AIN ZULAIKHA AZMIR
Macam biasa aku bangun pagi, mandi dan terus gosok baju nak pi keja. Tapi tiba2 dapat SMS dari mak aku suruh bawak adik aku pi sepital sebab dia demam teruk,muntah dan cirit birit sampai dah lembek. Actually malam semalam aku dah bawak dia pi PPUM. Ingatkan dah OK,rupa2nya makin teruk pulak. So aku decide to call ofis and tell them aku on emergency leave. Bila aku masuk dalam bilik adik aku untuk ajak dia ke sepital,tengok2 dia dok tidoq lagi. Maybe keletihan sangat sbb dehydrated kot. So aku ingat baik jugak kalau aku pi buat check up perut dulu kat klinik. Lagipun mmg aku supposed to go on Monday, tp aku malas nak pi. But since petang semalam aku ada rasa senak2 sikit, aku ingat baik jugak aku pi klinik.
Aku kejut amet dan mintak kalau buleh dia pun ambik EL jugak sbb takut aku tak larat nak uruskan adik aku sorang2 nanti. So dia pun call ofis dan ambik EL. Since dia pun cuti, aku ajak la dia temankan aku pi klinik dulu.
Sampai kat klinik, nurse tu pun ambik BP dan test urine cam biasa. Tapi bila tengok result dia kata BP aku ni lebih tinggi lak drpd biasa. Dia Tanya kalau2 aku ada rasa apa2 mcm pening ka, kabur penglihatan ka,kot2 PE (preeclampsia). Aku kata pening tu takdak, tp ada la rasa mcm senak perut sikit2. so nurse tu advise suruh aku jumpa doctor.
Bila masuk bilik doctor, dia kata dia nak cek tengok ‘kat bawah’. Dan alangkah terkejutnya bila tetiba doctor tu kata “Emm… you dah siap beg baju utk ke sepital tak? I think you better go now sbb actually you dah open 3 cm, and even dah ada blood show pun haa…” sambil jarinya yg berlumuran darah tu ditunjukkan kat aku.
So aku pun keluar dan dgn muka slamber cakap kat amet “Abg, doctor suruh pi sepital. Dia kata ayg dah nak bersalin.”
And amet was so blur, mcm tak percaya “Eh ayg jgn la buat lawak. Betoi ka ni.”
“Betoi…jom kita balik ambik beg baju.”
Sampai di rumah, aku call mak sedara aku yg dok kat Sg Buloh supaya tolong bawak adik aku ke sepital sbb takut kalau amet tak bleh coupe kalau bawak kami dua2 sekaligus.
Then aku tukar baju,dan siapkan barang2 utk dibawak ke sepital. Sebelum keluar rumah aku sempat lagi ambik gambaq saat2 terakhir perut aku yg besar tu. Lepas ni dah nak kempis dah…
On the way ke sepital aku still tak rasa apa2, so aku still tak percaya yang aku ni tengah dalam perjalan nak pi wad bersalin. Aku menyanyi lagu Biru Mata Hitamku mengikut radio Era. Amet pun drive relax ja,tadak pecut2 mcm ambulan.Bila sampai kat sepital, aku ajak Amet pi café dulu, nak makan.tapi malangnya kat café tu takdak makanan yg menyelerakan so aku just minum teh ais dan roti.
Sudah makan,kami pun berjalan masuk ke wad bersalin tu. Bila sampai kat kaunter,nurse tu Tanya “Kamu datang untuk apa? Nak bersalin ke?” maybe dia musykil sbb tengok aku dok berlenggang2 membawa perut besaq tu sambil dok ralit berSMS dgn henfon. Habis register kami pun dibawa masuk ke bilik doctor utk mengesahkan sekali lagi sama ada aku ni mmg dah nak bersalin.
Doktor pun sekali lagi seluk kat dalam ‘toot’ “Hmm.. dah buka 4cm. oklah nanti saya mintak nurse bawak awak masuk wad.”
Lebih kurang pukul 2.00 ptg aku pun masuk ke wad dan disuruh berehat kat situ. Tapi sebaik sahaja aku nak baring2 atas katil tu aku mula rasa senak. Mula2 sikit2 dan sekali sekala ja. Bila budak2 trainee nurse tu dating pun aku still bleh buat lawak sambil gelak2 lagi dgn depa. Tapi lama2 makin sakit dan makin sakit. Menangis nangis jugak la sakitnya. Hehehe….pusing sana pusing sini,sat baring sat duduk semua tak kena.
Nurse2 kat situ asyik mai dok pujuk aku “Sabarla…nak bersalin mmg sakit. Awak kena tahan sikit. Ini baru buka 4cm, taktau berapa jam lagi baru nak bukak habis. Kalau kami bawak awak ke labour room pun takde apa yg boleh dibuat. Lagipun kalau dah masuk sana awak takleh makan minum dah.kalau 8 jam awak tak bersalin, 8 jam jugaklah awak takleh makan minum. Baik awak dok sini..” Dalam kepala aku terbayang2 kalau lah 8 jam lagi aku kena dok tahan kesakitan tahap melampau mcm ni, mau banjir hospital ni. Sakit gila ooo masa ni. Tak sangka, baru beberapa jam tadi aku dok happy2, ni tetiba ja bleh rasa sakit gila.
Tak lama pastu ada doctor datang dan aku dengaq dia cakap “I think we better bring her to the labour room now.”
So dalam pukul 5.00 ptg aku dimasukkan ke labour room. Masa dalam ni kesakitan aku makin bertambah disebabkan oleh contraction yg semakin kerap. Nurse suruh aku tarik nafas dalam2 bila rasa terlalu sakit. Tapi aku dah tak sedaq sama ada aku tarik nafas, atau tidak. Yg pasti dalam hati aku tak habis2 berdoa semoga aku cepat2 bersalin. Amet yg dok kat sebelah cuma mampu tengok ja. Masa ni aku mmg dah tak bagi dia nak usap2 aku, atau nak pegang tangan aku. Habis aku tolak tangan dia sbb aku rasa terlalu sakit sampai takleh ada sesapa pun yg sentuh aku.
Tak lama lepas tu doctor mai utk pecahkan water bag aku. Masa lepas water bag pecah ni, kesakitannya makin bertambah2. aku rasa mcm seluruh isi perut aku bergegar2. aku rasa baby aku menolak2 dengan kuat nak keluaq. Aku rasa mcm lubang depan dan belakang aku nak pecah sangat2. aku rasa mcm aku dah tak tertahan sangat2. aku rasa ada air yg membuak2 keluaq kat bawah sana.aku meraung dan menangis tak henti2.
Tak lama pastu nurse mai “ Haa.. dah effaced ni. Dah 8cm dah pun. Nanti kalau awak rasa dah nak teran panggil saya ye”
Lepas nurse keluaq tetiba aku rasa mcm perut aku berkocak kocak dengan kuat dan mcm ada sesuatu benda yg besaq dan berat menolak2 kat bawah tu. Aku menjerit “Abg!!!! Cepat panggil nurse…dah nak keluaq ni!!!!”
Lebih kurang pukul 6.50 pm aku stat meneran. Tapi tak menjadi sbb ni first time so aku tak pandai nak meneran. Nurse tu tak habis2 pulun “Teran lagi, kuat…sikit lagi ni. Jangan nangis, teran je. Kalau awak tak teran betul2 nanti baby awak lemas. Ni kepala dia dah keluar sikit ni. Bak sini tangan awak tu” Sambil tu dia capai tangan aku dan letak kat hujung kepala baby yg dan terkeluar sikit kat bawah tu.Tangan aku dapat merasa rambut2 yg basah dgn darah, tapi malangnya disebabkan aku tak kuat teran,kepala baby termasuk balik dalam perut.
Amet pun tak habis2 dok support “Ibu, teran lagi ibu…kuat2!! Tu dah nampak kepala baby tu. Sikit ja lagi. Cepat ibu, kesian kat baby”
Lama kelamaan aku rasa nurse tu pun dah tension. So dia panggil sorang lg nurse utk tolong.Nurse ni mcm ganas sikit. Sampai ja dia terus tekan perut aku. Nasib baik la masa ni aku pun terasa nak meneran sekuat2 hati. Aku tarik nafas dalam2 dan teran kuat2….tetiba aku rasa ada seketoi benda besaq keluaq dari lubang bawah tu. Tengok2 ja baby aku dah ada kat celah kangkang aku. Hahahha…terus hilang semua rasa sakit tadi. Betoi..dah tak rasa langsung dah sakit tu. macam magic ja.
Aku n Amet telah dikurniakan seorang baby girl pada jam 7.16 pm.Aku senyum ja tengok baby yg diletakkan atas dada aku. Kalau ikut hati aku nak gelak kuat2 sbb happy sgt. Tapi takut nurse tu lari plak. Best gila…mcm tak caya baby aku yg keluaq ni. Hehehe….sekianlah cerita mcmana aku bersalin.
Masa sakit tu rasa mcm inilah kali terakir aku nak beranak. Tapi bila baby keluaq ja,rasa macam best jugak bersalin nih. Hehehe….bleh la tambah sorang dua lagi pasnih.
Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah…
Thursday, June 28, 2007
Thursday, June 14, 2007
KAKI
Hmmm..kaki aku dah makin membengkak dan membesar. Macam belon yg ditiup sampai nak pecah. Nampak berkilat-kilat. Kadang2 tengok mcm kelakar. Kadang2 mcm geram. Dan kadang2 sedih.
Kasut aku semua dah tak muat nak pakai. Habis dah aku korek2 kotak kasut yg lama2. Still tak dapat masuk gak kaki gajah ni. Last2 jumpa kasut adik aku yg saiz 8, yg dah hampir rabak, yg dah memang dia confirm nak buang - aku ambik, aku letak selofan tape kat mana2 yg patut, dan itulah yg aku pakai pi ofis sekarang ni.
Kenapa tak beli kasut baru?
Nak makan pun dok bilang duit syiling, inikan pulak nak hulur RM10 (at least) untuk pelapik kaki?
Sabar ya kaki. Bila aku dah kaya nanti, aku lapikkan kau dengan Scholl. Biar kau tidak letih membawa aku ke sana sini.

Wednesday, June 13, 2007
DUIT DUIT....
Hai...susahnya bekerja di kalangan orang kaya2ni. Diorang ni bila2 masa ja bleh mintak duit. Aku tau semua ni company requirement, sbb tu depa bagi gaji besaq. Contohnya hari ni, depa mintak kami semua bayaq untuk company’s sweater. Sorang RM64.00 which I think very fair and just a small amount to everybody, but me. And they might simply ask to pay about RM50 per person for company’s outing/activity every month. And they’ll ask to go out for ladies day’s lunch (once a month) at expensive restaurants which I never stepped in before (but this one ok as it is under HR/Admin budget). And they asked to share on buying birthday gift worth few hundreds for one person despite whatever position she/he is (bayangkan kalau sebulan ada 3 orang celebrate bday?)
Actually nak kata depa kaya sangat pun dak jugak (sbb gaji semua lebih kurang sama ja). Tapi maybe depa takdak banyak hutang mcm aku kot. Aku mengaku aku mmmg byk hutang – kad keras la,PTPTpu la, kereta la,dan mcm2 lagi. Aku ni lebih separuh gaji memang guna untuk bayaq hutang ja. Yang lebih sikit2 lagi tu lah nak buat bayaq sewa rumah,mana dengan nak beranak lagi,nak beli barang baby lagi,nak makan lagi,nak bayaq bil,dan itu dan ini.semuanya cukup2 takat nak hidup ja. So mcmana la aku nak memenuhi permintaan depa tu?
Henfon aku dah kena bar hampir sebulan. Tapi aku takleh buat apa2 tanpa duit. Dan sebenaqnya bil aku cuma bernilai RM85.00 dan aku masih tidak mampu! Oh...sadisnya kan? Dan bayangkanlah jika aku tetiba sakit nak terberanak kat tengah jalan,agaknya mcamana la aku nak call orang? Tapi call 911 free kan?
Baju dan barang2 baby pun aku beli ala kadar ja. Itupun kalau ikutkan hati aku nak beli dalam sehelai dua ja. Kalau tak cukup baju, aku ingat nak balut ja dengan kain batik. Tapi adik aku yg beriya-iya sangat nak beli sampai 4 – 5 pasang. Dia kata kesian kat budak tu. Ini bukan masalah kesian atau tidak. Masalahnya aku tak cukup duit dah cik oi.Kain napkin dan barut aku dah kutip dari mak aku (yang adik beradik aku pakai turun-temurun). Kalau nak diikutkan plan asal, tilam baby tu aku cuma nak guna TOTO yg ada kat umah ja. Tapi mak aku pulak dok suruh beli. Terpaksalah aku beli gak. Tapi itu pun aku cuma beli tilam cap siam kat padang besaq ja. Takdakla baby aku nak merasa barang2 berjenama BebeHomes ke hapa. Kalau nak jugak,esok dah besaq hang beli sendiri. Hahaha…
Untuk barang2 aku pun aku cuma beli maternity pad ja. Itupun yg 10 keping punya, just enough to cover masa kat sepital. Kalau nak kira betul2, banyak lagi barang yg aku perlukan – pam susu, stoking, maternity bra, breast pad, dan few things lagi lah. Itupun ubat bersalin aku tak beli lagi. Hopefully sempat la tunggu next gaji utk beli ubat-ubatan. Otherwise, biaq ja lah urat2 aku mengembang dan membengkak.
Hari tu mak mentua aku mai, dia advise suruh beli flask ayaq panas. Terpaksa jugak aku pi beli. Itupun setelah aku mengajukan satu soklan bodoh “Err..mesti kena beli ka flask ayaq ni mak?” And the answer is “Ya, mesti. Sebab nanti takleh minum ayaq sejuk dah.”
Kalau orang tengok slip gaji aku, mesti orang tak percaya cerita2 ni semua. Tapi percayalah, aku terpaksa pikir dua tiga belas kali cuma untuk sebijik McChicken, iaitu burger yg paling murah kat McD.
Hari ni ialah birthday seorang ofismate, dan diorang semua telah mengajak aku untuk makan kat restoran. Tapi aku menolak dengan alasan terpaksa berjumpa dengan seorang kawan lama yg datang dari jauh. Padahal aku tak jumpa sapa2, dan cuma minum teh, dengan sekeping biskut wafer yg aku jumpa dari pantry, kerana, di dalam purse aku cuma ada RM1.48…..
Cerita ini bukanlah untuk memohon simpati daripada mana2 pihak (terutama pihak BersamaMu TV3), tetapi sebagai AMARAN untuk semua rakan2 dan pembaca, agar mengguna dan menguruskan wang (ketika senang) dengan sebaik mungkin. Banyakkan menyimpan, kurangkan berhutang. Sekian, peringatan untuk semua dan diri sendiri.

Subscribe to:
Comments (Atom)