Thursday, October 29, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 3:47 PM
SLOT AKHIR : SAMURAI CHALLENGE
Dalam aktiviti terakhir, kami diminta bermain satu game yg dinamakan Samurai Challenge. Game ini bertujuan mencari SEORANG pemenang yang akan ditabalkan menjadi SHOGUN dan akan mendapat darjat dari maharaja.

Keadaan di 'medan perang' amat menggerunkan. dalam keadaan gelap gelita, hanya sebatang lilin dinyalakan di tengah. 4 pasang pakaian samurai disediakan di setiap sudut. manakla 'sifu' berdiri dengan wajah & pandangan yg amat bengis (walaupun dia memakai sarung muka, pandangan matanya dapat membayangkan betapa garangnya wajah sifu).

Semua peserta 40 org dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kali "sifu" memanggil "send for the next warrior!", seorang wakil dari setiap kumpulan perlu dihantar untuk berperang. Game / perlawanan termasuklah bermain pedang, kayu, dan lain2.

Semasa berlawan, wakil akan dipakaikan dgn pakaian samurai spt kimono pendek, pengikat kepala dan tali pinggang serta dibekalkan dgn senjata tertentu.

Memandangkan setiap kumpulan kami ada 10 org, ini bermakna 10 kali/jenis game yg perlu dipertandingkan. dalam setiap kali pertandingan hanya seorang pemenang dipilih, dimana pemenang2 ini akan dipilih pula menjadi wakil kumpulan untuk pusingan akhir.

Akhirnya, dalam pertandingan akhir, saya telah menjadi pilihan untuk dihantar bertanding. Dan dalam 4 peserta itu, saya adalah wakil tunggal perempuan. bermakna 3 musuh saya adalah lelaki!

Game bermula. pada mulanya saya mmg berdebar2.namun, saya teruskan juga usaha untuk bertanding. saya bertekad tidak akan tewas dan terus berazam untuk mencapai kemenangan.
Apa yang saya buat ?
saya cuba aplikasikan konsep IQ,EQ, SQ yang saya pelajari sepanjang tempoh program ini.

IQ - Intelectual Quotient
Saya mengatur strategy untuk menang. saya lihat pedang itu panjang, sedangkan tangan saya kecil. saya fikir, kalau saya pegang pada hujung pangkalnya, pasti pedang itu akan terasa berat pada saya, dan tangan akan cepat lenguh, dan saya akan mudah terlepas pedang itu.
Maka saya pegang pedang itu pada bahagian yg sedikit tengah. Alhamdulillah, saya langsung tidak berasa lenguh sepanjang 'peperangan'.

EQ - Emotional Quotient
Saya cuba mempertahankan emosi. saya tidak mahu mendengar kata-kata kutukan, atau pelemah semangat. itu semua saya ketepikan. saya cekalkan hati. saya kuatkan semangat dengan azam dalam hati : saya hanya mahukan kemenangan dan kejayaan!
saya buangkan rasa amarah pada yg melempar kata2 pemusnah. kerana saya tahu sikap marah hanya membawa kepada kehancuran & kerosakan.

saya tanamkan ketenangan dan kedamaian.saya beri sepenuh fokus pada peperangan. saya tahu lawan di hadapan saya ini secra fizikalnya bukan tandingan saya. dia punyai lengan yg 2 kali ganda besarnya lengan saya. badannya tegap.kakinya tinggi dan nampak kuat.sedangkan saya hanyalah mempunya berat badan 46kg, bila-bila masa saja boleh tumbang. lengan saya cuma besar sedikit dari pembaris.badan dan kaki pula kurus seperti tidak berisi.tapi saya tanamkan dalam hati : jiwa saya yg mesti kuat.bukan fizikal.minda saya mesti tajam, fokus dan tenang.

SQ - Spiritual Quotient
selain strategy dan mengawal emosi, saya juga berpaksikan kepada yg utama ; Allah. saya tidak putus2 berdoa di dalam hati : Ya Allah berikan saya kekuatan, berikan saya ketenangan, berikan saya kejayaan, berikan saya kemenangan, dan jika kemenangn milik saya, jauhkan hati saya dari rasa takbur dan bongkak. saya mahukan kemenangan untuk menjadi ikutan dan contoh pada rakan2, dan bukannya semata-mata untuk kebanggan.
sepanjang masa, hanya kalimah Allah, Allah, Allah, yg berdetik di hati saya.

Di dalam kekalutan dengan sorak sorai peserta dan penyokong (dan hentaman musuh), saya terus tenang mengharungi pertandingan. kelihatan musuh saya juga tidak mahu mengalah. tapi saya tahu kelemahannya : gerak geri wajahnya tidak menunjukkan dia fokus dan tenang. saya biarkan.

Hingga akhirnya, Alhamdulillah, saya; yg perempuan, yg bertubuh serba kecil, seorang ibu beranak dua ini, telah MENANG!!! Subhanallahhh..!!!!

Musuh saya, lelaki berbadan tegap, yg masih bujang trang tang tang itu, tumbang dan terus bertelangkup di situ menerima kekalahnnya.
Dalam upacara dan adat Samurai, saya menerima anugerah dan "pingat kebesaran" serta hadiah istimewa "pedang Samurai" :D

Apa yg ingin saya bawa di sini, yaqinlah dengan kebolehan diri kita. dan lakukan sesuatu dengan kebijaksanaan & aqal yg Allah telah bekalkan. kawal emosi dan nafsu. serta yg paling utama YAKIN, YAKIN dan YAKIN pada kuasa & pertolongan Allah, tawakkal.

Insya Allah, semoga ia menjadi peniup dan penaik semangat untuk kawan2 semua - baik dalam kehidupan harian, mahupun dalam pekerjaan atau juga bizness!!!!
* saya harap, saya juga akan mendapat kejayaan seperti ini di dalam bisnes saya nanti!

Tuesday, October 27, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:46 PM
It is so fun talking to Zulaikha nowadays. Hehehehe..

Zuzu : Bu, tu apa bu? (pada hal dh tau itu bird)
Ibu : itu bird..
Zuzu : bird buat apa?
Ibu : bird tengah terbang
Zuzu : Bu...kak nak terbang bu...
Aaaaaaaaaaaaa...???? Nak jawap apa nih???

Zuzu : Bu..kakak kenyang...
Ibu : OK, baguslah kalau kenyang..
Zuzu : Bu, kesian nye kakak bu.kakak kenyang ni...
Ibu : ohhhh...itu lapaq sayang...bukan kenyang..
Zuzu : tak bu..kakak kenyang. kesiiaannnnn kakak..
Uhuhuhuhu.....

Zuzu : Bu, makan apa ni?
Ibu : makan mee
Zuzu : bukanlah, ni laksa la...
Ibu : huhuhuu (mmg btoi pun laksa)
Zuzu : hmmmmm...sedapnya bu..bu,bu sedap bu, sedappp!!!!
Ibu : ok ok sedap.pandai ibu masak?
Zuzu : ibu beli? kat kedai?
Hehehehe...kantoi daa....

Zuzu : Ni sapa? (pointed at ibu)
Ibu : ni kakak (saja test)
Zuzu : eh bukanlaa..ibu silap kot.ni ibu laa...
Ibu : ok. ibu nama apa?
Zuzu : yuzaini..
Ibu : ibu keja apa?
Zuzu : ibu keja bosss...
Hahahahaha..bagus anakku!

Sunday, October 25, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 1:50 PM
SLOT 1 : MENGENALI DIRI & ALLAH

Terlalu banyak benda yang nak dikongsikan sepanjang 2 hari berkursus Team Organize Perfection (TOP) bersama IP MInda. Kalau boleh, i rasa nak bawak semua kaum keluarga dan kawan2 yg i sayang merasai bersama kehebatan program tu.
Antara yang dapat i rumuskan (maklumlah ada sikit2 yg dah lupa), program ni lebih banyak meningkatkan pendekatan kita kepada merenung semula kejadian kita sebagai hambaNYA, dan juga merenungkan kehebatan,keagungan dan kebesaran Allah seta segala ciptaanNYA. Masya Allah...Subhanallah...
Kalau boleh, i rasa mcm nak duduk dalam program tu sampai seminggu pun xpa. Seriouuusss...
(Provided suami n anak2 ada bersama di sisi. sbb i x tahan jugak menanggung rindu tinggalkan depa).

Satu soalan yang i rasa paling berbisa, tajam menikam yg ditanya oleh Ustaz Azlan (fasilitator) :

Kalau satu hari anak kita tanya " Ibu, Allah tu siapa?"
Kita boleh jawab "Allah itu Tuhan kita nakk.."
Anak tanya lagi " Tapi di mana Allah bu? Saya nak tengok Allah. Kalau tak nampak Allah, saya tak percaya Allah itu ada"
Kita boleh jawab "Allah itu ada di mana2. Kita tidak boleh nampak Dia, kita hanya boleh tengok ciptaanNya. Dialah yg mencipta pokok2, burung dan semua di alam ini."
Anak berkata "Kalau mcm tu Allah itu samalah dgn Tuhan kawan2 saya yg lain mcm Ah Chong, Raju dan lain2 ye bu? Diorang pun cakap Tuahn diorang yg ciptakan isi alam ni.."
Apa lagi kita nak jawab???
Sudahkah kita sebagai ibu bapa bersedia untuk menjawab soalan anak-anak kita mengenai ALlah?

Sedangkan kita sendiri pun masih tidak benar2 mengenali Allah.

Orang kata "Jika tak kenal, maka tak cinta."
Tapi kita hanya mengaku cintakan Allah. Tapi adakah kita sentiasa berusaha untuk mengenalinya dengan lebih dekat?
Macam2 kita minta pada Allah. Mintak rezeki, mintak kejayaan, mintak kekayaan..
Tapi dekatkah kita dgn Allah???

Cuba kalau dengan kawan2 ofis yang kita tak terlalu rapat, atau jarang2 bercakap dengannya.
Tiba2 kita nak mintak barang, atau nak pinjam duit dari dia. Mcm malu kan? Mcm segan kan?

+++ Contoh dari sebuah kisah +++
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar! "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI" 'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

Sekian dulu sebahagian dari slot yg i nak kongsi dgn u all semua for today. Insya Allah apa yg i dapat, i akan sama2 kongsikan in next entry. Semoga kita sama2 dapat manfaat darinya.

Renung-renungkan...dan selamat beramal....

Thursday, October 15, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:28 PM
MOMZILLA


semalam Yaya betul2 membuatkan ibu hangin satu badan. ibu xtau apa yg Yaya makan siang hari tuh, tp sejak nk balik dr umah bbsiter, Yaya has been super duper active. dari dlm keta lagi dia buat perangai xmau duduk langsung kt pasengger seat. so dia duduk atas ibu all along the way.
then sampai dlm our housing area tuh dia dh melalak sakan dan mengeliat ngeliat mcm nk terbalik keta tuh.naseb baik ibu yg terer memandu tahap gaban ni berjaya lg menstabilkan stereng tuh. sampai ja depan gate, terus park jek kt situ.xleh dah nk masukkan keta dlm porch sbb dh x sanggup dgr suara dia mcm guruh tu.

masuk dlm umah dia jadik makin aktif. nak main panjat gril la, nk panjat kerusi la.bila ibu breastfeed, dia panjat atas ibu, pastu nyonyot2 sambil goyang2 badan dia kuat2.adooiiiii........
pastu asal ibu bangun ja nk p dapuq ka, nk p minum ka, nk pi toilet ka, mesti punya dia melalak sekuat kuat hati.tp ibu gagahkan jua semangat, gorengkan chicken fingers utk dua beradik tuh.pastu biar jek diorg makan sambil main baling-baling pinggan Correlle ibu. okeh.....asalkan korang x menangis..(sob sob ibu la yg nangis klu pingan tu pecah). so sementara depa tgh best layan "permainan" baru tuh, ibu rushing2 la masak laksa....hehehe sempat lg tuh.

tapi kan, kisah si Yaya nih, x habis kat situ jek. biasanya dlm kui 10 mlm, dia akan ngantuk2 dan tido jek bila dibuaikan.tp semalam, ibu dh sumbat susu botoi - dia takmau. ibu dh breastfeed, dia minum main2. pastu ayah balik dlm kul 10, gi makan mamak (sbb dia nk nasik) - dia buat perangai meronta2 kat mamak pulak. ingatkan naik keta, dia nak terlena. rupa2nya, xdek tanda2 langsung. lagi dia melompat2 dan membuas ada la.

kat umah tgok tv sampai kui 12 pastu bawak dia naik atas.cuba tidokan dia dlm gelap.dia mcm pejamkan mata, tp langsung xleh cabut nenen.pastu badan ibu mcm dh lenguh gila, cabut jugakla.dia pun tetiba dushh..bangun duduk terpacak elokkk jek.segar bugar. adoii haaiiii...tengok jam dh 2.30 am. bawak dia turun.makan laksa lagi.pastu ayah suruh goreng teluq pulak.pastu ibu buat goreng pisang pulak. at 2.30 am okeh...boleh taaakkkk????

pastu naik atas dh kul 4 lebih (sbb Zuzu nanges). then cuba tidokan lagi si Yaya.tp dia tetap takmau jugak.mcm2 hal dia buat. dia sondol2 ibu. dia kacau kakak. sampai last2 ibu betoi2 naik hangen. ibu ambik dia dan kepit dia kuat2, dakap dia dan paksa sumbat dia dgn nenen.bila dia gerak2, ibu kepit dia lagi kuat.sebenaqnya ibu rasa kesiaannnn sgt terpaksa buat dia mcm tu.tp ibu had no choice.sbb esoknya ibu kena keja.so last last Yaya pun terlena lah dlm keterpaksaan....

and today, kaki n badan ibu habis sakit2 sebab dok bersilat dgn Yaya semalam.especially bhgn peha. mesti u all tertanya2 why bhgn peha yg sakit kan? sbb bila ibu baring nk BF tu, ibu menggunakan peha utk menyeimbangkan postur badan (rasanya u all yg dh jadi mothers pahamlah, yg ayah2 mungkin x dpt memahami).



kesiannyaaa... bila ingat2 balik ibu membuat paksaan mcm tu. terngiang-ngiang suara Yaya menangis merengek semalam.rindu la pulak hari nih.dok kt opis ni pun dok tengok ja gambaq dia n kakak.maafkan ibu na. ibu akan cuba membuang sindrom momzilla tu immediately, provided Yaya jgn lah buat ibu hangin lagi.okey???

Sunday, October 11, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 10:46 AM
A GREAT WEEKEND

Saturday - as usual i nih kena kerja (bennciii!!!). then balik keja singgah beli lauk sikit for lunch. makan sikit jeh sbb today ada open hauss.tapi kan, disebabkan cuaca yg sungguh memberangsangkan hari nih, all of us bleh tertido plak sampai tetiba bangun tengok jam alamak! dh kul 4.30 ptg. apalagi, kemlam kabut lah time tu lah nk iron baju la, nk cari tudung matching la apa segala. mana dgn nak siap brg2 anak lagi, susu, pampers, nk mandikan depa. hmm last2 dh kul 5.30 baru bleh naik keta.dh la i janji dgn kawan lama i nk jumpa kat umah en.pie (tuan umah open hauss).

dengan jalan yg jem tak hengat (RAMAI SGT ORG BUAT OPEN HAUS KE TODAY?), kami sampai area puchong around 6.30, then plus silap jalan and nak patah balik semua, jam dh tunjuk kul 7 pm. think not that very nice to go umah org time2 maghrib cmtu kan. so amet suggest to go to his friend at Koi Tropika which is dh mmg depan mata jek.so pi lah makan2 kt situ.tapi yg aku nih konon2nya makan sikit ciput yg amat sangat lah sbb kejap lagi kan nk pi umah my friend plak.

so teruskan lah perjalanan...dh sampai ke area perumahan Bandar Nusaputra tu, tengok2 map yg i bawak tadi ntah hilang ke mana la pulakkk..........tadi ada jek.ni tetiba xdok..mesti dh dibunag oleh makhluk2 kenit nih..grrrrrr!!!

try telipon tuan umah, x dpt pulak wpun dh 3 4 kali tekan.call my friend, dia bg la arahan tp x berapa nk clear.last2 i pun dh fedap, givap.mananya dgn budak2 kecik nih dh becomes more n more cranky, almaklumlah perjalanan dh lama mcm nk balik kampong jek.walaupun kami tahu, we are just few steps away, tp kami tetap nk berputus asa. so kami pun baliklahhh....sampai umah, en amet dgn rajinnya memasak nasik dan lauk kari sardine special.yeehaaa...hambek kau punya open hauss!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sunday - disebabkan keletihan (dan kefedapan) yg amat sgt xleh jumpa open haus semalam, we tot just to spend leisure time at home today. after bangun pagi yg dh x berapa pagi tuh, we all pi breakfast at mamak (Zuzu is so excited about goin' to mamak sbb dia sentiasa diasuh oleh ayahnya at mamak's).

then lepas makan, gi hantar my pants (bought last week tp xleh pakai2 lagik sbb kaki i ni not model length okeh..). nk tunggu amoi tuh potong n jahit kaki seluat dlm 20 minit, so kami pun round2 la The Store tuh. seriously..dh brpa bulan pindah, i langsung x pernah round kedai2 kat dlm nih.rupa2nya byk jugaklah kedai2 yg berguna (read as : kedai baju, kedai tudung,kedai kasut...) hheheehe...

ingatkan balik dr The Store tuh nk singgah beli ikan, (i kepinginn bangat nk makan laksa sbb xleh makan semalam kan..) tengok2 dh terlajak sampai ke umah pulak...
sampai umah kasik Zuzu n Yaya tido while ibu n ayah bermain-main mengemas rumah n membasuh kain baju yg dh setimbun gunung. then after Zohor tuh, Amet tetiba "Ibu, jom kita keluaq jalan-jalan?"

Aik??? Biasanya aku lah dok ngek ngek ajak dia. so i sugest to go to Ikea or else abb nak beli pagar tangga (or as org tua2 call it "adan").

Kat Mutiara Damansara tu as usuallah sentiasa happening sampai parking pun penuh. so encik Amet ni pun pegi la parking kat underground The Curve tuh..nak dijadikan cerita kan....dia ambikla tiket from the machine. pastu dh turun keta n dh jalan pi nk naik escalator, tetiba :

Amet : Eh, tiket parking tadi mana?
Me : Mana nk tau. abg yg ambik, abg letak man?
Amet : Eh, abg bagi kat ibu la....
Me : Takdakkk...(selongkar beg)
Amet : Biaq abg p tgok dlm keta.


Afetr a while, he came back.

Me : Ada dak?
Amet : Takdakk..abg bg kat ibu la tadi.
Me : Cuba cari lagi dlm wallet abg tuh.
Amet : Takdak haa...
Me : Meh ayg pi cari dlm keta pulak.

Cari penat mcm nk mamposss...x jumpa jugak. Amet pun dh mai kt keta.

Amet : Dh lah. jom la balik. berapa la plak nk kena bayaq nih (biasalah hangin..)
Me : Hmmpppphhhh...


Tetiba i teringat nk tengok kat atas sunscreen tuh.

HAHAHAHA HA HA HA...
Ada kat situ daaa..... LA LA LA....XOXOXO

Pastu teruihlaa pakat gelak2, pastu tuduh2 sapa yg letak situ, cakap org tuh kalut, org nih pelupa la hapa.
Pastu sebok dok gaduh sapa yg salah dia yg kena belanja makan.
Pastu last2 i lah yg kena belanja semua???? Adoiiihhhh..........

Whatever. a great weekend is, when you spend it with your loved oness, happily.

Saturday, October 10, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 1:34 PM
CUTI TANPA PLAN

Pagi2 buta tadi at 2.30 am received sms from kak aisyah the babysiter saying that she couldnt take care of Zuzu n Yaya today bcoz her father is hospitalized. no choice i have - terpaksalah bercuti lagi.but thinking of already had bout 3 days emergency leave a.k.a. unpaid leave for last month (means gaji of this month le yg nk kena potong tuh huhuhu), so i decided to beg anMC from the clinic.

Entah why, malam tadi lps dpt sms tu terus hilang rasa ngantuk. lepas solat Isyak (mmg i kunci jam kul 3 am utk solat Isyak sbb klu awal2 tu cam kalut sikit dgn budak2 tuh), turun bawah makan nasik and tengok TV. sampailah terdengaq bunyi Yaya nangis barulah naik semula.tp xleh tidoq jugak sampailah Subuh. lepas Subuh tu barulah rasa ngantuk sikit and tidoqq...
Tegok2, bangun jam dah kui 9.00, terus sms bdk opis ckp i cuti today. then dlm kui 11.30 tuh kejut Amet ajak gi brunch.sekali bila dh siap semua ready nak keluaq dah, tgok2 si Yaya pulak beraakkk..and worse come to worst, dia punya najis sudah keluar dari pempers dan dia sudah menyeretnya ke hampir seluruh rumahh....adoooiiiiiii!!!!

Yaya ni saja je nak suruh ibu mengemop lantai umah ni!!!! terpaksalah mop2 dulu sblum gi makan. sampai kedai melantak x hingat laa..lapaq oooo.
then petang tadi keluar bawak budak2 kecik nih jalan (ke mak ayah dia yg nk jalan sgt?). memula ingat nak round2 The Curve jek. but thinking of x berapa banyak kedai yg digemari kat situ, kami lajakkan jek ke OU. actually pergi tu xdeklah plan nak membeli apa2 pun.tapi bila sampai, en Amet dah bersiap sedia utk perfume-hunting.tengok2 dia dh pun grab satu Tommy Hilfiger from Parfume Gallery.



apa lagi, i pun terus jadik jeles nak kena bershopping jugak la. mana aci dia sorg jek beli. so cari2 kasut kerja (sbb mmg workwear shoes i dh koyak rabak sampai nampak jari gitu). usha2 kt JJ byk gak sale tp xdek yg berkenan di hati.pastu jln2 lg ke new wing terserempak la plak dgn butik Clarks. singgah try 4 5 pasang. ada yg lawa tp x sesuai (sbb jari kaki i jenis yg panjang2 so bila nk pakai yg mary-janes tu selalu nmpak belahan2 jari tu, x chomel langsung!). so last2 dh puas men'try' ambik jek la the "About Turn" kaler black. pastu bila balik nk search gambaq dlm internet nih, mmg nmpak lawa sungguh lah pilihan i tuh.ahhh i mmg ade kellasss.... and mmg totally lain dari kasut2 yg i pernah kumpulkan. ngeh2..amatlah happy~~~



but on the same time, hati agak gelisah menanti result loan utk buat modal bisnes.tengok gaya officer tu smlm mcm susah jek nk approve.bukan apa, dia cakap klu pompuan ni,lagi2 yg dh kahwin dan beranak pinak and ada loan2 lain (umah,keta etc) mmg agak susah skit nk dapat personal loan.lagi2 yg keja dgn company yg tidak bertaraf GLC or Mutinasional (means company melayu cabuk la tuh...), or paling senang yg keja gomen jek laa...


Hmmm...otherwise i kena arrange plan B lah pulak.tgoklah mcmana nanti i berpikir pikir secara business minded dulu ya.

Kalau bisnes i dh berjaya nanti blehla i beli Clarks wedges ni plak...terliurnyaaa....

Monday, October 05, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 2:53 PM
FEDAPPP

Terus terang saya nak cerita, saya mmg datang opis tapi x buat keja semenjak dua menjak nih. sapa nk cakap saya makan gaji buta ka, pekak ka bisu ka, saya x kesaahh..
hanya saya sahajalah yg tau apa yg berlaku kat sini. dengan increament yg x cukup pun nk buat beli lauk pauk sebulan, dgn bonus yg dipotong menjadi 'duit raya' sahaja, saya menjadi semakin makin down..demn!

saya mmg tiada niat lain, datang keja untuk dapat gaji. itu sahaja. kalau x kawen atau beranak pinak lagi, harus sudah saya belah begitu sahaja dari sini. saya sudah semakin loya menghadiri meting2 yg tiaa kesudahan dan hujung pakal dan solutionnya. saya sudah semakin bosan melihat slip gaji yg dipotong akibat alasan2 kolot spt lewat, dan cuti emergency leave yg automatically dikira as unpaid leave, no matter how emergency your situation is (eg : i took EL when i had accident last month and it is considered as UNPAID). cuba bayangkan, anda eksiden, keta kemek, balik uamh naik teksi yg hampir mencecah rm50, then segala keperluan nk fotostat dokumen, nk ke bengkel etc, last last anda mendapati gaji dipotong pulak. tidakkah itu cukup untuk membuatkan anda menggila?

i think, i hv had enuff here. aku dh berkorban, tolong selamatkan company cabuk nih dari disaman, tolong dapatkan pensijilan itu dan ini, tolong cover sehabis2nya bila pihak2 berkuasa datang (emelia : tp masa u datang audit/visit hari tu smua i cerita betul tau, tarak tipu punya.. :P) - last last hapa yg aku buat tu langsung x terkesan pun di hati depa. aku bukanlah mengharapkan dianugerahkan pangkat director, atau increament smpai sebulan gaji, tapi berpada-padalah dgn consider sikit masa2 kecemasan aku, kelewatan aku (yg selalu aku balik lewat tu depa x kira OT plak), dan penat lelah keja2 extra yg aku buat.
at least, JGN POTONG GAJI aku yg dh memang sekangkang kucing tuh!

like today, semua org (exec2 n engineers) ada trial run kat production. pagi2 buta lagi manager dh panggil aku suh turun production buat monitoring. aku org pertama jejak kaki kat production. ambik data, ambik semua, last2 time lunch, manager tu bagi chance diorg yg lain2 keluar lunch awal dan gi makan retoran best. yg aku (masih meneruskan tugasan dok fotostat doc) langsung mcm tak nampak. langsung langsung tak dipelawa pun! dengki??? off course...sbb hey aku pun buat keja! aku pun penat! aku pun lapaq! stupid!

i think i really have to jump and start a new thing NOW.NOW! NOW! i dont know, it might be a new job, or others. but, what is "others"? hehehehe....hopefully ada lah something like "others" yg bleh memberikan income jugek....:D

Friday, October 02, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 2:45 PM
ZULAIKHA YANG SEMAKIN BIJAK

at the age of 2 years, 3 months, 7 days, zulaikha is getting so-o clever and adorable (jgn muntah saya memuji anak sendiri k).
the most obvious is kepetahannya bercakap mcm org tua2, but in versi budak kecik.

ibu : nampak tak layang2 tu?
zuzu : akak ampak..akak unyer...ibu xleh!
ibu : ibu naakkk..itu ibu unyer..
zuzu : takkk lehhh..!!!!! (pukul ibu)
ibu : huhuhuhu...(nanges) kakak pukul ibu...huhuhu
zuzu : ibu..jgn nanges na? diam..diam..
ibu : huhuhuhu..
zuzu : sorie ibu....
Hehehehe..

Ibu : Kakak....jom solat dgn ibu
Zuzu : (cari sejadah, bentangkan sendiri wlpun terlipat2) Allahu akbar...
Pastu tertonggang tonggeng, sujud sambil kedua2 tangan masih kt telinga sbb takbiratul ihram tadi.
Siap solat baca doa -"Bismilahirrahmanirrahim..amiinnn.."
Hmmm...jadilah sbgai permulaan nak oii...

Zuzu : bu, bu...ni apa (sambil tunjuk iklan kt TV)
ibu : itu kon sayang...(iklan ais krim "kon yg berani")
zuzu : bukanlllaa...ni ais! ais! bu..nak ais..
ibu : ok2 nanti ibu beli ais
zuzu : eh bukan..bukan ais. konllaaaa...

and now she knows how to demand. mintak nak makan nasik la, makan mee la, nak minum ayaq milo la. padahal klu aku kasik makan benda lain dan ayaq kosong pun dia hentam jugak.
and now, seronok sgt tengok dia makan baanyaakkk....semalam aku beli sbungkus nasik lemak, ada la dkt 1/3 dia punya share.huhuhu...

and she is a potential shoes collector just like me. klu bawak lalu kt kedai kasut or area2 kasut kt shopping mall, mesti kena cepat2 jauhkan dari pandangan dia. otherwise, siap la meraung2 nak beli kasut. nih baru 2 tahun ni okeh...esok dh 20 tahun ibu xtau besar mana rak kasut kamu Zulaikha.

Hmmm...kadang2 mmg penat nak menjawab soklan soklan dia yg mcm2. bayangkan klu masa ambik depa nih dr bbsitter, spnjg masa on d way back sampailah ke dlm umah tu, mcm2 benda nk kena jawab - apa ni, apa tu, and so and so and so. but thinking of polishing her mind to be a smarter kid, i have no choice but laayaannn jee...
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez