Friday, September 28, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 3:26 PM
LEPAS GERAM 1

Aaahhh...rasa bengong sikit hari ni. Pagi-pagi lagi dah ada ‘orang gila’ kacau aku. Aaaa...bengang gila. Actually “she” is from (the hell) one of our supplier that I really have to have a close contact with. My boss seems want to pass “this shit” (refer to the girl) to me since the very first day I join. Now I know why. The one thing that aku paling paling benci bout her is sker sgt cakap dengan high tones. Mmg gillerrr ah menatang nih. Pastu sker sangat bg reasons untuk ngelat. Ok for example, bile aku suruh dia prepare monthly inventory report, (which is actually aku dah siap preparekan dia punya form, and she just need to feel in the figure-) pun she takes bout 3 weeks. And bila aku call push2 dia akan menjawab “Aaa..belum siap lagi. Tolong bg time ek. Kite mmg sibuk sgt. Lg pun hari ada kursus...and bla bla”. Bila aku call lg esoknya “Oh hr ni clerk kite cuti la..” and the next day “Tak sure la bila bleh siap, hr ni kitorg ada metg spnjg hari la..” and so and so. Mcm la susah sgt just isi je la ruang2 kosong tu. Aku dah tolong suap pun tak tau nak telan lagi ke. Usually aku yg akan bertungkus lumus prepare everything (eventho that’s her responsibilities – biasa la I used to be an angel), and what I always ask her to do is just simple2 jobs je (bukannya aku suruh kau buat bl*w job pun). Itupun xleh. And u shuld know wat is her title – she is the Quality Manager of a pharmaceutical manufacturer and she is just 25 years old, ok? Ohhh... I wonder... She cant even give a right answer for simple maths question like 2-1 = ? How come she can be a manager all? Wat a f*ck*ng budak mentah! Hingusan! (Posa ni…)
Mcmana aku maki pun, aku tau that she will never change. Dan aku akan terus berurusan dengan dia, unless one of us leave the company (Oooppss.hopefully not me).




LEPAS GERAM 2

Well, actually this week ends up with me waiting for good news yg tak akan kunjung tiba. I’ve tried to apply for car loan (Has been bout 2 weeks aredi..sob sob). And it’s for a brand-new car, ok. I have the money. But it’s useless when your name got stucked in that stupid CTOS and CCRIS. In fact I hv paid all my credit card hutang – and I hv even got released letter from the bank. And CCRIS because my kereta kancil is not paid properly – well, we still pay but for every 2-3 months time. That cause my name to be “not clear” in bank negara list. Actually I’ve been trying with few dealers where they hv also tried their best to merayu the bank to give me the loan (of course they also wants the commission), but I still got it rejected in everywhere. Poor me,huh? So now, I might just forget the idea and instead must start paying the kancil properly and re-apply again in the next 6 months. Kesiannyaa.....

So today, I hv a plan like this : Go home early, tapau for berbuka puasa (Amet x ada kat umah,dia berbuka dengan kawan-kawannya), and then me and Zuzu go to keluarkan all my salary, then go for A BIIIIGGGGG SHOPPING kat OU. And maybe pamper myself with a manicure also seems like a brilliant idea right? And I m thnking of buying a breastfeeding blouse for myself too. Not forgetting few pairs of baju kerja. And of course will try to get skirts for Zuzu (Auuww...sexy anak ibu..). Oh by the way, dah lama jugak aku tak beli lipstick – shuld get a new one la for Hari Raya kan.
Dah? Habis tu nak buat apa tengok jerh duwit tuh , dah takleh beli keta, baik aku beli baju banyak2.(I don’t mean to be arrogant here ok, I just want to cure my broken heart. Sob sob Sob...) and I think shopping is the best therapy anyway...

Thursday, September 27, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 10:16 AM
:::::::::

Semalam, bawak Zuzu cucuk kat klinik kesihatan. Esok, Zuzu dah umur 3 bulan. Happy 3rd Months Bithday Sayang...
Semalam, shopping baju raya untuk abang, ayang, mak, ayah, tok, nenek....rasa sangat bahagia...
Semalam, dapat satu panggilan. Tiba-tiba yang bahagia menjadi derita, yg gembira menjadi duka...
Ada yg menjadi mangsa, susuk tubuh dihentam semahunya...
Tiada lagi gelak ketawa, hanya tangisan yg bergema...
Pilunya hati tidak terkata, terasa sayu dan sangat hiba...
Saat itu, yang berlegar di kepala, aku mahukan harta!!!
Apakah hanya harta yang dapat membahagiakan kita?
Hanya anak kecil yg ada, untuk menghibut lara...
Namun luka itu, tak akan hilang sampai bila-bila...

**Sigh** Nasib baik kat public,kalau kat rumah,mesti hari ni dah dok dalam kain kapan **Sigh**

Friday, September 21, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 3:40 PM
SOLID FOOD, ZUZU?Huwarghh..ngantuknyaa...Sejak dah ada Zuzu ni,aku pun tak tau berapa jam ja aku dapat tido dalam sehari. Kadang2 ada hari yg aku tak tidoq langsung! Maybe just sempat tersengguk-sengguk kepala kat tepi katil ja. Kalau weekend pun, jangan mimpilah kata nak tidoq lama-lama sampai tengah hari. Perghh....letih gila siot. Dah la tak leh nak tidoq, nak rehat relax-relax pun mmg tak dak masa. Pinggang aku ni punyalah sakit rasa mcm nak putus.

Biasanya aku balik keja sampai umah dalam pukul 6 lebih, kalau tak masak, aku akan singgah tapau kat kedai siap2. Tapi kdg2 bila teringat sgt kat Zuzu, terus bergegas balik umah tanpa membeli apa2 makanan. Last2 sampai umah dah takdak apa benda nak makan (kecuali bulan puasa ni Amet boleh tolong belikan sebab dia pun balik awai jugak). Bila dah ambik Zuzu balik umah, dia memang nak melekat ja dengan aku. Letak atas tilam ja mulalh merengek-rengek. Satu keja pun takleh nak buat kalau dia tak tidoq. Kalau dah tidoq pun, buai tu nak kena sentiasa dibuaikan (kena goncang sepanjang masa).Kalau tak, mesti terjaga dan merengek lagi.

Rumah pun dah mcm kena taufan, semak ja x sempat nak kemas.Dah, mcmana la nk kemas kalau dia xmau dok sorang2. Dia suka bila ada org dok layan dia,main2 dgn dia. Actually nak kata dia nangis pun tak jugak. Tapi dia suka merengek bila org tak layan. Dan paling dia suka bila dapat breastfeed. Aku rasa, kalau boleh nak ja dia mintak gonggong breast aku ni 24 jam.

So aku pun ada terfikir nak try bagi dia solid food. Tapi bila aku search-search thru internet, what I found is – better not to give.

RISIKO MEMBERI SOLID FOOD TERLALU AWAL KEPADA BABY :

  • mungkin tercekik, atau tersedak
  • risiko tinggi untuk terdedah kepada allergy
  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi overweight apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.

TANDA-TANDA BABY SUDAH BERSEDIA UTK SOLID FOOD
* Baby dah boleh support kepalanya
* Baby boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada kita
* Baby nampak berminat dengan makanan kita… kadang2 dia capai makanan kita
* Baby suka sangat masukkan benda2 dalam mulut dia
* Baby minum lebih dari 32 oz susu ibu/formula sehari
* Berat baby paling kurang 2 kali ganda dari berat masa lahir
* Air liur baby cukup banyak utk digest makanan
* Baby tak tolak makanan kalau disuapkan ke dalam mulut

AMARAN : SOLID FOOD YG TERLALU AWAL TIDAK AKAN...
  • membantu baby tido lebih lena pada waktu malam
  • membuatkan baby tidak merengek/menangis
  • membantu bayi cepat membesar
  • memberi khasiat secukupnya

Kepada ibu-ibu bleh la refer kat sini BEST FOOD AT BEST TIME

Lagipun aku ada la plak terjumpa article tentang Farley’s Rusks yg kena withdrawn from market sebab mengandungi bahan kimia terlarang. Lagi la aku takut nak bagi Zuzu makan semua ni. Lagipun dia masih sangat kecik kan.

Well, maybe aku akan cuba bagi Zuzu partial-solid, which is AIR NASIK, sepertimana yg telah diamalkan turun temurun dalam keluarga aku (Note that dlm family aku cuma Kak Ngah ja yg minum susu. Yg lain – Aku, Eid, Amar tak lalu susu, so kami makan air nasik).

Okies, nak balik masak nasik!

Friday, September 14, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 1:25 PM
FLASHBACK



A great moment to remember. Teringiiiinnnn bangat nak ulang kembali..tapi tahun ni tak de org sponsor laa. Yuran mahal sangat. Nak consider hotel,transport,nak kena bawak laki, anak...Lagipun tak byk exercise la spnjg tahun ni,takut cramp plak. Takpalah simpan ja niat ni maybe utk 2008 buleh join (simpan duit sekali). Huhuhu...saya nak larii.....(bukan lari dari rumah daa...)

Thursday, September 13, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 3:52 PM

SELAMAT BERPUASA


Selamat berpuasa pada semua. Nampak gayanya Insya Allah aku akan dapat berpuasa penuh tahun nih. Apa? Ingat aku pregnant lagi? Tak laaa....tapi disebabkan aku sekarang breastfeeding Zuzu, so period aku akan terstop buat seketika. Begitulah kata doktor dan juga melalui pengalaman mak n mak mertua aku. However, kena berhati-hati ketika ‘bermain’ nih, takut terbuncit plak sekali lagi. Hehehehe....

Tapi puasa tahun ni nampaknya aku tak dapatlah pi terawikh sbb Zuzu masih terlalu kecik takmau nanti she makes any trouble in the surau (Menjerit2 mcm budak2 yg aku selalu curse masa terawikh last year). So maybe lepas bukak posa aku bleh pi merayau2 kat shopping complex ke hapa. Maybe tinjau2 baju raya Zuzu, baju keja aku, kasut keja aku, handbag aku, alat mekap dan kosmetik aku..Hahahaha...




Well lupa plak selama ni nak cerita tentang pengasuh Zuzu. Aku x hantar dia ke nursery, sebaliknya ke rumah jiran yg betul2 terletak atas rumah aku. Nama pengasuh ni Kak Yan, or as dia selalu membahasakan dirinya dengan Zuzu as “Mak” or “Mak Yan”. She still quite young I guess, maybe somwhere around 30’s. Dia Cuma ada sorang anak lelaki darjah 4, dan mengasuh sorang lg budak lelaki berumur 1.5 years. So far aku amat berpuas hati sbb dia x jaga ramai budak, dan rumah dia sgt kemas, dan juga pandai mengasuh, dan dia sgt suka membeli baju untuk Zuzu mcm anak sendiri. Dan dia mmg suka sbb selama ni dia x pernah dapat mengasuh budak pompuan.

Aku harap Mak Yan akan dapat jaga Zuzu sampai besar. Sekian (Xleh nak merapu sbb mengantuk sgt nih)

Wednesday, September 12, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 6:07 PM
ZUZU IN ACTION

Sejak dah ada baby ni asyik nak cerita pasal dia je laa...mcm la aku sorang ada anak ek. Mesti org pun naik bosan. Lantaklaa..sapa suruh masuk blog aku. Hahahaha.....

** Posing tidoq tahap x hingat dunia
** Gelak ketawa riang ria...
** My little sweet smile..
** Gaya dah mula nak nangis...

Friday, September 07, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 4:08 PM


** Zuzu possing with one of the hair clips

THAT'S MY GIRL

Semalam before balik keja aku round2 dulu pasar malam Mount Kiara. Memula ingat saja2 je nak round. Sekali ternampak la plak banyak gila org jual sepit rambut, hairbands, and orther accessories lah. Memula tengok je, pastu rasa mcm geram gila, pastu amoi tu plak dok offer kat aku suruh tengok2. So pas tengok apa lagi, terpaksa la aku rembat 3 pasang hair clips utk Zuzu. Hahaha..best sungguh dapat baby girl nih. Bleh dressing macam-macam....hehehe abg jgn jeles ok...

Thursday, September 06, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 2:00 PM

** Zuzu is wearing Bali-themed gown (Mak Tok Kiah beli kat Sarawak nii..)

ROMANCING AT BORA ASMARA

At last, after few times delayed, Amet and I had a chance to dine at the so-called Bora Asmara (what a romantic name, huh), a charming Balinese-themed restaurant, nestled at the sleepy Sg. Penchala.
I get to know about this restaurant after I found an article in The Star few months ago. But that was at our very hard time – so we decided to delay visiting it until we got a bit extra money to spend.

Last august,20th was our wedding anniversary. We planned to celebrate it somewhere but have to delay because Amet was so busy at work. He came back home at 11 pm everyday, plus working on weekends (boringnyer…). So we just managed to go there last night - 2 weeks belated anniversary.

As we stepped through the wooden doors,.we were impressed with the beautiful decors. The setting is just lovely with beautiful water features, rustic wooden tables and chairs, lit stone lamps, and Balinese decor tastefully placed around the outlet.. A waiter came an offer us a seat. I actually have a plan in mind to seat in one of their private hut called ‘Bisek-bisek’. But we had been given just a small table (reason being that’s the only table left, as other empty tables are reserved/booked). Luckily we put Zuzu in the stroller so that she can sit in that.

Zuzu was sleeping soundly. But as the weather is a bit hot that night, and we were sitting at the open air area with no air-cond or fan, Zuzu suddenly wake up and started to make noise. At first it was kind of “ek ek ek….”, but after few minutes it turned to be a loud cry. Huwaaa…malu giler…
I tried to give her milk (in bottle), but she refused and start to mengamuk. I had no choice but to breastfeed her in front of people. Lucky we sit at quite a dim place, and I wear a tudung so that can cover a bit. Huhh….

And the food arrived, we had Spicy Tom Yam, Steamed Kerapu and Kailan in Oyster Sauce. While for drink Amet chose to have Blended Mocha and for me is their speacilities “Bandrek” – spice + ginger + lemongrass tea. Well, I can say that I’m a bit disappointed with the food. Instead of huge prawns found inside, the Tom Yam just taste like curry and no smell of lime leaves or corriander. I am one of Tom Yam fan and I know how to differentiate between bad and good ones. And the steamed Kerapu was just so-so (not worth the price, ok), just like ikan rebus which I had during my pantang. And the kailan was also just OK – nothing special.

Since the food is served in biiiiggg plates, the small table seems to be crowded and uncomfortable for us. Somemore there’s a big umbrella stack in the middle of the table, and the tiang is really mengacau us to enjoy the food. I have to spoon Amet the Kerapu, and he also had to serve me the Tom Yam. It is very uncomfortable for us, especially for me as I was holding Zuzu on my left hand and only hv the other hand to eat everything. Sounds so kelam kabut isn’t it. That’s how it goes when u have a baby, ok.

And with the band playing musics very loudly, and the singer don’t know come from where - sounds like she's having sorethroat or something, I don’t feel like this dinner is gonna be a romantic one. Zuzu also looks terpinga-pinga with such a loud a messy musics.
We forced ourselves to finish up everything (tak sedap gilaa..). Paid quite a big amount (langsung tak berbaloi), and went back home (this is our real paradise).

My advise is : don’t go there. Harap tempat jer cantik gila, tp makanan and service hampeh…

Wednesday, September 05, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 11:04 AM
PETUA MODEN

Learned from experience, I would like to share the petua-petua untuk memudahkan bersalin. Kebanyakannya adalah petua dr orang tua-tua, dan selebihnya petua yg aku rekacipta sendiri.

1. Banyakkan berdoa dan membaca al-quran masa tgh pregnant (solat toksah pesan la,dah mmg wajib).
2. Ambiklah supplement dan makan makanan berkhasiat secukupnya supaya kita cukup bertenaga untuk bersalin nanti. Kalau badan tak cukup khasiat dan lemah,mmg sakitnya lebih sikit.
3. Buat keja berat-berat sikit (Contohnya aku masa perut 7 bulan, sibuk mengangkat barang2 sbb pindah rumah. Dan bila dah tengah sarat 8 bulan lebih, dok alih katil dan ubah susun atur bilik sorang2 masa laki aku pi lepak kat kedai kopi – baguskan? Setakat panjat2 ubah kain langsir dan paku dinding tu kira perkara biasa la tu..)
4. Jgn takut/malas2 nak bergerak.lg byk gerak lg baik (since umah aku dekat dengan Ikea, Ikano, The Curve, One Utama, Tesco, di sinilah tempat aku merayau-rayau. Actually tak beli apa pun tp saja je jalan dari hujung entrance ni sampai ke hujung nu.)
5. Jgn terlalu manjakan diri (especially for the first time preggers. Selalunya masa ni lah suami n keluarga nak tunjuk sayang yg teramat sgt. Biasanya tak boleh buat itu tak boleh buat ini. Mmg lah kdg2 kita rasa penat, letih dan tak larat. Tp kalau boleh jgn la terlalu mengambil kesempatan nak bermalas-malasan. Buatlah semua kerja-kerja rumah spt memasak,membasuh,mengemas dsb hingga ke hari-hari terakhir. Aku masih ingat malam sebelum bersalin tu aku dok masak mee goreng.Dan hari sebelum bersalin tu jugak aku still naik moto pi keja,melambung2 perut bila tayar masuk lubang.)
6. Makan je apa2 yg rasa nak makan (takdak pantang larang nak makan apa masa ngandung nih.ada org kata takleh makan kicap,takleh minum kopi,minum air soya tapi bukan yg dalam kotak mesti yg segar, takleh mkn nenas, takleh minum ais etc. kalau semua takleh mana nak dapat nutrient yg cukup betul tak. So aku lantak ja telan apa yg ada. Kalau setakat kicap tu taktau la berapa botoi dah habis. Alhamdulillah..anak aku boleh dikatakan putih la jugak...)
7. kalau boleh, dapatkan air/minyak selusuh, diminum/makan dengan nasik/ disapu pd perut masa perut 7 bulan. Insya Allah...mudah proses bersalin nanti (sesapa nak air/minyak ni cakap le sbb tok wan aku mmg tukang buat minyak ni. Bleh order free of charge)
8. Doa masa nak bersalin “Lailahailla anta subhanakainni kuntuminadzzalimin” (Sebut tak henti-henti sejak mula rasa contraction sampailah dah nak push)
9. Mintak ampun dari ibu dan suami masa dekat2 nak bersalin tu (maklumlah masa awal2 pregnant mesti banyak nyusahkan diorang kan.biasa la pertukaran hormon...ada yg pening2,muntah2,demam2,dan ada jugak yg sampai lari dari rumah! Hahahaha...sapa tuu...Ampunkan ayg na abg...buat perangai masa ngandung dulu..hehehhe)

Sekian petua moden dari saya. Saya bukanlah nak berlagak pandai atau besar kepala, tapi itulah apa yg saya lakukan dan saya dapati kesan/hasilnya amat memuaskan. Alhamdulillah...cuma 2 jam dalam labour room, dapatlah seketoi budak gemok bernama Zuzu....

Tuesday, September 04, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 2:20 PM
ANTARA TOK KUNING DAN TAMAN IRA

I feel very tired now. Just arrived from kampung at 6 o’clock this morning, took a short nap and rushed to work. Phewww.....
Sampai je ofis dah ada meeting yg sedia menunggu. Letih gila. Aku rasa adalah dalam 1/10 drpd input perbincangan tu yg masuk dalam hotak. Yg lain2 tu ntah melayang ke mana, maybe ke alam maya kot. Aku betul2 ngantuk dan blur hari ni. Bila boss aku mintak opinion pun aku bg jawapan ntah hapa2. Tak senonoh betul.
Aku sebenaqnya tak kisah sangat dengan penat letih balik dari kampung ni. Tapi apa yg aku nak luahkan di sini ialah ketensionan aku semasa berada di kampung. Ok, mesti ramai yg selalu dengaq org kata kalau kahwin dengan org lain-lain negeri, nanti mesti selalu gaduh masa nak balik raya. Dan biasanya kita akan dengaq perbualan seperti ini ;

“Suami awak orang mana?”
“Orang Perlis jugak..”
“Ohhh...satu negeri...senang la nak balik kampung ek.Takyah berebut-rebut..”

Hahaha...aku kan kalau orang cakap mcm ni, dah taktau nak jawap apa. Amat salah sekali persepsi org itu. nampaknya org itu tak tahu kalau kahwin org satu negeri, perebutannya lagi hebat. Ini semua berdasarkan pengalaman aku yg tak habis-habis bergaduh dengan Amet setiap kali balik kampung. Sampai kadang-kadang aku rasa mcm takmau balik dah sampai bila-bila. Sejak dari aku baru kahwin, sampailah sekarang dah ada Zuzu,keadaan masih tak berubah. kedua-dua keluarga berebut2 nak mintak balik umah masing2.bila sampai ja kat sempadan Kedah-Perlis, sure sakit kepala aku memikir nak balik ke mana dulu.

Kalau aku balik rumah Amet dulu, tak lama pastu mesti dpat SMS mak/ayah aku “Bila nak balik sini. Kami dah lama tunggu ni. Mak dah ambik cuti sbb nak tunggu tengok cucu.”

Pastu bila dah balik rumah aku, dapat plak call dari mak/ayah mertua aku “Jom kita keluaq pi makan ikan bakaq kat kuala perlis.Kalau boleh malam ni jugak sbb kami dh janji dgn adik.”

And things like that lah yg membuatkan aku sentiasa rasa serba salah. Baru duduk kat rumah ni org nu panggil, baru dok rumah nu, org ni panggil.

So bila aku balik kampung, aku akan jadi keletihan yg amat sangat. Dan yg paling aku tak suka, aku dan Amet mesti bergaduh.

Walaupun kami selalu buat schedule siap-siap sebelum bertolak balik, tp bila sampai kat kampung schedule tu bleh buang kat longkang ja. Semua plan kami pasti akan dimusnahkan oleh interruption dari kedua-dua pihak. Contohnya masa kami plan nak dok Tok Kuning, ada jemputan kenduri plak kat keluarga Amet di Jitra. Masa tengah gebang-gebang kat Taman Ira, tok aku plak suruh pi rumah dia. Macam tu lah setiap kali balik, tak pernah puas hati. Orang nu buat ayat sedih, orang ni buat merajuk. Last-last yg gaduh, yg nangis, akuuu jugak.

Kadang2 aku rasa betul2 sakit hati, geram,marah dan menyampah nak balik. Maybe aku pun patut buat macam orang lain yg keras hati, balik kampung cuma setahun sekali. To be considered……
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez