Friday, March 23, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 12:20 PM
GELI ISK GELILAH!

Saya bangun pada pukul 4 pg semalam untuk kencing. Dengan mata separuh terbuka saya membuka paip.Tiba-tiba mata micro saya terpandang sesuatu di sebelah kepala paip itu. Bukan hantulah! Tapi seekor haiwan/hidupan mini yg amat menggelikan.Cukup untuk membuatkan kencing saya tidak mahu keluar. Saya mencampak getah paip dan berlari keluar dari tandas.

Saya kembali untuk tidur. Tapi saya tidak boleh.Saya terfikir mahu menSMS adik saya di USM tentang haiwan ini (kerana dia orang pertama yg menemuinya di rumah ini beberapa minggu yg lalu).Tapi saya sangat kegelian hingga tidak mampu utk memegang henfon.

Saya terus tidak boleh tidur.Saya menjauhkan bantal dari dinding kerana takut haiwan itu ada di dinding tempat saya tidur.Saya mencampak selimut jauh-jauh kerana takut dia berada di selimut saya.Saya mengibas-ngibas tilam kerana risau dia terjatuh di situ.Saya membuka lampu dan melihat sekeliling dinding,atas lantai,atas baju dan semuanya.Saya betul2 kegelian.Saya tutup pusat saya supaya baby saya tidak melihat haiwan itu.Akhirnya saya terlelap,tapi ditemani mimpi tentang haiwan itu.Tahi!!!! (Shit!!!!)

Haiwan itu rupanya begini : Ia sangat kecil,bersaiz lebih kurang 3-5mm,berbentuk oval,dengan bahagian tengahnya agak kembang,berwarna kelabu dengan sedikit titik-titik,dan di hujungnya keluar satu kepala berbentuk seperti cacing/ulat halus berwarna hitam.Yucksss!!!! Mendescribe ciri-cirinya di entri ini sudah cukup membuatkan tekak saya meremang.

Pagi ini saya bangun dan perut saya berasa sangat sakit (saya mahu buang air besar).Saya kejutkan Amet supaya pergi membuang haiwan itu dengan segera.Tapi dia memang sangat malas untuk bangun pagi. Dia suruh saya menangis dulu,peluk dulu,merengek dulu,barulah dia membuang haiwan itu.Namun begitu,semasa melepaskan hajat,saya masih berasa tidak selesa dan takut kalau-kalau haiwan itu masih wujud.Saya fikir saya tidak membuang saki baki perut saya sehabis-habisnya.Laluan saya merasa tertutup kerana badan saya terlalu tertekan.Mata saya tak henti-henti melilau ke kiri kanan atas dan bawah.

Sehingga waktu ini saya masih belum mandi kerana rasa kegelian itu masih belum hilang.Tambahan pula lampu bilik mandi saya sudah rosak, dan saya tidak dapt melihat apa sebenanya yg ada di dalamnya.

Saya juga tidak bersandar ke dinding semasa menonton TV hari ini kerana hati saya tidak berasa yakin.Saya betul-betul takut.Saya betul-betul geli.

Saya juga tidak lalu hendak makan hari ini.Saya fikir sebentar lagi saya mahu keluar dan makan di mana-mana.Tapi dalam kepala saya sudah berfantasi terlalu jauh ---> Bagaimana kalau kedai-kedai makan itu juga ada haiwan seperti ini? Bagaimana kalau haiwan-haiwan itu jatuh ke dalam perkakas mereka tanpa disedari?

Saya tidak mahu makan.Saya juga tidak mahu tinggal dalam rumah ini.Saya geli.

Sudah sepagian saya menelek laman-laman web yg mengiklankan rumah.Saya mahu berpindah dengan segera.Saya sudah tidak tahan lagi hidup dalam ketakutan seperti ini.Saya lebih rela berhadapan dengan harimau atau singa.Tapi saya betul-betul benci pada hidupan mikrob dan juga haiwan yg "diam". Contohnya seperti cacing,lintah,pacat,ulat dan sekaumnya.Kerana mereka ini tidak berbunyi dan tiada isyarat untuk menggigit kita.Tiba-tiba saja sudah melekat di kaki menghisap darah.Saya betul-betul benci pada haiwan jenis ini ---> mereka tidak meminta,tapi mendatangi dalam senyap.

Sebenarnya ia bukan satu yg ada di dalam rumah ini. Sejak adik saya datang, kami sudah menemui beberapa ekor dan membuangnya.Kemudian selang beberapa kami menemuinya lagi.Ia seakan-akan tidak akan pernah habis.Saya tidak ada idea bagaimana ia datang,wujud atau membiak.Ia melekat di dinding-dinding dan pintu.

Sebelum ini (dan sehingga kini), perabot-perabot kayu di rumah saya diserang kulat seolah-olah 'white fungus'.Saya terpaksa saban minggu mencucinya.Tapi yg ini saya kurang geli kerana sekurang-kurangnya saya tahu ia tumbuhan,fungus,yg tidak akan merayap ke mana-mana.

Tapi haiwan yg baru muncul ini...dengan rupanya yg jelik..dengan identitinya yg tidak diketahui...saya menjadi sangat benci!!!! Ia sangat misteri. Ia sangat unidentified.

Saya berfikir,gaji bulan ini saya mahu memberi duit muka untuk menyewa rumah baru.Saya betul-betul sudah tekad.Saya tidak kisah untuk mengangkut dan mengemas barang dengan perut yg sarat.Asalkan saya dapat tinggal tanpa was-was.

P/S : Amet,tolong luluskan permintaan saya yg satu ini ya.

Tuesday, March 06, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 10:51 AM
FACT OF LIFE

Sometime God is giving something BIG , sometime He also takes back something BIG.
He is just doing fair - especially for somebody who always leave Him behind.
Dont be angry to God, dont be angry to yourself, but change and improve.
Life is a very long journey.
There's a lot that we've learnt. There's a lot we are learning.There's still a lot we need to learn.
Alhamdulillah....Thank You God for giving me a LIFE to learn.

Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. – (Surah al-Insyirah, ayat 6)

Saturday, March 03, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 10:16 AM
PREGANCY DICTIONARY

afterbirth- when the hard part begins

cravings- an excuse to gluttonize your way through pregnancy

dilation- one of those things a pregnant woman has to take her doctor's wordfor

elastiphobia- fear of making it into the Guinness Book of World Records for"Most Stretch Marks"

first trimester- the first three months of pregnancy when you wonder, "Is ittoo late to hire a surrogate mother?"

maternity clothes- what a pregnant woman wears to show people there's areason she's fat

miracle- 1. the birth of a baby 2. The fact that you lived to tell about it

obstetrician- the doctor who tells you you're doing fine when you thinkyou're caught in the jaws of death

pregnant pause- the amount of time it takes for a nine-month pregnant womanto get out of a chair

prenatal- when your life was still your own

pushing- the final effort to get a ten-pound baby through an opening thesize of a dime

second trimester- the time when you ask the question, "Will my husbandnotice if I eat this gallon of ice cream and side of beefbefore he gets home?"

third trimester- the final months of pregnancy when you wonder, "How muchlonger can I keep from waddling?"

This joke was supplied by Laughzone.com !

Friday, March 02, 2007

PotPet dari Yue Yusof at 11:43 AM
NOT FAIR & NOT SQUARE


Hai...susah...susah...serba tak kena aku dengan Cerebos ni. Maybe i've never mentioned before yg aku keja kat sini sebenarnya just on contract basis sbb nak assist ex-boss aku yg tengah maternity leave. So mengikut perjanjian yg telah ditangani aku hanya perlu bekerja apabila diperlukan. Maksudnya aku boleh datang bila-bila masa, pukul berapa yg aku suka,dan boleh jugak bercuti bila-bila masa yg aku suka; provided keja aku siap.

Memandangkan keadaan yg agak flexible itu jugak, mereka berjanji utk membayar aku dengan bayaran yg agak 'longgar'. Maksudnya gaji aku cuma seciput miut. Dan aku setuju untuk dibayar sedikit dengan syarat keja aku jugak cuma sedikit.

Tapi apa yg aku tak puas hati sekarang ni, aku rasa aku dah keja mengalahkan manager.

1. Suatu hari ketika aku bercadang utk berehat di rumah (sbb aku confirm dh takde keja nak buat), salah seorang staf telah menelefon aku dan meminta aku segera ke ofis sbb ada pegawai Jakim datang utk inspection.Aku suruh dia layan dan tunjuk je apa-apa dokumen yg Jakim mintak. Aku yakin diorang tu tak akan lama. Biasanya diorang ni datang buat eksyen je lebih, saja nak bg org takut la konon.Tapi budak ni still insist nak jugak aku dtg sbb dia masih baru.Terpaksa la aku pergi jugak ofis. Bila aku sampai,org Jakim tu cuma tanya itu ini sikit2,buat-buat pandai (tp nasib baik aku lg pandai),pastu dlm 15 minit diorang pun blah.Huh...buat membazir minyak keta aku ja.Dah la sakit hati melayan diorang ni - konon nak suruh org buat on-line application.Tp on the same time, nak jugak suruh apply secara manual.Pegawai tu kata utk mengelakkan drpd kehilangan data.Haahahahaa...lawak bodoh betoi la...Kuno!!!! Apa hangpa ingat aku byk masa sgt nak buat dua keja utk satu benda? Isk isk isk...encik....kalau nak buat on-line,buat la betul-betul.Kalau masih tak mampu,dan tak berkebolehan,buat je lah cara manual.Hangin aku...hangin....

2. Aku terpaksa arrange satu meeting between a supplier from Singapore dgn manufacturer from Batu Caves. Dan aku terpaksa dtg ofis setiap hari just utk check emails and phone calls from them.Dan diorang sgtlah susah utk dihubungi, dan jugak amat susah utk memberikan cuma satu tarikh yg diorang free utk meeting itu.Dan yg menjadi mangsanya ialah aku - duit aku yg seciput itu terpaksa dihabiskan utk mengisi minyak kereta semata-mata utk dtg baca email. Bullshitttt...

3. Aku juga merasa sangat, sangat, sangat geram apabila orang-orang kat sini selalu sgt tanya aku "Kau dtg keja pukul brpa hari ni,dtg lewat ek?". Atau begini "Eh,how come yesterday you tak dtg keja pun? Ponteng ek?" Atau juga begini "Eh, baru pukul 4 p.m. dah nak balik ke?". Dan jugak begini "Kau ni mcm biskut laa..sekejap ada sekejap takde.Boss tak ada kau main-main ek."
Pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian, semasa boss ada pun saya tak akan segan silu untuk datang lewat balik awal, atau tidak datang langsung sbb saya mmg telah diarahkan untuk berbuat begitu. Jangan sampai saya sumbat mulut tu dengan periuk ayam nie....Geramnyaaa!!!!!!!!!

4. Sampai hari ni, gaji aku yg cuma separuh dari gaji operator tu,still tak masuk-masuk lagi. Aku dah empat lima kali call HR tp dia kata big boss outstation, so takde sapa nak sign cheque tu.Dia kata lg diorang akan balik next Monday,kalau sempat diorang akan sign.Kalau tidak aku kena tunggu lagi dan lagi dan lagi....Haaaa..bagus sgt lah kalau mcm tu....Jgn harap la aku nak dtg ofis minggu depan. Aku dah takdak duit nak isi myk la mangkok...!!!

5. Memandangkan aku dah lama meninggalkan company ni, so bila aku dtg balik, of course lah aku dtg dgn a new style (actually takdakla beza sgt cuma ada la beberapa helai baju baru). So makcik-makcik kat sini mulalah menyibuk - tanya aku mana kau beli baju ni, berapa ringgit, jenis apa. Malah ada yg sampai dah tertahan tangan tu, terus menyelak leher baju aku sbb nak tengok brand/label. Isk isk isk...makcik tolonglah...makcik-makcik jgn haraplah dapat pakai baju mcm saya ni. Baju-baju saya ni semua mahai....takdak kat Malaysia ni. Ni semua imported punya... (Made in Thailand). Hiiiiiiiii.......sakit betoilah hati aku.

6. Terpaksa layan sorang manager yg begitu kelam kabut dan tak tahu apa-apa. Semua benda dia confuse. Org cakap lain dia fikir lain. Orang tanya lain dia jawab lain. Sedangkan dokumen yg dibelek tiap-tiap hari pun dia masih tak sedar lagi benda tu dah lama wujud.Bila dia tanya, aku jawab.Pastu tanya lagi sbb tak paham-paham samapi sudah.Aku mmg heran mcmana dia ni bleh jadik manager. Dah la kelam kabut mcm ribut,keja tak organized,pastu ntah hapa hapa lah dia ni.Bluurrrrr...........

Memandangkan keadaan begitu genting sekali, aku dah tak sabar2 nak bg notice berenti.Aku akan berhenti sebulan lebih awal drpd contract itu.Kalau mengikut hati yg kejam,aku mcm nak bernti hari ni jgk.Tp nasib baik ada lg separuh hati aku yg baik.Kesian jgk kt boss aku yg tgh confinement tu. Dengan membantu dia ni,aku harap-harap masa aku bersalin nanti,aku pun dpt bercuti dgn senang hati jgk.
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez