Friday, April 28, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 4:00 PM


Semalam aku & balak aku pi makan kat Giant. Kami baru dapat gaji,maka kami berlagak xmau makan kat gerai.Panas la kononnya.

Pastu aku telah menonton satu drama bersiri (ala-ala Sembilu Kasih) kat situ. Kisah drama itu lebih kurang macam ni :

Sepasang pasangan kekasih sedang menjamu selera di D'Quali. Mereka berborak-borak sambil makan.Sesekali aku tengok mereka ketawa.Maybe pakwe dia buat lawak (bodoh) agaknya.

Tetiba aku tengok muka makwe dia masam. Mesti dah gaduh la tue.

Pastu makwe dia bangun,terus jalan keluar dari food court tu.
Pastu aku tengok makwe dia singgah beli ice cream. Dia beli ice cream yg comel - bentuk kartun - ada telinga, mata, hidung dan mulut.

Dia pun berjalan ke kereta sambil makan ice cream. Pastu dia masuk keta dan duduk kat seat penumpang sambil terus makan ice cream.

Tetiba pakwe dia masuk dan duduk kat seat belakang. Habis tu sapa nak bawak keta?

Oh rupa-rupanya itu kereta makwe dia dan pakwe takmau bawak kereta sebab bergaduh.
Aku dengar pakwe dia menjerit "Hoi cepatla bawak kereta tu. Aku nak balik nih!!!"

Sambil cepat-cepat bolok ice cream tu, makwe dia pun jawab "Nanti laa...kan saya tengah makan ni.Kejap lagi saya drive la..."

Tiba-tiba aku nampak, pakwe dia tonyoh kepala makwe dia dari belakang sambil memekik "Cepatla hoi!!! Aku nak balik nie..!!!".

Ice cream yg dimakan itu menitik-nitik di atas seluarnya.

Dengan hati yang amat sedih,makwe itu pun membuang ice cream yg comel itu ke luar. Dia baru saja gigit sampai dekat mata ice cream itu.Kesiannya...

Pastu pakwe dia keluar dari kereta itu untuk duduk di seat hadapan. Pakwenya ternampak ice cream yg masih tinggal separuh itu. Dia tahu makwenya amat merasa sedih.

Sampai di pertengahan jalan,pakwenya berkata dengan sangat garang "Belok ke kiri !!!".

Makwenya sangat takut kerana pakwenya sangat garang.Dia pun membelok kereta ke kiri, lalu pergi ke Shell untuk mengisi minyak.

Pakwenya turun dan masuk ke kedai Shell itu, manakala makwenya mengisi minyak di pump.

Tiba-tiba pakwenya datang dan membawa 2 batang ice cream Wall's Moo.

Makwenya senyum,dia mengelap air mata,dan makan ice cream itu.

Pakwenya mengajaknya menukar driver - pakwenya memandu kereta itu. Mereka berdua buat lawak bodoh lagi sambil gelak-gelak sambil makan Ice Cream Wall's Moo yang comel & sedap itu...

Sekian.
PotPet dari Yue Yusof at 12:52 PM

Feel like watching a movie lately? I would like to suggest The Beast & The Beauty plus Brain.

Happy watching!!!

Thursday, April 20, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 9:20 AM

ALA~ALA NOVEL GITU

[ 9 bulan yang lalu]

"Ok. Sudah. Kau boleh balik sekarang"
Dia bersiap-siap untuk pulang. Wajah yang selekeh dan muram cukup untuk membayangkan hatinya yang teramat pilu.Dia rasa dirinya seolah-olah seorang hamba abdi.Dia disayangi ketika diperlukan, dia dihalau,dicemuh bila tidak perlu.

Enjin kereta dihidup,kereta mula bergerak,sekaligus juga airmatanya lebat menghujani pipi yang gebu itu. Baginya biarlah airmata itu yang membasuh semua duka yang bersarang di lubuk jiwa.Di kala itu tiada siapa tempat untuk mengadu.Kalau boleh dia mahu menangis sampai banjir,biar dia tenggelam,hanyut,mati lemas.

Pandangannya semakin kabur.Dia terpaksa memberhetikan kereta seketika.Air mata dikesat, tapi masih ada yang mahu keluar.Dia menjerit sendirian.Melepaskan perasaan - geram,sedih,marah,kecewa.

Dia meraba-raba poket seluar yang kosong.Dia membuka dompet, juga kosong.Kepalanya ligat berfikir - dimanakah tempat untuk dia mendapatkan wang.Perutnya masih belum berisi sejak siang tadi.Kini jam sudah pun menunjukkan pukul 7.00 malam.

Fikirannya masih kosong,menerawang jauh, tiada arah untuk dituju. Namun begitu kereta sudah pun digerakkan. Dia terus sahaja memandu tanpa destinasi untuk dituju. Matanya tiba-tiba terpaku pada papan tanda yang menunjukkan arah ke Pelabuhan Klang.Lantas dia membelok mengikut arah itu kerana dia pasti, di sana ada seseorang yang dapat memberikannya wang.

Sampai di kawasan yang dituju, dia tidak pasti mana satu rumah untuk dituju. Dia cuma sekali datang ke situ, itupun sudah beberapa tahun yang lalu.

"Hello, Babie, awak kat mana? Saya dah tak ingat macamana nak pegi rumah awak.Sekarang saya ada kat Shell. Awak datang sini lah.Saya dah tak larat nak pegi cari umah awak. Jangan lupa bawak duit sekali tau. Awak hutang saya RM100 kan? Sori lah terpaksa mintak sebab saya mmg nak guna duit sangat2 ni."

Setelah 15 minit menanti, kedengaran sebuah motorsikal berhenti di sebelah keretanya.

"Alamak...!!! Saya terlupa bawak beg duit la.Awak ikut saya ambik kat umah la.Bukannya jauh pun.Dekat depan ni je.Takkan saya nak balik ambik pastu datang sini lagi pastu patah balik lagi.awak pegi je umah saya pastu awak boleh u-turn kat depan tu then terus balik KL.Lagi senang. Ok?"

Dalam hati dia menyumpah habis-habisan."Kan aku dah pesan tadi suruh bawak duit. Bodoh."

Kalau tak kerana terpaksa, dia tak akan berjumpa dengan "kawan" yang satu ni.Berhutang memang pandai,tapi time nak bayar, liat bukan main.Hutang yang ini pun sudah setahun lebih."Kalau aku orang kaya,aku halalkan aje RM100 tu.Kira kasi duit raya dah la.Tapi aku pun sengkek.Arghh..tak kira.Hutang tetap hutang.Hutang mesti dibayar."

Dia terus membebel sendirian hingga keretanya berhenti di beberapa bangunan rumah flat.

"Jom a naik umah aku. Jangan risaulah.Kakak aku ada kat atas."

"Errr...tak payah la. Aku tunggu sini je lah. Lagipun dah malam ni.Dah nak dekat pukul 8. Aku nak balik cepat. Kau pegi la ambik duit tu.Aku tunggu kat keta je."

"Alaaa..kau ni macam la baru hari ni kawan dengan aku. Jom lah.Takde apa punya la.."

"Eh.Malas a aku.Lagipun nanti kakak kau cakap apa bawak balik pompuan malam2 nih.Pegi la cepat ambik duit tu aku dah nak balik ni."

"Oklah.Kau tunggu jap ek."

Beberapa minit kemudian, Babie turun dengan membawa wallet.

"Weh, aku mintak maaf sangat2.Aku ingat dalam beg aku ni ada duit lagi.Aku lupa la tadi aku dah bagi member aku pinjam.macam ni,aku pegi cucuk duit kat bank kejap.Kau naik a tunggu kat atas umah aku.Bank tu jauh jugak.Takkan kau nak duduk dalam keta ni sorang2.Dah la gelap kat sini.Bahaya la.Jom,aku bawak kau lepak kat umah aku dulu.Kau tengok2 a TV ke apa sementara aku pegi bank.Ok?"

Hatinya berbelah bahagi.Nak tunggu dalam keta,memang dia takut.Nak pegi umah budak ni pun takut jugak.Tapi mungkin lebih selamat kat rumah kot.lagipun dia kata kakak dia ada.Lalu dia mengikut Babie ke rumahnya di tingkat 2.

"Ok kau duduk kejap.Tengok la TV dulu.Aku pegi ek.Kakak aku ada kat bilik dia kot."

Dia duduk di atas sofa di ruang tamu sambil menonton TV. "Isk tak ada pulak kakak dia ni keluar?Tidur kot? Takpelah aku tengok Tv sorang-sorang je la.."

Lebih kurang 5 minit, tiba-tiba pintu rumah dibuka. "Eh? Apsal cepat sangat kau balik? Kan kau kata tadi bank tu jauh sikit dari sini? Kau dah pegi ke belum?"

Tiada sepatah jawapan yang keluar dari mulut Babie.Dia cuma berjalan terus ke dapur.
Seketika kemudian,Babie kembali semula ke ruang tamu.Tapi kali ini dia cuma memakai seluar pendek,tanpa baju.

"Kau dah ambik ke duit tu? Bak sini cepat.Aku dah nak ba..." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata,Babie sepantas kilat mencekup mulutnya.Dia cuba menjerit tetapi suaranya tidak dapat menembusi tangan Babie yang tebal dan kuat itu.

Babie semakin kuat memeluk badan Dia yang sememangnya kecil dan kurus.Dia melonjak dan cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri.Dia cuba lagi memusing-musingkan badannya agar terlepas dari pelukan Babie.Dia menumbuk-numbuk tangan Babie,menendang-nendang di mana sahaja bahagian badan Babie yang dapat dicapainya.

Babie semakin berani dan kuat. Dengan sekali kilas sahaja Babie sudah pun berada di atas tubuh dia. Babie ketawa,kuat."Hahaha..sekarang kau dah tak boleh lawan aku lagi.Apa kau ingat senang-senang aku nak bagi kau duit? Kalauu kau layan aku, baru lah aku bagi kau duit..Faham tak sayang...?" Sebelah tangannya menjalar ke pipi dan leher Dia.

"Arrgghhh..Kau bodoohhh...Kau gila....Lepaskan aku lah binatanngggg!!!! Lepas lah aku nak balikkk!!! Bodoohhhh!!!!"

Tangan Babie terus menjalar ke belakang..masuk ke dalam baju..."Eh sayang, kenapa ada 2 tali bra ni? You punya br**st besar sangat ke? Hahahaha... I bukak satu-satu ok?"

Dalam kemampuan yang semakin berkurang, Dia terus cuba menolak badan Babie agar jauh darinya.Tapi kudratnya yang teramat kecil itu telah membataskan Dia dari berbuat demikian.

"Hoi setann!!! Kau jangan berani sentuh aku lah bodohhh!!!! Tolooongggg...!!!! Tolooonggggg...!!!!! Oooiii ada sapa-sapa tolong akuuu.....!!!!"

Dia terus menjerit-jerit.Dalam hatinya benar-benar takut.Badannya menggigil.Tidak dapat dia bayangkan apa yang akan terus terjadi.

"Relaks sayang...Aku cuma nak buat kau happy. Lepas ni aku bagi kau duit.Kau boleh balik.Tapi sebelum tu biar aku bagi kau "duit"yg lain dulu ok.."

Sambil sebelah tangan terus memberkas Dia, sebelah lagi tangan Babie membuka seluarnya.Dia memejamkan mata. Dia tak sanggup melihat apa yang bakal muncul di depan matanya. Dia terus memejam mata kuat-kuat dan memalingkan mukanya ke arah yang lain. Dadanya berombak deras menahan ketakutan. Kakinya terus menghentak-hentak dan Dia masih tidak berputus asa untuk melepaskan diri dari tindihan Babie.

Tiba-tiba Dia terasa ada sesuatu yang "keras" di bawah perutnya. Dia menjerit lagi "Tolooongggg!!!! Tolong akuuu....!!!! Ada sesapa kat luar tolong aku...!!! Huwaaaa...."
Suaranya sudah semakin serak menjerit sekuat-kuat hati meminta pertolongan.

"Aku buka seluar kau sikit ye sayang..." Tangan Babie sudah membuka butang seluar Dia,dan zip, dan seluar dalam...

"Hoi setaaaannnn!!!" Dia memegang kepala Babie dan cuba menghentaknya di sofa. Babie terus melawan. Tiba-tiba mata dia ternampak sebiji botol kaca dia atas meja. Dia cuba sedaya upaya memanjangkan tangannya untuk mencapai botol itu.

"Jaga kau!!!! Ambik nie..!!!!" Dia menghentakkan botol itu ke atas kepala Babie sekuat-kuat hati. Babie terkejut. Kerana kesakitan, dia mengerang dan pelukannya menjadi lemah. Dia mengambil kesempatan ini untuk melepaskan diri.

Dia mencapai kunci keretanya dan berlari sekuat-kuat hati ke keretanya.Dia memecut laju pulang ke rumah.Dia menangis.Menangis lagi.Dan lagi.Dia menjerit-jerit seorang diri.Setelah penat menjerit dia ketawa.Kemudian dia menagis lagi. "Jantan tak gunaaaa...!!!!" Dia terus menjerit. Hatinya hancur dan luluh.Dia terus menjerit,menangis dan ketawa."Aku bunuh kau...Aku bunuh kau..!!!!!"

Hingga ke hari ini peristiwa hitam itu masih menjadi terpahat kukuh, kekal menjadi igauan ngeri bagi Dia.Memang terlalu amat sukar untuk Dia lupakan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kriiingggg....!!!!! Alarm clock berbunyi. Oh, dah pukul 5.45 pagi. Dia terus bangun,mandi dan solat Subuh. Tidak lupa dipanjatkan doa agar mimpi itu dihilangkan jauh dari memori ingatannya.

~END OF STORY~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

This is the song I currently enjoy very much.You alls bleh DENGAR.

Best tau...tenang je hati dengar lagu ni....

~DEALOVA~

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu....
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu...

Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati telah letih...

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh....
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu....

Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan...
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi...

Wednesday, April 19, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 6:21 PM
PENAT


Since last week, aku jarang sangat balik rumah awal macam biasa. Aku dah tak ikut cerita bersiri Indon yang aku minat gila-gila tu. Aku tak kisah, asalkan hati aku tenang.

Balik ke rumah untuk tido dan cakap sikit-sikit ja.Itupun dengan certain people (yg aku suka) sahaja. Aku malas nak layan yang lain-lain tu.Suka tanya yg bukan-bukan. Suka cakap yg bukan-bukan.

Taktau sampai bila aku nak buat macam ni. Dah habis tempat aku lepak malam-malam. Dah taktau nak pi mana lagi.

Antara aktiviti aku di waktu malam / habis kerja sepanjang seminggu yg lalu :

12 April 06 - Tengok "Gubra" dengan balak aku.
13 April 06 - Balik keja terus pi Mid Valley.Pastu jumpa balak aku kat kedai mamak.
14 April 06 - Lepak kat Swiss Garden Kuantan
15 April 06 - Lepak kat Swiss Garden Kuantan
16 April 06 - Sogo
17 April 06 - Celebrity Fitness
18 April 06 - Balik keja terus pi Jalan TAR.Pastu pi Mid Valley.
19 April 06 - Hari ni aku taktau nak pi mana. Pi IKEA ok kot?

Oklah. Aku nak balik ( maksud sebenar : terus pegi IKEA)

Aku dah penat la lepak kat luar. Tapi aku lagi penat bila aku balik umah. Bilik aku dah tak cantik. Aku tak suka.

Walaupun rumah aku kat kampung tu buruk nak roboh, tapi xdak la semak samun macam bilik aku sekarang ni. Tapi xkan tiap-tiap hari aku nak balik kampung?

+++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi tadi ada satu orang gila cakap dengan aku :

OG : Kau dah mandi ke?
Aku : Dah.
OG : Bila masa ek kau mandi? Aku tak nampak pun.
Aku : Aku bangun awal, pukul 6.00 a.m dah mandi.
OG : Ye ke ni?
Aku : Tak. Aku tak mandi. Aku tak pernah mandi. Kau je yang selalu mandi. Bulan ni aku taknak bayar bil air. Aku tak pernah guna air. Pernah kau nampak aku mandi? Tak pernah kan? Bulan ni kau bayar lebih. Kau je yg selalu mandi kat umah ni.

SHITT!!!

Esok, kalau aku bangun pukul 5.45 a.m lagi, aku nak kejut budak tu, aku nak mandi bogel sambil bukak pintu toilet. Aku nak dia tengok puas-puas aku mandi.

Monday, April 17, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:59 AM

INSPEKTOR POLISI cum PERAMPOK

Dah lama gila aku pendam kisah ni.Actually benda ni bukan first time jadi, tapi dah banyak kali,dah berulang-ulang kali, dah laamaaa daaahhh....
Ketika aku balik kampung 4 hari yang lalu, aku dah bertekad dlm hati, aku takmau ambik peduli tentang hal orang dah.Aku tak akan mengutuk org dah dalam blog aku ni.Aku nak blog nih jadik suci bersih dan hanyalah tempat untuk menenangkan minda dengan benda2 yg lebih berfaedah.
Tapi ya lah,dah nama pun blog,makanya aku terpaksa jugak meluahkan rasa gundah gulana aku ni kat sini.Kalau aku banyak2 sangat cerita secara lisan kat org,org akan kata aku suka mengumpat. So mau tak mau terpaksa lah nulis kat sini.Sori ya blog,aku terpaksa mencabulimu lagi...

Dulu,pada suatu ketika yang lalu, dia tinggal di bilik sebelah.Pernah seorang x-housmet aku berkata-kata pada aku "Kau mesti jaga2 skt brg2 kau.Dia tu suka ambik barang org tau.Dulu dia selalu pinjam tudung aku.Tapi sekarang ni dia dah x 'pinjam', dia ambik je.Aku mungkin tak marah sangt kalau dia ambik tudung yg aku gantung2 kat hanger,atau yg aku dah pakai,atau tudung yg biasa2 je.Ini tak, kalau dia nak ambik,dia ambik dalam lemari aku,dia selongkar habis drawer aku.Dia ambik tudung yg baru2,yg cantik2,yg mahai2,yg ada batu2 permata kat tepi2 tu.Aku pun jarang2 sekali nak pakai tudung2 tu.Dia dah la tak mintak,buat pakai pi keja plak tu.Hadoi..dia ingat aku nih supplier tudung dia ke?Kalau supplier pun org bayar,ini pakai free.Bla bla bla..."

Begitulah leteran panjang mangsa pertama beberapa bulan yg lalu.

Tapi masa tu aku mana kisah sangat.Benda tak jadik kat aku.Aku tak kisah la.Cuma, aku mmg rasa simpati sangat dengan si mangsa.Tapi apa aku bleh buat?Lagipun aku kat bilik lain.Bukankah aku akan nampak sangat tidak siuman sekiranya aku tetiba pi pasang padlock kat setiap laci si mangsa?

Hinggalah apabila peristiwa seperti itu berlaku atas batang hidung sendiri,baru aku sedar - Hey,this is serious man!!! Memula aku nak buat tak kisah ja. Tetapi lama kelamaan dia makin menjadi-jadi (dengan Twisties!). Memula dia cuma selalu masuk pinjam stapler, gunting,salotape, kamus, and few other things. Pastu dia mula belek2 tudung la, baju la,tp x pinjam lagi,tp nampak macam berminat (Apa la yg nak suka sangat dgn baju aku? Aku cuma beli kat kedai reject ja la..)

Ok pastu tahap kedua, dia dah mula main TERJAH! macam dalam Melodi tu. Tetiba ja buka pintu bilik aku. Tup tup dah terpacak dalam bilik aku. Pastu nak pinjam apa, tak mintak dulu dah.Ambik dulu baru cakap nak pinjam. Kadang2 ambik buat derk ja macam aku pi beli barang tu khas untuk dipinjamkan pada dia.

Tahap ketiga, Siti mula cerita dia selalu kehilangan brooch, dan barang2 dalam bekas dia selalu nampak seperti diselongkar.Pastu plak brooch yg hilang tu jenis yg berbatu permata,yg berkilat2 gitu (Sifat perampok dikenalpasti - dia suka sangat dengan barangan berkilat-kilat).Dan satu hari Siti terjumpa brooch yg dia tak pakai,tapi ada kat depan pintu umah. Brooch Siti berjalan-jalan?

Tahap keempat, kami beramai-ramai mula menyedari tindak tanduknya yg semakin ligat.Dia "pinjam" kamus aku dari bulan Januari sampai bulan Mac. Itupun aku sendiri pergi ambik kat rak baju kat bilik dia.Dia "pinjam" brooch Siti lagi dan lagi dan lagi.Yang lagi kami hairankan,apa saja harta kami yg dia nak pinjam, dia mesti tau kat mana nak pegi ambik.Tak payah cakap kat mana kami letak.Pelik?

Tahap kelima,lagi aku sakit hati - dia dah pindah masuk bilik aku plak!!! Dia dah letak barang2 dia tanpa ada plant draft.Langsung tak comel dah bilik aku, serabut macam sabut.Sebab tu skrg ni, asal aku balik keja ja pening kepala,asal balik ja rasa loya.Macam ni aku lebih suka lepak dalam keta pelanduk aku tu.Biaq kecik asal comei.

Tahap keenam, aku selalu hairan mana selipar aku yg cantik jelita tu selalu menghilang.Selalu sangat.Pagi ada petang tak ada.Apa selipar aku ni keja shift malam ka? Pagi2 esok bila aku nak pi keja ada balik. Bila aku balik keja tak ada pulak.Paling aku bengang bila aku nak pegi swimming, aku tak ada selipar nak pakai. Woi tolongla woi...aku cuma ada satu selipar ja woi. Jangan la hambek selipar aku tu...Selipar tu mmg cantik dan aku tau dia mmg suka sangat benda cantik2.Memula aku langsung tak terfikir dia yg ambik.Aku ingatkan budak hantu yg dah blah tu yg rembat.Rupa2nya jangkaan aku meleset apabila selipar itu hilang dari hari Jumaat hingga hari Ahad dan ditemui semula pada hari Isnin pagi.Fuuhhh...ini CSI pun takleh nak settle masalah ni.Ya la mana pernah ada CSI tangkap pencuri selipar?

Apparaaa...selalu citer dia lah engineer yg terhebat di abad ini.Dia punya ujian IQ dapat high mark la,dia registered dgn engineer-club or society-something la,dia selalu ada invitation from some-enggineer-thing la,dia pergi dinner dgn those Ir. ones, dia di-offer for those higher higher engineer post la,macam2 yg hebat bg seorg engineer tu mmg dia lah yg punya.Tapi???? Selipar satu pun takleh beli ka? Aiyaakkk!!!! RM 2.00 saja la...

Taham ketujuh,dia selalu masak tak kemas.Masak pandai,makan pandai,bab kemas mengemas dia tinggai kat kuli batak macam kami ni yg buat.

Tahap kelapan,she claims that she is the "Half-Perfectionist Person". Nak gelak tak? Errr..Muahahahahaha..Hoi dont you realise that you are NOT even a quarter-perfectionist?. Please dont tickle my belly. Hak hak hak....Geli geli geli....(Abg should know what would happen if you continue tickling me...I would pee on you....Hahahaha.)

Tahap kesembilan,dia suka sangat tengok apa barang yg aku pakai.Pastu tanya dengan memek muka yang menjengkelkan "Bagus ker barang ni?". Aku kadang2 blur.Adakah dia berminat dengan barang aku tu? Atau adakah dia nak perli, atau mengejek aku? Maklumlah,perfume aku Estee Lauder tapi Petaling Street version...Facial care aku Dermalogica,Padang Besaq version...mana ada aku pakai brg2 ori...dia lain la..dia kan engineer..aku mana mampu nak beli macam dia...

Tahap kesepuluh,berlaku pagi tadi - dia tanya aku.Lebih tepat - dia perli aku.
Dia : Akak pegi Kuantan dengan apa?
Aku : Naik bas.
Dia : Eh? Takkan company hantar exec naik bas jer? Diorang tak kasi keta company ke?
Aku : Tak.Company aku kecik je.Mana ada keta company segala bagai.Naik bas pun dah cukup.(Aku dah mula hangin la ni)
Dia : Eh siap2 awal pagi ni nak pegi mana?
Aku : La hari ni kan hari Isnin,nak pegi keja la.
Dia : Eh, keja ker hari ni? Company tak bagi cuti ke? Kan akak baru sampai semalam?
Aku : Ala semalam sampai KL pukul 4.30 petang.Dah cukup rehat dah.Buat apa dok kat umah pun.Boring.Dah puas tido.
Dia : Eeiii..terukla.Biasanya company kitorg dulu kalau outstation dia akan bagi satu hari off.
Aku : (Dia je.Malas nak layan)

Hello...kalau kau nak tahu.Aku pegi Cherating tu bukan buat apa2 pun.Aku tido setiap hari dari pukul 2.00 ptg sampai 6.00 ptg.Pastu bangun,pukul 7.00 malam siap2 pergi dinner.Pastu lepak2 kat pool,jalan2 tepi pantai,minum2 lagi. Balik tido sampai 7.00 pagi, bangun pegi breakfast.Pastu mandi laut.Pastu main apa2 game - beach volley ball,main sukaneka,beach soccer,pi gym,pi sauna - and this is all FOC.Dah 3 hari aku dok lepak,tido,main2, apa lagi aku nak buat kalau aku cuti hari ni?Aku dah puas relax & rehat. Woi kalau ko nak sangat ko cuti laa..!!!

Aku memang dah hangin sangat.Dia suka bertanya macam polis, dia suka bangat ngambil barangan orang,macam perampok!

Aku & Siti ada plan nak belikan brooch dan selipar untuk dia.Kesiannn...dia kan? Tunggu kau.Aku balik kampung ni aku akan beli banyak2 kat Padang Besaq.Kau ambik lagi barang kami,siap!! Aku nak nasihatkan,jangan sampai nasib kau sama dengan budak Dublin tuh.Ok?

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Kalau call polis,report kes-kes jenayah,biasanya apa yg diorang buat? Dia cuma datang,tengok2,tanya sikit2 lebih kurang,pastu ambik gambaq, then blah.

Aku ada satu problem.Dan aku tak pasti sama ada aku patut call polis atau tidak.

Ada seorang lelaki cina,berdiri kat gate rumah aku,stare through the window,and playing with his "sex-tool" atau lebih senang cakap - dia dok melancap kat pagar umah aku.

Dan kami semua telah membuat persetujuan bahawa dia ialah orang telah mencuri handphone kami, dan dia juga ialah orang yang cuba meragut aku lebih kurang sebulan yang lalu.

Kalau aku report, aku tau polis tu akan kata "Baik,saya akan hantar orang2 saya untuk buat rondaan lebih kat kawasan tu".

Hello Encik Polis, encik tau tak orang2 encik tu cuma ronda sekali,pastu lepak kat kedai mamak 8 jam.Bila masa la dia nak jumpa dengan "jantan gila" tu.

Pendapat aku : Daripada aku call polis, baik aku sendiri je tenyeh K**E apek tu !!!

BODOHHH!!!!

Wednesday, April 05, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:26 AM
Kelmarin aku kena marah dgn boss (not to say really kena marah, but some kind of dipermain2kan).Kisahnya begini :

Boss : Yuz, have you applied the approval for the Jumbo Size pack?
(She wants to change the bottle size from 48 tablets to 240 tablets - as per what she told me earlier)

Aku : Yes, I applied 4 months ago, and already got approval from DCA (Drug Control Authorithy).

Boss : How many tablets you put there (in the application form)?

Aku : 240 tablets

Boss : Whatt??? Do you think it can fit into this bottle?
(To be truth,she never showed me any bottle before, so that i dont know how big it is)

Aku : But that day you said you want to make it for 2 months consumption. So 60 days X 4 tabs per day is 240 tabs per bottle, isnt it?
(Tapi dia mmg ada sebut perkataan 240 tu kat aku 4 bulan lepas.aku belum alzheimer lagi laa)

Pastu dia terus call Marketing Department,laugh out loud with them, (ketawakan aku to be exact),with me standing terpacak bodo depan meja dia.konon2nya kerana SALAH AKU they cannot start to market the big pack yet (which means big money too).

Boss : So, can you apply for another approval - change to 180 tablets per bottle.

Aku : Ok (Hey do you know that it will take another 3 months to get approval, and it cost my 2 litres saliva to talk with those so-called lembap government staffs)

Aku malu aku malu. Aku rasa diperbodoh2kan.

Hmmm..malas a nak buat lagi.Rilek2 dulu..main internet dulu aaa..explore benda bukan2 dulu aaa...ITU BUKAN SALAH AKU!!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ok lets share another cheerful story and forget that heart breaking one.

Last weekend aku temankan kawan aku, Isma pegi beli kek utk b'day balak dia. Kami pergi membelinya di sebuah kedai kek berhampiran Giant Kecik. Di situ juga ada sebuah Guardian.Lalu kami pun singgah ke situ (perempuan memang begitu). Tambahan pula kami membawa Rose yang sentiasa teruja untuk membeli barang2 kecantikan (lagipun Rose memang cantik sekali orangnya).

Tiba2 aku dengan Rose telah ternampak sebuah penimbang bilik air (Bathroom Scale - how to translate this aaa???)

Lalu Rose dengan sepantas kilat telah berdiri di atas penimbang itu.Kami semua ketawa melihat berat badan Rose -cuma 37kg. Hahaha kau memang kecik!

Pastu aku pun nak jugak gatai2 menimbang. Sebab lately aku rasa aku dah put on more and more weight.

Sekali aku pijak - TINGGGG...HAAAA???? Berat aku dah sampai 80 kg??? Hehehehe...No, just kidding!

Haaaa??? (Sekali lagi) Berat aku turun 2 kg? Dulu berat aku 42kg - and it is already underweight.Aku ingat sekarang berat aku dah normal (I expect to reach about 48kg so that i can follow Kak Ngah to the National Blood Donation).

Now, I am 40kg.Tinggi 156cm, BMI = 16.4 (normal BMI 18.5 - 25).

Isk, aku macam happy pun ada, takut pun ada. Aku nih sakit apa? Sakit hati agaknya...Dah banyak sangat makan hati, dan seringkali hatiku ini dirobek-robek, maka habisla hati aku dah tinggai sikit, so berat badan aku pun kuranglah ek.(Asshole theory la Yue..)

Tapi yg buat aku happy bila Isma kata "Alaa..korang dah kurus2 macam ni,patut bersyukur tau.Orang jeles je tengok badan korang yg slim (river) nih.Tengok la badan org ni,fat(ass).Terkeluar isi kat sana sini.Camna ek Yue,nak buat bagi jadik slim cam korang?"

Eheheheh....Well..You know me...Muahahahahaha...

Tapi aku heran.Everytime i see my fiance, he always put comments that my belly is buncit, my thighs are too big, my calfs are big. my breasts are big..Oooopppsss..!!! Tapi berat badan pulak x naik2. Logically,kalau badan bertambah besaq,berat jugak mesti la bertambah.
(Terngiang-ngaing dekat telinga "Isk pasai apa peha ayg ni makin besaq nih?")

I am confused, as i am not sure what resolution should i take to put on weight, but on the same stay healthy and active.If i just sleep all day & night long, i will get myself numb and blur.And i'm sure this way wont work.During my jobless time, I slept until the next day everyday, but body still like this.Heh...

I am now attending Yoga Class (has been about 4 months) and it keep me healthy and i feel really good.I learned that Yoga may help to control body weight. So,is that because of this that i lost my weight? Even if the answer is "Yes", i wont give a damn to kick this exercise out of my routine as it is so damn cool.

I am still puzzled.Should i eat more? Should i sleep more?

Oouuwww... i dont want to be like those skinny beanpoles in the American Next Top Model. Or worst to worst until people can say they want me to cook "Sup Tulang" (I used to hear this couple of time)

Mmg tak best kalau kurus sangat sbb baju yg dipakai akan rasa macam sarung guni, dan bila badan terlalu ringan kau rasa macam terbang je sedangkan kau sebenarnya tengah berjalan.

Isk pening aaa...I think better forget about the "weight"; but to focus to tone my tummy muscle, as well as to get a healthy heart, no diabetes, no hypertension, and on the same time i am aiming for Lara Croft's legs and buttock. I want to build tougher muscle on the arms too. (See, I don't say her boobs as i already have a big ones. Heh....)

Well, dont worry abg, even when i got the curves at the right places i won't leave you for Tom Cruise ;-)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Another story to share (byk citer sbb dah byk hari tak bercerita)

Siti & Rose (whom used to be my roomates) have moved out from our "GANGSTER'S PARADISE" room . I wonder why they prefer that haunted room? Nak tangkap vampire kot? Eeeeiii...I warn you babes, you better "clean" your room from her "left-overs" or otherwise....Hahahaha.Buat le bacaan Yaasin utk prevent bad things.
Now i really miss the sweetest things & moments we shared together.They are too sweet and amiable and helpful and memang best!
Tapi sekarang,bilik tu dah berubah menjadi hutan rimba (i want to say it looks like hell, but i dont know how the hell looks alike?)
Si pompuan tu (second vampire, or vampire-to-be), dah pindah masuk bilik aku tanpa sebarang jemputan mahupun kerelaan dari aku. Dia masukkan semua baju2 dia yg bergantungan,menyemakkan keadaan yg menyebabkan aku rasa amat sangat rimas.ARRRGHHH!!! Aku tak biasa la tengok bilik tak kemas camnih!
Adoi adoi adoi..sakitnya kepala aku. Bilik aku dah jadi burox!!! Berbulu mata aku tengok (mmg mata aku dah ada bulu,tapi aku rasa skrg bulu mata dah makin bertambah lebat,x payah guna mascara XXL).
ERRMMMMMMMPPPPHHHH....AKU TENSIOONNNN!!!!
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez