Tuesday, October 17, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 2:51 PM
Apabila berdepan dengan traffic jam, adakah anda akan merasa tertekan? Atau masih mampu tersenyum lebar sambil berjoget mendengar lagu Nooraniza Idris?
Bagaimana pulak jika ANDA yang menyebabkan jam itu berlaku? Pastilah tekanan menjadi berganda bukan?

Semalam, aku telah menjadi penyebab kepada kesesakan lalulintas di sepanjang LDP. Aku bangga. Aku cuma mampu tersenyum dan tersengih buat muka comel kat tepi jalan bila ramai pengguna jalan raya yang membunyikan hon kepada aku. Aku rasakan seolah-olah bunyi itu adalah tanda sokongan mereka kepada aku. Ada juga makcik-makcik yang melahirkan rasa simpati mereka sambil berkata “Sabar ye nak..” sambil berlalu meninggalkan aku ternganga kat tepi (sebenarnya tengah) jalan itu. Hahahaha….

Pagi-pagi lagi aku memang dah nampak yang lampu isyarat menandakan minyak hampir habis itu sudah menyala. Tapi aku ingat nak isi minyak masa on the way balik keja nanti ja. Sebab aku yakin minyak tu mmg cukup sampai balik nanti.

On the way back, jalan jam sangat-sangat. Biasanya mmg jam, tapi taklah teruk mcm semalam. Memang betul-betul sesak gila, gerak dikit-sikit dalam 1 inci ja.Aku pun heran.
Jam dah tunjuk pukui 7.00 p.m. dan aku baru ja sampai kat atas jambatan Motorola. Aku call amet suruh dia makan dulu.

It was at about 8.00 p.m when I reached flyover yang betoi-betoi depan One Utama tu. And that was the time bila kereta tu mula batuk-batuk dan tercungap-cungap. Dan akhirnya, dia pun mampos kat tengah jalan tu. Dah la aku mmg kat lane yg paling tengah, pastu kedudukan kereta tu pulak tengah condong (mendaki). Memang la meyusahkan orang. Walaupun aku dah pasang hazard, tp still jugak ada yg bodoh. Dok tunggu lagi kat belakang aku.

Aku terus cuba start kereta kesayanganku itu. Tapi malangnya dia memang tak mampu buat magic kalau kehabisan minyak. So dengan muka toya, aku turun dari keta dan berdiri megah kat tengah jalan tu. Dan dengan gaya manja, aku telah berjaya menahan 3 orang jejaka untuk membantu aku menolak kereta itu ke tepi jalan. Yeayyy!!!

Tapi mereka hanya boleh tolong tolak ke tepi, bukannya boleh menghidupkan enjin kereta tu. So aku call amet. Dia gelak sebab aku nak tunjuk kuat takmau isi minyak awal-awal. Akhirnya setelah bebrapa lama menunggu, amet tiba bersama sebotol petrol, dan diisi ke dalam bontot kereta itu.

Tapi bila dicuba-cuba start, nampaknya kereta tu takmau hidup lagi. Setelah dianalisis, ternyatalah bahawa baterinya sudah kong lantaran kebijaksanaan aku memasang lampu sejak tadi. Jadi sekali lagi aku buat muka tak malu, tahan lagi 3 orang jejaka untuk tolak kereta tu sambil aku berada di dalamnya. Aku cuba start lagi dan lagi tapi dia stil xmau jugak. Last2 jejaka tu semua terpaksa mengundur diri kerana sudah blank xtau nak pikir. So aku yg bijak ni telah mengemukakan satu idea agar amet segera ke bengkel yg berhampiran untuk membawa mekanik ke sini. Malangnya, setelah puas dicari, semua bengkel yg ada kat situ sudah pun ditutup.
Lalu masuklah kami berdua ke dalam kereta itu sambil memerah otak.. kalau nak tolak pun memang tak boleh sebab jalan masih lagi jam teruk. Aku masih kehairanan. Biasanya tak pernah jam sampai macam ni punya dahsyat. Adakah aku penyebabnya. Kesiannya kat orang…

Selepas seketika, amet yg gatai tangan itu telah membuka laci dan menjumpai resit-resit tol yg mempunyai no Hotline LITRAK di belakangnya (Amaran : Sila kumpulkan resit tol anda sebanyak-banyaknya di dalam kereta). Lalu kami pun menghubungi Hotline itu.

Tidak lama kemudian, lori peronda LITRAK pun sampai. Pakcik yang membantu itu namanya Ghazali. Dia sangat baik hati. Dia mengisi sedikit lagi minyak, dan menjumperkan kereta aku. Dengan sepantas kilat, kereta itu pun berjaya distart semula. Aku berterima ksih sangat-sangat pada pakcik Ghazali. Dan kalau korang nak tau, perkhidmatan ini adalah percuma.

Lalu aku pun pulang dengan senyuman. Oh ya, sebelum aku balik, pakcik Ghazali telah berpesan agar aku mngelakkan jalan ke IKEA dan TESCO kerana jalan itu banjir. Oooo..itulah yg menyebabkan jam sebenarnya. Aku ni cuma penyebab kecik ja.

Aku pun pulang ke rumah dengan hati yg gembira dan perut yg sanagt lapar keran belum berbuka puasa. Aku akhirnya dapat berbuka puasa pada pukul 9.35 malam. Yeaayyyy!!!
Nasib baik lah amet dah masak semua. Sedap ooo…semalam dia masak kari beb. Pandai kan laki aku….pastu ada papadom…Huuuu…sedapnyaaaa…Aku makan dengan banyak dan terus tido…..

Sebelum tido aku habaq kat dia, esok aku takmau balik keja pukui 6 dah. Aku nak balik malam terus, lepas bukak posa. Aku dah takmo bukak posa pukui sembilan setengah.

Monday, October 16, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:58 PM
NO KOMPROMI

Aku sedang betul betul rasa nak berhenti keja. Aku takleh tahan lagi. Aku bohsan. Bohsan yang amat sangat. Tak ada keja nak buat. Duduk keras kat depan PC. Nak surf internet pun dah tak lalu. Dah tak ada benda nak tengok. Air cond a.k.a mesin salji ni pulak makin hari makin sejuk. Aku sejuk yg terlalu amat. Aku sudah pun membawa 2 helai sweater ke sini. NAmun kesejukannya masih di tahap lampau. Aku sudah beku. Aku tidak dapat berfikir dan menulis dengan baik.

Aku masih terkenang, semasa aku terima tawaran bekerja di sini, aku juga menerima tawaran untuk bekerja di satu syarikat yg lain. Kebetulan tarikh mula bekerja adalah sama. Namun aku menolak syarikat yg lain kerana jawatannya tidak seglemer yg ini. Kini aku sedar, nama jawatan tidak seharusnya dijadikan factor utama dalam menerima tawaran bekerja.

Tengah hari ini tangan aku sangat gatal untuk menelefon syarikat yg lain itu – Rayuan : Tolonglah tawarkan saya bekerja sekali lagi encik…

Berdepan dengan masalah dan prinsip keagamaan, aku sepatutnya tiada kompromi lagi. Aku harus menyerah kalah dan tunduk – pada Tuhan, bukannya pada duit.

Maka kepada kawan-kawan, sekali lagi aku buka peluang – tolonglah carikan aku keja. Aku dah nak berhenti ni!

Saturday, October 14, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:41 AM
TUKANG MASAK SAYA

I am currently working – Yes, I mean today, on Saturday. So I will be working on every alternate Saturdays, meaning that Saturday-off is for the 1st and 3rd weeks only. Not so bad huhh?
And as usual, I still have nothing else to do. Surf internet, re-open the powerpoint slides, conteng-conteng on papers, etc. Not so bad either huhhh? I wonder why they want to hire me just to be sitting here, and at the end of the month I got paid. Hey friends, come and apply job here. It’s goooddd…

It has been 2 days (yesterday & the day before) I arrived home late because of heavy traffic jam. And Amet is now a completely-successful-trained chef. For these 2 days, I have to called him while I am still in the car, giving full instruction to cook.
“Hello abg, ayg baru sampai kat Toll Sunway ni,jam gila. Abg tolong masak na. Mula-mula rebus 20 tangkai cili kering. Pastu blend dgn bawang besaq. Pastu ketuk sebiji bawang putih, tumis sampai kuning. Pastu masuk bahan yg blend tadi. Ambik asam jawa, bancuh dgn ayaq dan masukkan sekali.Tambah gula dan garam secukup rasa.Pastu goreng teluq dan bilis.Jangan lupa masak nasik na…”

And the end result is very impressing – Yes, he really can cook very well!!! Memang sedap gila. Aku masak pun tak sedap mcm tu. Siap tambah nasik lagi aku makan. So start from today onwards, blehla saya balik lewat selalu kan? Hehehhe…

Thursday, October 12, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 12:48 PM
DUIT ATAU SOLAT?

Hari selasa kelmarin dulu ialah hari Cuti Nuzul Quran (for Selangor & other selected states saja, KL jgn jeles na..). Sangap gila, taktau nak buat apa, asyik tidoq ja sampai dah kembang pipi. Nasib baik dah invite Arina, Pah dan Nanang mai bukak posa kat umah, best jugak. Tak la boring sangat. Ni balik-balik aku bukak dengan Amet ja. Dia tengok muka aku, aku tengok muka dia, makan pun tak selera.

So menu istimewa aku hari tu ialah Nasi Ayam. Konon-kononnya nak buat surprise la kat depa semua. Tengok-tengok, Arina mai dengan Ayam Golek. Hambeekkk….2 ekoq ayam untuk 5 orang makan.Terpaksa la aku paksa depa makan lauk banyak-banyak.

Tapi oleh kerana Amet dan Nanang tu memang perut elastic, semua makanan tu hampir licin dikerjakan. Nanang siap mintak tapau bawak balik pudding trifle aku. Sangat sedap katanya…Hehehe tengok tangan la beb…Kalau nak resepi, call je lah jgn malu-malu.

Arina pulak makan sampai ngantuk-ngantuk.Asyik nak tdoq ja. Pah walaupun kecik, tapi makan banyak but still nampak steady.

So lepas solat Maghrib, kami yang the girls dok la sembang-sembang kat bilik – biasalah gossip about solat terawikh kat surau yg penuh bising dgn budak2 kecik (alasan xmau pi terawikh ni), then talking bout our x-skoolmates, and refreshing our salad days…Hmmmm bestnyaa…Kalau boleh nak tiap-tiap hari bergossip, bergelak ketawa ria mcm ni.Habis hilang segala stress.

Hmm..talking about stress. Actually aku taklah stress sangat, cuma aku rasa sangat boring ja dengan keja baru nih. So far dalam 2 minggu nih, keja aku asyik buat PowerPoint slides ja. Kalau ada banyak presentation tu, takpa jugak. Ini cuma ada dua tajuk ja. Dah puas aku belek slides tu. Taktau nak tambah apa lagi dah. Dah segala macam animation aku letak – rasa mcm presentation untuk budak-budak tadika pulak. Taktaulah kalau dalam dalam bulan pertama ni ja keja aku mcm ni. Harap-harap lepas ni ada la aktiviti luar ke, atau yg boleh buat aku bergerak-gerak sikit la. Biasanya aku masuk opis, terus duduk kat meja, belek computer, sampailah ke petang. Langsung tak bergerak. Pi toilet pun sekali dua je (itupun saja-saja masuk toilet, takde air pun nak buang). Lagipun skrg ni bulan posa. Tengah hari pun aku tak ke mana. Memang rasa habis lenguh la belakang aku ni asyik duduk ja macam ni.

Masa aku interview dulu depa kata aku kena banyak jumpa client. Tapi so far, tak dak sorang pun yang aku jumpa lagi. Nak cakap dengan staf-staf kat sini pun susah sbb tak semua kat sini yang tau cakap English. Bahasa Melayu jauh sekali la…Mostly cina bukit (tau ckp cina ja).So mulut aku ni memang tertutup je la dari pukul 9 sampai 6 ptg. So bila aku masuk keta nak balik keja, aku akan bukak radio dan nyanyi kuat-kuat supaya mulut aku tak jem.

Dan lagi satu benda yg buat aku rasa tak sedap hati @ tak best keja kat sini @ nak berhenti keja ialah sebab kat sini takdak tempat solat. Maklumlah cuma aku sorang ja Melayu Islam kat sini. Aku ada mintak depa sediakan satu bilik / tumpang mana-mana bilik untuk solat. Memang dia ada bagi aku pinjam bilik sorang director ni (dia jarang masuk opis). Tapi mcmana la aku nak tumpang solat kalau bilik tu selalu dimasuki dengan kasut (xtau la bekas dia pijak najis apa kat luar nu). Pastu ada plak patung-patung berhala kat situ. Macamana?Memang tak boleh!

So apa aku buleh buat ialah terpaksala keluar p solat kt Giant (jauh jugak - kena bawak keta). Tp aku terpikir gak, sampai bila la aku larat nak pi solat jauh2 mcm ni? Duit aku pun bukan byk sgt nak isi minyak keta. Bulan ni ok la sbb bulan posa, aku x perlu mkn, jd duit mkn buleh ganti buat isi minyak. Lepas ni mcmana? Lgpun mana cukup masa – rehat cuma sejam. Nak makan, nak solat. Aku mmg tak suka solat laju-laju mcm ayam patuk tanah.

Isk mmg susah la nak cakap. Kalau ikut hati, nak ja aku berhenti keja minggu ni jugak. Tapi aku memang tengah sengkek, takleh la berhenti lagi. At least bg la dapat gaji sebulan untuk cover itu ini. Aku selalu jugak terpikir – apa la maknanya kita dapat kumpui duit banyak2 kalau nak solat pun tak boleh kan? Itu mmg bongok namanya…

Isk, masalah ni memang betoi – betoi besaq nih…

Friday, October 06, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:22 PM
TENSION KERANA AIRCOND

Boring gila nak mampoih dok kat opis hari nih. Dari pukui 10 pg tadi aku dok tengok jam, tak sabaq nak tunggu pukui 6. Nak blah keluaq dari igloo nih. Sejuk nak mampoih dok sini.Dah berapa kali aku pi slow ‘fan’ dan naikkan temperature aircond tuh. tapi ada saja tangan yg gatai dok pi ubah balik bagi sejuk.

Tak paham betoi aku dengan depa ni. Dah la pakai baju macam singlet, nipis pulak tu, skirt pendek lagi. Tak sejuk ka? Aku ni dengan kemeja lengan panjang, pakai singlet lagi kat dalam, pakai kain dalam lagi, pakai skirt kain tebal lagi, tudung belit-belit kat leher lagi – pun still sejuk beku mcm ikan dalam fridge.

Aku sangat heran. Agaknya depa ni memang keturunan orang Eskimo kot. Jangan aku resign kerana aircond ni sudah laa…

Thursday, October 05, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 10:52 AM
KERETAKU = KERETAMU

Baru semalam aku sebut nak mintak amet hadiahkan kereta baru, terus semalam jugak kereta aku (?) tu meragam, merajuk la konon-kononnya. Hmm..kereta pun pandai buat perangai mengada-ngada (macam driver dia jugak…)

Semalam kebetulan aku keluaq ofis pun lambat sikit, dalam pukul 6.10 gitu. Bukan apa, dok bergayut dengan Che Pah. Pastu bila sampai kat kereta, start keta mau kena start at least 5 minutes (saya mengikut arahan En. Amet). Pastu dah about 6.20 barulah aku boleh jalan.
Actually masa start tu aku memang dah dengaq ada bunyi menderum-derum (ouuumm..ouummm) macam kita dok tekan minyak – pada hal aku tak tekan apa-apa pun. Tapi aku buat derk ja lah sbb dah lewat, aku nak jugak balik bukak posa dengan laki aku (walaupun aku tak posa).

Pastu masa tengah naik flyover kat Tesco Puchong tu, heavy traffic jam la pulak kat situ. Masa ni lagilah bunyi tu kuat gila. Aku pun tutup semua aircond, radio, segala yg boleh tutup semua aku tutup. Tapi bunyi dia tetap jugak tak hilang. Aku try lagi gagah beranikan diri bergerak. Tapi makin lama bunyi dia makin menjadi. Sampai lah kat depan Giant Kelana Jaya tu, aku dah tak berani nak jalan. Takut jugak kalau tiba-tiba kereta tu meletup kat tengah jalan, tak pasal-pasal orang ingat aku ni pengebom berani mati.

So aku pun dengan penuh debaran berenti la kat Shell kat situ, and call Amet. Memula dia mcm xmau mai. Ya lah sbb masa tu dah pukui 6.50, mesti dia dah tengah belek-belek jag ayaq dah tu…Tapi last-last dia mai jugak. Biasalah dia ni kalau sebut ja pasai kereta dia, mesti dia mai punya. Dia sebenaqnya bukan kesian sangat kat aku, tapi sebab dia sayang bangat ama mobil (buruk) nya itu.

Tapi kereta ni punyalah bijak..bila amet sampai dia ok pulak. Nak manja dengan tuan dia lah tu..geram betoi aku.

Memandangkan waktu berbuka pun dah masuk, maka berbukalah kami kat Shell, dengan ayaq tin (P/S : Canned beverage is very bad for health, especially if taken with empty stomach as it is an acid-forming food that may cause lots of health problems. Pesanan ini dibawa khas oleh Nutritionist anda).

Pastu try pusing-pusing kat Shell tu, kot-kot ada lagi bunyi. Tapi memang xdak. So aku pun drive la balik…Masa balik ni amet dok ikut ja dari belakang. Rimas betoi la aku kalau dia dok tengok aku bawak keta. Terpaksa la bagi lampu signal bila nak cilok!

Wednesday, October 04, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 10:54 AM



I AM A NUTRITIONIST

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang telah memberikan kami rezeki dari segala yang telah Engkau sediakan. Sesungguhnya rezekiMu terlalu luas dan tidak terkira banyaknya. Cuma kadangkala manusia yang terlalu memilih – mengikut selera dan nafsu.

Seperti yang semua sedia maklum, masa bulan Ramadhan ni pintu syurga dan pintu rezeki terbuka luas untuk kita semua. Aku juga tak terlepas dari merasa RahmatNya – dapat kerja baru dah…..Yeaayyy!!! Alhamdulillah….

Actually dapat tawaran ni last 2 weeks, tapi sengaja aku pilih nak mula keja awai bulan 10 ni (senang nak kira gaji…hehehehe). So aku dah mula start keja hari Isnin lepas, and still working until today – meaning that the job is ok la…if not, mesti jadik macam kerja kat Kirana hari tu – sehari ja pi keja!

Tapi tempat keja ni jauh sikit. Tapi takpalah, selama aku mula bekerja sejak lepas habis belajaq dulu mana pernah aku dapat tempat keja yang jauh dari rumah. Semuanya around 5 km saja. Tapi yang ni memang merasa la dok dalam kereta lama-lama. 15 km beb…meloya tekak aku tengok traffic jam tiap-tiap hari. (Ni mau ada kereta baru nih, baru best dok dalam kereta lama-lama. Amet..…hadiahkanlah saya sebijik Hyundai Getz..Lenguhla kaki saya bawak kereta ini….Hehehehe)

Kalau orang dok kata guna LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) setakat dari SS2 pi Damansara Utama, aku tak layan; sebab aku betoi-betoi guna LDP dari Damansara sampailah ke Puchong – kira fully utilized la LDP tu.

Saya harap kali ini saya akan bekerja bersungguh-sungguh dan dengan penuh minat yang mendalam sekali. Saya juga berharap agar saya akan mendapat kenaikan gaji dengan segera. Sekian dahulu karangan PMR saya yang bertajuk “Y****** seorang Nutritionist” (Sah dapat “E” sebab mix BM dan English)

Thursday, September 28, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:21 AM
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Okay setelah lapanbelas kali cuba kurobek-robek keyboard cabuk ni dan portnya, dan duapuluhsatu kali restart komputer kuat nih, akhirnya jari aku berjaya menamatkan ketagihannya. Yeehaaaa…..aku nak tulih panjang2. bukan senang dapat guna keyboard juai mahai nih.

Hmmm…tapi bila dah dapat keyboard,taktaula pulak nak tulih apa. Oklah maybe firstly wish all the Muslims Selamat Berpuasa dan Menghayati Ramadhan. Menghayati ramadhan di sini maksudnya jgnlah pandai posa aje, pandai2 jugaklah p solat sunat Terawikh. Yalah walapun namanya solat sunat, tapi ringan2kanlah kaki pi musolla atau masjid. Lagipun zaman sekarang nih jarang sgt ada orang jalan kaki pi masjid. Semua dah ada keta, paling tidak pun moto cabuk. Tak akan penat punya. Lagipun banyak hikmahnya solat terawikh nih. Antara salah satunya ialah membantu mencernakan makanan yang kita melantak waktu berbuka tadi. So jgnlah terkejut kalau berat badan anda naik masa bulan posa nih – sebabnya tak pi solat terawikh la tu…

Untuk aku dan amet yang pertama kali menyambut Ramadhan bersama-sama, aku sentiasa mengingatkan dia dan diri sendiri agar tidak banyak boros pada makanan untuk berbuka. Ya, aku bukan nak kedekut. Tapi aku takmau bila raya nanti orang konpius sama ada amet pregnant atau tidak. Lagipun aku sendiri tak suka pi pasar ramadhan. Dah la ramai orang, buat tambah dosa ja. Nanti kalau nampak orang pakai yg tak senonoh, mula la mulut aku nak terbukak. So lebih baik aku duduk ja diam2 kat umah. Tapi sebenaqnya aku tak la duduk diam. Untuk 4 hari berpuasa ni, tiap2 hari aku masak sendiri juadah berbuka, dan jugak lauk pauk bersahur. Cuma kuih ja amet akan beli siap2 masa balik opis. Lagipun memasak di rumah lebih bersih, dan kualiti makanan pun terjamin.

Wah wah wah…nampaknya nasihat2 gue di atas tu lebih banyak berunsurkan kepada kesihatan dan penjagaan makanan ya. Tidakkah anda semua berasa pelik? Atau was-was? Atau kepingin bangat ingin tahu, gemana gue bisa jadik pantes bicara soal nutrien dan kesihatan segala? Hehehe…jawabannya kerna gue sekarang banyak bangat habisin masa baca buku-buku kesihatan dan pemakanan. Kenapa? Jawapannya akan disiarkan dalam masa seminggu dari sekarang. So, sabar-sabar aja deh…

Jadual aku sebagai suri rumah sepenuh masa sepanjang berpuasa ni jugak ada sedikit perubahan. Biasanya kalau aku boring, aku akan pi melawat OU, atau tesco, atau carrefour dan sebagainya. Tapi di bulan posa ni, boring tak boring aku duduk jugak terperap kat umah. Bangun pagi pukui 10, kemas2 rumah, basuh pinggan mangkuk periuk belanga, basuh baju, sapu sampah sampai pukui 1. Pastu tengok tv :-

10.30 MM Vitaoil bersama Chef Liza
12.00 WHI
1.00 Kisah Benar
1.30 Buletin 1.30 / Solat Zohor
2.00 Simbiosis
2.30 Bawang Merah Bawang Putih
3.30 Impian Ilyana
4.30 Malin Kundang

Pastu barulah aku mula pi kedai, beli barang2 masakan, dan mula memasak pada pukul 5. Pastu bolehlah solat Asar dan rehat sambil tengok tv lagi…

Begitulah aktiviti seharian Yue – The Great Hosewife. Hehehhehe….

Monday, September 25, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 12:52 PM
keyboard aku dh berminggu2 rosak.jari aku dh menggigil nak menaip cerita kat blog.aku tension n lapaq.ari ni pun keybod bodo tu masih x ok.aku guna on-screen kbod.nk taip byk ni pun penat.bodo!

Friday, September 15, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:45 PM
Do you have a blog? If your answer is “NO” or “WHAT IS A BLOG?”, you should have to start feeling fear of getting left far behind.

Blogs are online journals, or short for weblogs.

Blogging is fun. But sometime, blogging might turn to be dangerous, or might send you into big trouble.

Blogging about frustration of work, or about your boss, or company, does not seem like a brilliant idea. I myself, actually, have blogged out all my bad feelings of my work (before) almost everyday, until the day I resigned. Yet, still I do not feel comfortable now, especially right after what I found in The Star, Monday 11 Sept issue where the writer had very interesting stories of people who has been sacked because of blogging. While reading this, I feel like a big hammer is being knocked on my head. Ouchhh!!!

Suddenly I just realized that blogging about (or mengutuk) yor boss or company is very very very bad. And the worse is… I blog everything under my real name! Hahaha…Ye stupid idiot!!!
I am sre that anybody who knows my full name, can easily found mine via Google. Hey..come on, just take a minute and give a try – type out my name on Google and click the search button. Found me? Good….Hohoho bijak kan?

Now, I feel like lots of butterflies are flying madly in my stomach! Tak senang duduk beb…

What if my ex-bosses, or ex-colleagues found out my blog and spread the URL to other companies? So the next company can easily found out how bad I was in previous one. So it will be easy for the next company to throw away my resume intp the dustbin, or treat my email as SPAM.

And I have also learned one new word from the article, “dooced” – meaning ‘ getting fired over something you’ve written in your blog”. So everyblogger, lets stop blogging about (bad things at) work. Be careful of what you say, don’t get dooced.

And one more thing, don’t ever proudly upload yor most clear, shar photograph on your blog. Your indentity will be revealed easily. Unless, you are all the time, writing about good advice, nice words, good things and beautiful days. (ada ka org gila mcm ni?)

By the way, blogging MIGHT also help you to be hired. But, there are only limited person who were looking for bloggers – maybe publishing, writing, or entertainment companies. But please bear in mind : they definitely wont hire people whoblogstabbed their ex-company either.

Needless to say, blogging is very very very fun, yet risky too.

Monday, September 11, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 3:24 PM
DESPERATE HOUSEWIFE

Hehehe…so as per funnily discussed between Amet and Siti in my chatbox – I have to confess that yes, I really just work for one fuckin’ day. Goddamnit. Hahaha….

Well the story is like this - I went for unfortunate interview and they agreed to hire me ( I saw that budak2 yg keja kat situ put a small note on my form “Boss, ambikla dia ni sbb dia ni cun gile”) .

The next day I went to work, at 9.30 a.m. and they tell me that my job is gonna be as simple as A B C. I just need to sit there, waiting for customers to come in. And, if they do come (rarely) just give the sweetest smile and say nothing until they ask. Don’t need to promote anything. Because the products are doing their self-talking (sapa tak kenal this lady kan).

So I did as per requested la kan. When the customers come in, I give a warm welcome and let them look around. But most of them are non-Malay; so most of the time I speak in English la with them. Tanpa disedari, I was observed by my new boss. So he called me.

New Boss : Macamana awak boleh cakap Inggeris very well? Fluent jugak ek?

Aku : (Alamak apa aku nak habaq nih?) Err takde lah encik. Saya boleh cakap skit2 ja.

New Boss : Awak berminat nak jadik Supervisor tak?

Aku : Takmaulah encik. Lagipn saya tak pandai buat keja ni. Saya baru nak belajar.

New Boss : Takpalah, awak keja dulu, saya akan tengAk awak keja dulu (He always pronounce tengAk, instead of tengOk). Kalau dalam masa sebulan dua ni awak ok, maybe saya akan jadikan awak supervisor. Tengak mcm your English bagus jugak ek.

Aku : Errr..takmaulah encik. Saya tak biasa…

New Boss : Jgn risau lepas awak belajar saya rasa dlm seminggu dua ni awak akan biasa. Sekarang ni apa kata awak isi borang maklumat diri ni dulu. Nanti saya tunjuk pada Puan Sharifah. Awak ada SPM kan? Dpt gred berapa?

Aku : Errr….SPM gred 3 encik. Saya tak pandai sgt. Takleh jadik supervisor encik. Saya tak bleh..

New Boss : Takpalah isi dulu borang ni.

Aku : (Apa aku nak tulis ni? Nak habaq aku sekolah mana? I was graduated from a boarding school la wei…a very famous one plak tu. Mesti terbelalak mata dia kalau aku tulis MRSM PC kat borang tuh. Itu belum termasuk aku tulis Degree : BSc. from University Malaya lagi....)


So at last I decided to put my first school – SMKAP, from form 1 to 5. hehehehe…. Graduated with SPM gred 3. hehehhee….

It was 5.30 p.m when he asked me to go home.

New Boss : So Yus, awak bleh balik skrg. Esok awak masuk shift ptg ok, masuk pukul 2.30 hingga 10 mlm. By the way, mcm mana awak dtg keja? Naik bas ke? Bas nombor berapa? Kalau balik mlm boleh ke? Ada bas lagi tak?

Aku : (Ohhh shitt…nak tipu lagi ker? Aku? Naik bas? No berapa? Matilaa aku…) Ha ah ye..naik bas. Ntah tak ingat bas tu no berapa. Tp ada le bas Rapid KL yg lalu nak pegi IKEA dan OU tu. No berapa ntah…lupa plak….Ok lah encik, saya balik dulu nanti terlepas bas plak.

Sampai kat parking pay station, I cant stop my head from turning back – takut dia nampak aku bayaq tiket parking. Hahahaha….Parking bas ke makcik? Hahaha...

Tapi geli hati aku tu tak lama when I saw that the pay station is showing the total of RM7.00. Ohh Shittt..!!!!

Then I read this :

First 6 hours RM1.00
Subsequent hours RM2.00 per hour.


I always thought that it is RM1.00 per entry no matter how long you park there. Shit Shitter Shittest!!!

Less motivated, I went back and told Amet everything happened. That is when he came out whith his self-experienced story : once upon a time he worked with a company for a month, but at the end of the month they pay nothing. While he had already spent the whole duit tabung for minyak motor and meals – he really regret of what happened and advice me not to go working there anymore and experience the same bad thing the end of the day.

Some more he just don’t like the idea of me working night shift. I know that he wasn’t worry for my safety, but cant face the fact that he’s gonna suffer eating at the restaurant down there, and not my deliciously hand-made food. Hehehehehe…
And some more I will need to work on weekends (compulsory) – he dont like this too as he will feel lonely because he’ll has nobody to “play” around with him. Hahahaha…

So the next day, I wake up late – and start doing my routine as a housewife….La la la la la…

Wednesday, September 06, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 10:31 PM
I"LL BE WORKING

It has been 21 days since aku berhenti keja. In the meantime, I have submitted lots of job applications – tapi belum ada yang nak panggil aku interview or have a ‘chit chat’.

Yet, still ada orang tuduh dan anggap aku sengaja melepakkan diri kat rumah, tanpa sebarang usaha mencari keja. Hey I want to tell you something, eventhough aku tak kerja, aku tak pernah mintak duit kat sapa-sapa tau. I eat and pay the house rental, the bills on my own. Aku Cuma tengah tunggu ada orang panggil aku interview. And on the same time, I keep on sending resume to here and there.

Aku bukanla nak mengungkit apa-apa, terutama perihal duit muit nih. Tapi kekadang terasa sedih jugak kalau selalu sangat dengar kata-kata pedih macam ni. Lagi satu janganla salahkan aku berhenti keja kat Cerebos tu. Kalau lah org yg berkata-kata tu yg ambik position aku masa kat cerebos dulu, mesti dia keja tak sampai setahun pun. At least aku boleh gak la tahan sampai 20 bulan.

Kalau lah pembaca sekalian meneroka kembali liputan blog aku sebelum sebelum ni,most of it adalah caci maki dan kutukan terhadap keja aku sendiri. Banyak sangat dah aku mention how I was so stressed working there – especially when liasing with those fucking damn gov bodies.

I really hate that! Aku benci ! Aku memang dah tak boleh tahan keja situ! Benda dah lepas, aku dah tinggalkan position tu, apa nak pikiaq lagi. Sudahlaa.

Disebabkan mulut yang berinsuran itu terus berkata-kata mengutuk aku, aku terpaksa mengambil initiative untuk tidak terus duduk ja kat umah (Dia ingat aku dok umah goyang kaki dan bontot ja. Dia tak tau aku basuh baju laki aku, kemas umah, masak, p buang sampah, p kedai, banyak tau keja aku).

Dengan sengaja aku telah pergi round-round petang semalam, and voila ! Hari ni aku dah dapat keja. Tak kisah la gaji sikit pun, as long as aku ada duit sendiri, cukupla buat sementara waktu ni. So I will back to work tomorrow….

Friday, September 01, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:54 PM


MAJLIS PERKAHWINAN YUE & AMET

Dah lama sesangat tak updet kat sini.So hari ni nak pulun cerita kisah masa hari kenduri.Rasa terkilan sampai hari ni, walaupun dah 12 hari berlalu.Rasa sakit hati dan sedih, dan tak puas hati masih bengkek kat jiwa aku nih.

Selalu bergenang ja ayaq mata bila ingat kata-kata ayah “Hari kenduri nanti make sure camera ada org pegang, ambik gambaq suasana kenduri – masa org siang daging, buat keja2 persiapan.At least satu camera pun ok. Tapi lagi baik kalau **** yg janji nak ambik video tu ada. Kalau adik beradik lain yg ada camera, sruh depa ambik gambaq majlis kenduri tu sama. Jgn ambik gambaq pengantin ja, ambik gambaq org2 yg buat kerja ni jugak.”

Sampai ke hari ni aku masih termimpi-mimpi, kalaulah aku boleh undurkan masa, aku ingin kembali ke hari kenduri tu, pegang camera, ambik gambaq majlis tu, khas untuk ayah…..Maafkan saya ayah…..

Dan tentatif majlis jugak tak berjalan lancar seperti yg telah dirancangkan. Supposed to be aku kena siapkan diri by 12 o’clock and get ready kat umah aku, layan tetamu. Tapi, disebabkan mak andam aku tu fully booked, maka make up aku telah di delay sampai pukui 1.30 tgh hari. Aku balik umah, dan pengantin lelaki pun sampai.

Sepatutnya kami duduk lama sikit kat umah aku, sbb dh lewat sampai. Kena la bagi peluang tetamu yg mai umah aku utk tengok aku. Lagipun kalau balik umah pengantin lelaki awai2 pun takde maknenye sbb semua kawan2 amet pun dah mmg ada kat umah aku. Tetapi disebabkan oleh seorang pakcik tua yg nak sangat memelihara adat kononnya, kami telah dipaksa dengan sekeras-kerasnya untuk balik ke mah pengantin lelaki tepat jam 3 petang. Semua org kat umah aku – mak, ayah, sedara mara semua terkejut dan keadaan menjadi sgt kelam kabut. Tapi aku terpaksa. Aku tak mampu buat apa-apa lagi melainkan melangkah lemah ke sana.

Kalaulah aku boleh buat kenduri sekali lagi, aku akan pastikan hati mak dan ayah betul-betul gembira…..

Dan bila malam, sepatutnya aku dan amet balik tidoq kat umah aku. Sepatutnya balik awai, dalam pukui 9, sebab nak cover yg siang tadi. tapi disebabkan ramai yg mementingkan diri sendiri, tau depa ja nak seronok,langsung tak memikirkan hati aku yg sedih dan terkilan sejak siang tadi lagi, sampai pukui 10 mlm aku masih lagi terpacak kat sana, tak . Kononnya lepas bukak hadiah lepas maghrib aku bolehla balik. Tapi depa dok bergelak ketawa, nak makan nasik la, nak mandi la, nak itu, nak ini, semuanya dilakukan dalam keadaan yg amat lembap dan mengada-ngada sekali – membuatkan aku rasa nak mengamuk. Kalau ikut hati nak ja aku call ayah suruh mai ambik aku kat sini.

Disebabkan terlalu stress dan tertekan, kepala aku pun naik pening dan muntah-muntah. Masa tu barulah aku dibawak keluar dari situ. Disebabkan laki aku ni pulak terlalu excited (sbb period aku dah lewat 9 hari masa tu), dia nak sangat2 bawak aku jumpa doktor. Sekali lagi kat hospital tu aku mengamuk, menjerit2 mcm org gila, call mak aku suruh mai ambik aku kat situ. Sebab aku dah terlalu amat sanagt tension dan stress.Ak nak balik umah! Aku nak balik umah!!!!!!

Sampai umah dlm pukui 12, aku mandi, rest, barulah rasa lega sikit. Kalaulah aku tau yg majlis kendri kawen ni macam ni punya dahsyat, mampoih aku tak buat. Biaqla org kata aku kawen lari, aku rela, daripada terpaksa melukakan hati banyak pihak. Aku betoi-betoi mintak maaf pada semua……

Thursday, August 17, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 3:20 PM
PENGANGGUR

Today is the first day for me being an unemployed person or better to say “Penganggur Berijazah”. Whatever you would like to call me, please go ahed. I don’t mind people staring strangely at me thinking that I’m trying to habis licinkan duit laki aku. As long as aku ada good planning, and hopefully everything blessed by God, aku rasa aku puas hati buat macam nih.

Anyway, to tell the truth aku dah dapat satu interview this Wednesday, Ag 23rd. And this interview is not calang-calang because we need to go through a test which is soalan pun susah nak paham,apatah lagi nak jawab.But Alhamdulillah, I have passed the test and now offered for the next step. Bukan aku nak kutuk, but this is really a true story from my friend (ex-UM). They all dah attend this test for few times, ada yg dah 4 times, ada yg dari sebelum kahwin sampai dah dapat anak dua,they apply every year, tapi sampai ke hari ini still havent got the chance to go for the interview. And they are really shocked when I told them that I got it, even thogh this is the first time I apply. Very-very much Thanks and Praise to Allah --- Alhamdulillah…

So tonite, Amet and I will go back to Perlis. Cant wait to see what is already prepared for the kenduri. I hope everything will be as per scheduled.

Oh ya, one more thing. I am typing and uploading this entry at our apartment – which means that we already have phone line and internet! Yeehaaa…!!!!

Wednesday, August 09, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 8:08 AM
ADIK

A : Adik kau tu umur berapa?

B : 21

A : Ooo..belajar lagi la? Belajar kat mana? Ke dah keja? Tak sambung belajar?

B : Belajar lagi

A : Kat mana? Universiti ke Kolej?

B : USM je...

A : Ooo USM je. Local uni la. Kat sini ja la. Ambik course apa?

B : Course biasa2 ja.Lebih kurang mcm aku dulu.

A : Ooo..course gamble la ni.Asal dapat belajar je lah ek.

B : Hmm..biasalah. Kau ada adik?

A : Ada..Adik aku lebih kurang sebaya dgn adik kau jugak. Tapi dia sekarang dekat oversea. Belajar medic. Jadik doktor la nanti adik aku tue. Adik aku belajar kat Russia nu...Rusia kat Moscow.Dia ni memang terrer gila. Ni dia dah balik Mesia,aku kena la bawak dia jalan2 merata.Adik kau takpalah dok kat sini ja.Bila2 pun boleh jalan2 ek.Adik aku tu dah la belajar jauh. Balik setahun sekali ja. aku kena la bawak dia gi jejalan puas-puas. Ni nak kena bawak dia gi tengok movie ni.Kesian la kat dia. Adik kau takpa lah dekat Penang je. Bila-bila pun boleh gi tengok movie.Ni dia balik ni, aku dah bawak dia gi beli barang2 komputer dia. Kau tahu, bila orang2 kat kedai komputer tu tanya apsal aku beli komponen je, aku cerita sakanlah dekat diorang sbb adik aku belajar kat Rusia. Nak bawak balik sana barang ni semua. Habis orang2 kat kedai tu semua tercengang-cengang.Bangga betul la aku. Cina-cina tu semua terkejut ja sebab aku ada adik belajar kat Rusia.

B : Dia ni salah dengar soalan ke? Aku cuma tanya "dia ada adik ke tak" je? Agaknya sebab tu lah SPM dia lingkup. Lain orang tanya, lain yg dia jawap. Pekak ke buta?

Tuesday, August 08, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:06 PM
CANTIK


Bila orang tanya "Awak rasa, awak ni cantik ke tak? Awak rasa, antara awak dengan awek tu, yang mana lebih cantik?"

Apa agaknya aku nak jawap ek?

menyedari diri tak secantik Miss Universe, terpaksalah jawap "Alaa..mestilah dia yg lebih cantik. Saya ni apa yang ada..."

I walk with a stoop like the Huncback of Nottherdamn, my cheeks are full with pimples and breakouts some people do look at me twice.I think that's the most suitable answer for me.

Zaman sekarang ni, bukan sahaja pompuan yang sanggup berkerja keras untuk cantik.Membaca kisah pembedahan plastik (gastric banding surgery - to suppress nafsu makan) yang mengakibatkan kematian di Singapore kelmarin, membuatkan aku terfikir - Manusia sanggup menjadi bodoh untuk cantik (ini lelaki yg buat tau!).

Ada pulak yg menyedari muka tak berapa lawa, sanggup berhabisan membeli pensel kening, batang bibir (lipstick), pemerah pipi, pnghijau kelopak mata, dan lain-lain.

Dan tak kurang juga yang berminat melabur di kedai-kedai jenama orang putih Salabianca, Seed, Padini & Co, Bluemarine (Sehelai gaun dia boleh buat kenduri 3 hari untuk mangsa perang Lubnan), GUESS? (aku rasa baru je aku mention jenama ni dlm entry kemarin.apsal aku mcm getik sgt dekat Guess nih? muahhahaha..), Elle dan macam2 lagilah.Bagi aku, kalau dah beli handbag 4 -5 ratus pun, pastuh bok balik kampung kat ulu banat nu, mesti orang ingat pi beli kat Pasir Panjang. Eh, oooppppsss...maksud aku kat Padang Besaq (Aku bukan org Kelantan la, aku org Perlis).

Tapi itu semua duit masing2, dan minat masing2 untuk mencantikkan diri masing2. Jadi biarlah masing2 dgn pilihan masing2....

Adakalanya cantik itu menuntungkan - Kalau cantik mcm Diana Naim (hahahahhaha..) boleh jadi model....boleh la buat umah bangalow...
Tapi adakalanya juga cantik boleh menyusahkan - Kalau cantik mcm Cannie Ong - Dah kena rogol & bunuh pulak.

Kesimpulannya, cantik itu sangat subjektif. Ada orang suka tengok mata yang cantik, ada orang suka tengok tangan yg cantik....Kan macam2 manusia kat dunia ni? Namun begitu, cantik tidak seharusnya dinilai hanya dari segi rupa paras semata-mata. Sesungguhnya orang yang paling cantik adalah yang paling baik akhlaknya.

Bersyukurlah dengan apa yg Tuhan telah berikan kepada kamu.... Alhamdulillah...

Monday, August 07, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:20 PM
MY COMPANY

My company is very ill now. The situation is very critical and chronic nobody can help. The management has been gone a heck of a long time to decide the most effective way to save the company. Yet they still found that VSS (Voluntary Separation Scheme) is still the best.

Last Friday we are all shocked to be called to a 'briefing' by our beloved CEO, Dr. Lackana. At first, i thought she just want to say something minor-suprise such as "This year we are not giving you any bonus..." or " There's no increment for your salary for the next financial year.." or sumthing like that. But instead, to our suprise, what comes out from her mouth is something i have never expected to hear from this company.

In her Thai-tongued English, i saw this down to earth, and kind-hearted lady say " After so many months thinking, and doing analysis of CMSB business, and discussion with management team and shareholders, i have to make this tough decision. I have not sleep for many days, thinking of this, but i am very sorry to say that, our Sales Department need to be terminated immediately. We will still trying to help you (Sales people) to find another job, or you may also try your luck in other business. I am very sorry but i hope that everybody can accept this decision in order to save CMSB.Thank you."

Luckily, after her hard-to-accept-speech, nobody belched out obscenities or whatnot. I think because most of the operators do not understand English, so the situation remained calm.If not, i can imagine that we could see boots and chairs flying around in the room.While for the execs (which definitely understand what is happening), we are all clueless.

I also dont know what to say. And i am not sure if am actually lucky, or had made the right decision to resign earlier. In fact, i can already smell the bankruptcy of this company before they announce it (well, this is what a daughter of a businessman should foresee, rite? Muahahaha...). I might be lucky to run away from this miserable, but i dont know what is happening in front.Hopefully i can get a new and better job soonest (everybody pray for me, please).And i really hope that i can achieved the so called "work satisfaction" in the next career move.

Hopefully dapat kerja yang best, dan setimpal dengan bayaran.Actually, I am not so lust after the wealth and riches. I dont mind wearing trousers from Carrefour, shirts from Giant, and panties from Tesco. I dont need a Guess handbag, nor MNG skirts.Only when it comes to shoes, i just wanna be more carefull (you should love your feets anyway, they are doing the heaviest job.) For me, driving a Proton Wira is not that bad, instead of spending thousands buck monthly for Mazda 6. And I will never ever ask amet to turn our apartment to a fully-furnished house in a blink. So far, i dont mind sleeping on single bed, eating on computer table, and cooking on shoes rack.As long as he loves me to the fullest of his heart, it is already more than enough.(But amet, bear in mind - dont take chance of this statement.i will still buy some furnitures when i have money)

Walaupun aku tak kepingin bangat mahu hidup dalam serba kemewahan, tapi duit tetap merupakan satu keperluan.Itu adalah kenyataan.

Thursday, August 03, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:24 PM

PotPet dari Yue Yusof at 1:12 PM
WOMAN IS MIRRACLE

Selama 25 tahun i live as a female, i have never overcome any menstrual problem except period pain. Mestrual cycle aku memang selalunya lancar dan tak ada masalah. And i am truely happy as i always get my period on budgeted time - so that i can plan my activities very well.

Menstrual cycle, in general, can affect emotions, as well as physical behaviour and characters. Some female may turn to be very angry all the time, may be sad, or some may be too happy or excited (jarang berlaku - mungkin gila meroyan).

For me, kalau ada orang kacau,aku akan cepat marah. Dan kalau ada orang marah, aku akan cepat sedih. It mix up and it is normal for THAT particular time (only).

Akan tetapi, pada 2 hari yg lalu, sesuatu yg luar biasa and abnormal happened. Well, i already have my period on 18 July and the flow was normal (quite heavy on the first few days) and it stopped on about 24 July. Everything seems like very normal.

But suddenly on 1 Aug, i realized that there's blood on my pantyliner.At first i thought it was just the leftover and maybe my body is trying to clean it out. So i just wash it away.

However on the next day, setelah aku sampai kat ofis, i still found that my vagina is still bleeding. I was thinking of seeing a physician, but i have lots of things to be done. So tungu punya tunggu sampai ke petang, tengok-tengok boss aku pulak panggil masuk meeting sampai la pukul 6.30. So, instead of going to see doctor, aku balik umah.

Sampai umah, aku terus tidur, rasa mcm malas la pulak nak pi klinik.Tapi tak lama pastu, aku rasa mcm senak-senak. Aku dah tak sedap hati, terus ajak amet p klinik. Cari punya cari semua klinik panel aku dah tutup. Cuma ada satu yg buka, tp aku tak suka klinik tu sbb doctor dia ganas (Kalau dia nak cucuk, dia cucuk je terus).

So aku pun balik umah and thinking of seeing the doctor keesokan hari. Tetapi alangkah terkejutnya apabila aku balik umah, found out that it is still bleeding and it is much more than before.
Aku terus p mandi sebab mengikut petua orang tua-tua, kalau kita mandi basahkan kepala waktu malam dengan air sejuk, darah akan berhenti.

The next day i wake up, found that the bleeding had stopped! Leganya..so terus siap-siap pi kerja dengan hati yg girang sekali..
Tetapi kegirangan itu tidak lama as it started again when i reach office. Oh shiittt!!!

Terus p klinik.Jumpa dgn Dr. Sulaiman - he's very caring, dan percakapan dia sudah cukup membuatkan org yg sakit terus sihat.

Dr. S : Yes Yus, what happened to you? Demam ke?

Aku : No, errr..actually..err i'm having..er this kind of...errr....vaginal bleeding...

Dr. S: Oh, when is you last period? Start and off?

Aku : 17 July until 24th.

Dr. S : Hmm ok..let me see...Oh..yesterday is your most fertile day, i mean it's your ovulation day.

Aku : Yes, i know. Actually i am doing my menstrual charting as well...

Dr. S : So, it is a little bit abnormal to have bleeding in these fertile days.

Aku : Yaaa..and that's why it makes me worry...

Dr. S : You said you are charting your menstrual cycle - are you planning for pregancy?

Aku : I dont know. I am not really planning. If ada, ok, if not also ok.

Dr. S : Hmm actually vaginal bleeding may be caused by few reasons -hormone imbalance, or luka semasa intercourse,or may be because of pregnancy.

Aku : Is it dangerous? I am so worry about this.

Dr. S : No, actually it is not dangerous. But it's important to know the cause. If it is because of hormone, i will give you HRT. Kalau luka, it will heal by itself. But now, we cannot test if you are pregnant or not. Normally it will take 7 to 10 days after ovulation day to detect pregnancy. Maybe you can come back after one week to do urine test. But in my oppinion, your possiblity is quite low because you are just married, right? So maybe it is because of hormone imbalance - sebab you just married and your life style may be changed.

Aku : Yes, i also think so. It's impossible to get pregnant at this moment (anyway i am not sure if i am ready to be a mother). Unless it's a God will.

Dr. S : Yes, it's true. So i will give you some medicine - it will help to contract your uterus so that the bleeding may stop. If not, you need to come back and see me, ok?

Aku : Ok, thanks doc.

So that's it.

Anyway perasaan aku masih bercampur baur - ada jugak rasa happy. tapi takut. tapi excited. macam-macam lah. So keep watching for the next cycle. It's fun to be a woman - there's a lot of things to explore!

Friday, July 28, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 10:28 AM
TOWARDS THE END

Petang semalam ada sessi presentation QCC. Ada 5 group, aku salah seorang dari group ke-5. Kami namakan "The Seekers" - sebab kumpulan kami memang terlalu misteri - sampaikan tajuk perbincangan/masalah pun kami tak dapat nak kenalpasti.

Dan antara semua presentation - kumpulan kami yang paling teruk - tak kira dari segi isi kandungan,analysis,action plan mahupun rekabentuk slide itu sendiri (ini memang komen dari para juri a.k.a bos-bos besar yg hadir).

Dan pereka presentation slide itu ialah aku. Aku memang dah lama sedar, sejak 2-3 minggu sebelum hari semalam, aku memang dah tahu yg slide itu tidak sempurna dan terlalu simple.

Untuk "Fish Bone Analysis" aku cuma lukis garis-garisan yg biasa,tanpa warna terang benderang dan statik, sedangkan kumpulan lain meletakkan gambar ikan animasi, atau sekurang2nya ikan 2D.Untuk aku,kepala ikan itu cuma dilukis dengan kotak segitiga.Aku bukan tiada masa untuk cari gambar 3D,aku bukan tak creative utk buat slide cantik-cantik, tapi aku rimas tengok presentation slide yg berwarna-warni dan bergerak-gerak penuh dengan kartun dan hiasan belon-belon mcm kat party.

Kita nak bincang perkara serius - membabitkan pengeluaran,untung rugi dan kewangan syarikat.Ini bukan presentation Geografi Tingkatan 3 "Kajian di Kawasan Tempat Tinggal Saya". Aku rasa juri tak adil - menganalisa dari segi kecantikan semata.Tak kisah syarikat rugi,asalkan slide dan org yg present tu penuh warna-warni dgn mekap murahan. Biar "Action Plan" kumpulan itu tak efektif, asalkan pandai cakap putar belit,juri terperangkap dan tepukan gemuruh kedengaran. Uwwekkk..!!!

P/S : Aku memang suka benda yg ringkas, shortcut dan cepat - Itu aku. Orang lain mungkin lain. Contohnya : Ada orang lebih suka panggil "Seluar penda" instead of "Spenda" (Cepat angkat tangan sapa org yg dimaksudkan ni)

Selepas sesi QCC itu, Ezani berjumpa dengan aku.Dia juga "The Seekers".Dia menggelabah bila kumpulan kami mendapat banyak komen,kritikan dan kutukan.

(Mainkan muzik paling sayu dan sadis...)

Ezani : Awak...apsal la awak nak berenti cepat sangat? Nih semua pembetulan kat slide ni sapa nak buat? Komen-komen juri tadi sapa nak improve? Saya dah la tak pandai buat benda2 slide alah nie...

Aku : Alaa..awak mintak tolongla org lain.Zana ke, Siew Fah ke...

Ezani : Tapi diorang tak sama kumpulan dgn kita...Lagipun tak sama kepala dgn saya..Awak je yg boleh paham dan keja dgn saya selama ni..

Aku : Ya la.Saya pun suka sangat keja dgn awak.Tapi apa nak buat saya dh tak tahan nak tunggu kat sini lagi. Walaupun awak best,tp company ni tak best.

Ezani : Awak...jgn la berenti lagi.Tunggu la dulu...Saya mesti rindu kat awak nanti tau..Mesti saya rindu punyalah.Dah takde dah saya nak ngusik Yus...

Aku : Hmm..saya pun mesti rindu sangat nak dengar usikan awak..Dah la jgn cakap macam ni lagi.Saya sedih laa...Saya nangis kang aaaa...

Aku nangis - kat situ jugak.Depan dia.Tak malu!!!

Aku sedih ke nak berenti keja nih?

Wednesday, July 26, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 4:37 PM
Sememangnya memang dah lama gila aku tak keluar jalan-jalan bersuka ria like i used to do.Bukannya kerana status seorang isteri yang menjadi penghalang, tapi kerana status kewangan yang membataskan pergerakan. Duit cukup-cukup untuk isi minyak keta pi kerja dan balik kerja ja.

Alhamdulillah, since semalam is the paycheque day, so i took the time to free myself from the boredom i've suffered for few weeks.

At first, aku ingat nak masak special sikit for the dinner. Tapi amet suggest to makan luar sebab dah bosan gila menghadap pinggan kat umah sendiri. Aku pun memang agree sangat lah. Tapi bila dah balik keja, aku tidoq,dia tidoq, last2 aku cuma masak 2 bungkus Maggi Curry instead of special dishes or makan luar.Padan muka!

And then suddenly at about 10 p.m. aku tetiba ja ter'suggest' ajak dia gi tengok movie. Aku rasa macam dah lupa macam mana nak beli tiket wayang sebab memang dah lama gila tak pi tengok wayang nih. So he agreed and we speed off to TGV One Utama (7 minit ja dari umah aku - bangga gilaaa...).

Since i am a big fan of Sandra Bullock & Keanu Reeves, i chose to watch The Lake House (aku tau dia tak berapa minat,tapi tak kisahla aku yg belanja). The show was at 11.10 p.m.(wooo~~~~ dah lama gila aku tak keluaq lewat2 malam macam nie..)

Well, it is a romantic-fantasy story (sebenarnya takdelah best sangat - too slow). Tapi aku memang betoi2 suka tengok mukanya si Sandra Bullock (Dr. Foster) ni.Dia memang nampak sangat~sangat natural, beautiful, and graceful. Mata dia cantik gila...bulu mata melentik dengan hujung mata yg tajam dan ayu, tapi pandangan dia sangat lembut dan manja.

Aaahhhhh........tenang gila tengok muka dia.Pastu dengan blouse dia yang comel~comel, dressing yang tak melampaui batas & very simple. I really love that part of her! And kulit muka dia nampak sangat licin even close up.Tanpa mekap yg tebal 2 inci macam iklan barang-barang kosmetik tempatan kat majalah Mingguan Wanita tu, dia memang betul2 membuatkan aku teruja! So, actually i didn't really watch the movie but in fact dok nganga je tengok muka Sandra Bullock tuh.

Kami balik umah around 1 o'clock in the morning, and thinking of eating a burger (or two). Tapi by that time really can't find a burger stall which is still operating - so we rushed to Se7en Eleven and got 2 cups of Instant Porridge and 2 sticks of chicken balls. Rasa macam zaman-zaman belajar dulu la plak - keluar sampai lewat malam,singgah makan kat Seven E, bestnyaa....

And then as the result of staying up (and berjoli sakan) last nite, pagi ni aku terjaga pukul 7.18 a.m. Aku dah lewat nak pi kejaa!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++


Ketumbit = Stye.
It's usually caused by your body trying to expell some toxins, and do it via the skin.

I got this on my right eye. It is painful, especially bila eyelid kita nak berkedip. Ouuchh...

Tuesday, July 25, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 8:06 AM
RESIGNATION NOTICE

At last i have made the decision. The letter has been submitted, and in fact, yesterday i have receive a reply "Acceptance of Resignation" from HR Dept. They have calculated my last salary for next month, asked me to return the company belongings (ok, kalau tak lupa) and a standard "Wish you success in your future" words.

Actually i still have 11.5 days of annual leave balance until August 06.So my last working day shall be on August 2nd, 2006. But after dipujuk rayu by my boss, i volunteerly will be working until Aug 16th. And of course they will convert the "annual leave" to the "money" (this is what i WANT!). Lagi pun i think that is the right time because the next day, off i will go to my hometown for my wedding reception which is on 20th .Hehehe...sounds like baik punya plan heh?

Well, everybody knew about it. But they keep asking me why, and where am i going. it's has been everyday since last week i hear "Eh, Yus ko dah dapat offer keja baru ek? Kat mana?Gaji lebih ek?"

And bila aku kata "Taklah, saya belum dapat keja.Saja je berenti. Nak rehat kejap." Barulah mata masing-masing terbelalak. And they really think i've married Bill Gates.Hahahaha....

And to my hubby, i deeply apologize because i keep hiding this for few days before telling you. Actually i have submitted the letter earlier than the day i told you. I AM SORRY OK? (Kena la aku lepas nie...)

Anyway, for the next careerwise, i really want to explore the totally different world ----
So keep counting the last day in Cerebos! Yeeehaaaa!!!!!!!!!!

(Actually nak letak banner factory ticker kat sini,tapi tak muat, so letak kat kat bawah sekali...)

Wednesday, July 19, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 12:25 PM
SITI NURHALIZA & DATO' K

Aku rasa aku dh penat membaca email2 yg berkaitan dengan depa berdua nih. Hari ini saja, aku dah dapat tak kurang dari 10 email berkaitan mereka, termasuk 3 kali email gambar anak Dato' K. Aku rasa, kisah mereka akan berlanjutan bukan sahaja sampai hari perkahwinan, tetapi sehingga mereka bercerai-berai. Percayalah.
Aku bukan peminat Siti Nurhaliza. Apatah lagi Dato' K.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

KERJAYA PILIHAN

Aku bekerja untuk cari makan, bukan kerana aku mempunyai pilihan. Aku sebenarnya tidak selalu dapat membuat banyak pilihan. Kebanyakan yang aku pilih adalah kerana terpaksa.

Aku terpaksa pilih kerjaya ini kerana aku perlukan uwang. Aku terpaksa pilih kerja di bahagian ini kerana aku berkelulusan itu. Aku terpaksa pilih kelulusan itu kerana aku tiada peluang untuk membuat pilihan di universiti.

Semua di atas bukan pilihan aku.

Keadaan semakin genting dan getir.Aku tidak pasti aku harus pilih yang mana.

a) Jika aku terus bekerja di sini :
Kepala aku akan terus-terusan sakit. Hati aku akan terus-terusan bengkak (bengkek). Jiwa aku akan terus-terusan kacau bilau.Bila aku balik rumah, muka aku akan terus-terusan masam, senyuman kelat, bad mood. Aku tak suka buat muka masam pada suami - ini derhaka. Tapi aku tiada pilihan. Bila fikiran sudah serabut, apa lagi yang dapat aku lakukan? Buat muka masam jer lah...Dan aku rasa tiap-tiap hari inilah yang aku buat. Ohh..dalam masa seminggu, sudah bertimbun derhaka aku pada dia?

b) Jika aku berhenti kerja :
Siapa pula yang nak tanggung makan pakai aku? Aku tak mahu bergantung pada dia. Aku pun tau kesian, dia pun nak jugak enjoy sekali sekala. Kalau aku yg habiskan duit dia - mestilah dia tak enjoy.Aku mau dia sentiasa happy. Aku mahu hidup berdikari walaupun sudah bersuami.
Tapi aku masih belum dapat offer kerja. Tapi aku juga tak boleh terus di sini, bekerja. Aku mesti berhenti, tapi mesti terus bekerja.Bagaimana?

Ketika aku menyatakan hasrat untuk berhenti : Dia memberikan aku 'izin'. Mungkin sebab telinga dia sudah tepu mendengar keluhan aku hari-hari.

Tapi kalau aku betul-betul berhenti : Dia mungkin memberikan aku 'penampar' pulak.

Aku semakin keliru dan bercelaru.

++++++++++++++++++++++++++++++++

SOALAN

:: Apa kau rasa bila setiap hari, orang yg kau sayang pulang dari kerja dan menangis di dalam bilik air? ::

JAWAPAN

Kalau aku, aku bagi jer dia berenti kerja.Pastu biarlah dia buat apa yg dia suka.Kalau dia nak sangat kerja kat saloon tu, bagi jer lah. Asalkan dia tak kacau duit kau, sudahlah. Tak gitu? Hehehehehe....

Friday, July 14, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:03 AM
CALL ME 'PUAN' PLEASE
It has been few days tak update blog.nak kata sibuk, tak la sibuk sangat. saja ja la kot buat-buat macam sibuk.sibuk mengemas baju orang tu yg baru pindahkan barang-barang dia ke rumah aku, sibuk basuh kain baju yang dah lama terperap dalam bakul tu,biasalah kerja-kerja asas seorang surirumah.

Hmm nak kena cerita ke pasal Majlis Akad Nikah aku hari tu? Actually ingat malam lepas majlis tu terus nak update blog nih.sekali tetamu dok lepak sampai pukui 1.00 a.m. mana aku ada kederat dah nak nulis.pastu postpone, postpone, sampai la ke hari ni.so cerita pun dah basi...pengantin pun dah basi.tapi best jugak la hari tu sebab kawan-kawan rapat semua mai umah.ni lah part yg paling enjoy.so far alhamdulillah, everything went smoothly.

aturcara majlis memang berjalan seperti yang dirancangkan. sebelah lelaki sampai kat masjid al-mukminin kota kayang sebelum waktu isyak.pastu sebelah pompuan pulak sampai kat masjid.pastu bila orang azan, kami semua solat jemaah isyak sama-sama.kan lebih afdhal sebelum nikah tu solat dulu?lagipun aku memang tak bermekap.pakai bedak tempek-tempek sikit, pakai baju pengantin, telekung, dah boleh solat.tak payah la nak bergincu lipstick, bercelak shadow bagai.lawa tak lawa dah memang nak kawin dah pun...(punyalah malas nak bersiap budak nih). sampaikan bila tengok kasut aku,mak aku memang maki aku habis-habisan.tau aku pakai kasut apa dengan baju pengantin yg vogue tu? aku pakai kasut Bata Comfit tu ja...

Pastu lepas solat isyak, tok imam pun memulakan upacara mengakad nikahkan aku dgn suami aku yg tercinta...

Tok Imam : Azmir b. Ilias, aku nikahkan dikau dengan Yuzaini bt. Yusof berwalikan bapanya kepada saya dengan mas kahwinya RMxxxx.xx tunai...

Amet : Aku terima nikahnya Yuzaini bt. Yusof berwalikan.....

Tok Imam : Oopp..opp...part berwalikan bapaknya tu tak payah sebut...Ok, ulang balik sekali lagi

(Aku yang pada mula tadi duduk bersimpuh sopan, sekarang nih dah duduk bersila sambil menyapu muka.Apa laa mamat nih...)

Amet : Aku terima nikahnya Yuzaini bt. Yusof dengan mas kahwinnya RMxxxx.xx tunai...

Alhamdulillah....semua angkat tangan, tok imam membacakan doa selamat. Tamatlah status single untuk Yue & Azmir. Sah sebagai suami & isteri.

Isk kekadang rasa macam tak percaya pulak. Inikah yang aku nanti-nantikan selama ni? betoi ka aku dah jadik isteri orang nih? tak percaya...tak percaya...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah Majlis Akad Nikah tu tamat di situ.yang selepas daripada majlis tu orang lain tak boleh tau.wakakakakakka....

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi dalam pada kau dok hepi gila tu, ada jugak yang membuatkan aku hangin,tension,geram,dukacita,berang,dan menyinga ialah apabila ketika aku sedang bercuti tu, ada la pulak orang gila dari opis yg call aku.hadoi...hangin gilaaa!!!! oi aku dah habaq aku cuti kawen la bongok, dalam form tulis "Marriage Leave". apa tak paham ke aku tengah sibuk kat umah? dia ingat aku cuti ni main-main ja, dok relax-relax rehat kat umah? aku sibuk buat preparation la bangang! masa tu jugak dia nak call aku.nak tanya mana benda tu,mana benda nih.bengang la aku.masa aku ada kat opis taknak tanya habis-habis.bila aku dah balik kampung baru nak kelam kabut.aku memang hangin gila.rasa macam nak jerit ja.dah la kacau aku masa tengah cuti.cakap pulak kurang hajaq dengan aku.siap tanya tengking-tengking.apa bangang sangat ka hang nih?betina nih memang dah banyak kali buat aku hangin. everytime nak mintak apa dekat aku, cakap kuat-kuat.jerkah macam aku ada kat sabah. memang jenis menatang yg tak reti cakap elok-elok dengan orang.weh b**i, kalau aku nih takdak,keja hang tu tak ke mana hang tau dak?aku nih bukan tak boleh kalau orang nak mintak tolong.aku mmg tak kisah kalau benda tu dah urgent nak buat mcmana.tapi dengan cara dia tu,dengan kurang hajaq tak bertempat tu.aku memang takleh tahan sungguh dengan betina tua nih.dia nih kerani bawahan biasa ja,bukannya tahap exec macam aku pun.tapi dia punya berlagak,pergghhhhh...macam modal company nih duit dia yg bayaq.dah la kaki herot,terkepak,berjalan senget,mata terbeliak,spek tebai berlapi-lapis.tak padan dengan muka buruk,perangai pun buruk jugak! hoi pi mampoih la hang...!!! kalau membunuh tu tak berdosa dan tak kena tangkap, memang dah lama menatang nih aku tindih dengan lori.aku benci hang!!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesimpulannya, aku hepi dengan perkahwinan ni,tapi aku tak hepi langsung untuk terus kerja kat sini.

Thursday, July 13, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:29 PM



~~~ HAPPY BIRTHDAY PUAN YUE~~~

Friday, June 30, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 2:30 PM


:: WINNIE THE POOH ::
Last nite was a very great pleasure when Siti suddenly give me a suprise invitation to watch Disney on Live : Winnie the Pooh & Friends Musical concert. Thanx to Kamal for the most pricey tickets.Yeayyy!!!!

Actually aku & kak ngah selalu cakap "Bila laa kita nak dapat pi tengok show ni? Mahainya tiket dia...Mesti sampai bila-bila pun tak mampu nak pi.." But at last, God answered our questions - We was there. Alhamdulillah...

As usual,kalau keluar reramai ni mesti ada saja benda nak ngumpat.We actually never expect that a BIG show like this, the audience are called "customer".Masa nak masuk parking tu, mamat yg jaga parking tu tanya "You all ni customer ke?Kalau customer parking kat sebelah sana ye". And we all like..tercengang, terbeliak,terkelu lidah berkata. And aku pun terjawab "Err..actually kitorang ni nak datang tengok concert Pooh. Kira customer ker tuh?" And confidently the mamat said,sambil senyum-senyum sinis "Ha ah jadi you all ni customer la".
Gulllpppp? Err..anyway, ok....????? Put that in your mind - customer -

Well, i know that my English is not that good to begin with but hey, I'm better than some people who got the chance to further their study in English-speaking-country but yet still have the proficiency of a Tadika Kemas kids. I mean gorsh.. you think the government send you to far far away country to makan angin only is it?There are still lots of people want to be there, me for instance. But you know laa... me not very clever. Went to local university only. Play play some more. I know you also play play there, fail papers here and there but who knows? You come back, people look at your resume, "Waaah, oversea graduate la... mesti can speak English very well ni...". Uwwekkk...that just make me puke! Just wait until i show you my A-Grade TESL thesis ok (if chosen to be registered).Hahahahaha...
Well, Siti said that's a wedding gift for me. Heheheh..Tenkiu,tenkiu...

And last nite after the Pooh show, Boyot had also ask me and amet to lepak kedai mamak together-gether like we used to do before.and he also mentioned that this will be the last lepak before we change status.

While tonite, they (Siti, Rose, Cik Mah, Wa & maybe Bee) are coming to visit my pigeon-hole-size-apartment. As to celebrate the guests, i will cook a lavish dishes they always desired to have - LAKSA. They said that this is their first & last visit before i get married. Heheheh..now seems like everybody is paying me the last - thing - before - i - get - married - things.(It's like i only have 7 days to live because of a brain cancer or something like that huh?) Hehehe...anyway,it is very interesting and exciting! You guys really turn my mood to colourful emotions...

+++++++++++++++++++++++++

Few days before, received an unsuspected call from a cousin. He's going to give sponsorship for my wedding photography (He's in journalism anyway).It is very good to hear such news.

++++++++++++++++++++++++++

7 days to go. I just counting by myself,and suddenly realise that tomorrow will be the last Saturday for me to enjoy my "Cik Yue" title.While the next Saturday i will be called "Cuk" - sebab selalu kena cucuk (lawak bangang n lucah ini adalah SMS dari seorang ex-ofismate aku beberapa hari yg lalu).
Talking about this, suddenly i feel a little bit nervous. Actually, the feeling should be on behalf of amet.We always heard that before the holy matrimony, the Tok Kadi always ask that simply-killing-questions to the bridegroom. So now, i had ask amet to be very well prepared (baca balik semua buku-buku text masa sekolah dulu) or otherwise he will be cold-sweating in the air-conditioned mosque.
Well, the questions are deadly simple we used to learn in primary school. But heck,as growing older, most of us just ignore about it.Now, in this last 7 days, we are digging for the scattered infos in our own memories.Teruknyaaa... : (

Kekadang bila ingat balik, macamana la boleh lulus ujian PAFA dulu? Dan macamana la pulak sekarang nih dah tak ingat apa langsung?

Kalau nak tau if we are still competent enough, try to answer these questions (without looking at your Form 3 text book, ok?)
1. Rukun Islam - ada berapa? Sebutkan semuanya.
2. Rukun Iman - ada berapa? Sebutkan semuanya.
3. Cuba mengucap dua kalimah syahadah serta berikan makna lengkapnya.
4. Rukun Nikah - ada berapa? Sebutkan semuanya.
5. Apakah itu Talak? Khulu'? Fasakh? Ilak? Rujuk? Eddah?

Hah, tu cuma 5 soalan basic.Kalau berani, cubalah jawab. Hah jawab...jawab...

Friday, June 23, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 2:16 PM
CRAZY = INSANE = NUTS


Just came back from Singapore for 3 days meeting. well it supposed to be a Regional R&D meeting but at last the conference room turned to be the battle of war.since many of the local R&D teams - from Malaysia, Thailand, Taiwan, China and Hong Kong are totally not satisfied of what regional team commanded us to do.

and for me, the situation just could be added up in my positive list of resigning.everyday after the session ends, i just went back to my room, crying and crying alone. i have used up all the notepad provided in the hotel room to draft the best ever resignation letter.hahahaha....(Yue is laughing crazily)

And until today, at the moment i am typing out this entry, there are still emails flying around into my inbox,discussing about that Confusing-Standard-Operating-Procedure. I also have no idea how they can call this a "Standard".Hahahaha....(They are driving me crazy again)

Arghhh lets just forget about the tough work. No matter how, the resignation notice is now ready to be tendered. I only need to wait until the company clear up my travelling claims (which cost about RM3K - i will not simply resign without getting all this money back to my account first,of course!!!). And i really hope that the first week of July is the latest to submit.

Well, it has been few weeks i didn't see Amet.Just talking thru the phone is not enough to express how i miss you so much dear..Ouhhh..for the situation like this, while my head is ding-dong ding-dong thinking for the next business plan, or if not, finding another new job, i really need your smelly armpit...aahhh..it's only you who knows how i love to smell it...hahahahaha...(crazy crazy crazy)

Now i feel like we both are just like a business partner - talk thru the phone,communicate via emails & sms,and make a one-week appointment to see each other (only if need be.)
Hhuuhhh...

As for the wedding preparation, what i can see now is, amet is the one more excited than me - He already send invitation cards to his friends,ex-skoolmates,ex-colleauges and even requested for the wedding gifts (teruklaa budak laki-laki nih..). While my cards are still in the un-opened box.

Anyway, when he's telling me that some of them are giving us options whether to have a refrigerator or a washing machine - that is the part that excite me too. I really need a washing machine please.Thank you.Hahahaha....
(Humm..maybe its good enuff if my girlfrens give me a fridge.dont u think it's a good match anyway, girls? )

And we also got sponsored for a hairdressing (thanks to abg boyot) - eventhough i will not be a freehair bride, but since it is FOC,just grab the opp to do whatever style i want la kan.but maybe i am not so keen to go for this - fikir dululah.

Nothing much can make me draw a sincere smile on my face for the time being.If people make a very tickle-you-until-you-pee jokes pun, i have to force myself to smile a little bit.My jaws cramp and paralyse because of the s-t-r-e-s-s- I cant laugh anymore.

Except, laughing crazily....Muahahahahahhahaha...

Friday, June 16, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 2:28 PM
Hatiku sedih,dadaku pedih.

aku tahu aku buat muka masam tadi,dia akan mengata
aku tahu,aku buat diam kering macam tunggul kayu mati tadi,dia akan mengata.
aku tak kisah.dia nak kata?nak merajuk?nak mengadu pada mak dia?nak mengumpat aku dekat boyfriend dia?silakan...

memang orang selalu kenal aku sebagai "Yue Yang Lemah Lembut".memang aku lembut.aku tak pandai marah.puas Amet mengajar aku untuk menjadi seorang pemarah,pembalas,penjahat.tapi aku tak boleh.paling lama aku jadik garang pun 15 minit.pastu cool balik.
paling aku marah pun,aku akan cuba sedaya upaya menegur orang itu dengan cara yang paaling lembut.
paling aku nak marah pun,aku akan jerit kuat-kuat pada Amet,bukannya pada orang yg buat aku marah itu.

Oh sedihnya...Kenapalah dia tak boleh faham?

bukankah dia sepatutnya sedar yang tindakannya untuk merajuk dan marah pada ku itu adalah salah?
bukankah dia sepatutnya sedar yang dia sedang menumpang dengan aku?
bukankah sepatutnya dia bersyukur dengan apa yang ada?
bukankah sepatutnya dia berterima kasih pada aku yang memberinya makan,tempat tinggal,kereta (plus minyak) tanpa pernah meminta satu sen bayaran pun?
bukankah dia sepatutnya cuba bertolak ansur ketika keadaan sesak dan memaksa?
bukankah dia sepatutnya cuba memahami bagaimana aku cuba berkorban untuk memberikan yang secukupnya pada dia?
tidakkah dia dapat melihat semua itu?

Kalau ikutkan hati,mau saja aku halau dia balik.pergi berambus jauh-jauh.sekarang aku faham apa yg ibu selalu adukan pada aku.sekarang aku dapat berkongsi rasa dengan ibu.aku betul-betul faham.tp aku masih x faham dengan perangai dia...

Ya Allah, percepatkanlah peredaran masa, agar dia balik ke tempat asalnya,dengan segera.

Tuesday, June 13, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 4:46 PM
CARI KERJA

Aku dah betoi-betoi tak tahan!!! Aku betoi-betoi nak berhenti kerja!!! Aku nak berhenti !!!! Aku tak kira!!! Aku dah mula kumpul segala macam jenis iklan yg aku nampak.

Tak kira apa kerja sekalipun aku nak mintak semua (kecuali kerja social esscort / waitress kat pub/ disco). Dari admin exec, admin assistant, secretary, beautician (yg amat aku harapkan tp very low possiblity nak dapat), SPA assistant (juga yg sgt aku minati), sampailah ke Asistant Manager. semua aku mintak. asalkan aku dapat keluaq dari kilang ayam busuk nih dengan segera!!!

Now, it seems like i focus more on job searching instead of thinking of my wedding ceremony. Eventhough akad nikah is the most important & big part in my life, i feel like i am not really in the mood right now. I just feel like "Hmmm...it's just a wedding afterall...".

Well, i know, with the wedding 25 days away, this is not what i'm supposed to say.But sorry, i have no time to be dreamy of marriage as 85% of my brain is thinking of looking a new job for myself.

Oouuhhhh...why i didn't chose to be in any Sekolah Teknik after the PMR? Why i chose UM to study? Why i didn't go to any Sekolah Jururawat? Or got myself registered in any Beauty Therapist Training Programme?

Now, it's too late to regret what i have chosen. Oouuwww....


Thursday, June 01, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 4:50 PM
KPLI

Start looking for info like..errmm....

1. So you are a teacher wannabe?
2. What are the advantage & disadvantage of being a teacher?

3. What is it about : Being A Teacher
4. There is more to being a teacher than you might think.

Looks like i really start preparing for a BIG change in life huh?

Are Yue sure?
PotPet dari Yue Yusof at 7:45 AM
I was on fake MC last Monday (so jujur, right?). I woke up in the Monday morning with Monday blues - feeling so grumpy. My eyes was so heavy i cant open it. I told my mom (she was here visiting my new apartment) "Bu, cek takmo pi keja la hari ni.Tak larat la.." And she just "Ikut suka la. Jangan kena marah dengan bos sudah.."

So, aku called boss and told her that i cant go to work today because i am very ill. i called her at 7.00 a.m. in the morning, ok..

Memang benar kata orang, mulut ibu tu masin...Yesterday aku memang kena marah dengan boss. Padan muka aku.Tapi apa plak nak marah-marah orang ambik MC kan? I know it was fake, but what if aku betul-betul sakit?

Lagipun sejak bermula tahun 2006 ni, dah setengah tahun berlalu, sekali pun aku tak pernah ambik MC lagi.Kalau setakat demam pening sikit-sikit tu, aku akan gagah perkasakan diri jugak pegi keja. Tahun lepas pun aku cuma ambik MC beberapa hari ja, tak sampai 50% pun daripada jumlah yang diperuntukkan. I have been so committed all the while. So takkan la kerana satu MC dalam masa setengah ni bleh jadik issue? Lagi pun, dalam dok MC tu aku still lagi make few calls (regarding work) - aku tak lupa tanggungjawab.

Balik-balik bila aku sampai ofis semalam, bukak email dari boss aku - "Even if you are sick you must take the responsibility to make the necessary re-arrangement of any appointment made on that day, or at least call and inform me about it!! "

I dont understand why i still receive such blame? I did called her VERY EARLY in the morning, i have called people and make re-arrangement (lagipun this appointment is not very important, just a so-so only lah). So what else? Macam ni baik aku pi keja...Kalaulah masa tu aku memang betoi-betoi sakit nak mampos, agaknya memang aku dah mamposs...

Kadang-kadang aku rasa sangat enjoy keja kat sini. But when this kind of thing happens - tidak berperikemanusiaan, i feel like i really want to be a....err..... teacher!!!
GERAMNNYAAA!!!!

Friday, May 26, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:27 PM
MONEY

Without money, life can be so-o-o uncomfortable . I totally have no idea why i still did not get my paycheck for this month yet. Is it because of nobody to sign? (our GM has just resigned).Is my company going to bankrupt? Is it because they think i still have money to spend? Dont they know that all i have now is just 5 bucks in my wallet? And dont they know that that 5 bucks is given by my sister this morning? (Hmm my sister is not being paid for her 2-months-training but she still got money to spend, and even lend it to me - I wonder~~~ Ada sugar daddy ker budak nih?)

We went to IKEA yesterday and i found that there are too many things that i think i NEED to buy for my new house.

My house looks so empty and not user fiendly and this momment due to lack of equiments and utensils.I am totally blank how to decorate this pigeon-hole-size kitchen to become a cook's heaven (Have i ever mention that cooking is my tension-breaker and i really enjoy the science of cooking everywhere & everywhen).

Because of the limited space,I'm thinking of utilizing the walls - fix the racks & rims so that i can put all my spices and herbs and flavours and pastas on the racks, while all the cuttlery, knife, wok and pan hanged on the rims. Hehehehe...But without money, the kitchen drawing is just left on the floor,untouched.

I can say that i am not a fashion victim (Hey,i just buy clothes once a month, not everyweek,ok?). But still, i just find out that i need to spare one room just for clothes.And it all just mine.i am thinking to buy one more closet because right now i still have a bunch of shirts and trousers, and i just put them in plastic bags.

No wonder on the day we moved, Amet had to say this "Boleh tak ayang, lepas ni tolong jangan beli baju dah? Ni baru baju ayang sorang je tau? Belum masuk baju abang lagi.Ni pun belum ada anak lagi.Kalau dah ada esok2, tak tau nak sumbat kat mana..." Hehehe...No komen.

The other thing that also attracted my eyes was the shoes rack.They have few designs in IKEA - you can choose from the normal rack (choose with or without door) or the drawer-style, or hang-it-on the wall-style.

If my credit card is not been blocked, one of them is definitely already mine now. Hihihihi...But again, without money nor credit card, all my 38 pairs of shoes (this is excluding selipars) are just disumbatkan in a big box.Oowww..pity my beloved shoes...

Hmmm..i am dreaming if i can transfer this tiny appartment into a zen garden...

Thursday, May 25, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 12:38 PM
BRAINSTORMING

If you saw your friend's boyfriend with a girl (which is of course not her), what would you do?
I've been thinking about this since a couple of months ago.I just can't tell it to anyone.I can't express my feeling (shock,sad,..) to my boyfriend either, as they are also best friends.

Case title : What to do if your best friend's boyfriend is cheating.

Case status : Complicated, complex.

Date / start : Dec 2005 (if not mistaken).

Person involed :

That Guy (M) = My boyfriend's best friend

That Girl (A) = My best friend

The other girl(s) = Not known

Case chronology :

Dec 05

A - Found suspicious SMS in her boyfriend's phone - Told me that she suspect her boyfriend is cheating.

Yue - Try to convince A that her boyfriend is a good guy. Everybody know that he is so good looking, as well as has a good job to be proud of, no wonder if banyak girls yang tergila-gilakan dia. I asked 'A' to just ignore it.

Jan 06

'A' stay in my house for few days.Told me that she's not confident with her relationship with "M' - start worry because 'M' always try to escape whenever she wants to discuss about serious relationship (getting engaged,or at least planning for it,etc.)

Yue - advised her that maybe 'M' baru nak kumpul duit, sbb dia baru keja tak sampai setahun lagi.

A - refused to accept my oppinion because "M' salary is more than enough. (actually i also agreed - mmg gaji dia kalau setakat hantaran 5 angka tu, 3 bulan simpan pun dah cukup)

Feb 06

A - got job offered in her hometown (actually dia yg mintak keja kat sana sbb alasan dia - 'M' selalu sibuk, tak ada masa nak luangkan dengan dia, baik balik kampung je).

Mac 06

Yue - went dinner with amet, 'M' and a friend. When the waitress came, dia pun ambik order sambil senyum-senyum jeling jeling pada 'M'.
(aku memang dah nampak ciri-ciri gatai budak waitress ni dari awai lagi.tak padan dengan trainee (i saw 'TRAINEE' on her name tag) dah nak buat hal. nasib baik kau tak senyum dekat pakwe aku, kalau tidak, mau bankrupt restoran tu.)
And....bila nak balik, tau tak apa budak waitress tu buat? Dia mintak no phone 'M' dan 'M' pun kasi dengan sepenuh ikhlas hatinya.

Yue - Aku tak kisah la sangat -Lantak hang la.Pandai buat pandai tanggung la.

Early Apr 06

Yue - The night before i went to Kuantan, "A" called me. She was crying.

A - "Yue, pakwe orang dah ada makwe lain...Ada kawan orang yang keja sama tempat dengan dia cakap...Dia nampak pakwe orang dengan budak tu. Pastu kan,memang dah ramai orang dok cerita dia dok menggatal kat sana.Ada orang cakap dia affair dengan nurse, ada org cakap dengan HO, xtaula orang. Patutlah bila orang call cakap gitu-gitu je.Bila orang SMS pun dia dah tak reply.Yue, orang rasa sedih sangat.Patutlah dia suka sangat orang balik keja kat sini. Orang dah taktau nak apa ni Yue. Orang rasa tertekan sangat ni.Orang dah layan dia baik-baik.Orang dah agak dari dulu lagi,dia memang ada affair kat sana.Dulu dia langsung tak pernah cakap kasar dengan orang, sekarang ni dah pandai tengking.Orang sedih...Yue tak ada dengar cerita apa-apa ke? dari amet ke? jangan la sembunyikan dari orang.orang betul-betul nak tau ni.kalau betul dia buat macam tu, cakapla dekat orang..."

Yue - "Eh,janganlah percaya sangat cakap orang lain tu.Cuba bawak berbincang dulu dengan dia elok-elok.Amet pun tak pernah cakap apa-apa tentang ni.Tak ada apa lah.Kalau betul benda ni,mesti amet tau. Jangan fikir pasal ni lah.Tak apa-apa,jangan risau.Dia tak akan buat macam tu punya.Keja elok-elok kat sana ek.Take care.."

A week after, i went to Mid Valley, alone. I just passed the Gents, when i saw 'M' with a girl. But also with another boy which looks younger than him. I called my boyfriend.

Yue - " Abg, i saw 'M' with a girl la kat Mid Valley..."

Amet - "Dah jangan nak menyibuk hal orang.Tu kawan sekerja dia tu, dengan sepupu dia.Jangan pandai-pandai tuduh orang bukan-bukan. Yang ayg tu pi jalan kat Mid Valley sorang-sorang malam-malam ni buat apa? Nak jadik spy pulak? Dah dah..balik umah sekarang.Kan abg dah pesan berapa kali, jangan pergi jalan sorang2...bla bla bla bla...pok pek pok pek pok pek..."

Amet - (called me again) " Haa tu jangan dok pandai-pandai cerita dekat "A" pulak. nanti tak pasai-pasai diorang bergaduh."

Aku pulak yg kena leter? Menyesal aku cakap kat dia ni...

End April 06

"A' called me again. Everything is going fine better - she said "M" has confirmed he never had other girlfriends, or spare parts, it just all gossip liar. Ok, aku pun rasa lega.

Yue - " Alaa..just forget it la. biasa la tu orang hensem mmg ramai peminat.."
"A" pun gelak-gelak je.Hmmm..lega sikit hati aku.

May 06

A - "Yue,orang rasa orang maybe nak bertunang kot x lama lagi.Hehehhe.."

Yue - "Oh ya ka? Bagussnyaa..Tahniah.!!!"

Few days after :
Aku tak tau lah mata aku ni dah bertambah rabun ke atau pun dah nak rosak.Aku nampak macam 'M', dengan pompuan jugak.Tapi pompuan lain. Bukan budak waitress tu,bukan jugak pompuan yang kat Mid Valley tu. Nak kata kakak dia, aku rasa kakak dia taklah slim macam tu.
Isk, aku ni jarang sgt lah nak salah orang (bukan mcm budak sorang tu- asal nampak je, semua dia kata kawan dia,tp sebenarnya bukan.)
Isk, aku memang tak salah laa...Aku confirm.
Isk, apsal la aku suka sangat mai Mid Valley ni. Now, What should i do..????

Case solution (please choose one) :

a) Forget about it. Anggap je aku tak nampak apa-apa.
b) Pity my best friend - dont let her be the jerk's fiance.Tell her everything.
c) Talk to her boyfriend - ask him to stop doing this. (Dont betray my friend lah wei..)
d) Plan a propaganda - let her catch him red handed.
e) Lantak korang la...jangan contact aku lagi. please get out of my life, aku takmau pikir pasal ni lagi.aku rasa bersalah la...korang bukan kawan aku lagi...

Action plan : Errrr.. can i choose 2 answers? I think i will choose (a) and (e) then...eventhough (e) nampak sangat kejam. Aku terpaksa. Maafkan aku.

Tuesday, May 23, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 12:24 PM
ACUMULATIVE STORIES

It has been quite sometime since last update. i have lots of story to tell, but time is too limited.well, suddenly i feel like i have settled few things which make me feel a little bit released. but somehow there are still thousands waiting for me upfront. huhhh...i am so tired.

1. Wedding Preparation

Well, at last Amet & I have attended the so-called Kursus Pra-Perkahwinan.The kursus was....erkkk..better dont talk about it.Bosan gilaaa!!!!! Amet was sleeping all day long during the kursus (bila ustaz start buka mulut, dia pulak start pejam mata). And the penceramah all make the lawak bodoh which i have already heard in my kindergarten.Tak lawak langsung!!! But somehow sometime gelak je la nak bagi hilang ngantuk...Since org lain semua ketawa riang ria, aku pun join sekali la.Actually aku pun heran, why people loves to gelak when talking about serious things like mandi wajib,hubungan seksual suami isteri,and krisis / masalah / pergaduhan dalam rumah tangga.Lawak ke tu? Isk...peliklah?

Kalau diikutkan hati aku rasa x perlu la attend kursus mcm ni.semua benda-benda yang diajar ialah perkara biasa yg dah jadik amalan harian kita.ya la takkan la dalam kursus ni baru nak belajar cara mandi wajib? habis tu selama ni masa habis period tak mandi ke? pastu baru nak ajar tayamum, istinjak, fardhu ain, fardhu kifayah. terukla kalau masa nak kawen ni baru nak belajar semua asas-asas agama.habis tu sepanjang hidup sebelum ni macam mana? isk..aku betul-betul peliklah dengan keputusan kerajaan Malaysia ni.

And we have even go for HIV test (Alhamdulillah both are -ve), completed the marriage registration form, get all the saksi signature & ic photocopies, wali (ayah aku) signature, and all other required informations and sent to JAIPs. All done in just ONE day!!! We struggled from 10.00 a.m. till 5.00 p.m. Perghh...aku balik rumah and tell my mom & dad "Cik nak buat benda ni sekali ni ja.Takmau buat dah lepas ni.Penat gila, tension gila."

And you know la government style - we can only get the approval in a month time. Means in the middle of June, kena balik ambik the approval letter tu pulak. Actually they prefer all couples which is getting married to apply 3 months before the akad nikah date (aku pun heran apa la yang dia nak proses sangat sampai 3 bulan tu? agaknya diorang punya style ni suka proses kertas-kertas yang dah masam lepas lama terperap dalam laci tu kot? itupun kalau tak hilang...)
But in our case, since the application is less than 2 months before the date, they agreed to process in one month time (hah, boleh pulak buat keja cepat-cepat ek?) Bila aku tanya soklan nih, dia kata sebab masa tu tak ramai orang buat, so boleh proses cepat. Hemmm..ye lah tue...

Kekadang aku rasa bohsan betoi buat preparation kawen nih.Mana nak fikir financial lagi, urusan antara kedua belah pihak lagi (kena deal bagi semuanya selesa, x terasa hati, mak dia nak macam tu,mak aku nak macam ni,ohh...).Aku memang penat dan bohsan. I really want it to end very soon.Bukan sebab aku gatai sangat nak berlaki, tapi sebab aku rasa betoi2 penat membuat urusan-urusan berprotokol macam nih.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

2. Move to new house

And the biggest thing happen is, i already moved to our new house. It is really a new apartment. Nobody stay there before. I am the first. Heh...bunyi macam la pindah umah sendiri.Aku sewa je la....Well, as usual la, new house is empty. I dont really have furnitures to fill the house.And i dont have money to buy new ones. And my credit card is blocked (disebabkan oleh iklan bank yang bodoh itu).

I do not have kitchen cabinet, so that aku just letak dapur gas tu kat atas lantai dan memasak di situ (kalau orang tengok, mesti diorang hantar aku masuk Bersamamu TV3).I also do not have a queen size bed, so aku dgn kak ngah just tido atas lantai berlapik toto.i do have a single bed, but it's not fair if only one of us (mesti kak ngah) sleep on it,while the other one (aku la tu) tido kat bawah.but, i'm thinking, kalau aku dengan amet, mesti muat nyer kalau dua-dua pun tido atas katil single tu...we are both made of bones - no meat! kerempeng....huahuahuahaua....

However, banyak jugak barang-barang yang aku dah ada. At least enough for me and kak ngah to cook for dinner. I already have my own blender, rice cooker, periuk belanga, jug kettle, pinggan mangkuk, etc.And I also have a television!!! Anyway i really in need of washing machine and a fridge. You know how i never touch the berus kain for quite sometime, and i cant live without iced drinks.

But no matter how, now i have to learn how to basuh kain dengan tangan because i dont think i can afford to buy a washing machine for the time being (at least until my big day, i hope.kalau x dapat jugak washing machine lepas kawen, aku harap amet akan menjadi mangsa sebagai tukang dobi.hoorreeyyy...)

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang sedih dan pilu ketika berpindah rumah itu. Entahlah...penat, letih, sedih dan gembira. Hanya aku yang faham.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++

3. KISAH PEROMPAK ITU

Sehari sebelum aku berpindah :

Jam menunjukkan 8.00 malam, Siti & Rose bersiap untuk ke pasar malam. Siti membuka pintu dan keluar. Tiba-tiba dia masuk semula ke dalam rumah :

Siti : Hey!! Sapa yang ambik ni???

Aku : What? What is that? (Sambil mata melihat ke kasut yang dipegang oleh Siti)

Siti : This shoes is mine. Sapa yang pakai ni?

Perompak : Ehh..Siti sori la tadi i yang pakai. Kena pegi netball training la tadi.

Siti : Ooo..tak cakap kat orang pun ek?

Perompak : Sori la tak sempat la tadi.

Siti pun pergi pasar malam (dengan muka yang garang!).

Perompak : Kak Yue, ada nampak tak sport shoes kita? Kita ada 2 pasang tau sport shoes. Tapi sekarang dua-dua pun takde. (Ni macam nak cover kesalahan sendiri la nih)

Aku : Isk taktau la plak kak Yue. Tak ambik tau sangat pasal kasut orang nih.

Perompak : Dah la yang mahal plak kasut kita tu. Yang satu Acid, lagi satu tu (ntah apa aku x ingat tp nak ceritanya yg branded jgk la).

Aku : Tu la lain kali kasut tu baik simpan dalam keta. Kak Yue skrg ni kalau ada kasut yang cantik-cantik, semua simpan dalam keta. Sebab asyik hilang je sebelum ni (Hah, ambik sebijik).

Tetiba kimah datang ;

Kimah : Eh, hari tu awak ada pinjam kasut kak Kimah yang kaler pink tu kan? Mana dia? Tak pulangkan lagi kan? (Kena lagi)

Perompak : Haah, lupa la kak.Ada dalam keta orang kot.

Kimah : Hmm, kasut saya yang Esarli tu pun xtau la ada kat mana.Dah hilang dah...

Siti balik dari pasar malam - mengadu pada aku;

Siti : Kasut tu orang simpan dalam store tau.Dalam kotak plak tu.Orang pun tak pernah pakai. Boleh plak dia pegi ambik barang orang dalam tu? Pandai betul dia geledah?

Aku : Memang dia macam tu. I've told you before kan...

Ntahla nak komen apa.Kekadang kesian,kekadang geram.Kalau aku bersalah,jahat mulut mengata dia, aku mintak maaf ek.

+++++++++++++++++++++++++++++++

there are still lots of things happen, everyday, but i have no time to tell it all. some is good and some is not.but still, life must goes on...

Wednesday, May 10, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 8:00 AM
LETS MOVE

Kalau dikira dari perancangan awal aku selama ni, dikira dari hari ini, cukup-cukup lagi 50 hari untuk aku pindah dari rumah itu.dah tak lama sangat dah tu. tapi, sejak semalam, aku rasa 50 hari tu nampak macam paanjaaanngggg sangat...

Jadi, aku telah mengubah plan, dimana aku akan berpindah dalam masa 16 hari dari sekarang.

Berikut adalah beberapa alasan yang relevant untuk aku berpindah dengan kadar segera :

1. Sebab utama : Aku betul-betul dah tak tahan dengan situasi bilik aku yang semak samun mengalahkan sarang penyamun tu. Dia dah semakin lepas bebas meletakkan barang-barang dia kat mana-mana je yang dia suka. Berikutan dengan itu, aku juga dah rasa malas nak mengemas. So, aku pun sepah-sepahkan jugak barang-barang aku.Kalau aku kemas pun, dia tak kemas, bilik tu tak akan jadik lawa. Tapi sesepah-sepah aku, tak le bleh mengalahkan kemahiran dia. Dia lagi terrer!

Semalam, dia balik kampung. Aku memang dok tunggu-tunggu sangat time nih sebab aku nak ubah barang-barang dia bagi nampak kemas. Maka aku pun ubah la sengsorang semua drawer dia, tempat gantung baju dia..Penat ooo...Sorang-sorang tu aku buat. Memang nampak kemas dan luas bilik tu bila kena gaya susunannya. Pastu aku sms dia kata aku terpaksa ubah sebab air tangki tu selalu melimpah kat situ.Pastu dah siap kemas semua aku pun keluar jejalan...
Pastu bila aku balik umah semalam,tengok-tengok dia dah tengah ubah balik barang-barang dia tu ke tempat asal!!?? Punyalah aku hangin. Aku tanya dia buat apa ubah balik? Nanti kalau air tangki tu melimpah lagi, kan penat nak ubah-ubah lagi? (sebenaqnya ni alasan aku ja, tangki memang bocor sebelum ni, tapi dah repair pun...)

Dia kata tak cantik la letak situ. Haaa?? Itu ja alasan dia? Apa dia ni memang jenis yang reti menilai kecantikan ke? Atau dia memang tak suka bilik yang kemas? Adoi mak....tensionnya hakuuuu!!! Aku hangin tak tau nak cakap. Nasib baik mata aku memang dah mengantuk tak tahan. Maka aku pun tidak jadi untuk terus menyinga, terus tidoq...

Tapi memang aku dah tekad masa aku tidoq tu, aku nak pindah hujung bulan ni jugak!!!

Dan bila aku bangun pagi, celik mata je, terus nampak kesemak-samunan tu depan mata. Aku memang betul-betul rasa sakit hati. Bengkekkk...Kalau buleh, pagi tu jugak aku nak call driver lori suruh mai angkut barang-barang aku.

2. Aku dah jumpa rumah yang murah. Memang kecik, tapi x kisah la bukan aku nak duduk ramai-ramai. Dua orang je...

3. My sister is coming and having practical here, in PJ. So she's gonna stay with me.

I think the first reason alone is more than enough to explain why i should move. Now.

P/S : Aku dah bayar duit deposit semalam and the owner said i can move in by 20th. Means aku ada lagi 10 days. Hurraayyyy.....

Tuesday, May 02, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:36 AM
KINI KU TAHU

Patutla mata aku ni rabun, stamina aku tak kuat,ingatan aku lemah.Rupa-rupanya banyak buat salah daa...

Empat perkara menguatkan badan:
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata:
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata:
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR :-

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

P/S : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez