Thursday, August 27, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:36 PM
MENU HARI KE - 6

1. Ayam masak paprik (masak sendiri)
2. Ikan kembong goreng (masak sendiri)
3. Burger Udang Ramly (untuk sensory test sbb xleh rasa kat ofis, so bwk balik buat test kt umah)
4. Kuih muih yg dibeli oleh Amet (dh pesan dia jgn beli byk2)
5. Kurma Madu Yusof Taiyub yg dipau dr kereta kak ngah.

Hmm...bukan apa letak2 gambar makanan kat sini, kot2 boleh dikongsi dan dijadikan idea untuk kawan2 yg nk memasak jugak. kadang2 jadik wife n mother nih pening jugak pikir tentang menu nih.jenuh dok godek buku,google barulah dpat idea.bukannya xtau masak, cumakdg2 tuh jadik blank xtau nk masak apa.klu sorg diri, ikan goreng dgn cabai kicap pun jadik jek. huhuhu...

Tuesday, August 25, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 12:09 PM
MENU TAMAK

So semalam dh test balik keja 4.30, mmg smpat sampai dlm kul 5.15 gitu. tp analisis itu agak kurang tepat sebab minggu nih kan cuti sekolah. so next week maybe lain plak ceritanya.

anyway, since aku sempat sampai awal, so blehlah masak2. actually plan nk masak 2 jenis jek. tetiba terextra sampai 4 enis plak. hehehe..begitulah ketamakan bulan posa ih. naseb baik kak ngah bukak posa kt umah. pastu dia tapau sikit bawak naik bas (blk kampung).

inilah apa yg saya masak untuk berbukak semalam...







Ayaq telah disediakan oleh en Amet iaitu teh ais tawaq hebiaq..huhuhu...
And for today xtaulah nk masak ka dak. rasa mcm malas2 sikit. tp ingat nk buat rekod x pi bazar ramadhan langsung tahun nih.
tahun lepas ada la dlm 5 6 kali kot aku pi bazar ramadhan masa x larat/x sempat sgt nk masak. seboleh2 nya takmau pi sbb x puas makan klu sikit2.
lagipun x berapa confident dgn kebersihan makanan kat luaq tu. maaflah para penjaja, saya bukannya terlalu rigid, cuma saya cuba sedaya upaya untuk memilih makanan yang terbaik untuk family. sekian.

Monday, August 24, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 9:42 AM
HIDANGAN RAMADHAN

Untuk first 2 days puasa, i managed to prepare the juadah berbuka tanpa membeli seketul kuih or lauk pun dr Pasar Ramadhan. sbb kebetulan hari tersebut jatuh pada weekend. But for the working days, xtaulah mcmana. if last year, mmg sempat masak, sebab bulan posa balik awal sempat sampai umah untuk masak. tp tahun ni sbb jauh sikit xtau lagilah mcmana. tahun lepas, posa masa tgh pregnant and anak satu, tahun ni anak dua. xtaulah klu depa buat kacau, alamat masak meggi ja lah..Huhuhu...

So this is what i cooked for juadah berbuka...


Hari pertama : Nasik Ayam, Air lengkong, Jemput Kentang & Udang (tiada dlm gambar).


Hari Kedua : Seperti di atas, Jus Tembikai (tiada dlm gambar).
*Peringatan : Kuih Talam Suji tu pun buat sendiri naa..tak main beli-beli okeh...

Dua makhluk kecik ini sedang berlakon seperti amat kelaparan seolah-olah mereka telah berpuasa sepanjang hari.
Sekian. Selamat Berpuasa semua!!!

Saturday, August 22, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 10:45 AM
ENJOYING IBU'S CUPCAKES

Nothing to write. Just a drama of my swethearts~~~

















End of drama. Ibu is going to prepare menu list for the whole Ramadhan (masak tak masak belakang cerita okeh..)

Tuesday, August 18, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 4:19 PM


SILA KEMASKAN MEJA ANDA

Uhuhuh...kat opis aku ni kan, mmg ada lawatan mengejut, mcm Rush Hour kt asrama dulu2, bagi memastikan bilik/meja pekerja sentiasa kemas & bersih. dan biasanya ia dilakukan oleh Cik Puan Besar a.k.a (bini bosslahh...ssyyhhh..).

Dan biasanya meja aku memang selalu dapat MEMO : SILA PASTIKAN MEJA KERJA ANDA DIKEMASKAN DENGAN SEGERA. hahahaha...aku pekerja yg rajin bekerja, thats why meja penuh bersepah dgn pelbagai dokumen (dan cawan dan botoi ayaq dan makanan hehehe).

So dgn x berapa ikhlas aku kemaskan jgklah meja aku tuh. tetiba masa kemas kt dlm laci tu terjumpa plak voucher Starbuck nih, ada supplier aku kasik masa pi LabAsia 2009 hari tu. Hmm..tenkiu cik puan, suruh saya kemas. kalau tidak mesti voucher nih expired gitu jek disebalik timbunan kertas2 saya nih.


Nasib baek x expired lagik. Balik nih blehla pekena Caramel Machiato. YEEHHAAA!!!
** Voucher ada satu ja, so saya pi sorang2 la ye encik abang...hahahaha...


Sunday, August 16, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 7:00 PM
MAKAN-MAKAN SEBELUM PUASA

today pagi-pagi buta sudah pergi membeli barang kat Giant Kota Damansara. sorang2 jek malas nak ajak Amet sbb semalam dia kena keja sampai lewat malam. biaq dia tidoq puas-puas.and anak2 mintak kak ngah jaga since dia pun tidoq umah aku semalam. lagipun mmg dh kurangkan bawak depa keluaq since the pendamic started.
nak ke giant kota nih aku guna jln kg. melayu subang tuh.amboi berpinar2 mata aku lalu sini.bawak kereta pun melelong.bukan apa, kt sebelah kanan penuh dgn kedai2 perabot, kat sebelah kiri pulak penuh dgn kedai2 bunga.nasib baik aku keluar awal, kedai2 pun x bukak lagi.klu tidak mau petang baru aku balik nih.
best gak merayap sorang2 nih. dalam takut2 dgn wabak berjangkit nih sempat jugak aku melilau tgok brg2 elektrik - nampak oven yg best, nmpak stand mixer yg best, dan nampak dapur infra red yg aku cita-citakan tuh.
pastu barulah pi beli barang2 dapuq semua, balik singgah beli nasik lemak sorang satu. tp since breakfast pun pukui 11 lebih, lunch kami cancelkan. aku terus prepare untuk masak laksa and invite few friends makan2 sebelum tibanya bulan posa.

pastu along nak balik, dia mintak pinjam zuzu sat. mulanya kata malam tu aku n amet nk p ambik. tp ingat kesian plak kt along kot x puas main ngan zuzu.bagi jek la dia tdoq sana.
tapi today buat laksa x berapa nak menjadik.sbb dh lama x buat (pantang la konon). kuah jadik merah semacam ja.tp last2 habis licin jugak sampai terus kosong periuk. hehehe...bulan posa nih blehla buat laksa tiap2 minggu sbb dh pecah pantang.yahooo!!!!

Wednesday, August 12, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 2:13 PM
BOTOI SUSU - PART 2

Just see how she enjoy her Nuby... x cukup tangan, kaki pun naik sekali!


Tuesday, August 11, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 9:24 AM
BOTOI SUSU

I hv been looking for another Nuby bottle for Yaya. and its very very very difficult to find one. i saw it last few weeks when i spent my MC at Jusco One Utama, but..uhh why on earth i didnt buy it that time? Now that i stay in Sg. Buloh, plus the H1 N1 alert, i dont hv a heart to go there again just to buy A BOTOL SUSU.

but thinking of my sweetheart which refuses to drink from the normal teat, i hv to force myself to go and get one for her. and to make it more difficult is, she just want the SoftFlex Natural Touch type, not the other Nuby. Ouchh...my sweetheart...how i wish i could just get the bottle from the kedai runcit at anywhere..

Ya, i do hv one bottle for her, but that one is currently to be used and left at the bbsitter's. so bila blk rumah, she dont hv botlle anymore. and my breastmilk is getting less and less, and instead Yaya dah semakin tembun and definitely she needs more amount of drinks (and food eventho she not yet teething wlpun dh 9 bulan tmrow).

Last week aku dah pi cari kat Babyland Sg. Buloh, pastu cari lagi kat Anakku shope, pastu cari lagi kat few kedai babystore. Tp yang Nuby lain2 jek yg ada. SoftFlex Natural Touch? No-no.
I think i still hv to curik tulang masa to go to Mothercare, or Jusco, or maybe The Curve to get Nuby for Yaya.

Thought of ordering one from LittleWhiz.com, but the delivery fees seem to be more than the petrol i spend to Damansara. I better choose to go to Damansara so that i can merayau-rayau menjamu mata lebih kurang kan.

Now terasa sgt, that stay at Sg. Buloh is totally terpinggir dari segala kemodenan i used to hv. Ohhooo...jauhnya nak pi One Utama, or The Curve, Ikea, Cineleisure, Ikano. Hey shopes..I miss You!!!

*Hmm... maybe alang2 dah pi merayau nih, baik aku bedal sekali 2 botol, plus the SoftSpot drinking cups sekali kan. err..maybe the Travel Cutlery Set and Botle drying rack make my days too....agagagagaga

Saturday, August 08, 2009

PotPet dari Yue Yusof at 9:04 PM
KISAH ANAK-ANAK YG PANDAI NAK KE KEDAI

sekarang nih, anak-anak aku dh pandai yg teramat sangat (termasuk yg kecik halus tu pun) buat perangai mintak gi kedai. dulu-dulu aku selalu marah dgn adik bongsu aku kalau dia merengek nak gi kedai or nak beli macam2 bila mak bawak gi supermarket. la nih aku merasa sendiri mcm mana letihnya melayan perangai nak gi kedai nih.
biasanya balik keja pas ambik dua org budak kecik tuh dr bbsitter, aku akan balik ikut jalan kampung.so jalan tuh byk giler kedai2 runcit yg mengancam.siap gantung2 banner ice cream, pastu keropok2 dgn plastik yg warna warni tu plak saja ja tokei tu letak terjojol kat tepi jalan tuh.dah la jalan tu plak sempit.mana la x attract mata budak2 nih.
si zuzu yg pandai bercakap pelat nih, selagi aku x stop kat mana2 kedai, mulalah dia merengek mcm2. klu dia sebut KIM = icecream, POK = keropok, OLAT=coklat/gula2, AYAQ=air kotak/vitagen.
yg si yaya plak, apa yg kakak dia sebut, dia pun terkedek2 bebel "blablabla" - tanda menyokong kakak ajak ibu stop kt kedai.
sekali stop tu kopak jugak dlm 2-3 ringgit duit ibu.bygkan hari2...abesla bajet shoping ibu...huhuhu.tp pikir2 xpalah bukannya beli benda x faedah,beli benda anak2 makan jugak.cumanya si zuzu nih, dia punya obses pada OLAT dh makin menjadi2.klu 5 bijik ibu beli, kena habis licin 5 bijik jugak dia nak.dh la gigi malas gosok (ibu pun malas nk gosokkan gigi dia sbb suka nangis tgok toothbrush).
ada sekali tuh, aku saja tunjuk keras xmau singgah kedai walaupun si zuzu dh byk kali dok sebut 'nak p dai..".aku buat derkk..ja xmau stop.pastu dia melalak punyalah dahsyat macam aku x bagi makan 2 bulan.terpaksalah buat U-turn okeh..pastu aku belikan OLAT, oklah.gelak2 ja sepanjang jalan, puas hati dpt paksa ibu sampai u-turn semata-mata nak beli sebatang lolipop saja okeh...
pastu ada satu masa tu, saja ja aku beli stok sustagen byk2 letak dlm fridge. dah dia pandai pulak bukak fridge. sehari xtau berapa botol dia songlap.last2 aku decide xnak beli stock dh.
geram jugak bila dh mula pandai nih.tp sapa yg xnak anak pandai kan.apa2lah anak-anak...asalkan cukup sihat walafiat dahla...ibu penat x apa...

**Risau sgt2 pasal H1N1 nih.xleh bwk depa jalan2.nak bagi pakai facemask kang lemas plak.huhuhu***
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez