Tuesday, July 27, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 6:56 PM
SELAMAT TINGGAL SAYANGKU

Kepada semua kawan-kawan dan pembaca senyap (silent reader) blog saya, dengan ini adalah dimaklumkan bahawa saya akan mengurangkan aktiviti meng'update' blog Memoirs of a Yue ini.

Dan saya dengan rasminya membka satu blog khas utk tatapan semua pihak, kawan-kawan dan termasuk ahli keluarga iaitu blog Route to the Kingdom.

Blog baru ini bermula dengan persiapan kami sekeluarga ke Arab Saudi, dan seterusnya saya akan menceritakan serta meng"update" keadaan semasa kami di sana.

saya tidak dapat meyambung blog Memoirs of a Yue untuk menceritakan keadaan kami di Arab Saudi kerana kisah kami di sana akan saya "buka"kan dan paparkan untuk tatapan ahli keluarga terutamanya. dan saya terpaksa "menutup sementara" blog ini memandangkan blog ini memuatkan kisah-kisah saya sejak "zaman gelap/jahat/nakal" hingga lah ke masa kini. dan sesetengah kisah/entry di dalam blog ini mungkin menjadi isu sensitif untuk ditatap oleh ahli keluarga. dan saya percaya kawan-kawan yg mengenali saya dgn dekat pasti memahami.

Namun begitu, jika ada luahan perasaan yg saya rasa tidak sesuai utk dimuatkan dalam blog Route to the Kingdom, saya masih akan meluahkan segala isi hati perut pankreas saya di dalam bog kesayangan saya ini.

Memoirs of a Yue....Selamat Tinggal... :((

Thursday, July 15, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 9:26 AM
HAPPY BIRTHDAY YUE!

First of all, thank you Allah, syukur kerana umur masih dipanjangkan...sambil dapat menikmati the meaning of life, yg kadangkala best, and sometime ada jugak x berapa best. anyway, syukur Alhamdulillah...

secondly, of thanx to all family & frens yg wish me, sama ada thru phone calls, sms or fb. thank you very much for all the good wishes...thats really keep me alive! walaupun tanpa Amet di sisi, i tetap happy on bday ni. (tapi mmg ada rasa kureng sikit lah...)


and Amet plak try to call me few times. and i was sleeping soundly on my bday night! hahahhaha....
then, bila dh tertengok misscall dia at around 2 a.m. i terus jek bbm him and he just wish me thru sms...hehhehee.

And the best part is, there is Pah Farah, my best fren yg the only one available kat KL still, come n celebrate my bday!
we decided to meet n The Curve and we spend the whole night (sampai kedai nk tutup!) at Marche. Gossippp time.......really enjoy the dinner and the gurly talks hehehhe...


my birth date stamped on the 'passport'

this is mine - medium cooked please!

Pah & Zuzu & Yaya - nampak cam sama size jek

ni Zuzu tangkap gambaq huhuhu

before balik, tapau 2 bijik Big Apple donuts for Zuzu yg sebok sgt "nak kek..nak kek.."

till then, doakan i jadik lebih baik dan improve dlm semua aspek ye....thank you...

Wednesday, July 07, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 4:09 PM
TRAINING

i have successfully trained Yaya to stop breastfeed. Alhamdulillah..it has been already 3 weeks and she's totaly off now. the method i used is the common one mcm org tua-tua dulu selalu buat -sabotage. hehehehe...i put asam jawa, and in just 2 days, she refuse to take it anymore.
when i show it to her, she will say "nanak...acam.." (taknak, masam).hahahaha...

and i am currently training Zuzu into natural potty, as well as going for diaper-free. she is already 3 years old, and i strongly believe that this is the right time. i've read that some mother already trained their babies even in their first year! however, bear in mind that this training might not be a very wonderful, nor enjoyful moment, i guess...

i just started it yesterday. it's like every 15 minutes, i'll be asking her if she wants to pee, or poo. the answer will always be 'no" sambil berlari jauh-jauh from me. and then she pees on the floor.
for the first few times, i try to take it as "ok...she still new.she's on training.."

when she showed muka-nak-terberak and i cepat2 take her to the toilet,but she said "kakak tak berak la bu..."

ok, fine...and i know, it's not easy to guess when and when she's going to eliminate. there's one method that the mother have to see/observe first the child's elimination patterns, mayb for 2-3 days. so that we'll know when we have to ask her to go to the loo.

but, yes to go thru that "observation period" means u really really hv to bersabar n mengucap banyak-banyak ye...maksudnya, u hv to prepare to clean that "things" lah hahahhahaha...

but then, i tot, what if she poo on the floor? how do i clean that? because, before this she always always always denied when she already pooed in the diaper. i dont know whether dia takut to tell me, or takut kena marah (even i mmg x pernah marah pun dia berak), or malu, or what. but she always did that.

contoh :

ibu : bau busuk ni...kakak berak ke?

zuz : taaakkkk...(jerit kuat2 n terus cabut lari)

even berak dlm diaper pun xnak bgtau ibu, inikan pulak without diaper? can i be success this time?

but this is a training. i must continue, or otherwise she will be in diapers for... i dont now..may be until she goes to school??

and come this morning, she poo on the floor, right in front of the TV.

ok, Zuzu u go and take your diaper. Now!!!!

Monday, July 05, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 5:19 PM
KISAH IBU & ANAK

So tugasan I hari ini selepas balik dari TNB ialah amat banyak sekali.uhhhhh….(kisah di TNB tu biaqlah x pyah cerita,biasalah as per expected).

Okeh senarai keja yg I MESTI buat hari ni :

Semalam masa hntar Cik Ton kat Stesen Duta, Yaya muntah dalam keta ibu..huwaaa!! habis bau masam sbb dia muntah sebaik sahaja minum susu! Baekk punya…so first of all nk kena cuci saki baki muntah Yaya dulu, then sembur febreeze.tu pun xtau lah mcmana lagi hilang ke tak baunya..

Then nk kena basuh baju yg dah semingu tak terbasuh. Ya lah minggu lepas mmg fully occupied punya sampai takdek masa langsung nak mendobi.penuh dah laundry basket, sampai 2 bakui lagi! Mmg 3 hari baru habis la mendobi nih. Itupun cuaca sejak 2 3 hari ni mendung sikit, x berapa nk panas.

Then lantai rumah pun dah kalah lantai market. Zuzu Yaya tiap-tiap hari mesti tumpahkan makanan.pastu makannya pulak merata tempat.bukan kt meja makan jek.kt depan TV,kt depan pintu, atas tangga semua ada kesan tumpahan depa.tak kira kt bilik lagi,pun ada depa curik bawak masuk cekelat ke hapa.

Kemarin Yaya tumpahkan air Ribena gelas besar punya.ibu just lap gitu-gitu jek sbb tak sempat.melekit lah lantai tu sampai hari ni baru nk bleh mop betul2 insya Allah…

Then semalam ditonyoh pulak buah durian kt lantai depan tv tuh.huhuhuhu..kemain lalat mengurung.adoiii…mcmana lah nk duduk dgn ibu tiap2 hari nih.tak bagi depa makan sendiri, x bleh jugak nanti development skill depa lambat.last2 sampai besaq dok depend kat org jek.

Hmmmm..kalau mcm ni lah nmpak gayanya.mmg ibu tak ada masa nk rasa boring walaupun ayah tak ada.penuh memanjang tugasan/kerja ibu.tak pernah habis dari pagi sampai ke malam.lepas tmpah yg ni, ibu lap. Lepas tumpah yg tu, ibu la lagi.pastu tumpah lagi n lagi n lagi.

Setakat ibu larang “jangan ambik” or “pergi main kat tempat mainan, jgn main kt meja makan” memang mcm tak masuk telinga pun…kekadang ibu terpksa beraksi kejam, merampas dgn kasar/paksaan barang2 yg bakal mengundang bahaya/kotoran. Uhhhh….

Sapa la kata ibu tak ada kerja??? Tell me, macam ni kah yg dipanggil suri rumah dok rilek goyang bontot kaki??? Penat dow…..

Sunday, July 04, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 12:48 PM
SUMMARY LAGI....

So sekali lagi I just nak buat summary jek untuk aktiviti minggu lepas. Boleh Nampak kot betapa busynya suirumah sorang ni sampai blog pun x beresempatan nak hupdet!

Okeh, sebaik sahaja berita Amet mendapat Iqama tu diterima. I pun terus masuk gear pick-up.semua nak kena start dah!

Keessokannya, wednesay 30/6/2010 was the day where akhirnya I renewkan jugak my passport.akhirnya….treng treng treng…I was released from “SENARAI HITAM IMIGRESEN” hahahaha..

Wed, 30/6/10

  • Pagi-pagi bangun subuh terus x tido, sambung deco cupcake utk Zam
  • About 7.30 am hantar anak2 ke babysitter (terpaksa hantar awal sbb klu diorang dh terbukak mata, alamat mengelupor le nanti…)
  • Balik umah semula, bersiap lawa2 (td masa hntar anak, i x mandi lg dgn butercream penuh muka hehehe)
  • Pi ambik gambar passport (hari ni jugaklaa baru nk ambik..)
  • To Batu Caves, hantar cuppies
  • Terus to PKNS Shah Alam. Hantar application at 12.30. kena tunggu 2 jam.
  • Pi round2 SACC Mall (terpksa, xdek apa pun kt sini.huhuhu boring gila)
  • Collect paspot and siap semua around 3.00++ pm
  • BAlik singgah solat Zohor kt R&R sbb tak suka PKNS tu bygkanlaa kan surau camana…klu R&R selalunya mmg bersih n selesa….

Habis dh satu hari.

Thu, 1/7/2010

  • Pagi-pagi bangun kemas umah sikit.sikit jek.sbb tak lama kemudian heroin sudah bangun.
  • Mandikan dua budak itu.amat tidak mudah sekali ye puan-puan sbb depa dh pndai nk mensyampoo la, nk menscrub badan la (dh la nk pakai scrub ibu…huhuhu), nk menggosok gigi 2 3 kali..aduhhhh…
  • By 9.45 am baru laa boleh bertolak keluar dari rumah (berangan jek la nk sampai terpacak dpn imigresen tu kui 8 pg…)
  • Dlm kui 11 am baru la boleh pegang borang and start mengisi.pastu mmg nasib I laa…dapat plak kaunter 12, iaitu lah pakcik yg mmg very old version punya, asyik Tanya kawan2 kt sebelah how to isi kt computer tu, perlu ini tak, nak itu tak, and all…tahukah anda, I tunggu dia enter data dlm computer tu je ialah 50 minit! Cuma utk 2 org budak! Ohhh…and anak-anak saya…sila bayangkan apa depa buat…setakat guling2, baring2 kat lantai tu biasa dah…part tolak susun kerusi, pi main mesin fotostat etc…well…u girls really make ibu wants to screaaammmm!!!!
  • Then dh siap bayar semua, bawak depa turun gi breakfast mcD jap.terpaksa la pilih McD sbb kedai lain takdek air-con and u know lah kedai dlm bangunan bertutup mcm tu..klu xdek aircon..hmmm maul ah sgt bebudak tu nk duduk diam-diam…so I hv no choice, fast food again..
  • Then lepas mkn bwk depa pi Pesta Buku yg kebetulan kt loby tu jek.best la jugak, ada show from tadika, ada mascot majalah Anis,and I bought sikit activity books, flash cards and buku+CD Al-Furqan (kaedah cepat membaca Al-Quran, mcm system Smart Readers tu)
  • Oklah then about 2 pm jugak lah baru bleh balik. Biasalah time nak balik, atas keta dua-dua pun mula la meragam sbb dh ngantuk sgt la tu…time tido depa usually at 11 am.last-last tak sempat masuk hiway lagi, dua-dua dh terlentok…kesian anak-anak ibu, letih buat urusan rasmi hehehhe…
  • Alhamdulillah, now that 3 of us dh ada paspot. Cuma nk tunggu Amet apply for Yellow Slip plak.

Oh tgas tak habis lg. malamnya hangkut la plak depa pi HSBC Kepong.membayar segala hutang piutang.maklumla HSBC ni tempatnya semua yg susah paking.thats why I terpksa berurusan di waktu malam.huh…

Friday, 2/7/2010

Pagi-pagi buta, encik Amet sudah bertanya sama ada I sudah mem’bank-in” segala payment/bayar hutang piutang.

So by 9 am I dh siap paking kt area Sg. Buloh (mmg banyak bank kt situ except HSBC hehehe). Bawak jgk anak-anak yg x mandi tu sbb babysitter xde hari ni (bwk anak dia pi x-ray).

Mula-mula Maybank. Then Public Bank. Then CIMB. Then AmBank. Then Bank Rakyat.

Then alang-alang dh sampai ke situ borong siap-siap 2 karung pampers, 6 karung susu.huhuhuu…sekian all the money goes spended…

Sabtu & Ahad

Menerima tetamu iaitu makcik I (Cik Ton) and 2 org anaknya sbb anak sulung Cik Ton, Un nak register belajar kt UM. And Cik Ton has no husband (dh meninggal…), and she is a single mother of 4. And they are not super wealthy, they hv no car, and even no motorcycle. So here i am, to assist them.

Alhamdulillah semua urusan mudah diselesaikan. Well, I kan mmg a very morning person. Awai-awai lagi dh sampai kt Kolej 8 tu, org pun tak ramai lagi.senang jek register…

Oklah, itu sahaja summary for last week.

And I still have no time to rest. Esok will be the last day I send kids to babysitter’s. sbb I nak setelkan urusan membayar bil-bil pulak. Oh o u all ada tak baca The Star semalam, or Buetin Utama yg mamat tu dapat bil TNB RM400,000++ utk RUMAH dia..gila!!! and actually esok, I punya task pun nk pi maki TNB jugak. Ada ke patut rumah I nih, yg cuma 3 org manusia ni, bil sampai RM377.55 !!!!

Dh la baru last 3 weeks I bayar RM128 as they come with the Notis Pemotongan. Macam la kami tak pernah bayar bil.sbb mmg tiap-tiap bulan bayar… And I risau jgk if yg I bayar konon-kononnya tunggakan as per dlm notis tu pun ntah-ntah diorang salah kira jgk! Memang tengah sasau la TNB nih! Esok siap hang!

Okeh chiows nak tidoqzzz

Hmmm... bila laa..masanya i nk kemas rumah nih....*sigh sigh*

Tuesday, June 29, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 1:54 PM
TIBA -TIBA

Tiba-tiba, out of a sudden, Amet bbm me : Iqama abg dah ready to pick up tomorrow...

Haaa???? i was so-o shock, yet syiok giler! ALHAMDULILLAH...syukur padaMu Ya Allah..

Tak ada kata-kata yg dapat menggambarkan ke'happy'an i, and if Zuzu n Yaya could understand, i believe they will feel the same too.

tak sangka, in just 2 weeks after submission, and just after 1 month (semalam genap sebulan cukup) Amet in Jubail, the Iqama is ready. it's just like a dream to me as i've been reading few blogs those working in Saudi, for them to get Iqama is more than 1 month, and mostly takes more than 2 months!!! Masya Allah...sungguh Engkau Maha Besar!

Yes, kali ni, baru lah air mata i menitis....kerana syahdu dan syukur sekali atas pertolongan Allah ini...

Ya Allah, permudahkan lah juga segala urusan hambaMu di sini sehingga kami disatukan semula di Bumi Anbiya'.

Hmmm... dalam syok-syok tu, terkejut dan terkelam-kabut la pulak tiba-tiba.sebabnya...hehehhehe...i nih paspot pun belum renew dong! (info : mine is gonna expired in November. to do residence visa, u must hv at least 2 years validity). Anak-anakku pun sama juga dong! hehehe.... galak la eksaited sgt la konon nak pi sana, hapa pun hang tak buat lagi.

Aduh...tiba-tiba pening : rumah x cari penyewa lagi, kereta x uruskan penjualan/x cari buyer lg, barang-barang yg nk bawak blk tingal kt kampung langsung tak sentuh tak kemas lagi, mcmana ni????

Oh oh oh ThinkPlus juga mintak i emailkan scanned pasport n foto visa untuk apply e-pin from KSA, pun tak buat lagi!!!

Tolooonggggg!!!!

Monday, June 28, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 3:02 PM

STILL WORKING (even not in ofice)

Ooohhhh…it is so-o-o sad when people think that I am so freely lepaking at home since I already resign from my job.

Some said "waa bestnya dok kat umah..tengok tv,rilek-rilek je.."

While the other "bestkan dah x keja,lepak, makan-makan, bela badan je la."

And on family side "hah dah tak keja tu dok buat apa lagi kat KL tu.balik la dok kampong ni."

And soooo many others keep saying on me, the jobless a.k.a full-time housemother (not a housewife as I don't hv my husband here at the moment :))

Sedih tau.betui-betui sedih.

Tau tak, since I berenti keja last week, my schedule was so-o full. langsung tak ada masa I tido siang, or bangun lewat,or so. Let see what I did last week, in a brief.

Monday – start 9.00 am (tunggu bank bukak) buat bank draft, go to ptptn, buat payment and sign here n there (dh byr pun ada agreement lagi), finish everything by 3.30 pm

Tuesday – go to Maxis centre to terminate broadband (dh ada cerita in previous entry)

Wednesday – PosLaju (checking procedure & charge nk pos moto Amet), pi beli tiket bas Mujahid, sambung mngecat grill umah

Thursday - go to ThinkPlus (check on Family Visa process)¸ stat 12 tgh hari sampai petang : kemas umah tahap kemas gila sebab ada tetamu (family Toksu dr Perlis) nk tumpang bermalam sbb on their way to Johor to register Pak Njang kat KUITHO.

Jumaat : Pagi – buat breakfast for tetamu. Tengahhari – bawak family Toksu pi umah Paklang. Petang – masak diner utk tetamu.

Sabtu : Bangun pukul 4 pagi sbb Toksu nak bertolak awal gi Johor. Siapkan breakfast utk depa. By 6 am depa bertolak. Lepas solat subuh, I continue kemas-kemas dapur sbb byk lg balance makanan dinner semalam, cawan piring yg breakfast tadi yg perlu dikemaskan.

Ahad : bawak Zuzu Yaya gi mandi sungai since Zuzu keep asking me to go there since last week. Dari pukul 10 am sampai 4 ptg spend kat sana bagi depa main puas-puas.

Okeh itu baru senrai tugasan tugasan MAJOR je. Tak termasuk lagi senarai lain eg : lap lantai yg anak tumpahkan makanan, basuh berak anak, basuh baju, sapu sampah setiap kali diorang siap makan (walaupun just makan keropok, koko crunch, kacang, tetap bersepah jugak).

Tak termasuk lagi senarai lain yg I nak kena bat arrangement eg : nak buat email termination service itu ini yg I dh xnak guna, nak buat bajet rumah and preparation to Jubail. And few other things yg Nampak kecik, tp penting. And mmg baaanyaakkk lagi yg ada dlm fikiran yg I masih x sempat buat.

And my SMART BIZ and ZUZULITTLE CUPCAKE pun Alhamdulillah mendapat sambutan. So nk kena spare sedikit masa jugak untuk itu. And looks like these 3 days full of cupcakes order, directly. Alhamdulillah….

So, as you can see/read here – do you think I ni ada membazir masa, melepak-lepak, boring xdek benda nak buat, tengok tv 24 jam,makan-makan bela badan jek? Or shoud I spend time like 1 month kat kampong while I still have to do so many things which are really need to be done here?

And for Zuzu besday, which is today, I still don't have time to buy her any presents, or baking her cake. Well, it's gonna be this afternoon that we will be baking together-gether….

Oh by the way, my job-list for today :

9.30 am : survey deelopment class for Zuzu

11 am : Beli brg dapur

12 pm : beli barang cake

1 pm : basuh pinggan mangkuk / periuk belanga

1.30 pm : sapu sampah hall & kitchen

2.30 pm : WAJIB – cuci toilet bawah (kotor giler sbb kapasiti pengunaan di luar kawalan)

3 pm : Baking (for Zuzu & order)

And now its already 11.05 am and I still blogging (nak lepas geram jugak!!!), and not yet bath….yuuuuhuuuuuu!!!


Wednesday, June 23, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 4:26 PM
SAMAN OH SAMAN

Apa yg nak cerita dulu ek? Banyak cerita nih cuma xtau mana dulu nak tulis.oklah stat dgn semalam and hari ni ja lah.yang lain nanti I backdated jek okeh.

Okeh semalam punya cerita is among the tough ones. Actually my planning for semalam was – terminate maxis broadband & go to thinkplus (the agent) for some verification.

So pagi-pagi I dah keluar rumah. Walaupun I dah x keja, I mmg suka keluar pagi-pagi and amat x suka tido membongkang sampai tengahari buta.sakit kepala. And terpaksa bawak Zuzu sbb dia terjaga masa I tgh bersiap and terus warning “Ibu hantar adik je umah ummi.kakak taknak.” Huhuuhu…

Mula-mula sekali ialah nak pergi mengisi minyak free…hehhehe…sbb I punya voucher minyak yg company bagi ada RM100 lagi so Alhamdulillah bleh lah kot pakai sampai awal bulan Julai nih. On the way to batu caves tu, I nih plak sakit perut yg teramat sangat.berenti la sat kat petronas selayang. Malangnya, niat just nak singgah toilet jek.tapi awal-awal pagi lagi ibu dah kena pau dgn cik Zuzu – beli belon Princess huhuhuuhu…

After isi minyak, terus to maxis TTDI.masa on d way tu tetiba my MIL call,dia Tanya if I can talk. I cakap I tgh drive so dia ckp akan sms jek. Hati I agak berdebar-debar jugak.tapi doa je lah supaya xdek apa-apa.

Dapat sms my MIL : mintak nombor plat myvi.

Haaaa??? I dah terbeliak.dah le cari parking punya susah kt TTDI nih.so I tempek jek la kat tepi jalan tu sat to reply sms.

Me : Awat mak? Ada masalah ka?

MIL : tadi ayah nk renew roadtax wira abg.x boleh, sangkut apa ntah. Nanti mak Tanya ayah balik.

Me : Oh. Ada saman ka?

MIL : ha jgn risau.ayah masalah no kad pengenalan.

Tak lama pastu, ada bunyi sms lagi…

MIL : ha tau dah,ada saman trafik banyak sangat nama abg nih.

Adoihhh….

Lepas setel maxis, I bawak Zuzu gi OU sbb dia sibuk sangat mitak PizzaHut. Kat TTDI tu pun ada, tp sbb I x dpt paking yg betul-betul,mcm x sedap hati la plak nk makan.dah la baru dapat berita “saman”. Huhuhuhu….

Lepas makan, window shopping sikit.puas la bawak cik Zuzu main kat area toys tu.satu yg I kagum dgn Zuzu ni,dia jarang sgt mintak beli mainan-mainan tu smua.she just like to go and try this n that and ok!

Tapi kalau pi kat area mekap, hahhahaha…habisla ….

On d way back tu, Zuzu seems so sleepy and mula ngok ngek.so I decided to cancel my visit to thinkplus and terus balik rumah jek.

Sampai umah berBBM dgn Amet while temankan Zuzu tidoq.

And for my surprise, he told me ada 4 saman yg dh nak keluaq waran tangkap! OMG! Nasib baik la dia xdek kat sini kalau tak mesti dah masuk lokap huhuhuhu..

And the most pening part is, the samans cost RM1200!!! Ohhhh…..duit lagi….sob sob sob. Mmg lah at this moment my FIL bleh tolong bayarkan dulu.tapi macamana pun nak kena keluar duit sendiri jugaklah ganti balik nanti.huhuuhuhu….baru jek berangan nak senag sikit, mcm-mcm pulak yg datang…

And I pun dh xtau nak cakap apa…terlopong..terkelu….sedih mmg sedih. Pening pun teramatlah pening sangat.terus hilang mood. ya lah, bila tiba-tiba jek kena keluar amaount 4 angka, tanpa kita rancang dalam kepala...tersedak jugak la...

However, I just take this as dugaan from Allah kepada hamba-hamba yg disayangiNya..and that’s what I told Amet too…walaupun pening kepala, kami kena redha dan ambik semua ni utk muhasabah diri Insya Allah…

So today I punya activity x banyak sangat kat luar. Memang xdek planning nak gi mana-mana sbb terkejut sangat semalam.

Cuma pagi-pagi I just go to PosLaju nak Tanya about nak pos moto Amet balik kampong since Mujahid pun dh nak berhenti keja to further study at Unimap. Then gi beli tiket dia kat Stesen Duta. Then terus balik, singgah beli groceries sikit.

Sampai umah, rasa rajin plak nak sambung mengecat grill yg I and Amet cat sepaaruh jalan jek hari tuh.but then, baru sikit jek cat, hujan plak turun…

So masuk dapur jek la…masak Kuewtiaw Daging Halia nih.sangat best dimakan masa time-time hujan nih.masuk halia n blackpepper banyak-banyak…sllluurrrpppp…nyum nyum!

tambah pulak dipasangkan dengan smoothie pineapple banana nih...pheww..!!! lega sikit pening kepala i tue...

Tuesday, June 22, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 5:12 PM
PIKIR PUNYA PIKIR

HMMMM...DALAM FIKIRAN I SEKARANG MEMANG TAKDE BENDA LAIN SELAIN NI JEK

"BILA LA IQAMA AMET NAK SIAP...???"

" BILA LA NK DAPAT YELLOW SLIP..??"


Bukanlah sebab i nih eksaited giler nak gi dok obersee or rindu-rinduan jadi kenang-kenangan tahap terlampau pada encik Amet (xnak mengaku jugak tuh), tapi sebab baaaaaaaaanyaaaaaaaakkkkkk benda yg i dh tak larat nak berdepan/menjawap/menyelesaikan/membuat di sini.

ohh taktau nak cakap.susah nak cakap.boleh mengadap.tapi errrghhh...apa nk cakap ek? rimas kot.huhuhuh sorylah entry ni serabut giler sama dgn tuan yg menulis.adoihhhh....

nanti free sikit i updet yg x serabut punya okeh.bye~

Friday, June 18, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 12:35 PM
CERITA TEMPEK TAPI BAGUS

(i malas + xde masa + bz giler thesefew days..so tempek jek cerita berunsur nasihat ni utk jamuan mata n tazkirah utk semua..)

------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam bilik. Jam 6.45am


Bang, bangun lah. Subuh lagi 15 minit nak habis nih..

Ahhhh!! kacau je lah orang nak tido..

Bang!! tak nak solat ke? Nanti habis Subuh. Bangun lah bang. Penat dah saya kejut dari tadi. Nak masuk api neraka ke tak solat?

Hey awak nih! Suka hati saya lah nak bangun pukul berapa. Sibuk aje lah! Tahu lah saya. Nak berceramah pulak dia!

---------------------------------------------------

Meja makan. Jam 9.00 am

Sikit je makan bang. Tak sedap ke saya masak?

Entah! Takde rasa langsung. Awak masak apa nih?


---------------------------------------------------

Azan Zohor. Jam 1.30 pm

Hai abang. Leka tengok tv nampak. Abang tak pergi solat di masjid ke?

Pergi

Nape tak siap lagi? Nanti terlepas pulak. Dah azan kan tu. Nanti mulalah buat alasan tak sempat nak berjemaah. Yang abang tu, dari tadi dok leka aje kat situ.

Sudahlah tu!!! Nak jadi ustazah lah pulak! Awak tak payah lah nak nasihat saya. Tengok diri sendiri sebelum nasihat orang.

Aik! Tak boleh ke saya cakap macam tu? Kalau saya cakap, semuanya salah. Kalau abang tu, semuanya betul.

Dah lah! Tak payahlah awak nak membebel lagi!!


-----------------------------------------------------

Ruang tamu. Jam 4.30 pm

Abang boleh tak letak elok-elok towel ni. Penat lah saya nak kutip dan sidai. Apa lah salahnya abang terus sidai di towel rack ni. Bukannya jauh sangat pun. Buat macam ni, nanti bertaik lalat lah towel tu.

Alahhh!! Awak kan ada. Awak lah buat. Apa guna ada isteri??

Ye lah! Tapi saya pun letih jugak kalau asyik nak mengutip tuala basah.

Buat ajelah. Bising aje lah awak nih!

----------------------------------------------------

Pasar malam. Jam 8.00 pm

Hey!! Cepat lah sikit jalan tu. Lembab betul lah awak ni. Macam siput!

Sabar lah bang. Kaki saya sakit ni. Tadi terseliuh.

Ada-ada saja lah awak ni. Ni muka ni! Kenapa pucat aje. Bintik-bintik hitam ni kenapa? Buruk nya lah saya tengok..

Tak sempat nak letak bedak tadi. Abang suruh cepat kan tadi.

----------------------------------------------------

Di rumah. Jam 10.00 pm

Bang, tangan saya sakit lah. Abang tolong picit boleh.

Nanti lah! Saya sibuk ni.

Abang tolong bawak saya pergi hospital boleh? Saya nak jumpa doctor. Risau pulak saya. Dah banyak hari tangan saya sakit. Nak kata lenguh, tak jugak.

Awak ni, sakit sikit nak jumpa doctor. Sikit sikit jumpa doctor. Doctor tu bukan boleh baik kan sakit awak pun. Dah lah tu. Esok dia baik lah tu!!

------------------------------------------------------

3 hari selepas itu. Jam 7.20 am

Hoii!!! Nak tidur pun bukak lah dulu kain semayang tu! Tak senonoh langsung tidur atas sejadah! (sambil menendang kaki si isteri)

(Diam)

(Tendang lagi)

(Diam dan sejuk. Kaku untuk selama-lamanya)

******************************************************

Bersyukurlah, anda masih boleh mendengar
walaupun terpaksa menahan bebelan si isteri

Bersyukurlah, anda masih boleh melihat
walaupun terpaksa memandang wajah isteri yang kian luntur kecantikannya dari hari kehari

Bersyukurlah, anda masih boleh berjalan di muka bumi Allah ini
walaupun terpaksa menunggu isteri anda yang jalan terkedek-kedek

Bersyukurlah, anda masih mempunyai deria rasa
walaupun terpaksa menelan masakan isteri yang sudah tidak sedap ditekak anda

Bersyukurlah, anda masih ada isteri
walaupun isteri anda tidak secantik julia robert dan penelope cruz

Bersyukurlah, anda masih bernyawa di muka bumi ini
walaupun anda tidak pernah bersyukur sebenarnya. Anda asyik marah dan marah kepada orang-orang yang anda rasa berada dibawah cengkaman anda. Agak-agaknya, kalau orang lain lah yang membebel kepada anda (contohnya: seorang wanita cantik yang bekerja satu department dengan anda). Adakah respons anda juga sedemikian rupa?

Fikir-fikirkanlah... Walaupun dia kerap membebel, walaupun dia kerap jadi penceramah tak bertauliah, walaupun masakannya tak sesedap masakan ibu anda tapi dia lah wanita iaitu ibu kenapa anak-anak anda, dia lah yang mengandungkan anak-anak anda selama 9 bulan setiap satu. Dialah yang anda puja dan puji sebelum dia sah menjadi isteri anda beberapa atau beberapa belas atau beberapa puluh tahun yang lalu. Setiap hari, pada setiap solatnya, tak pernah dia lupa untuk mendoakan anda. Kiranya dia tiada, hilanglah segalanya...

Hargailah mereka sebelum mereka pergi buat selama-lamanya...

Tuesday, June 15, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 12:09 PM
RUTIN HARIANKU

Oh oh tajuk adalah mcm cerita indon pulak. okes sapa nak tau rutin harian saya (tanpa suamiku di sisi) sila baca di bawah ini (jgn nanges tau, mmg sadis gila kisah hidup i nih..hhahahaa)

PAGI (SEKARANG)
  • bangun pukui 6.15 - 6.30 am
  • solat, mandi, iron baju (klu sempat)
  • siap beg baju anak
  • turun bawah - bawak beg anak + zuzu + botoi yg nak basuh
  • letak zuzu kt ruang tamu, start keta + panas enjin + letak beg dlm keta
  • naik atas ambik yaya + henfon + beg ibu
  • turun bawah letak yaya dlm keta
  • masuk dlm ambik zuzu letak dlm keta
  • pastikan semua pintu umah dikunci + kipas lampu dipadam
  • dalam 7.40 am - bukak gate, keluar keta, tutup gate (xde auto gate, kesian)
  • bergerak sampai umah pengasuh - angkat zuzu - blk semula ke keta - angkat yaya + beg
  • okeh, boleh gerak ke opis - now normally sampai opis by 8.20++. tak pernah lewat (mcm bulan2 lepas). syabas!!! hahahhaa...
so far, tiap2 hari budak kecik dua ketoi ni mmg tidoooo..jek sampai la ke umah pengasuh pun x bangun2 lagi. Alhamdulillah...

tapi ada jugak yg sekali sekala diorang terjaga masa i angkat turun bawah or masuk keta tu. so pada masa-masa mcm ni (amat jarang terjadi), terpaksalah i bercakap pot pet dlm keta uk cool them down.huhuuhu..for zuzu is easier, tp klu yaya yg terjaga, gamatlah sikit keta tu. hehehhehe...

PAGI (DULU)
  • i just angkat yaya jek, selebihnya "abang..!!!! angkat kakakkkk!!"
  • dgn satu jeritan jek di pagi hari, tiba2 zuzu dh ada dlm keta. magik! hehehhe...
  • kereta dh sedia di"start" dan dipanaskan enjin oleh encik amet...best best!!
  • and paling best bila nak keluar, gate dibukak dan ditutup oleh encik amet - rasa mcm ada autogate! hehehhehe....
but so far oklah... xdeklah susah mana pun.ulang alik naik atas-turun bawah jek lebih sikit.xpalah i pun x pernah gi jogging mana-mana kan..anggap ja lah itu satu exercise.if u think it's easy, it will be.yeaahh!!!

PETANG

selalunya dua-dua budak comei nih x akan tido dh time petang sekarang nih.klu dulu, asal smpai umah ja, zuzu WAJIB tido..heheheh.but now, i larang depa tido as to prevent depa berjaga malam.dulu oklah ayah ada menemani.but now dgn ibu mesti ada disiplin! hehehehe....

so biasanya sampai umah depa akan main2 kat hall, sambil layan tv.or just ikut jek ibu masak kt dapur.

or else, we will go jalan-jalan je lah kat mana-mana kedai ke, lepak McD ke, taman mainan or pusing2 ja kampung naik keta.hehhehe...sampai dkt maghrib baru balik...

Gambar : Zuzu with her Happy Meal @McDonald

Gambar : Yaya dgn sundaenya

MALAM

if ibu rajin masak, then ikut lah anak-anak masak.kalau time ibu malas, anak-anak pun ikut jugak...pegi kedai..hehehhe

then biasa after makan, dh habis basuh pinggan mangkuk periuk belanga semua, we all just layan tv jek, and normally as NOW,ibu almost everyday mendobi and melipat kain..hehehhe.not like the time when Amet was around, mmg malas gila nak lipat kain.bertimbun menggunung! well, maybe bcoz xde sapa nak sembang2 sambil minum kopi kot, so lipat jek lah kain hari-hari...

and normally around 10.30 - 11.00 pm i dh hangkut semua naik atas.siap prepare susu 2 botoi, kemas-kemas umah skt, lepakla kt bilik pulak.

Gambar : Yaya main dgn muka ngantuk

usually zuzu n yaya wil play around dulu.biasalah - sepah bilik ibu, punggah baju ibu, main mekap-mekap.or ajak ibu main enjit-enjit semut, or ola~oli,or memanjat belakang ibu, while ibu will be busy BBM-ing dgn ayah.hehehhe...sambil2 tangkap gambaq anak-anak and directly send to ayah as pengubat rindu.so easy nowadays...and ayah will send his picture too and zuzu n yaya will be sibuk asking me "ibu, ayah kat mana ni?" and so and so...

Gambar : anak-anakku yg sgt rajin membaca

or else, activity depa ialah membaca! hehehhe...habis buku-buku masak ibu semua pun nak baca.buku kiddy2 bed time stories semua bo layan..habes buat koyak jek.uhhh...

Gambar : Yaya posing sebelum terlelap....

and now, paling lewat masa tido for them is 12 pm. not more. yes, dgn ibu, time is important! chewahhh...ibu will turns the lights off, and just lampu garam bukit jek yg menyala.so they will snooze off quickly, and sounder sleep they enjoy....

Thursday, June 10, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 9:06 AM
IBU LAH PULAKK...

selalunya i banyak cerita pasal anak-anak ja lately ni kan.so today, bagilah chance nak updet pasal myself plak.huhuhuu...

ok, i mmg tgh problem skrg.problem i ialah selepas i pakai Implanon tuh,period mmg problem. problemnya ialah, period mmg datang tepat haribulan, tapi sama ada ia terlalu sikit & sekejap, or terlalu banyak & panjang giler. masa first month i pakai, period panjang tp sikit2.lama jugak lebih la dari 10 hari and i mmg rasa rimas.

so i pun report kat doctor, dia bagi i hormon, then the next month jadik ok.ok means sikit-sikit seciput and pendek like 3-4 days jek.oklah jugak...so after few months mcm tu, this month dia repeat balik jadik paaaannnjanggg gila.as at today, dah 17 hari i period.nasib baik laki xdak, kalau tidak tengok je le..hahahhaha (sempat lagi tuh). and kali ni nak kata banyak tak la
banyak sangat, tapi takla sikit seciput mcm last2 months tuh pulak.huhuhuhu...

and i nih malas la pulak nak pi jumpa doc.entah mcm x best la ambik hormon2 nih...so i biaq ja tengok mcmana sampai hujung bulan nih.klu x berhenti2 jugak, i have no choice lah. and semalam terpaksa gi pulun beli pantyliner sebanyak-banyaknya.uuuhhhh...

cuma yg x bestnya ialah bila i hv to cuci sana sini (mcm2 bendalah kan...paham2 je lah kan...). mmg lah amat problem. and bila nak solat nak kena salin itu ini, nak kena be careful supaya x mengotorkan telekung or sejadah...ohhhh seriyesss x selesa laa...

okeh the next one, i baru tau yg blog i nih rupa-rupanya ada dibaca oleh ermm...klu i cakap "secret admire" u alls jgn gelak okehhh....hahhahaa.yuppp betoi.serius...

ini ialah so-called secret admirer masa i kat previous previous company.so bila i dah tau mcm tu, i rasa malu-malu kucing la plak nak tulis kat sini.tapi ini blog i laa...tmpat i meuahkan perasaan.dah la laki i nun di kejauhan.banyak la benda i nak cerita kat sini. aiyakkk.takpalah...buat2 x malu ja lah. ade haku kesahhh..??? hahhahaa..so klu i ada cerita yg "mendalam" sikit tuh, i harap dia akan muntah dan dah x lalu nak baca blog i lagi. hahahha...

serius i berharap ko akan terasa hati giler dgn kata-kata i nih dan merajuk membawa diri dan berasa yg ko x dialu-alukan untuk berada disini. serius okehh....syoh syoh...

errmmm...apa lagi ek? ha ah! esok ada executive baru, pengganti tempat i nak masuk.malangnya esok juga i ada surveilan audit dgn DVS, so akakk x sempat lagi la nak entertain ko ye dikk...and lusa i nak bercuti-cuti malaysia. so sabtu jek lah kita jumpaa...pandai-pandailah ko membawa diri di company yg "best" giler tak hengat nih okeh...hahhahaha...

oh ya, one more thing i just got news from Amet that process of iqama (lebih kurang mcm I/C merah yg diberi kepada indon2 yg status penduduk sementara kt mesia nih), maybe ambik masa samapi 2 months or more. Ohhh!!!! then after i baca blog2 orang lain yg dah stay kat Jubail, mmg benar. ada yg nasib baik, sebulan ja dh dapat iqama.ada yg kurang baik, 2 bln setengah baru dapat.huhuhuu..i doakan Amet is among the fastest one.

why iqama is important? sebab..selagi Amet x dapat iqama tu, selagi tu jugaklah Family Visa utk i and anak-anak x dapat dibuat....and selagi itu jugaklah kami tak dapat diatukan seperti dahulukala..ohhh...hahhaha ayat jiwang dow...

IQAMA (KSA) --> HANTAR TO MALAYSIA ---> PASPORT ME & ANAK2 ---> REGISTER FOR E-PIN (ONLINE WITH KSA) ---> DAPAT E-PIN ---> MEDICAL CHECKUP---> SEND DOC TO KSA ---> VISA

itu secara ringkasnya proses utk family visa to KSA. Peringatan! itu secara ringkasnya okeh..i x campur dia punya tipu helah,selok belok kona baring lagi...

anything, i akan tambah dari masa ke semasa kot2 ada kawan2 yg nak ke sana boleh lah info i ni membantu hendaknya...

okeh, sekian sahaja for today, hari yg malas buat keja walaupun esok audit.i dah prepare semua awal2.i am always be prepared.so x payahla kalut mcm org lain heh...

Tuesday, June 08, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 4:37 PM

well well well...

very the busy is this week.hohohooho...

today babysitter kena pi hospital.

ohh..sebelum tu, nak cerita hal yesterday dulu.

well actually, cerita weekend dulu...hahhaha

okeh, cut it short, begini..

2/6/10 - i transfer online cimbclicks to ambank (payment myvi)
4/6/10 - payment rejected
6/6/10 - try deposit machine.rejected thousand times!!!!
7/6/10 - call AmBank - inform me :for late payment cik kena bayar kat kaunter sbb nanti ada late charges.
7/6/10 - try bayar Kancil at Public Bank deposit machine.few time rejected jugak (muka merah padam sbb ramai org kt belakang mcm aku jakun giler xtau guna mesin bodoh tu). call Public - same answer with AmBank! Waahhhhhh...dah berpakat ye!!!

8/6/10
ingat nak hntar anak kt bbsiter.ambik half day leave.pi setel urusan 2 stupid bank itu.
bbsiter inform : kena bawak anak dia gi hospital.athma.by tgh hari maybe baru dia bleh balik.okeh....

pukul 8.30 i dh siap mandikan Zuzu Yaya.heret pergi bank.

Zuzu muka bosan, masih bleh buat "peace"...hehehhe

sampai awal giler.bank belum bukak.last2 x larat tunggu pergi minum kedai sebelah.

masuk kedai, anak berlari sana sini keliling serving table.org tengok semacam.menyampah.
lepas makan (plus Yaya tumpahkan air teh ais kat lantai restoran lawa tu).pi bank semula.

Mula-mula setelkan AmBank. denda lewat is RM7 sahaja.itu lah yg block sgt online funds transfer & deposit machine tuh?

Then Public Bank. denda lewat is RM18.yg nih geram sikit sbb lama sgt tngu.pastu oficer dia cakap sbb dh byk kali sgt lewat thats why kita block (due date on 17th, and my gaji on 30th). so aku buat aggreement (by mulut je) ngan dia, "I will pay every 30th every month, so could u please waive the late charges?" she said "OK". but i dont know, stupid thing repeats.

i pun xtau bila masa pulak ada term/system mcm ni????

so bbsiter blk around 12.30 pm. i manage to masuk opis at 12.50 pm.phewww....wat a day

Friday, June 04, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 2:42 PM
LADIES-NIGHT-OUT (yg x jadi)

adoih.semalam n today mmg i pancit. actually malam tadi dh buat apointment dgn Aida Farihah and Pah Farah nak gi Ladies Night Out. tapi dah terpksa cancel lak last minute sbb balik keja petang tu ada halurgent nak kena gi setel dgn my SIL. so after ambik Zuzu Yaya terus jek gi Desa Coalfield. dah dekat Maghrib baru balik.

Malangnya, masa nak balik tu, Zuzu terkena hasutan hantu air. Hahhahahaa..dia mengamuk nak mandi kt umah my SIL tuh.mula-mula umie nya cakap biar lah dia mandi situ, tinggal situ nanti malam umie akan hantaq balik.

but then, bila i jalan jek keta, dia meraung "Nak balikk...nak balik...!!!" reverse la pulak pi ambik dia. tapi dalam keta, all along the way, dia tak habis2 mengokngek "huhuhuhu..nak mandi..nak mandi sungai...nak umie..nak ayah..." Hahahhahaha..dia kalau dh mengamuk, ayahnya mmg x tinggai...Baju baru yg dihadiah oleh Umie....

i pun dah macam2 cakap nak pujuk dia.ajak beli ice-cream, ajak beli kacang (her most feveret), last2 cakap "Jom kita pi bank, nak?"

Terus jek heppy. for her, Bank = Seven Eleven!!! Hahhahaha....

so ket area umah kami tu, singgah la Seven E. after borong few candies and so,i plak gi tapau nasik goreng jek kat kedai sebelah.

Ohh, the reason why i x jadik join ladies night out tu jugak sbb Yaya was not so well yesterday.macam panas-panas dedar sikit badan dia. so she's not into good mood either.and bila sampai umah plak dia muntah.

So ibu penat drive jauh + penat otak layan perangai sorang-sorang manja bucuk ibu tuh + Yaya demam + Zuzu mengamuk = Cancel.

to Pah & Aida, sorylah na.we make it next time okeh.

Lepas dinner, ayah call us. cakap 7 minit jek and it already cost RM15! phewww!!! pastu layan tv jap, then terus tido.

Zuzu Yaya pun tido awal gak. i terjaga semula at 2.30 am sbb teringat pintu x pasang padlock! plus, sambung makan nasik goreng yg x habes tadi.... hehehhe...

Gambar ni just nak menunjukkan betapa 'hero' anak dara sorang ni, cik Aleeya Zubaidah. ini tangan kena iron. nasib baik ciput ja.itupun dia gelak2 lagi..uhuhuhuh..

And today, datang opis sampai lambat sbb memang rasa letih gila. malas nak bangun tapi sebab ingat ni bulan terakhir i keja kat sini, so terpaksa lah buat2 tunjuk rekod best sket mana tau kot-kot bos teringin nak hulur bonus ke hapa masa i keluar nanti.hahahhha

Sekali datang opis,keja banyak giler menimbun semua nak urgent plak dah...plus ada satu meeting terkejut tergempaq plak ptg nih. Adoi.....baru ingat nak balik awai. mentang2 aku dah last-last day, hangpa mmg nak perguna aku sepenuhnya la noo....

Thursday, June 03, 2010

PotPet dari Yue Yusof at 3:11 PM
RIDING SOLO

cerita hari ini ialah bagaimana saya pergi shopping dgn anak-anak saya.

masa pergi laksa project semalam, kasut buruk saya itu telah betul2 terkoyak.tapi i mmg dh biasa sgt dgn insiden2 memalukan seperti itu..so x kesah...hahhahaha

then ingat nk beli jek kasut kat Bata (the only shoe store yg ada kt situ). tapi tiba-tiba..Ting!!! i baru teringat, dalam kereta i ada voucher Jusco (Amet's bday gift from x-ofismets). RM50 lagi...Hooreyyy!!!

so terusla celapak balik, ambik anak then terus drive pi One Utama!!!

pheww..sepanjang pengembaraan mmg toksah cakapla..berbuih buih mulut i nak memujuk si Yaya, nak bercerita & jawap soklan si Zuzu. akhirnya sampailaahhhh jugakk...penat mcm naik unta.dah nak turun tu,Zuzu buat perangai xnak jalan.so angkut la plak stroller. dah Yaya pulak nak naik jugak...muatlah dua2 sekali.dh la stroller tuh cap ayam jek (Alhamdulillah..itupun dh tahan 3 tahun dgn kapasiti penggunaan yg amat maximum).

bila nak naik lift tu,org mcm pandang jek dgn muka kesian.hahahhaha..pandai gak budak-budak ni pun, buat muka toya jek.siap org tlong tahankan pintu lift bagai...oh Malaysian are so caring!!!! hahahha..

then sampai dalam Jusco, dua dua ekoq dah xmau dok atas stroller.mana lagi...serbu cosmetics laa...Adoi..mentang-mentang la ibu pilih floor ladies, mmg kena la....
memula tu pakat nak dok try Bobbi Brown la, Clarins la..hohoho..scary dow...

so ibu pun heret la depa p kat cosmetic murahan punya area sikit.so pakat dok try lah segala lipstick,eyeshadow,blusher segala bagai kat situ. asalkan hangpa bahagia nak oiii...and ibu dapat la menshopping kasut dgn sepenuh hati..hahhahaha

and ada few salegirl kat situ yg tolong layan Zuzu & Yaya jugak.maybe depa kesian kot ingat i single mother ke hapa, dgn 2 little doters...ohhh.....

and x lama dalam i dok riang ria men"try" segala macam kasut tuh,tetiba ada one chinese salesgirl come to me and nampak dlm keadaan amat mencemaskan and said "Miss! look at your girls..." sambil mata dia terbeliak aku ingat dia dh nak bertukar jadik serigala jadian or what .

tengok-tengok.....

MASYA ALLAH....!!!! ANAK-ANAK AKU YG DH TUKAQ JADIK PONTIANAKKK!!!! HAHAHAHAHA...

Tau apa depa buattt...???? depa conteng muka dgn lipstik penuh habis pipi, telinga,leher, baju..habis comot gila!!! (gambaq x sempat nak snap).

and..nasib baik depa guna lipstik ibu, instead of yg display kat situ..ohhhh...tapi x la nasib baik sgt, sbb depa ambik lipstik Estee Lauder ibu, instead of the Maybelline one....huwaaa!!!!!

i tau, budak cina tu mesti takut giler sbb dia ingt anak-anak i main diorang punya display (walaupun dia jaga kaunter DKNY,if not mistaken) ..so i said "This is mine..." sambil masuk dlm handbag. so dia pun lega sikit and siap tolong tunjuk toilet semua untuk i bersihkan si comot-comot berdua tuh.

then patah balik, ambik jek la kasut yg ibu try gitu-gitu jek tu. After sale 50%, dapatla kasut Carlo Rino tu at RM49, so kira kasut free lah ni...hahahhaha. x sangka i only spend about an hour to buy shoes. normally, lepas round 3 jam pun belum tentu bleh masuk shopping cart lagi.hehehehhe....
then balik, singgah beli sundae McDonalds sebagai upah depa temankan ibu shopping. tapi makan ice cream..tambah double comot lagi..huhuhuhu..kiddos...
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez