I wait. It's 3.00 pm and I'll have meeting at 3.30 pm.Yah, good.And my PC clock is showing 3.06 pm when the door opened and a very tall, smart guy is standing in front of me.Mata aku terbeliak.Tak berkelip. Aku rasa macam mulut aku ternganga.
Him : Err..assalamualaikum. Cik Yuz ke ni?
Me : Ya..ya..saya. En S kan?
And suddenly dengan muka selamber toya dia terus seat on the chair beside me.Haaaa??? Weh selamber gila hang ni. Dah la mai lambat,berlagak nak mamposs...
Sambil2 seal sample aku tu, dia cuba le nak sembang2.Alaa...nak cover rasa bersalah sebab lambat la tue..
Him : Cik Yuz ni baru ek kat sini? Selama ni saya selalu gak datang tapi x pernah nampak pun?
Me : Ha a baru 10 bulan.(Dalam hati : Isk hensomnyaa....)
Him : Dulu keja kat mana?
Me : Sebelum ni Binary.Sebelum tu lagi HPA.
Him : HPA? Yang kilang kat Perlis tu kan?
Me : Ha a.Betul. Saya memang orang Perlis.
Him : Ooo..Perlis kat mana?
Me : Behor Temak. Tau ke? (Dalam hati : macam la dia dok pi sangat Perlis tu)
Him : Sepupu saya ada gak kat situ. Nama SZ, kenal? Saya ni dok kat Beseri.
Me : Ha? Orang Perlis jugak la ni?
Him : Ha a ya la.Tapi lepas habis belajaq saya teruih keja sini, dah 3 tahun tak pernah tukaq.
And we continues with bla bla bla and chit chats until he finish sealing my samples. And as the normal procedure he will ask me to sign on the receipt notes. Since I gave him total 6 samples, so I supposed to sign on 6 receipt notes. So I write my names,ic no,and sign, page..and page...and page...until I realize apsal lama sangat aku dok sign ni? Alamak! Tengok2 aku dah sign sampai 10 page! Dah lebih 4 page!
Me : Alamak! En. S, sorie....saya dah terlebih sign laa...(Buat muka bersalah tak malu)
Him : Hehehe apa yang awak berangan ni sampai terlebih-lebih pulak. Seronok dapat sign ek?
Me : (Sebab En. S ni hensom gila...saya rasa melayang-layang tak ingat...saya rasa terapung-apung...) Sengih ja
Him : (Senyum hensom) Hehehe..takpalah.
Me : Sorie ek En S.
Him : It's ok.
Then dia pun balik.Aku pun senyum Dan terus senyum dan lagi dan lagi. Sampai aku nak balik keja, aku rasa aku cari butang lab coat pun tak jumpa sebab aku asyik dok sengih dan aku rasa betoi2 melayang layang....Ngeng ngong ngeng ngong.....Hahahahahahahaha
Sunday, November 06, 2005
Tahun 2004 - Hahaha.Nie tahun raya yang paling tak best.Cuti sampai raya ke-3 je.Masa ni dah tukaq keja - Keja dengan Binary Pharma a.k.a Puteri Binari (huwekkkk).Eeeii..gue takleh citer dah la pasal raya tahun ni.Nak termuntah....Tak best gila...Raya jadi tak best sebab keja pun tak best! Takmo ingat dah..Memory deleted.
Thursday, October 27, 2005
Tahun 2003 - Aku baru habis belajar.Lepas menganggur selama sebulan aku pun mendapat kerja.Kerja biasa aja.Tapi oklah since nothing to do,ada la jugak income sikit2.Nasib baik aku dok kat rumah sendiri, so cukuplah duit tu nak buat makan2.Aku masih ingat, first day aku mula keja tu dah bulan posa,baru ja posa,maybe dalam 2 atau 3 Ramadhan gitulah.Dan dalam masa ni aku dah tinggal berjauhan dengan Abang.Aku keja kat Perlis,Abang keja kat KL.Aku rasa sangat tak best terpaksa dok jauh dengan Abang. Aku tak biasa.Tiap2 hari aku rasa rindu sangat-sangat kat Abang.Tiap2 hari jugak aku telefon dia.Tak sabaq2 aku tunggu dia balik bercuti.
Maka Hari Raya pun tiba.Aku rasa happy sangat sbb Abang dah balik.Hari Raya pertama lagi abang dah mai umah.Abang ajak aku keluaq jalan2.Kami pakai baju sama kaler - Hitam + Biru.Kami pi rumah Aida,rumah Boyot,dan jalan2.Best sangat.Dah lama tak jumpa,memang rindu sangat2.Sampai dah maghrib baru kami balik umah.
Hari Raya Kedua -Petang tu Abang call.Dia kata umah dia nak buat BBQ malam nanti.Dia ajak aku pi.Aku kata aku takdak kenderaan nak pi.Dia nak ambik.Tapi aku tau ayah mesti tak bagi lelaki ambik aku malam2.Aku habaq kat mak.Mak kata toksah pi la.Tak elok la anak dara pi jalan umah orang lelaki malam2.Aku merengek2 jugak nak pi.Dengan mak aku berani la buat macam ni.Mak kata kalau nak pi jugak2 dia boleh tolong hantaq,tapi mesti mintak izin kat ayah dulu.Aku pun pi la tanya ayah,walaupun dalam hati aku dah tau apa jawapan ayah.So dengan takut2 aku pi jugak tanya "Ayah,takpa dak cek nak pi raya rumah kawan malam ni". Ayah diam.Dia tak kata apa.Tapi dia bangun pi dapuq.Aku tau tu hangin dia dah mai la tu.Aku tengok mak ikut ayah pi dapuq jugak.Aku dengaq sikit2 mak dok pujuk ayah.Pastu tak lama aku dengaq ayah jerkah "Takdak siang dah ka sampai nak kena pi raya rumah org malam2?Aku tak suka budak tu keluaq malam!".Pastu mak pun mai pujuk aku "Tak payah pi la..Esok2 dah siang pi la..".Aku kata "OK".Tapi sebenaqnya hanya mulut aku yg berkata OK padahal hati aku hancur,remuk,luluh berkecai.Aku bukan nak pi bar,disco,aku nak pi rumah orang.Aku call Abang.Aku kata aku takleh pi.Aku mintak maaf banyak2.
Aku dok tengok tv dengan mak dan kakngah.Tapi ayaq mata aku takleh tahan.Aku kata kat mak "Cek nak masuk tidoq dah.Kepala pening."Aku masuk bilik.Aku mula pikir macam2.Aku rasa apa la sangat kalau aku cuma keluaq pi jalan2 umah kawan2 waktu malam.lagipun mak yg nak hantaq dan ambik.Nothing will happen la.Aku rasa ayah is over strict.Ayah dah tak sayang aku.Dia tak suka aku kawan dgn orang.Aku benci Abang jugak malam ni sebab dok ajak aku pi umah dia malam2.Aku rasa benci dekat semua orang.Aku tak suka.Aku tak suka jumpa dengan semua orang lagi.Aku takmau tengok muka depa dah.Lalu dengan pantasnya tangan aku terus membuka laci dan mengambil anti-depressant yang doctor bagi dekat aku 2-3 minggu lepas (actually masa ni aku masih lagi dalam pengawalan psikiatris di atas percubaan membunuh diri yang pertama pada bulan August 2003).Aku telan semua sekali yg ada.Pastu kepala aku rasa bengong.Aku pun terus tidoq.Dan aku memang betoi2 tidoq.Aku tidoq sungguh2.Aku dah tak ingat apa2.Aku lupakan segala kesedihan aku.Semua wajah2 yang aku benci hilang.Gelap.Dua hari kemudian,barulah aku terjaga.Aku ada kat wad kecemasan Hospital Kangaq.Aku dengaq suara mak dan kak ngah dok nangis.Pastu aku dengaq nurse tu kata "Ok,dia dah sedar.Bawak masuk wad." Aku dah tidoq sejak 2 hari yang lalu.Depa semua ingat aku dah tak akan sedaq sampai bila2.
Aku dok wad sehari ja.Pastu aku dah nak balik.Aku kena smbung lagi treatment dengan psikiatris.Aku tak suka.Aku rasa tugas depa ni bukan nak mengubat aku sangat.Tapi aku rasa depa akan seronok bila dapat dengaq cerita orang bodoh macam aku ni.Depa cungkil habis semua kisah kehidupan aku dari kecik sampai besaq.Depa tanya hubungan aku dengan keluarga,dengan boyfren.Depa tanya macam2.Aku benci la.
Balik rumah,takdak sapa pun nak bercakap dengan aku.Ayah buat muka masam dan selalu mengelak dari jumpa aku.Kalau aku keluaq p ruang tamu,ayah akan keluaq dan terus start keta.Cuma mak aja yg selalu dok mai tanya aku,nasihat aku.Tapi sometime aku rasa tertekan dan lagi depressed bila mak dok soal siasat aku tak habis2.Aku takmau cakap dengan sapa2.Aku kurung ja diri dalam bilik.Aku makan pun dalam bilik.Sampai Hari Raya ke-5,aku ajak Abang pi Penang.Aku habq kat mak dan ayah ada kenduri rumah kawan aku.Tapi mmg betoi,kenduri rumah Ca'ah.Aku tunjuk kad jemputan kat depa.Ayah buat tak peduli ja kat aku.Mak hantaq aku sampai stesen bas ekspres.Aku kata aku nak pi dengan bas.Mak tunggu aku sampai bas jalan.Sampai setengah jalan aku call abang.Aku turun kat Simpang Empat.Abang ambik aku kat situ.Kami pi Penang.Aku asyik nangis ja kat bahu Abang sepanjang perjalanan.Sampai naik feri baru aku berhenti nangis.Aku turun atas feri,aku sedut udara laut yang luas.Aku rasa bersyukur aku masih hidup.Aku tarik nafas dalam2.Tapi jiwa aku tetap resah sebab ayah masih belum maafkan aku.Aku tau ayah sangat kecewa dengan tindakan aku.Aku dan abang tinggal 2 hari kat Penang untuk menenangkan fikiran aku yang kusut masai masa tu.Pastu kami balik, singgah jumpa Boyot kat tepi pantai Kuala Perlis. Aku tidoq ja dalam keta.Aku rasa ubat tu memang buat aku lali.Aku rasa tak bermaya.Tapi aku dengaq abang dok cerita kat Boyot apa yg terjadi pada aku. Aku dengaq abang kata "Kesian..kat dia hang tau".Aku nangis.Kami lepak sampai pagi.Tapi pastu aku mintak abang hantaq aku kat umah mak sedara aku - Mak Teh.Aku tak berani balik umah.Aku tak snggup berdepan dengan ayah.
Keesokannya mak mai ambik aku.Dia bawak aku balik.Dalam keta,mak nangis.Dia suruh aku segera mintak maaf dengan ayah.Aku sampai umah,ayah dah ada kat ruang tamu.Aku terus pi cium kaki ayah.Aku peluk ayah.Aku mintak maaf sangat2.Ayah peluk aku balik.Dia dakap aku kuat2.Erat.Ayah maafkan aku.Pastu aku mintak izin kat ayah untuk pi melawat sedara mara aku kat Thailand.Aku mintak aku nak pi sorang sebab aku nak tenangkan hati dan fikiran.Ayah bagi aku pi.Aku rasa dia pun faham yang aku masih dalam keadaan tertekan lagi.So pagi2 esoknya aku siap kain baju dan terus p naik feri kat Kuala Perlis menuju destinasi seterusnya :Sathun, Thailand.Masa dalam feri aku dok sorang2 kat tepi dek.Aku rasa tenang sangat dengan angin laut yang lembut.Rasa macam dibelai2...masa ni aku berfikir panjang.Sebab apa la aku boleh buat tindakan macam tu?Aku memang patut bertaubat! Aku kena mengucap dua kalimah syahadah semula.Aku dah cuba bunuh diri? Kalau aku mati? Yue,hang tau dak bumi tak akan terima mayat yang bunuh diri? Hang akan mati sebagai kafir Yue.Nauzubillah...Aku beristighfar panjang.Aku sampai sana tengah hari tu dan terus p rumah Tok Ngah.Rumah dia dalam laut.Best gila.Ada pelantar yang panjang dari rumah dia ke tengah laut.Dan kat hujung tu ada satu pondok kecik kat tengah2 laut.Kat situlah hari2 aku dok termenung,pikiaq macam mana la aku kalau aku mati hari tu.Aku betoi2 menyesal.Menyesal sangat2.
Alhamdulillah.Mulai hari itu aku dan ayah menjadi sangat kamceng.Jadik Geng! Sampai la ni pun hidup aku masih banyak ditanggung oleh ayah.Ayah bagi aku keta,renew road tax,bagi duit jugak kadang2 walaupun aku dah keja.Apa la anak macam aku ni.Tak sedaq diri! Di saat ini,aku sedaq betapa menimbunnya kasih sayang ayah.Aku pun sayang ayah sangat2...
Monday, October 24, 2005
Setiap tahun umat Islam akan menyambut Hari Raya.Dan setiap kali merayakan, pastinya masing2 mempunyai kenangan tersendiri.Bagi aku,kalau raya masa time budak2 dulu adalah yg paling best.Sbb tak ada benda lain yg kita tau kecuali duit raya. Tapi sebenaqnya aku tak pernah pun dapat duit raya banyak2.Aku heran bila kawan2 sekolah aku dok cerita depa boleh dapat sampai RM100++ (masa tu dh kira byk gila la tu).Maybe sedara mara depa org kaya kot. Maybe depa p jalan jauh2 kot.Tapi mak ayah aku mmg tak bagi aku p jauh2 punya.Sampai aku dah darjah 6 barulah boleh naik basikal p raya dgn kawan2.tu pun yg dekat2 ja. Sebelum tu p raya just ikut ja mak ayah p mana.Macamana pun kenangan2 tu tetap sweet dan seronok bila dikenang.
Bila masuk form 1 dah pandai sikit p raya rumah kawan2.Tapi itu pun mak aku akan p hantaq umah kawan2 yg aku nak pi.Aku takleh pandai2 pi naik bas,atau p sendiri.Ok la.Tak kisah.
Form 2 dan form 3 dah pandai sikit.Mak hantaq kat stesen bas kangaq ja.Pastu berjanji la dgn geng jumpa kat situ.Selalunya aku dan Aida akan jumpa kat situ.Pastu naik la bas p Mata ayaq rumah Firdaus dan Arina.Pastu naik la bas pulak p jalan2 kat Kangaq. Since kami sekolah pompuan, so masa ni la nak tengok2 budak lelaki kat stesen bas kangaq tu.Peghak gila la jugak. Dan masa ni jugak dah ada beberapa org kawan lelaki dr sekolah2 berhampiran sbb dah mula pi tusyen.So kalau jumpa budak2 laki geng tusen kat kangaq tu,rasa mcm bangga nak mamposs…
Then masuk form 4 kami semua dah berpisah sbb dah tukaq sekolah lain2.So bila gather balik masa Hari Raya,rasa macam best sgt2.Lepas rindu.Meriah gila la bila budak 4 ekoq ni berkumpul.Habis form 5,jumpa lagi masa raya.Tapi dalam ketakutan sbb dok tunggu result SPM.Mmg raya pun rasa mcm mau takmau ja.
Pastu masuk matrix dan buat degree.Masa ni kami semua dah pandai p raya sendiri2.Dah ada lessen.Dah ada pakwe.So kaki pun panjang la sikit.Kalau p umah kawan2 pun p dgn pakwe.Tapi, masa ni sembunyi2 lagi.Tak habaq kat mak ayah keluaq dgn sapa.Pakwe pun kalau mai jalan umah,siap bawak habis adik beradik dia.Nak cover gabra la konon.
Ha,masa aku final year, kami berempat ada p satu jamuan raya untuk Mahasiswa/i Perlis kat Dewan Warisan.Dan dgn tak disangka2 aku telah menerima Anugerah Sri Nilam (Perempuan) dari Dato’ Seri Shahidan Kassim.Waahh…gila bangga. Bayangkan masa tu semua siswa/I Perlis menyaksikan aku dgn bangganya naik ke pentas menerima anugerah.Pergghhh…But I wonder,sapala penerima anugerah utk kategori lelaki masa tu ha?Tak dan aku nak kenai sbb masa tu tgh seronok sgt.Hmm…dah terlepas daa…
Pastu tahun 2003,dah mula keja. Dan raya tahun ni mencatatkan sejarah yg paling buruk dalm hidup aku.Yang telah mengubah cara hidup aku dan menjadian aku seolah2 baru dilahirkan, macam aku hidup dalam dunia yg baru.Sedihnya…sambung lain kali la.Dah nangis la takleh nak tulis dah…Bersambung...
Thursday, October 20, 2005
Hari ni aku punya KRA ataupun "Performance Plan" dah kena review oleh boss, dan dia dah panggil aku untuk berbincang, sama ada aku punya target for last financial year dah tercapai ke tidak.Well, it’s not easy to prepare this perfomane plan.Bayangkanlah,dalam plan ni,anda akan diminta untuk memuji diri sendiri supaya gaji anda untuk tahun depan akan dinaikkan.Kenaikan sebanyak beberapa % itu akan bergantung kepada sebanyak mana anda pandai memuji diri sendiri dan kemampuan anda untuk menyediakan KRA yg bermutu dan boleh menarik perhatian para juri (boss dan HR).Ooohh…I’m telling you..I’m really NOT that kind of girl.Pleaaseee….Aku still remember, during old skooltime,kalau cikgu bagi aku markah sikit,but as long as it is in gred A,aku tak akan kisah.Let say I'm supposed to get 98%, but teacher only gave 90%, but it is still written as gred A in my report card right?So, aku tak akan pi jumpa cikgu, and ask for more.Cukuplah dgn apa yg ada.Ntah,aku mmg tak suka la...So sampai aku keja ni pun aku tetap macam tu.As long as they pay me,asal cukup makan pakai je,dah laa..Aku tau sikap ni tak la bagus sangat.Tapi aku pun taktau la camna nak ubah.Kadang2 nak jugak cuba jadi tegas,mintak gaji naik 50% ke...Tapi alaa..duit banyak2 sangat pun buat melabur kat tempat2 tak elok buat apa kan.Takut takleh control diri sendiri plak nanti.Ye lah,aku ni bukannya boleh percaya sangat....
Well. actually, what you need to do is, discuss with your boss, set and aim for the targets to be achieved in a year of your career. And then,at the year-end, you have to make sure that missions accomplished.If not, there'll be no increament for your next year salary.That's it.It it that simple, heh? But the dificult thing is, to achieve the target. And that is why I said, most people/workers here do memuji diri sendiri on the KRA to make sure they can get more money (Hey,believe it - they even teach me how to do it u know..). But for me, money is not a big thing.More important thing is the JOB itself (and also job environment and people and....yaah...I need money for life..). If i'm not satisfied with the JOB and people and environment - I'll quit.That's it.
At this moment of time, aku memang dah ada benci + meluat + cemuih gila kat sorang jantan tua keparat tak sedaq diri kat sini.Hoi I HATE YOU...!!!!Org tua ni dah la tua,burox nak mampos,tak hormat orang,cakap bukan2,menggatai,sexual harrassment,galok,gelenyar,aku cemuih..Cemuih..!!!!If one day aku berhenti keja, it is bcoz of you : Old fucking horse!!! Ohh..leganya.Posa ka ni?
Thursday, October 13, 2005
Pernahkah anda berjumpa dengan Pakwe Cap Ayam?
Jika tidak, cuba lakarkan gambarajah mengikut arahan ini :
1. Mata sempit,kecik,hampir tak nampak anak mata.
2. Kening ada jarang2, hidup segan mati takmau.
3. Hidung kembang,besar,lubang hidung luas,boleh muat masuk 2 jari sekaligus.
4. Bibir tebal gila,terjuih.
5. Pipi penuh jerawat dan parut.
6. Telinga capang,kembang.
7. Muka kurus cengkung, kaler hitam.
Itulah wajah Pakwe Cap Ayam. Selain itu terdapat beberapa ciri yang amat ketara pada spesies ini. Antaranya ialah :
1. Suka memukul orang dengan penyapu. Bukan batang penyapu,tetapi menggunakan bahagian bulu penyapu. Lalu bulu penyapu yang kotor itu akan ditonyoh2 ke muka anda.
2. Suka memijak kaki anda dengan sengaja dengan alasan ‘melawak’ atau ‘just joking’ sehingga kuku anda hampir pecah dan berdarah.
3. Suka memicit/mencubit lengan/peha anda sehingga lebam di beberapa tempat, juga dengan alasan ‘melawak je’.
4. Ketika anda sakit akibat terkena handle motosikalnya,kerana ditolak olehnya,dia akan menyuruh anda pergi ke klinik sendiri,sambil mendoakan kematian anda.
Selain itu terdapat juga beberapa lagi ciri2 lain yang saya tidak dapat ungkapkan disini kerana terlalu complicated, and if you read through it may cause nausea, vomiting, constipation, abdominal cramps and sore eyes.
Sekiranya anda semua berminat untuk berjumpa/melihat spesies terbaru ini,anda semua bolehlah menghubungi saya. Setakat ini, hanya saya seorang yang memilikinya dan belum ada penemuan baru yang dilaporkan. Bagaimanapun, saya tidak berminat untuk melepaskan atau menjual makhluk ini pada sesiapa walaupun jika ditawarkan dengan harga yang amat tinggi.
Sekian.
Tuesday, October 11, 2005
Nasib baik la "Org yg takdak keja" tu takmau pinjam duit kat aku dah.Ya laa sekarang ni dia dah banyak kawan2 yang keja besaq2,keja doktor,keja radiologist,mana laa nak pinjam duit kat kuli batak mcm aku ni lagi.Tapi kalau dia nak pinjam jugak,kecil buku bank,akaun ASb aku tadahkan.Tapi nak buat camana,org dah tak sudi.Aku kan susah....
Wednesday, September 21, 2005
Engkau telah mengujiku dengan penyakit dan kesakitan sebagai kifarah dosa. Tetapi aku telah menjadikannya jalan untuk menambah dosa! Aku tak tahu bersabar? Ya Allah jadikanlah aku hamba yang hanya yakin pada kuasaMu. Jadikan aku hamba yang suka merayu dan memohon hanya pertolonganMu. Bukannya merengek2 pada manusia lain. Ya Allah jadikanlah aku benar2 kuat untuk hidup sendiri tanpa pertolongan orang lain Ya Allah. Jauhkanlah dari hatiku daripada perasaan cinta yang melampau2 pada manusia dan dunia. Lindungilah aku dari segala kelemahan Ya Allah. Lindungilah aku dari segala kelemahan,lindungilah aku dari segala kelemahan…
Kepada Mak Kiah – Maafkan Yue sbb selalu tak sabaq dalam buat sesuatu tindakan. Maafkan Yue sebab merosakkan hubungan Azmir dan adik beradik dan sedara mara. Maafkan Yue sbb buat kepala Mak Kiah pening.
Kepada Angah – Terima kasih banyak-banyak sangat sbb banyak tolong Yue masa Yue sakit hari tu – masa demam dan masa kena gigit tebuan. Terima kasih sebab jaga makan minum Yue masa tu, dan banyak bagi nasihat untuk jaga kesihatan. Yue jugak ak mintak maaf dengan Angah sebab dalam tak seda, kehadiran Yue kat situ rupa2nya buat orang tak selesa.Maafkan Yue.
Kepada Along – Yue nak mintak maaf banyak2 sangat2. Walaupun Yue tau, dalam hati Along memang dah tak ada lagi kemaafan untuk Yue. Yue tau yang Along tak akan suka Yue dah sampai bila2. Along dah cemuih! Tapi apa lagi yang Yue boleh buat? Selain terus berharap sampai satu hari Along akan mafkan Yue. Kalaulah Yue tau kedatangan yue ni tak diterima, mesti Yue tak akan pi sana.Tapi apa2 pun Yue dah tersilap langkah. Jadi, kalau boleh Yue nak mintak Halal apa yang pernah Yue makan, minum dan guna pakai masa Yue menumpang kat sana.Yue akan cuba jaga kaki Yue yang kotoq daripada menjejak lantai umah tu lagi.
Kepada Abang – Ayang tak sepatutnya muncul dalam hidup abang.Ayang mintak maaf sangat2…
Ya Allah, berilah balasan kebaikan dan curahkan segala RahmatMu kepada mereka semua yang telah banyak membantu aku. Semoga hati mereka sentiasa kaya dengan Kasih Sayang..sebagaimana yang telah Engkau berikan kepada aku. Alhamdulillah…
Friday, September 16, 2005
Tuesday, August 30, 2005
!!!...SEDIHNYA...!!!
You're my everything
You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way upin the sky, tell me I'm in love.
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within I'm in love.
You're my everything
And nothing really mattersbut the love you bring
You're my everything
To see you in the morningwith those big brown eyes.
You're my everything
Forever everyday I need youclose to me
You're my everything
you'll never have to worryNever fear for I am near.
Oh, my everything
I live upon the land
and see the sky above
I swim within her oceans
sweet and warm
There's no storm, my love.
When I hold you tight there's nothing
That can harm you
In the lonely night
I'll come to you
And keep you safe and warm
It's so strong, my love.
Monday, August 29, 2005
Wednesday, August 24, 2005
Aku betol-betol rasa malas sangat2 lah malas gila nak keja hari ni. Gila pun tak malas macam ni.Apa aku cakap ni? Cakap macam orang gila. Gila ka aku? Muahaha aku tak dapat interpret apa feeling aku sebenaq2nya. Bercampur tolak tambah kot. Aku rasalah, aku sedang rasa takut kot. YA, aku takut tapi aku taktau camana nak definisikan / explain rasa takut aku ni? Aku takut kalau menatang babi haram jadah tu pi dok buat cerita pulak kat kampung aku. Apa kata kalau dia pi juai cerita kat mak ayah aku n orang kampung aku, kata aku dah dinoda? (tidak..aku tak sanggup nak sebut benda ni.. :( Apa kata kalau dia pi reka reka ceritera berbelit2 kat mak ayah aku semacamana dia belit kawan2 aku semalam? Telinga aku dah tak sanggup nak dengaq cerita bohong dia tu lagi. Sanggup dia takmau mengaku kesalahan BESAQ macam tu? Tolonglah..mengakulah bongok! Aku ni dah la jenis tak reti nak bergaduh dengan orang. (Bila aku jerkah pun orang boleh kata aku menyanyi..tolonglah..) Tapi benda ni melibatkan maruah dan air muka aku.Faham dak tongong oi? Aku cuma tau jerit, maki hamun (sikit-sikit), pastu yang aku tau aku cuma rasa macam nak sepak je batang dia tu sampai betoi2 lembek,sampai cacat seumur hidup,supaya dia tak buleh fuck orang lagi.Aku geram sangat2 sebab aku takleh lepaskan amarah aku sepuas-puasnya semalam.Bebudak tu asyik dok tahan aku.Lepas la aku..Aku cuma nak pi pijak pijak batang dia ja. Bukan aku nak buat hangpa pun..
Aku bawak hangpa bukan nak pi slow talk dengan dia.Ni hangpa pi dok bincang2, dok mesyuarat pulak kat situ. Sedap la babi tu menggoreng hangpa bodoh! Hoi, aku cuma ajak hangpa pi pukoi dia faham dak? PUKOI terus! Toksah tanya2 apa lagi dah. Bagi je sorang 5 das, balik. Biaq lembek terkulai ja kat situ. Nak mampoih, mampoih pi la. Bukan dia kenai hangpa pun. Kalau bercakap dengan dia pun,dia tak akan faham bahasa manusia ni. Dia tu binatang tau dak? Binatang haram! Babi!
Tolonglah faham.Jiwa aku ni merana tau dak? MERANA faham? Hangpa tak kena hangpa tak rasa macamana terseksanya jiwa aku ni. Siang malam meraung tau dak. Tapi sebab aku jenis yang tak reti nak show off dekat orang, aku nangis sorang2, dalam toilet,dalam bilik. Aku pretend like there's nothing happen. Until I cannot bear the sadness, the stress, the depress, barulah aku burst out. AKu memang jenis macam tu. Sedaya upaya, seboleh2nya aku takmau dedahkan cerita yang berkaitan bahagian bawah baju aku dengan sebarangan pada orang. Apatah lagi yang ada kat dalam rumah aku tu semua budak2 yang aku baru ja kenai. Takkan aku nak cerita? No way! Tapi semalam aku dah tak tahan lagi. Aku rasa betoi2 tak keruan. Jiwa aku memberontak. There was 2 choice in my mind semalam, either aku cerita je kisah yang akan memalukan diri aku sendiri pada budak2 tu, OR tikam je perut aku sampai mampoih. Thanks God aku telah memilih pilihan pertama. So, here I am - still alive - but with a lots of problem, consequences, fears, tears, everymessythings..
Hari ni datang keja macam biasa. Tapi kepala tak betul.Tak betul sangat. Definitely I’m totally out of my mind.I’m blank.Blank.Blur.Aku nak baliikk..Tapi takleh sebab aku tengah keja. Tapi aku taknak buat keja.Aku nak buat keja lain.Aku pening..pening..Tolong..Ada tak orang yang faham isi hati aku ni? Hoi? Faham tak? Hoi? Hoi? Tolong aku..
I feel so hopeless, unlucky, invaluable,very bad,very bad,very bad. I am so critical right now. So aku cuba kuatkan hati, please Yue, please stay in the office. Dont go home. Sebab aku takut kalau aku balik, aku akan buat tindakan bodoh pada diri aku sendiri. Aku ni bukan boleh percaya sangat. Aku pun tak percaya dekat aku sendiri. Hahaha.Gila.Gila Gila. Aku dah gila..Aku dah gila..Yey hey..
Sehinggalah aku terbaca kisah ni dr kawan aku, barulah aku rasa lega sikit :
Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. “Siapa nak duit ni?”, tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. “Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu.” Prof. Ibrahim meramas² duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya : “Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?”. Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. “OK, apa kata kalau saya buat macam ni?”. Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh² dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. “Sekarang siapa nak duit ni?”, tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. “Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?”, tanya Prof. Ibrahim. Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim. “Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak,” Kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata²nya hanya tersenyum. Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung. “Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita...” jelas prof Ibrahim.
Komen aku : Itu duit. Memang orang tak kisah kena pijak ke,kena tokak ke. Aku ni manusia, pompuan. Kalau dah bekas orang, ada lagi orang nak ke? Prof. nak saya tak?
Tuesday, August 23, 2005
Today just feel a little bit lazy, so that have transformed myself to a sneaky snake. Or pergi mengUlar. Hahaha.Aku tak pernah buat ni tau.Tak pernah. yes I really mean it. Oklah, maybe pernah but sometime only.Told my colleague that I have to go to a Govt. body but instead of going there, I was in the BCB bank and Maybank to settle a few things, which actually is very important to do so.I spent about 3 hours in the banks, and at last taa daa..got my things done. I already got my new ATM card (the bank officer just make an Apa - budak - ni - buat - dengan - kad - ni - sampai - boleh - jadi - macam - ni - look when I showed her the old card).And got the pasbooks updated (after first time bank in to open the account - never update the book at all). So, yess yess.Just feel like a relief.And then drove back to office. But while driving my eyes just stick to the fuel meter - which is begging to be filled in.Arghh..this just give all the stress back into my head. No point I have a new ATM card, but with RM 0.00
Huhuhu..now it's 6.15 p.m I'm still in the office. Nowadays just feel to stayback in the office (without OT charged, OK). Beacuse there's nothing to do at home too.But today I'm planning to go jogging. But unluckily, when I opened the door it is raining heavily. So, I would like to log off now, pack my things, go home and take a short nap. Maybe tonight I can go swimming (if the rain stop - hopefully). Okeh, nak balik.
Thursday, August 18, 2005
So setelah berfikir panjang,siang dan malam,aku dan housemet telah mengorganize satu meeting terkejut bagi menyetelkan masalah yang amat membebankan kami selama ini.
Tajuk meeting : BIL & SEWA
Masalah : Bil elektrik dan air tertunggak sejak Jun 2004.Person in-charge utk urusan bayar membayar telah melarikan diri dan tidak berjaya dihubungi.Perkhidmatan akan dipotong sekiranya tiada bayaran hingga akhir bulan ini.Bil sudah mencecah RM empat angka.
Setelah berbincang dan bertungkus lumus membuat plan,at last we have come out with the most briliant idea.Assumed that the bill amount per month for electricity and water is RM100.So divided with 6 of us,each of us have to pay about RM16.70 per mnth,times with how long we live here.So taa daa..Settle.But,budak yang melarikan diri tu yang tinggal paling lama kat sini.So,hutang dia la yg paling banyak.So,we need to find her by hook or by crook (I always prefer a Crook way).Tapi no matter how we need to settle the bill first (before end of this month).So kami gunakan dulu duit deposit yang ada.Tapi duit ni kena mintak budak tu ganti balik.Sebab tu aku pulun sangat nak cari dia sampai dapat.Dia betoi2 menyusahkan hidup aku.And one more thing,la ni aku telah diundi untuk menggantikan tempat dia.Maka mulai bulan ni,bermulalah kehidupanku sebagai seorang ceti..CEPAT CEPAT BAYAQ HUTANG.SAPA TAK BAYAQ AKU TENYEH.BAYAQ CEPAT.Cengey ooo ceti baru ni..
Wednesday, August 17, 2005
Hahaha aku dah jadi gila pikir pasal umah.Inilah masalah orang bujang macam aku.Kalau ada laki kan senang.Dok goyang kaki je.Laki kata pindah,pindah jer.Toksah pening2 kepala.Ini dah dekat 2 3 bulan aku dok pening pasal umah.Macamana la nak elak masalh umah ni daripada berlaku lagi next time? Tiap2 kali sewa umah mesti ada problem.Aduhai.Kalaulah aku kaya alangkah bahagianya.Ye ke? Aku tak mau kaya.Aku cuma nak dia..Hmm dah mula merapu.Dah dah.Stat iklan umah balik. Mari Mari Semua Kita Sewa Rumah Yaa.Murah Murah.Mari Mari Sewa Rumah. Yeehaa
Monday, August 15, 2005
6.30 a.m. Reply SMS.Talking through phone.Headache.Headache.Jiwa kacau.Kepala serabut.Perut pusing.Jantung rasa tak berfungsi.
9.00 a.m. Terpaksa pi rumah Azizah sebab dah order KOPI RADIX 3 kotak. Kebetulan B E ada kat situ,balik bercuti jerebu macam aku jugak.Terpaksa cakap.Mulut rasa macam nak nganga dan nangis kuat2.Jiwa betul2 kacau.Hati betul2 sedih,hancur,luluh,berkecai.Dunia terasa gelap gelita.Harapan dah tak ada.B E rancak bertanya itu ini.Hey tak nampak ker air muka aku (yang maintain cun) tengah berkerut sejuta ni?Terpaksa jawab dengan senyuman macam siput babi yang nak sembunyi dalam cengkerang.Burox.Perbualan berlanjutan lebih kurang sejam lebih2.
B E mungkin somebody yang aku tak pernah mention pada sesapa.Aku tak pernah rasa interested dekat dia.Thats why aku malas nak cerita pasal dia pada sesapa pun. Aku tak rasa dia mempunyai sebarang kepentingan. Tapi things getting worse.Aku terpaksa cerita.Aku tertekan.But please dont get me wrong.Dia seorang lelaki berumur 27 tahun,hensem gila,kulit cerah (exactly not my taste),bekas pemain bola sepak negeri Perlis,bekerja dengan HQ Kurnia Insurance,gaji mmg besaq (berkali kali ganda gaji aku),ada master degree (xtau course apa),sedang mencari calon isteri yang sopan,lemah lembut dan lawa (macam aku).
Dia pernah merisik aku melalui Azizah,bekas officemate aku masa kat HPA dulu.Dia pernah ulang alik p HPA sebab nak tengok aku sambil berpura2 beli KOPI RADIX.Tapi last2 kantoi dengan aku sbb secara logiknya aku pikiaq mana ada orang beli kopi tu hari2. Nak mampoih ka?
So aku tau rahsia dia.Last2 dia mintak no phone aku kat Azizah dan mula bercakap2 dengan aku.Aku tak kisah setakat nak jadi rakan berbual.Dia ok.Percakapannya ok,tak menyakitkan hati,tingkah laku pun ok,merendah diri. Cara bercakap pun bijak. Pengetahuan luas. Moden. Tapi masih ada cirri ketimuran.English macam ayaq. Tapi masalahnya kulit dia putih sangat.Aku memang tak berkenan.
Satu hari,ada 2 bijik kereta mai rumah aku.Dalam ramai2 tu aku cuma kenai Azizah ja.Yang lain aku tak kenai tapi telah diperkenalkan sebagai mak,tok,dan makcik pakcik kepada BE.Gulp.Sebagai adat resam Melayu,kalau orang dah bawak tepak sireh (betoi ka ejaan ni) dengan cincin sebentuk maksudnya cuma satu,mereka mahu melamar aku (memetik bunga di taman auwww).Mak memberi ayat tergantung,terserah kepada tuan empunya badan (aku).Aku?Tolong!Satu mimpi ngeri yang aku tak akan lupa.Tapi itu kisah tahun 2004.Aku dah pun lupa kat mana aku buang cincin tu (Dah orang nak bagi ambik je la,tapi ambik cincin jer,bukan orang tu).Lepas tu aku tak pernah jawab phone call BE lagi.Dan aku lari meninggalkan HPA.Kisah tamat di situ.
Tapi hari minggu yang lalu kisah itu berulang lagi.BE masih ingat pada cincinnya.Dan juga pada aku.Katanya dia tak pernah lupa dan tidak ada cincin kedua selepas yang pertama tu.Aku kata (dalam hati jer), lantak hang la.Aku tengah frust ni.Jangan kacau aku laa.Aku balik ke rumah.Tinggal dia tergantung2 lagi.
Sampai kat rumah,terasa nak cari plak cincin tu.Jumpa.Belek2.Simpan.Termenung sorang2,kepala ligat fikir antara SMS pukul 5 pagi tadi dengan cincin ni.Yang mana aku nak pilih ni? Larat ke aku nak tunggu sampai 2007?Tak larat.Dah 9 tahun aku tunggu.Sudah.Aku takmau tunggu lagi.Alasan yang tak kukuh dan putar belit yang dah berkali2 berputar membuatkan aku terbelit.Aku tak boleh terima lagi.Cukuplah aku menunggu dan menanti.Aku rasa keliru.Dipermainkan?Diperalatkan?Dipermangsakan?Entah apa lagi yang nak jadi lepas ni.Lepas setahun,setahun.Mungkin lepas postponed 2007 ni ada lagi postponed yang kesekian kalinya.Hari itu, janjinya 2006 adalah paling last sekali.Dia bersungguh2 berjanji.JANJI.Boleh dimungkiri.HARAPAN?
Aku mencari no telefon BE.Tapi aku tau aku dh lama delete.Nak mintak pada Azizah ker?Tak logik.Lupakan je la.Telefon tetiba berbunyi.No tak dikenali.Aku jawab.BE.Aku dah agak.Awat semuanya nak jadi hari ni? Kebetulankah semuanya? Aku baru terima SMS yang menyebabkan duniaku gelap gelita pagi tadi.Tetiba ja terus ada yang menyahut peluang.Aku cakap dengan dia,tapi dalam keadaan yang amat terpaksa sekali.
Bunyi dia cakap macam masih terlalu mengharap pada aku. Aku dah rasa macamana peritnya bila harapan aku dihancurkan. Aku rasa aku takmau hancurkan harapan orang (dia) lagi. Hatinya terlalu tulus. Niatnya amat suci.Dia baik. Tapi mampukah aku melupakan kenangan yg telah aku lalui selama 9 tahun bersama insan yang paling akrab dalam hidup aku selama ni? Kenangan kami bukan sekadar kenangan biasa, tapi sesuatu yang tak mampu dinilai dengan kata kata.
Hingga saat ini aku masih keliru. Aku rasa macam aku tengah fly fly to the sky.Please HELP ME!
