Friday, August 12, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 3:55 PM
Aku pun tak tau la nak cerita apa hari ni.Sebab banyak sangat benda yang terjadi lately membuatkan kepala aku bengong seketika untuk menganalisa data yang begitu kompleks di dalam kepala hotak aku ini.Sebenaqnya rasa amat selesa apabila berada di ofis tanpa bos.Rasa macam kerusi ni empuk sangat.Dan aku rasa keyboard ni sangat mesra untuk dihentam.Aku rasa macam best.Aku ingin melontarkan peristiwa yang menjadi kenangan beberapa hari yang lalu.
DEMAM TAK KEBAH (6 Ogos 2005)
Bermula dari 28 July hari tu aku demam.Tapi tak la teruk sangat.So aku terus pi keja macam biasa.Tapi setiap kali kat ofis memang aku rasa demam sangat sebab dok dalam air cond. Dan aku tak pi klinik pun sebab aku tau kalau aku pi pun aku bukannya nak makan ubat yang doctor bagi.Aku adalah perempuan yang amat konservatif, dan traditionally inspired (meluatnya).Aku akan cuba sedaya upaya untuk hanya menggunakan perawatan berasaskan herba dan tidak mengandungi dadah.Tapi malangnya aku tak sedaq diri yang aku ni ada kat KL.So benda2 yang aku mudah dapat kat kampung amat sukar untuk diperolehi di sini.Contohnya kalau demam, minumlah jus pegaga segar dengan gula batu atau madu.Tapi kena blend sendiri bukan yang dah siap dalam botol.Tapi kat KL ni pegaga yang jual kat pasar tu dah layu semacam ja.Lagipun kalau ada yg segar kepala aku dok pikiaq,ni mesti guna baja kimia.Bahaya ni.Maklumla kalau aku tanam semua guna organik.Memang aku memilih sangat kalau bab macam ni.Kata la nak kata apa.
So aku terus biar je demam aku tu sampai la ke hari Sabtu yang, 6hb Ogos, aku rasa dada aku sakit sangat.Barula kau terhegeh nak pi klinik.Sekali tengok duit takdak.Kad ATM pulak bengkok.Terpaksala aku pi mintak sedekah kat sorang budak yang malas nak bangun wpun dah pukoi 1 tengah hari.Sekali dia kata nak ikut aku jugak (takut aku menyalahgunakan kad ATM dia la tu.padahai yang ada dalam akaun dia tu pun duit aku yg baru dtransferkan). Lepas pi klinik, pi makan sambil rehat2 otak kat tasik. Pastu balik.Sebelum tu sempat lagi pi beli katil aku.Tapi masa dok shopping tu aku dah habaq kat dia.Aku kata aku rasa macam mabuk la lepas makan ubat ni.Memang masa jalan tu aku dok pikiaq aku ni dok pijak ka lantai ni?Ka aku dok terapung2?Tapi aku malas nak habaq kat dia nanti dia jadi cengey.So aku buat2 taktau je la.Lepas tu kami terus balik kampung nenek sebab masing2 pulun nak tengok konsert final AF.Aku tak berani dok kat umah takut jadi apa2 sebab takdak sapa kat umah (besalaa weekend,semua merayap).
Masa on the way nak pi uamh nenek aku tidoq ja sepanjang jalan.Biaq budak tu dok cakap sorang2.Ada jugak dia dok kejut2 aku suruh sembang ngan dia.Tapi mata aku dah memang takleh bukak.Bukan rasa ngantuk ja,memang aku rasa mabuk.Sampai umah nenek aku terus tidoq.Depa tengah masak kat dapuq.Aku pulak tidoq?Calon cucu menantu yang bakal tak akan disayangi la ni.Lantak la.Malam tu aku cuma tengok sat ja konsert, pastu aku pi tidoq kat bilik.Aku rasa tak malu sangat tidoq atas sofa kat umah nenek orang,siap dengan pakcik dia pun dok ada situ.Peduli apa.Kepala aku pening la.
Bila dah pukui 12 dia ajak aku balik.Masa ni lah klimaksnya mabuk aku ni,tengah dok jalan nak pi naik keta, tetiba pum, aku jatuh terkulai.Hahaha.Lembeknya budak ni.Depa semua pun pakat2 kalut la bawak aku pi sepital.Lepas masuk ayaq 2 botoi, aku dah rasa better sket.Tapi kepala still tak berapa betoi.Rasa ngatuk dan letih sangat.Balik semula umah nenek pukui 6 pagi.Semua pakat tidoq sana.Padan muka.Nurse tu kata memang aku tak tahan dengan ubat tu.Kuat sangat.Memang la.Kan aku dah kata.Ubat2 ni semua bahaya.Mesti ada side effect nyer.Kami semua pakat lena sampai tengah hari.Tambah2 lagi budak tu,dia hentam lena sampai orang dok hidang nasik. Pulun.PAstu kami pun makan ramai2 sambil dok tengok ulangan konsert yang aku dah terlepas semalam.

KENA GIGIT TEBUAN
Malam tu kami semua tengah siap2 nak balik.Kaki dah nak melangkah keluaq.Tetiba Cak! Adoi! Abang tolong! Ada sekoq tebuan tengah melekat kat kaki aku.Sakitnya Tuhan jer la yg tau.Sakit gila.Ni la first time aku kena gigit tebuan.Bengkak gak kaki tu.Abang bawak aku pi klinik.Kena inject,dapat cuti sehari untuk esok Monday.Yey!

Tuesday, July 19, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 11:31 AM
Pagi tadi aku terjaga pukui 6 pagi. Tapi mata aku celik sikit aja, pastu dia pejam balik. Sampailah bunyi jam yang ntah kali ke berapa, dah pukoi 7.05 pagi. Aku terus bangun, gosok gigi, mandi serba sikit, sarung jer baju apa yang ada depan mata, pakai tudung, capai kunci, start keta.Dalam masa 9 minit, aku dah ready to move. Make up memang takyah pakai sebab aku dah lawa gila. Lagipun tugasan aku telah membataskan aku daripada memakai sebarang alat solek atau perhiasan sebab I need to comply with GLP (Good Laboratory Practice). Nasib baik jugak ada syarat macam tu, selamat duit aku dari nak melabur kat Maybelline, L’Oreal etc.
Sekali masa aku tengah start keta tu, aku ingat la pulak, semalam ada sorang budak ni baru pindah ke rumah aku. Actually dulu dia mmg duduk situ, tapi dah pindah keluaq, tapi sekarang ni dah pindah masuk pulak. Dia tidak mempunyai kenderaan. Tapi rumah aku tu dekat sangat dengan stesen LRT. Nak jalan kaki pun buleh. Semalam dia pesan kat aku nak tumpang aku p LRT. Ok lah aku tak kisah. Memang no matter how aku nak lalu situ jugak. Pagi kemarin pun dia tumpang aku. Aku tak kisah. Tapi apa yang aku nak kisahkan ialah jam kat keta aku ni dah tunjuk 7.18 pagi, manakala jam henpon aku dah 7.20 pagi. Tahukah anda bahawa masa time pejabat office hour aku ialah pukul 7.30 pagi atau lebih tepat dalam surat appointment letter aku tu dicatatkan sebagai 7.25 a.m. Tahukah anda? Lalu dengan hati yang membara, tetapi masih ada sedikit kesabaran aku pun masuk balik dalam umah tu. Aku Tanya dia dah siap ke? Masa tu dia dalam toilet. Dia kata tungu jap, tunggu jap, aku dah nak siap ni. Sambil diselangi dengan bunyi air mencurah-curah menandakan dia sedang mandi. Nak siap dah? What the fucking hell are you trying to tell me? Do you really understand what is the meaning of Nak siap dah? Oh Pleaaseee. Kalau dah pompuan tu, pompuan jugak. Takleh buat apa dah. Ni lah sebab utama aku tak suka kawan dengan pompuan. Lambat. Nyoknyek. Tak buleh ka hangpa cuba jadi pompuan macam aku ni? Tangkas. Cergas. Cepat bertindak. Aku kata ko tau tak office hour aku pukui 7.30? Dia kata eh ye ke pukui 7.30? Bukan pukui 8 ke? Ewah ewah nak lawan dengan aku pulak? Ni sapa yang kerja kat Cerebos tu? Kau ke ko? Pastu dia siap merayu-rayu lagi, tunggu la jap. Aku nak siap dah ni. Ya Allah…perlukah pintu toilet itu aku terajang? Termasuk dengan orang yang di dalamnya sekali? Wei, kalau dah tau hang lambat, jalan kaki aja la. Ni dok pulun nak ikut aku jugak. Aku memang pantang sungguh manusia yang taktau kenang budi ni. Kali ini kesabaran aku betul2 dah hampir pupus. Aku kata sori I have to go now. I’m late. Tanpa melengah2kan masa lagi, aku terus lompat dalam keta dan bawak macam Initial D. Nasib baik la masa dalam perjalanan tu terbukak radio, terdengaq lagu Kasihnya Laila JINBARA. Kurang sikit membara di hati aku. Cuma tinggal rindu yang berbunga-bunga. Rindunya aku pada budak yang suka menyanyi lagu ni dengan aku kat dalam keta. Tapi dia taktau lirik. Pastu bila ada sebaris dua lirik yang dia tau, dia akan nyanyi kuat2 sebab yang tu aja yang dia tau. HAHAHA. Bestnya budak tu. Wei budak, aku rindu la. Bila nak jumpa lagi?

Wednesday, July 13, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 11:31 AM
Hari ni birthday aku yang ke-24. Banyak lagi benda yang aku tak buat sebenaqnya dalam hidup ni. Dan banyak benda yang aku dah buat tapi salah dan tak betul. Bangun pagi ni pun aku rasa malas nak pi keja. Semalam aku langsung tak celebrate birthday aku. Aku tidoq awai. Sebelum pukui 12 tgh malam lagi aku dah lena hanyut dibuai mimpi tentang kerja2 yang belum settle. Aku tak ada rasa excited sangat nak celebrate.(Ye ke?)
Aku rasa sangat sedih,gembira dan terharu bila semua kawan-kawan baik aku (Arina, Aida, Firdaus, Chai) dan adik aku (Kak Ngah) dan mak aku hantaq message dan call aku to wish. Aku rasa lebih confident untuk meneruskan hidup bila realize aku ada ramai orang yang sayang pada aku. Cuma ada satu persoalan yang berlegar-legar di kepala otak aku. Apa maknanya birth day tu sebenaqnya? Sebab apa bila tiba hari tu kita mesti kena sambut? Sebab apa kalau sambut tu kita kena pi celebrate pukui 12 tgh malam, kena ada kek, hadiah? Betulkah itu cara sebenar untuk menyambut irthday? Ada cara lain tak untuk sambut birth day? Atau tak perlu disambut? Aku taktau.
Tapi aku ingat lagi satu sambutan birthday dalam 5 bulan lepas, lebih kurang bulan February gitulah. Lebih kurang tarikh dia dekat-dekat hujung bulan gitulah kot. Tak berapa ingat sangat la. Petang tu aku balik keja penat sangat. Keja aku pun siap dah pukui 7 malam lebih. Tapi mengingatkan ada birthday seseorang ni, aku cuba hilangkan rasa penat tu. Aku gagahkan diri jugak, balik kerja terus pi Mid Valley, belikan kek birthday yang sangat cantik (of course sangat mahal jugak). The cake is very lovely, very cute to be eaten. Rasa macam sayang sangat nak bagi kat orang. Tapi sebab orang tu pun aku sayang jugak, maka kek yang aku sayang itu, aku hadiahkan pada orang yang aku sayang tu. Aku bawak orang tu pi keluaq makan, aku ingat lagi, aku yang drive keta. Pas makan aku bawak dia pi lepak kat tepi tasik. Sembang2 sampai tengah malam, sampai betul2 cukup pukul 12 tgh malam, aku suprisekan dia dengan kek yang cantik tu. Kami makan sama2 kat tepi tasik tu. Hmm itu lah caranya AKU menghargai HARI ISTIMEWA untuk orang yang aku sayang. Tapi orang tu? Cuma bawak aku makan semangkuk tom yam yang masam!

Friday, July 08, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 10:43 AM
REPLY TO CONSUMER
Adoi taktau la nak jawab macam mana? Apa nak buat kalau ada orang complaint pasal produk? Ntah. Tapi yg nyata aku ada semua scientifically-proved statements yang menyatakan bahawa produk aku selamat untuk digunakan. Malah aku dah pun re-send sample ke lab untuk testing sekali lagi. And the result is still ok as before. So what? Aku akan reply balik kat dia maybe dia punya body or immune system yang tak sempurna kot? Ataupun dia ada apa2 allergy yang dia sendiri tak pernah tau. So the best way is please consult your doctor. But I wonder,doctor nowadays, especially kat Malaysia ni tau ke pasal2 herbs-derived active ingredients and the adverse/side effects? Well well well, I really dont think so.They wont even know the name of the herbs.Hahaha.
Thats the weakness of medical doctors. All that they know is only to prescribe drugs to the patient. Which is in fact, is killing you in silent. Just thinking of a song,Killing me softly with his drugs, killing me softly..with his drugs…
Ok nevermind, just a little joke for my doctor frenz out there. But please take note that THIS JOKE IS SERIOUS. Thank you.

Thursday, July 07, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 4:15 PM
Rasa macam hari ni agak banyak masa jugak. Actually aku sedaq ada about 1,2,3..banyak jugak keja nak buat. Tapi tak boleh buat. Semuanya beralasan dan bukannya kerana aku mereka-reka alasan. Aku tak boleh prepare timeline for R&D-status product sbb aku kena tunggu machine baru. Taktau nak estimate bila nak sampai. Tengoklah, esok2 aku call la supplier tu kot, tanya bila bleh sampai. Harap2 cepat la sikit. Banyak formula nak di trial kan ni.
Alasan kedua, aku tidak boleh online ke website Drug Control Authority (DCA) sbb smart card aku dah expired. Dah order card baru, tapi bila aku call supplier tu bila nak sampai, dia kata lambat lagi sbb tak cukup kakitangan. Hmph. Senangnya jawab kan? Habis tu dia ingat kalau aku ni tak buat keja sbb tak dapat card tu, kira cukup sangat la mulut aku nak menjawab dengan bos aku nanti? Hah tolong jawab sikit? Hal ini membuatkan aku sangat geram. Aku rasa kat Mesia ni belum layak lagi la nak buat system online smua nih. Sbb kebanyakannya hanya menyusahkan aku. Sbb aku mendapati kebanyakan website yang aku masuk terutama untuk berurusan dengan badan-badan kerajaan, memang system depa tak smooth. Ada macam2 masalah yang timbul. Tak bleh save la, tak bleh print la, tak bleh send la, dan beribu2 masalh lagi la. Meluat dah aku. Dari first time aku keja, sampai la ni, masalah yang sama jugak. Tak reti2 nak upgrade sikit ker? Bukan nak kata laa,depa ni duit dok perabih tang lain. Cuba guna betoi2 nak upgrade system tu bg maju sikit. Barulah Malaysia boleh. Ni iklan merata-rata, kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta RM untuk develop online system, e-business, e-itu, e-ini. Last2? HampehssHari ni rasa agak happy (takleh happy lebih2 sbb taktau lagi bila claim aku tu nak dapat) sbb ada sorang manager ni dia puji aku. Dia kata dia suka dekat aku, the way I talk, the way I dress up, and the way I accept my colleagues which are mostly non-malays. Dia kata aku buleh terima keadaan tanpa banyak songeh dan bersedia untuk menerima teguran dan arahan. Ceewaah. Ni tadak yang aku tambah na. Mmg dia kata lagu tu. Ya la mmg aku kat luaran nampak macam tu. Buleh terima semuanya. Tapi taktau ka kadang2 kala dalam hati aku ni bengkek jugak. Tensen toksah cerita la. Tapi kat muka, personality mesti jaga maa. Keja dengan cina memang banyak sangat yg nak kena sabaq. Tapi keja dengan depa baguih. Sistematik. Semua clear-cut. Tiada perbezaan status yang jelas. Dan banyak ilmu boleh dipelajari. Sebab tu aku kena sabaq jugak mcam mana pun. Sekian

Wednesday, July 06, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 4:54 PM
Hari ini aku ada satu perasaan yang amat bersalah dan tak sedap hati. Eventhough after mengadu kat colleague aku, Siew Fah, dia kata “You tak perlu rasa guilty punyerr..”. Tapi aku yang sememangnya selalu rasa bersalah ni, tetap merasa amat bersalah.
Semalam aku telah menghadiri satu seminar. Surat arahan menghadiri seminar ini telah aku terima pada 2 minggu yang lalu drpd bos aku sebelum dia pergi bercuti maternity leave selama 2 bulan. Maka dengan tiada rasa was-was langsung aku pun sampai la kt hotel tu. Bila aku nak register je, bebudak (hingusan) kat situ kata company aku tak reply pun utk hantar peserta. Tapi diorang kata kalau nak join skrg as a walk in pun boleh. Aku pun orait je la. Tapi diorang kata kena bayar dulu baru boleh masuk. Aku kata kalau minta company bg cheque kemudian tak leh ke? Diorang kata tak boleh. Ok so aku pun dengan baju merelit merelap, dengan kasut tinggi, dengan tudung gaya ultraman tu pun pi la jalan kaki ke bank yang terletak seberang jalan nu. Cucuk duit terus buat bayaran. Duit sendiri tue…macam la aku kaya sangat.
Sekali, hari ni bila balik nak claim kat opis, HR kata aku tidak mematuhi prosedur ISO. Aku sepatutnya mengisi satu form tu, and then hantar pada HR, and then baru diorang akan prepare cheque. Some more, they said that kalau aku claim direct macam ni, company has to pay extra, sbb kalau ikut procedure diorang boleh claim balik drpd HRDF. So, bukan duit company yg akan digunakan.
So, sampai sekarang aku masih belum pasti sama ada diorang akan bayar balik duit aku tu atau tidak. Kalau ada, adalah. Kalau takdak? Perlukah aku tukaq kerja lagi untuk kesekian kalinya?

Tuesday, May 17, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 9:42 AM
Too much crying make my face looks like a balloon, and my eyes as big as mangosteen this morning. While woke up, the first thing rushed to my mind is: Go to clinic, take an MC. Haha. But as usual, as a full-credibility staff I am used to be, I start to dress up and grab the car keys, ready to face the lab again.
Malas lagi nak kenang kisah semalam. It was too bad. Too bad. Too sad. Dia menyesal kerana ditakdirkan berjumpa dengan aku. Thats it. And we are no more meant to be. Thats it.

Friday, April 29, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 10:24 AM
Ada orang, tak suka makan ubat. Ada orang suka makan ubat. Ada orang suka menyalahgunakan ubat. Ada orang takut makan ubat. Macam2 tanggapan orang terhadap ubat. Aku bekerja di kilang ubat. Aku pernah takut makan ubat (childhood). Aku pernah terlalu berani makan ubat (telan sampai 20 biji). Aku dah melalui banyak pengalaman bersama ubat.

Satu dialog antara aku, dia dan ubat :

Dia : Eh, kilang engkau buat ubat kan?
Aku : Ha a. Bukan la ubat. Tapi lebih kepada health supplement. Ubat pun ada. Tapi untuk certain use saja.
Dia : Apa beza ubat dan health supplement?
Aku : Ubat tue untuk mengubati penyakit – bila sakit baru makan. Health supplement untuk mengelakkan dari terkena penyakit – makan sebelum sakit.
Dia : Oo. Kalau macam tu esok tolong belikan untuk mak aku. Engkau boleh dapat staff price kan?
Aku : Boleh. Engkau nak yang macam mana? Vitamins ke? Supplement untuk wanita ke? Untuk kesihatan jantung ke? Maintain body weight ke?
Dia : Vitamins? Tak sesuai la. Supplement wanita? Mak aku dah tua, dah menopause, tak payahla. Untuk jantung? Mak aku tak sakit jantung, jantung dia ok, sihat. Body weight? Mak aku tu body maintain jer dari dulu sampai sekarang.
Aku : Itulah gunanya health supplement. Tak payah tunggu dia sakit jantung baru nak makan. Kalau dah kena, operate je, takde ubat lagi dah! Walaupun dah menopause pun boleh makan supplement lagi. Untuk wanita bukan bermaksud untuk menstrual problem je. Untuk kesihatan kulit, blood circulation, appearance, mind, restore energy. Banyak laa. (Apsal la bengap sangat budak ni?)
Dia : Aku nak beli sebab esok nak balik kampong. Tak ada apa nak bawak sebagai buah tangan.
Aku : Ha kalau macam tu bagi vitamin je la. Semua orang pun boleh makan vitamin. ( Aku dah mula hangin)
Dia : Isk, boleh percaya ke? Mesti kena jumpa doctor dulu, mintak nasihat doctor, suruh dia cek mak aku dulu. Mana boleh makan sembarangan. Nanti apa2 jadi dekat mak aku, siap engkau.
Aku : Woi, ni vitamins je lah! Mana ada orang mampos sebab vitamin? Kalau tak belajar Biology macam ni jadinya! Taktau apa langsung!
Dia : Aku belajar la Bio. Tapi fail.
Aku : Argh mamposs aaa. Aku tak pernah recommend pun ubat kilang aku kat engkau. Engkau yang beriya-iya sangat tadi. Nie tetiba nak ugut aku pulak. Lantak engkau laa! Buat sakit hati aku ja cakap dengan budak bangang macam ni.

Begitulah kisah.
Kesimpulan cerita : Susah bercakap dengan orang yang tak belajar Biology. Inilah masalah masyarakat Malaysia, malas membaca dan mengambil tahu tentang kesihatan badan sendiri.

++ PREVENT IS ALWAYS BETTER THAN CURE++

*** Welcome to the New BRANDS World ***

Thursday, March 24, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 12:55 PM
Sebuah kisah di sebuah negeri. Antara ibu, anak, dan bakal menantu.

Menantu di KL. Anak balik kampong. Menantu pesan barang dari kampung untuk anak bawa balik ke KL. Ibu membuka kotak yang dikirim oleh menantu.

Ibu : Isk, budak ni. Asyik beli barang makanan Siam aja. Tak bagus untuk kesihatan ni.
Anak : Orang Siam. Memang tak buleh dipisahkan dengan makanan tradisi dia.
Ibu : Jangan esok2 bagi dia masak makanan Siam ni untuk anak mak pulak. Suruh dia
Masak makanan orang sini.
Anak : Ya la.Nanti saya surh dia masak asing untuk saya.

Sampai di KL. Menantu membuka kotak itu.

Menantu : Eh? Macamana buleh ada barang2 masakan Malaysia pulak dalam ni? Saya
Tak kirim pun perencah ni semua?
Anak : Hmm yang tu mak saya yang kirim untuk awak. Dia tak bagi awak makan
makanan Siam. Tapi barang2 siam yang awak kirim tu saya bawak balik jugak.
Menantu : Ee.. sayangnya mak awak kat saya ya.
Anak : Hah tau pun.
Menantu : Tapi…betul ke mak awak sayang saya?
Anak : Eh! Betul la. Kat saya pun dia tak ingat, kat awak pulak yg dia ingat. Kenapa
Tanya macam tu?
Menantu : Tak ada apa. Tapi kenapa ye? Dia bagi saya perencah masakan dan rempah
yang dah EXPIRED?


SILA PILIH JAWAPAN YG TEPAT.YANG MANAKAH ANTARA JAWAPAN BERIKUT YANG LEBIH BAIK?
A) MAKANAN SIAM YANG MASIH BERGUNA
B) MAKANAN MALAYSIA YANG DAH EXPIRED

**Sekadar sebuah kisah. Jangan ada yang terasa**

Monday, March 21, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 1:09 PM
"Nobody's Home"
I couldn't tell you why she felt that way,
She felt it everyday.
And I couldn't help her,
I just watched her make the same mistakes again.
What's wrong, what's wrong now?
Too many, too many problems.
Don't know where she belongs, where she belongs.
She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies, broken inside.
With no place to go, no place to go to dry her eyes.
Broken inside.
Open your eyes and look outside,
find the reasons why.
You've been rejected,
and now you can't find what you left behind.
Be strong, be strong now.
Too many, too many problems.
Don't know where she belongs,
where she belongs.
She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies,
broken inside.
With no place to go,
no place to go to dry her eyes.
Broken inside.
Her feelings she hides.
Her dreams she can't find.
She's losing her mind.S
he's fallen behind.
She can't find her place.
She's losing her faith.
She's fallen from grace.
She's all over the place.
She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies, broken inside.
With no place to go,
no place to go to dry her eyes.
Broken inside.
She's lost inside, lost inside...
She's lost inside, lost inside...

Tuesday, March 15, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 1:19 PM
Sayang : Abg…ayang teringin sangat nak makan sate. Jom makan sate?
Abang : Alaa..susah laa ayg ni.Dah la pakai baju buruk.Segan la nak bawak makan sate.
Sayang : Alaa..takpalaa.Jom makan dekat2 ni dah laa.Ayang teringin nak makan sate.
Abang : Hmmmphhh..Jomlah!

Sampai kat Kedai Sate
Pelayan : Ya kak, nak makan apa?
Sayang : Sate?
Abang : Sikit dah la nanti tak habis. Bagi sate ayam 5, daging 5.
Pelayan: 10 cucuk je bang?
Sayang : Tambah la sikit lagi abang.Ayang takcukup.Ayang lapaq sate…
Abang : Isk!Nanti tak habis!Dah dah…cukup! Bakaq mulut tu haa..(Sambil menyalakan lighter di depan mulut ayang)
Pelayan menghantar sate.
Sayang : Alaa keciknya sate dia.Ayang tak cukup ni…
Abang : Makan dulu abang kata!!!
Sate dimakan sampai habis licin.
Abang : Haa..kenyang?
Sayang : Kenyang. Abang nak makan apa2 lagi? Ayang dah kenyang.
Abang : Takmau. Jomla balik.
Selepas hantaq abang balik rumah. Sayang drive sorang2 balik PJ. Sambil ayaq mata keluaq bertali arus tanpa henti. Mata sayang tak buleh lelap malam tu. Dalam kepala masih terbayang bau sate. Hati sayang benar2 terkilan. Tapi dia tak buleh lawan cakap abang. Walaupun perut masih lapar. (sebab cuma breakfast siang tadi, tak lunch sebab tak lalu makan sebab dok call henpon abang tak jawap.Sayang risau jadi apa2 kat abang).
Sayang sedih yang amat sangat. Dia menangis sampai pagi. Hatinya luka parah. Dia berdoa agar dapat berkahwin dengan Tokey Kedai Sate suatu hari nanti…

Wednesday, March 09, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 1:27 PM

Now I really understand what is CEREBOS means:
1. Work for 14 hours a day.
2. No rest, eat & drink at your desk, with one hand typing, one hand holding mug.
3. Go home at night (and dont forget to bring along the cannot-complete-today-job)
4. Sleep for 5 hours, wake up very early and go back to the office.

Ooh I am very tired and sleepy. I want to sleep. ZZZzzzzzzz zzz zzz
Dreamin...
Go to Singapore, be a Singaporean, get a job ( CEREBOS SINGAPORE? ), get my wedges paid in USD, become rich, be a Million Dollar Baby,kick out Hillary Swanks butt, hahaha…
Toq! Adoii kepala aku terhantuk atas meja. Aku tidoq kat opis rupanya. Hehehe…nak pi makan!

Friday, March 04, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 12:54 PM
Hidup menjadi semakin membosankan. Sebab dah seminggu tak keluaq date. Susah ooo bercinta dengan student. Nak buat assignment la, nak baca buku laa. Aku pulak? Menjadi pembantu yang tak ikhlas untuk buat assignment budak tu. :P Hmm housemet pun makin lama makin memualkan. macam2 jenis perangai laa. Dulu aku kata nak cuba buat tak kisah. Biaq pi la depa dengan perangai depa. Tapi macam mana nak buat tak kisah kalau hari2 berjumpa? Dan kalau hari2 berdepan dengan perangai depa yang manja2 suka merengek2? Kena minyak goreng terpercik setitik kat tangan pun nak tunjuk kat semua orang?Uwwekkkk...wekk...wekkk....lembekk...nak muntah aku! Tapi bila nak pindah? Aku rasa sayang jugak nak pindah sebab facilities kat rumah tu memang lengkap dan memuaskan. Ada Astro, fridge, dan yg paling penting washing machine. Dah 3 kali aku pindah, ni ja yg ada washing machine. kalau aku pindah lagi umah yg tadak washing machine, mesti budak tu jadik mangsa dobi aku lagi. Wey Budak! Hang mau dak jadi tukang dobi aku lagi? Hehehehe.....Saaayang Tukang Dobi aku.

* For the Gurls out there, here's aplace to release our PMS ! http://www.bravotv.com/Manhunt

Monday, February 28, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 1:48 PM
Terpaksa curi tulang jugak (nak tulis blog). Tak tahan dah aku nak menanggung penyiksaan ni sorang2. hari ni aku masuk ja dalam ofis, mat aku terbeliak besaq. Kotoq gila tempat aku. Macam ada selut tumpah. Habis atas lantai, meja, telefon dan kena sikit kat monitor dan keyboard (dah la aku baru terima pc baru). Sedih dan letih tengok keadaan ni. Aku call semua org – maintenance, cleaner, nak suruh depa mai tengok apa nak buat. Takkan aku pulak yg kena jadi tukang cuci? Dah la aku pakai blaus putih bersih hari. Memang nasib aku laa. Sekali bila ane cleaner tu naik, dia buat besaq kepala menjawab berjela2 dengan aku, takmau cuci. Takpa cekkk…dahla dia marah aku, siap dia bagi pecah pulak tabung uji aku. Amboi2…ini dah melampau. Mentang2la aku ni jenis lemah lembut, baik hati, suka tersenyum, hang ingat aku taktau marah orang ka? Aku hangin tapi samapi laa nih tadak sapa nak mai cuci. Aku nak biaq ja. Kalau tak cuci sampai aku balik keja, aku repot kat HR teruih. Hang nak cuci ka nak kena buang keja? Hah??? BENGANNGGG!!!

Saturday, February 12, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 12:42 AM
so pejam celik pejam celik aku dah 2 minggu keja kt comp.baru.so far ok la.cuma byk procedure since this is an ISO certified company.tak kisahla.janji dpt gaji sudah.ekcelli byk sunguh berita, cerita dan derita yg aku nk luahkan.tp since aku teramat bangat sibuk n kt umah sewa aku tadak pc n line, aku terpaksa menapaikan aja perasaan yg meremang di dada.
but some how aku then realized, takkan laa all the time aku nak menikmati kegembiraan saja kan.of course ada jgk tang sedih nk kena lalui.
hmm kalau tak sedih sgt taknak laa aku cerita.tapi yg ni mmg sunguh22 sedih n pedih n letih.beberapa hari yg lalu aku telah dimaki hamun oleh seseorang yg tidak amat kusangka sekali.dan punca herdikan itu juga amat halus n amat tidak besar langsung.
okla mesti kekawan baik aku yg kebanyakannya dr science stream sukar utk menangkap jika aku guna bahasa sastera.ok kisah nya mcm ni.masa aku nk balik mai kl dulu...
(Jam 10.00 a.m)
aku : hello...***** nk tumpang balik dgn u tak?
dia : haa..orait gak tu.bila nk bertolak?
aku : InsyaAllah hari Selasa petang.tp kita 2 dgn member ayah u sorang.
dia : oklah.

(Jam 3.00 p.m, same day)
aku : hello..tak jadi la.u terpaksa bertolak rabu pagi.member ayah tu buat hindu...
dia :alamak!***** kena balik selasa jugak sbb rabu ada kelas.oklah takpalah nk p cari balik
tiket yg dah juai td.
KLIK.

(Jam 3.05 p.m)
aku : hello
ayah dia : hah awat?
aku : erk...pakcik...ada no.henpon ***** dak?kalau dia tak dapat tiket takpa la buleh kami....
ayah dia : ntah taktau no henpon dia.tak payahla dia dah p cari tiket!
KLIK.

jadi sebelum cerita diteruskan dapatkah anda semua menjadi hakim,bahawa yang tidak bersalah di dalam situasi ini ialah aku?aku telah cuba sedaya upaya.tapi jelas dan nyata ada yang bersifat agak b**g**g dan langsung tidak profesional.(Sila Kenalpasti Orang Tersebut).

aku ingat perbualan kami tamat di situ dan tiada apa2 kesinambungan memandangkan kedua2 kami telah berjaya sampai ke kl pada masa yg dikehendaki dan memulakan tugas2 dengan lancar.

TETAPI
dengan tiba2 lebih kurang 2 minggu selepas kejadian di atas,aku menerima sebuah panggilan telefon dan tanpa mendapat keizinan dia terus memaki aku regarding the peristiwa of balik kampung last fortnight.aku merasa yang tindakan itu amat memanaskan aku,dan juga orang bertindak itu amatlah......(letaklah segala maki2an yg hangpa selalu guna utk budak2 kt stesen bas dulu).malah makiannya itu bersangkut pautlah pulak dengan bf aku.katanya ayah dia kalau nampak aku sekarang ni mesti terus ditenyeh tenyeh dan di ronyok-ronyok muka aku ni sampai hancuq.katanya aku ni pemecah belah adik beradik,penghasut,aku amat mempengaruhi,aku tooot..toot...dan toooott...
ARRRGGGGGGGGGGGGHHHHHH..
tapi alangkah baiknya aku pada ketika itu kerana Allah telah memberikan aku kekuatan dan kesabaran yang amat besar hingga kan tiada satu patah jawapan pun yang keluar dari mulut aku.sampaikan dia bg salam pun aku tak jawap jugak.biaqlah org G**A tu merapu sorang2 dia.tentu lepas tu dia akan berkata pada dirinya sendiri" Oh...alangkah b***hnya aku,berleter seorang diri."
1.Kesimpulannya...jika bercakap dengan orang biarlah berbincang sampai habis2.
2.Jangan letak telefon sampai orang betul2 habis cakap.
3.Jangan mengaku belajaq tinggi, tapi akai pendek.
4.Lebih baik diam dari banyak cakap.
5. KAlau nak cakap jugak,cakaplah baik2,jgn maki hamun orang macam orang g**a.ok?

Wednesday, January 26, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 1:45 AM
Hmm..semua barang2 sudah dikemas dan dimasukkan ke dalam bonet keretaku.tinggal nak tido je.pagi2 esok aku akan berangkat ke kl sekali lagi.mata ngantuk tapi kepala tak ngantuk.mak n ayah akan hantaq aku kali ni.memula ingat nak bertolak malam ni,tapi cancel sebab ayah kena bawak his fren gi berubat.so humanity is always the first.tak kisah la.kalau gi lambat2 lagi aku suka.lagipun aku mula keja hari khamis.so tak best sangat kalau gi awal2.sbb aku akan terpaksa lepak kat sana sorang diri.kalau gi esok elok2 sampai ja dah nk gi keja.so tak la rasa kesunyian sangat.hopefully the journey will be in peace all the way.biasaklaa...kalu gi ngan ayah biasanya macam nak gi perang! he's my father anyway...no komen.tanpa dia, tak ada kereta la aku...saaaayang ayah!

Saturday, January 22, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 3:00 AM
aku dah dapat keja.ini keja aku yg ke-3 sejak setahun aku habis belajaq dan aku harap aku akan berpuas hati dengan keja kali ni. aku akan report duty on this coming 27th. tak suka nak cakap banyak lagi, tak suka nak excited lebih2 lagi, takut kalau2 aku tokleh gi pulok.tapi aku takmau cari2 keja dah.aku penat.aku jugak takmau dah ada apa2.aku penat dan aku meluat.tension gila tapi takleh luahkan habis2an ketensionan ini maka ini membuatkan aku lebih tension lagi.aku akan kembali jadi lab-person.being alone.working alone.this is what i was looking for.i wasnt born to see people....

Tuesday, January 04, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 3:25 PM
WARRGGHHHHHH...DAH BULEH TUKAQ SKIN. TAPI TAK SEMPAT NAK UPDATE PLAK.SKIN PUN SIAP TAK SIAP JA. TAK SEMPAT...TAK SEMPAT...NAK KENA UTAMAKAN CARI PEKERJAAN DULU. YEEEHAAAA...AKULAH PENGANGGURRR...!!!!

Thursday, December 16, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 3:40 PM
memula tadi semangat jugak nak edit template.i thought everything gonna be fine today, at least until the end of office hour.but then...there's always the dark sky...my god..why all these every bad things happen to me?non-stop?i dont know why. And i dont know how could i make myself happy?how to enjoy this heart-broken life?
In the morning i came to this (sucks) office, trying and pushing and pretend to be happy. Although in the inside, i'm not bringing my soul here.then i start to do all the job, the shoulds and the shouldn'ts. I collect all the rubbish (bcoz the cleaners left the company, n u should know why..?) sampai dah keluaq rehat,i can still feeling good (actually not good, just fine).and then lepas solat zohor, i just remember that aku tak minum air lagi after lunch.so i stepped out just to buy some water, n the shop is just behind the office.
Bila aku masuk balik,terserempak dgn budak HR hingusan tu.kantoi...but then, i'm not taking this as kantoi.because this is not a problem. I dont even take 5 minutes. As usual she bubling at me. Saying that that behavior like i did is strictly forbidden i this company. Ok fine.
How about the others?n how about her?everybody goes in and out.i'm the one who see them, bcoz i am the frontliner.
ada sorang budak ni lagi babi.kaki bodek hr.dh la baru masuk.buat besaq kepala!dia ni keluaq ikut suka hati dia ja.nih, masa aku tgh tulis blog ni pun,dia baru ja langkah kaki buruk dia tu keluaq.dah la dia letak mug basi dia atas meja aku.hoi hang jgn buat babi mcm tu buleh dak???pastu bila budak gila kt atas nu cari dia tak jumpa,aku jgk yg kena!awat dia tak kena?sebab dia tu gila babi kaki bodek busuk!!!
IT"S NOT FAIR AT ALL!!!
actually everybody here is bad.they are all from the Hell. i am the one from Heaven, n i'm not supposed to work here.yess..i realize that...
now, i can feel like this place is bitting me,sucking my blood,and i got nothing else to do with myself.i'm just waiting for my gaji. After that aku nak BLAHH from this HeLL !!!



Thursday, December 09, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 3:20 PM
Kerja? ouch...I hate this word! WaaargggHHH!!! (Banging my head on the desk)
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez