Friday, July 28, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 10:28 AM
TOWARDS THE END

Petang semalam ada sessi presentation QCC. Ada 5 group, aku salah seorang dari group ke-5. Kami namakan "The Seekers" - sebab kumpulan kami memang terlalu misteri - sampaikan tajuk perbincangan/masalah pun kami tak dapat nak kenalpasti.

Dan antara semua presentation - kumpulan kami yang paling teruk - tak kira dari segi isi kandungan,analysis,action plan mahupun rekabentuk slide itu sendiri (ini memang komen dari para juri a.k.a bos-bos besar yg hadir).

Dan pereka presentation slide itu ialah aku. Aku memang dah lama sedar, sejak 2-3 minggu sebelum hari semalam, aku memang dah tahu yg slide itu tidak sempurna dan terlalu simple.

Untuk "Fish Bone Analysis" aku cuma lukis garis-garisan yg biasa,tanpa warna terang benderang dan statik, sedangkan kumpulan lain meletakkan gambar ikan animasi, atau sekurang2nya ikan 2D.Untuk aku,kepala ikan itu cuma dilukis dengan kotak segitiga.Aku bukan tiada masa untuk cari gambar 3D,aku bukan tak creative utk buat slide cantik-cantik, tapi aku rimas tengok presentation slide yg berwarna-warni dan bergerak-gerak penuh dengan kartun dan hiasan belon-belon mcm kat party.

Kita nak bincang perkara serius - membabitkan pengeluaran,untung rugi dan kewangan syarikat.Ini bukan presentation Geografi Tingkatan 3 "Kajian di Kawasan Tempat Tinggal Saya". Aku rasa juri tak adil - menganalisa dari segi kecantikan semata.Tak kisah syarikat rugi,asalkan slide dan org yg present tu penuh warna-warni dgn mekap murahan. Biar "Action Plan" kumpulan itu tak efektif, asalkan pandai cakap putar belit,juri terperangkap dan tepukan gemuruh kedengaran. Uwwekkk..!!!

P/S : Aku memang suka benda yg ringkas, shortcut dan cepat - Itu aku. Orang lain mungkin lain. Contohnya : Ada orang lebih suka panggil "Seluar penda" instead of "Spenda" (Cepat angkat tangan sapa org yg dimaksudkan ni)

Selepas sesi QCC itu, Ezani berjumpa dengan aku.Dia juga "The Seekers".Dia menggelabah bila kumpulan kami mendapat banyak komen,kritikan dan kutukan.

(Mainkan muzik paling sayu dan sadis...)

Ezani : Awak...apsal la awak nak berenti cepat sangat? Nih semua pembetulan kat slide ni sapa nak buat? Komen-komen juri tadi sapa nak improve? Saya dah la tak pandai buat benda2 slide alah nie...

Aku : Alaa..awak mintak tolongla org lain.Zana ke, Siew Fah ke...

Ezani : Tapi diorang tak sama kumpulan dgn kita...Lagipun tak sama kepala dgn saya..Awak je yg boleh paham dan keja dgn saya selama ni..

Aku : Ya la.Saya pun suka sangat keja dgn awak.Tapi apa nak buat saya dh tak tahan nak tunggu kat sini lagi. Walaupun awak best,tp company ni tak best.

Ezani : Awak...jgn la berenti lagi.Tunggu la dulu...Saya mesti rindu kat awak nanti tau..Mesti saya rindu punyalah.Dah takde dah saya nak ngusik Yus...

Aku : Hmm..saya pun mesti rindu sangat nak dengar usikan awak..Dah la jgn cakap macam ni lagi.Saya sedih laa...Saya nangis kang aaaa...

Aku nangis - kat situ jugak.Depan dia.Tak malu!!!

Aku sedih ke nak berenti keja nih?

Wednesday, July 26, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 4:37 PM
Sememangnya memang dah lama gila aku tak keluar jalan-jalan bersuka ria like i used to do.Bukannya kerana status seorang isteri yang menjadi penghalang, tapi kerana status kewangan yang membataskan pergerakan. Duit cukup-cukup untuk isi minyak keta pi kerja dan balik kerja ja.

Alhamdulillah, since semalam is the paycheque day, so i took the time to free myself from the boredom i've suffered for few weeks.

At first, aku ingat nak masak special sikit for the dinner. Tapi amet suggest to makan luar sebab dah bosan gila menghadap pinggan kat umah sendiri. Aku pun memang agree sangat lah. Tapi bila dah balik keja, aku tidoq,dia tidoq, last2 aku cuma masak 2 bungkus Maggi Curry instead of special dishes or makan luar.Padan muka!

And then suddenly at about 10 p.m. aku tetiba ja ter'suggest' ajak dia gi tengok movie. Aku rasa macam dah lupa macam mana nak beli tiket wayang sebab memang dah lama gila tak pi tengok wayang nih. So he agreed and we speed off to TGV One Utama (7 minit ja dari umah aku - bangga gilaaa...).

Since i am a big fan of Sandra Bullock & Keanu Reeves, i chose to watch The Lake House (aku tau dia tak berapa minat,tapi tak kisahla aku yg belanja). The show was at 11.10 p.m.(wooo~~~~ dah lama gila aku tak keluaq lewat2 malam macam nie..)

Well, it is a romantic-fantasy story (sebenarnya takdelah best sangat - too slow). Tapi aku memang betoi2 suka tengok mukanya si Sandra Bullock (Dr. Foster) ni.Dia memang nampak sangat~sangat natural, beautiful, and graceful. Mata dia cantik gila...bulu mata melentik dengan hujung mata yg tajam dan ayu, tapi pandangan dia sangat lembut dan manja.

Aaahhhhh........tenang gila tengok muka dia.Pastu dengan blouse dia yang comel~comel, dressing yang tak melampaui batas & very simple. I really love that part of her! And kulit muka dia nampak sangat licin even close up.Tanpa mekap yg tebal 2 inci macam iklan barang-barang kosmetik tempatan kat majalah Mingguan Wanita tu, dia memang betul2 membuatkan aku teruja! So, actually i didn't really watch the movie but in fact dok nganga je tengok muka Sandra Bullock tuh.

Kami balik umah around 1 o'clock in the morning, and thinking of eating a burger (or two). Tapi by that time really can't find a burger stall which is still operating - so we rushed to Se7en Eleven and got 2 cups of Instant Porridge and 2 sticks of chicken balls. Rasa macam zaman-zaman belajar dulu la plak - keluar sampai lewat malam,singgah makan kat Seven E, bestnyaa....

And then as the result of staying up (and berjoli sakan) last nite, pagi ni aku terjaga pukul 7.18 a.m. Aku dah lewat nak pi kejaa!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++


Ketumbit = Stye.
It's usually caused by your body trying to expell some toxins, and do it via the skin.

I got this on my right eye. It is painful, especially bila eyelid kita nak berkedip. Ouuchh...

Tuesday, July 25, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 8:06 AM
RESIGNATION NOTICE

At last i have made the decision. The letter has been submitted, and in fact, yesterday i have receive a reply "Acceptance of Resignation" from HR Dept. They have calculated my last salary for next month, asked me to return the company belongings (ok, kalau tak lupa) and a standard "Wish you success in your future" words.

Actually i still have 11.5 days of annual leave balance until August 06.So my last working day shall be on August 2nd, 2006. But after dipujuk rayu by my boss, i volunteerly will be working until Aug 16th. And of course they will convert the "annual leave" to the "money" (this is what i WANT!). Lagi pun i think that is the right time because the next day, off i will go to my hometown for my wedding reception which is on 20th .Hehehe...sounds like baik punya plan heh?

Well, everybody knew about it. But they keep asking me why, and where am i going. it's has been everyday since last week i hear "Eh, Yus ko dah dapat offer keja baru ek? Kat mana?Gaji lebih ek?"

And bila aku kata "Taklah, saya belum dapat keja.Saja je berenti. Nak rehat kejap." Barulah mata masing-masing terbelalak. And they really think i've married Bill Gates.Hahahaha....

And to my hubby, i deeply apologize because i keep hiding this for few days before telling you. Actually i have submitted the letter earlier than the day i told you. I AM SORRY OK? (Kena la aku lepas nie...)

Anyway, for the next careerwise, i really want to explore the totally different world ----
So keep counting the last day in Cerebos! Yeeehaaaa!!!!!!!!!!

(Actually nak letak banner factory ticker kat sini,tapi tak muat, so letak kat kat bawah sekali...)

Wednesday, July 19, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 12:25 PM
SITI NURHALIZA & DATO' K

Aku rasa aku dh penat membaca email2 yg berkaitan dengan depa berdua nih. Hari ini saja, aku dah dapat tak kurang dari 10 email berkaitan mereka, termasuk 3 kali email gambar anak Dato' K. Aku rasa, kisah mereka akan berlanjutan bukan sahaja sampai hari perkahwinan, tetapi sehingga mereka bercerai-berai. Percayalah.
Aku bukan peminat Siti Nurhaliza. Apatah lagi Dato' K.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

KERJAYA PILIHAN

Aku bekerja untuk cari makan, bukan kerana aku mempunyai pilihan. Aku sebenarnya tidak selalu dapat membuat banyak pilihan. Kebanyakan yang aku pilih adalah kerana terpaksa.

Aku terpaksa pilih kerjaya ini kerana aku perlukan uwang. Aku terpaksa pilih kerja di bahagian ini kerana aku berkelulusan itu. Aku terpaksa pilih kelulusan itu kerana aku tiada peluang untuk membuat pilihan di universiti.

Semua di atas bukan pilihan aku.

Keadaan semakin genting dan getir.Aku tidak pasti aku harus pilih yang mana.

a) Jika aku terus bekerja di sini :
Kepala aku akan terus-terusan sakit. Hati aku akan terus-terusan bengkak (bengkek). Jiwa aku akan terus-terusan kacau bilau.Bila aku balik rumah, muka aku akan terus-terusan masam, senyuman kelat, bad mood. Aku tak suka buat muka masam pada suami - ini derhaka. Tapi aku tiada pilihan. Bila fikiran sudah serabut, apa lagi yang dapat aku lakukan? Buat muka masam jer lah...Dan aku rasa tiap-tiap hari inilah yang aku buat. Ohh..dalam masa seminggu, sudah bertimbun derhaka aku pada dia?

b) Jika aku berhenti kerja :
Siapa pula yang nak tanggung makan pakai aku? Aku tak mahu bergantung pada dia. Aku pun tau kesian, dia pun nak jugak enjoy sekali sekala. Kalau aku yg habiskan duit dia - mestilah dia tak enjoy.Aku mau dia sentiasa happy. Aku mahu hidup berdikari walaupun sudah bersuami.
Tapi aku masih belum dapat offer kerja. Tapi aku juga tak boleh terus di sini, bekerja. Aku mesti berhenti, tapi mesti terus bekerja.Bagaimana?

Ketika aku menyatakan hasrat untuk berhenti : Dia memberikan aku 'izin'. Mungkin sebab telinga dia sudah tepu mendengar keluhan aku hari-hari.

Tapi kalau aku betul-betul berhenti : Dia mungkin memberikan aku 'penampar' pulak.

Aku semakin keliru dan bercelaru.

++++++++++++++++++++++++++++++++

SOALAN

:: Apa kau rasa bila setiap hari, orang yg kau sayang pulang dari kerja dan menangis di dalam bilik air? ::

JAWAPAN

Kalau aku, aku bagi jer dia berenti kerja.Pastu biarlah dia buat apa yg dia suka.Kalau dia nak sangat kerja kat saloon tu, bagi jer lah. Asalkan dia tak kacau duit kau, sudahlah. Tak gitu? Hehehehehe....

Friday, July 14, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:03 AM
CALL ME 'PUAN' PLEASE
It has been few days tak update blog.nak kata sibuk, tak la sibuk sangat. saja ja la kot buat-buat macam sibuk.sibuk mengemas baju orang tu yg baru pindahkan barang-barang dia ke rumah aku, sibuk basuh kain baju yang dah lama terperap dalam bakul tu,biasalah kerja-kerja asas seorang surirumah.

Hmm nak kena cerita ke pasal Majlis Akad Nikah aku hari tu? Actually ingat malam lepas majlis tu terus nak update blog nih.sekali tetamu dok lepak sampai pukui 1.00 a.m. mana aku ada kederat dah nak nulis.pastu postpone, postpone, sampai la ke hari ni.so cerita pun dah basi...pengantin pun dah basi.tapi best jugak la hari tu sebab kawan-kawan rapat semua mai umah.ni lah part yg paling enjoy.so far alhamdulillah, everything went smoothly.

aturcara majlis memang berjalan seperti yang dirancangkan. sebelah lelaki sampai kat masjid al-mukminin kota kayang sebelum waktu isyak.pastu sebelah pompuan pulak sampai kat masjid.pastu bila orang azan, kami semua solat jemaah isyak sama-sama.kan lebih afdhal sebelum nikah tu solat dulu?lagipun aku memang tak bermekap.pakai bedak tempek-tempek sikit, pakai baju pengantin, telekung, dah boleh solat.tak payah la nak bergincu lipstick, bercelak shadow bagai.lawa tak lawa dah memang nak kawin dah pun...(punyalah malas nak bersiap budak nih). sampaikan bila tengok kasut aku,mak aku memang maki aku habis-habisan.tau aku pakai kasut apa dengan baju pengantin yg vogue tu? aku pakai kasut Bata Comfit tu ja...

Pastu lepas solat isyak, tok imam pun memulakan upacara mengakad nikahkan aku dgn suami aku yg tercinta...

Tok Imam : Azmir b. Ilias, aku nikahkan dikau dengan Yuzaini bt. Yusof berwalikan bapanya kepada saya dengan mas kahwinya RMxxxx.xx tunai...

Amet : Aku terima nikahnya Yuzaini bt. Yusof berwalikan.....

Tok Imam : Oopp..opp...part berwalikan bapaknya tu tak payah sebut...Ok, ulang balik sekali lagi

(Aku yang pada mula tadi duduk bersimpuh sopan, sekarang nih dah duduk bersila sambil menyapu muka.Apa laa mamat nih...)

Amet : Aku terima nikahnya Yuzaini bt. Yusof dengan mas kahwinnya RMxxxx.xx tunai...

Alhamdulillah....semua angkat tangan, tok imam membacakan doa selamat. Tamatlah status single untuk Yue & Azmir. Sah sebagai suami & isteri.

Isk kekadang rasa macam tak percaya pulak. Inikah yang aku nanti-nantikan selama ni? betoi ka aku dah jadik isteri orang nih? tak percaya...tak percaya...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah Majlis Akad Nikah tu tamat di situ.yang selepas daripada majlis tu orang lain tak boleh tau.wakakakakakka....

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tapi dalam pada kau dok hepi gila tu, ada jugak yang membuatkan aku hangin,tension,geram,dukacita,berang,dan menyinga ialah apabila ketika aku sedang bercuti tu, ada la pulak orang gila dari opis yg call aku.hadoi...hangin gilaaa!!!! oi aku dah habaq aku cuti kawen la bongok, dalam form tulis "Marriage Leave". apa tak paham ke aku tengah sibuk kat umah? dia ingat aku cuti ni main-main ja, dok relax-relax rehat kat umah? aku sibuk buat preparation la bangang! masa tu jugak dia nak call aku.nak tanya mana benda tu,mana benda nih.bengang la aku.masa aku ada kat opis taknak tanya habis-habis.bila aku dah balik kampung baru nak kelam kabut.aku memang hangin gila.rasa macam nak jerit ja.dah la kacau aku masa tengah cuti.cakap pulak kurang hajaq dengan aku.siap tanya tengking-tengking.apa bangang sangat ka hang nih?betina nih memang dah banyak kali buat aku hangin. everytime nak mintak apa dekat aku, cakap kuat-kuat.jerkah macam aku ada kat sabah. memang jenis menatang yg tak reti cakap elok-elok dengan orang.weh b**i, kalau aku nih takdak,keja hang tu tak ke mana hang tau dak?aku nih bukan tak boleh kalau orang nak mintak tolong.aku mmg tak kisah kalau benda tu dah urgent nak buat mcmana.tapi dengan cara dia tu,dengan kurang hajaq tak bertempat tu.aku memang takleh tahan sungguh dengan betina tua nih.dia nih kerani bawahan biasa ja,bukannya tahap exec macam aku pun.tapi dia punya berlagak,pergghhhhh...macam modal company nih duit dia yg bayaq.dah la kaki herot,terkepak,berjalan senget,mata terbeliak,spek tebai berlapi-lapis.tak padan dengan muka buruk,perangai pun buruk jugak! hoi pi mampoih la hang...!!! kalau membunuh tu tak berdosa dan tak kena tangkap, memang dah lama menatang nih aku tindih dengan lori.aku benci hang!!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kesimpulannya, aku hepi dengan perkahwinan ni,tapi aku tak hepi langsung untuk terus kerja kat sini.

Thursday, July 13, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:29 PM



~~~ HAPPY BIRTHDAY PUAN YUE~~~
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez