Friday, December 19, 2008

PotPet dari Yue Yusof at 2:18 PM



5S = Seiri, Seiton, Seise,Seiketsu, Shitsuke SHIT! SHIT! SHIT! SHIT!
5M = MY MAID MAKES ME MAD

Saya telah 38 hari berada dalam pantang. Ini bermakna saya telah 34 hari mempunyai seorang maid. Sepanjang tempoh itu jugalah saya sentiasa dalam keadaan gelisah, gundah gulana, tidak tenang, da pening kepala.

Maid saya itu namanya Tuti, usia sekitar 34 tahun. Sebelum ini dia pernah bekerja dengan ibu mertua bagi menjaga nenek yg sudah tua dan tidak sihat. Saya ada juga bersembang2 dengan dia 2 tahun yg lalu, semasa dia bekerja dengan mak, tetapi tidak terlalu kisah dengan perangainya kerana kami berjumpa pun sekali sekala bila saya pulang ke kampung.
Setahun selepas dia pulang ke Medan, dia menghubungi mak semula bertana jika ada kerja untuknya. Saya yg kebetulan sedang mencari maid pada masa itu terus bersetuju untuk menggajikan dia kerana pada firasat saya senanglah sbb kami sudah mengenalinya. Rupa-rupanya semua sangkaan saya meleset sama sekali...

Saya mengambilnya bagi tujuan megasuh anak-anak saya yg masih kecil. Memandangkan dia juga sudah beranak dua, saya kira urusan kanak-kanak tidak menjadi masalah baginya. Hari pertama dia tiba, dia hanya melakukan kerja-kerja rumah-membasuh, menyapu, melipat kain etc. Lebih kurang 2 minggu kemudian, dia mula menjaga Zulaikha. Sejak itu, sakit kepala saya bermula. Dia tidak pandai memandikan Zulaikha yg sudah sebesar itu - dia menjirus air yg amat banyak ke kepala anak saya sehingga saya lihat anak saya hampir kelemasan, tidak sempat benafas, lalu saya tegur dan mengajarnya.

Saya memintanya sediakan susu untuk Zulaikha.Tiba-tiba anak saya menangis tatkala susu itu masuk ke mulutnya. Saya ambil botol itu, Masya Allah...panasnya umpama kopi yg saya minum.Akibatnya lidah anak saya melecur. Susu yg dibancuh juga amat pekat lalu saya tanya bagaimana cara dia membancuh susu. Rupanya dia memasukkan susu dahulu ke dlm botol, kemudia baru diisi air. Saya tanya lagi, kalau air itu panas, bagaimana henda dibetulkan kerana telah dicampur susu? Dia blur. Lalu saya mengajarnya membancuh susu dan menguji kepanasan air.

Beberapa hari kemudian saya lihat dia menjamu anak saya makan nasi hanya dengan kuah gulai lemak. Saya amat terkejut kerana menyangka selama ini Zulaikha diberikan sayuran dan sedikit lauk, lalu dia ditegur lagi. Beberapa hari kemudian, saya membawanya ke jamuan keluarga di rumah tok. Kebetulan dia menyuap Zulaikha makan di hadapan saya dan saudara mara yang lain. Masa itu saya lihat Zulaikha tidak menelan makanan di dalam mulut dan seolah-olah mengulum sesuatu. Lalu mak meminta saya korek mulutnya, maka keluarlah seketul tulang lembu sebesar hujung jari. keesokannya saya mula memperketatkan pemantauan pemakanan anak saya itu. Saya dapati dia juga tidak mengasingkan tulang ikan dengan teliti dari nasi Zulaikha. Saya semakin runsing.

Itu baru menguruskan Zuaikha, dia belum lagi membiasakan diri dengan Zubaidah.Setelah umur Zubaidah hampir sebulan saya minta dia sediakan air untuk mandi. Nasib baik saya tidak minta dia mandikan terus, kalau tidak pastinya kulit anak saya melecur lagi. Air mandian itu panas yang amat. Lalu saya mandikan sendiri. Tapi malangnya, dia langsug tiada inisiatif untuk memerhati cara saya memandikan bayi, bagaimana menyediakan keperluan bayi sebelum mandi, bagaimana memakaikan barut, lampin dan menyapu minyak telon ke badan bayi. Sehinggalah saya cuba mengujinya pada minggu lepas - saya minta dia sediakan semua keperluan Zubaidah dan mandian dia. Langsung dia tidak tahu sehinggalah saya terpaksa berleter panjang dan menunjukkan padanya satu persatu. Apa yg saya geram sudah lebih sebulan berada di sini, dia langsung tidak berminat untuk bertanya dan belajar cara-cara menjaga bayi yg masih kecil dan lembut itu.

Dia hanya mengutamakan kerja-kerja rumah. Semua itu saya tidak peduli. Saya boleh melakukan sendiri.Saya mengambilnya untuk menjaga anak-anak semasa saya bekerja. Itu tugas utamanya. Kalau ada masa bolehlah dia membuat urusan lain. Semakin hampir tamatnya cuti bersalin, saya semakin risau. Bolehkah anak-anak saya ini dijaga dengan sempurna? Dan saya hairan, dia juga seorang ibu tapi langsung tidak tahu menguruskan anak-anak.

Saya saban hari berdoa, agar dia diberikan kemahiran menjaga anak-anak. saya cuma mahu anak-anak saya dijaga dengan selamat, rapi dan sihat. sebenarnya saya bukanlah seorang yg suka mengongkong anak-anak. saya suka melepaskan mereka meneroka dunia dan belajar sesuatu yg baru.Saya biasanya membiarkan sahaja Zulaikha memanjat di sana sini, tetapi tentulah mata saya sentiasa mengawasinya. Tetapi sejak ada Tuti, anak saya itu sentiasa dikendong ke hulu ke hilir menjadikannya sedikit manja dan kurang berdikari. Itu pun saya terpaksa tegur. Biarlah yg boleh berjalan itu berjalan dan berlari asalkan tidak ke tempat yang merbahaya.

Kadangkala timbul rasa geram yang teramat sangat sehingga terfikir mahu menjualkan saja Tuti kepada orang lain. Saya yang asalnya seorang yg baik hati, lemah lembut kini bertukar menjadi sebaliknya. Walau tidak boleh bersolat, saya sentiasa memohon kepada Allah agar saya dijauhkan dari meroyan. Kata orang tua-tua, wanita dalam berpantang mesti sentiasa tenang, gembira dan damai hatinya. Saya pula setiap hari bernafsu amarah dan penuh dengan kegelisahan dan kebencian. Senyuman saya yang dulu manis memikat, kini hanya tinggal senyum kelat umpama kopi tidak bergula. Wajah saya terpaksa dilakonkan seolah-olah sentiasa ceria kerana saya berpantang di rumah mertua (buat muka masam kang kena halau pulak). Sedangkan dalam hati saya mengalir air mata dan menyinga.

Kalaulah saya boleh berhenti kerja dan menjaga anak-anak sendiri di depan mata.....alangkah indahnya mimpi saya....
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez