Friday, January 27, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:02 PM
Lately, my boyfriend (still) & i are addicted to a song. We sing it everywhere & everywhen we meet. Here's the song :

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah itu Pengorbanan
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah Membentuk Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepaaannnjaaangggggg Zaaamaaaannnnnnnn......(Amet loves this part.He'll always sing it loudly.Let he sing it alone is better than hurting your ears with his "Loudspeaker" voice...Can you imagine how big his mouth when singing this part?)

Wednesday, January 25, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:36 PM
Today is very boring. Rasa macam takdak keja nak buat.Rasa sangap nak mampoih.Sebenaqnya memang banyak keja.Tapi tau dak hari ni aku kena buat keja apa? Aku telah diminta untuk menghantar dokumen kepada HQ.Memula aku ingatkan bleh pi fax ja.Rupa2nya depa xmau terima fax, nak softcopy.Oklah cari punya cari,aik tak jumpa pun.Aku tanya bos aku kot2 dia ada simpan softcopy.Dia pun kata takdak.Hahahaha...dok nampak dah keja aku nak buat apa.Terpaksala aku scan semua hardcopy tuh.Nak tau berapa page? Tak banyak laa...Dalam 76 keping ja.Huwwekkk....Nak muntah aku dok buka tutup buka tutup scanner tu.Gila!!! Mengada2 betoi la depa nih.Pantang aku nak rilex sket,mesti nak suruh aku buat keja yg bukan-bukan.Terpaksalaa buat..aku kan cuma kuli batak kat sini.Kalau tak kena marah ngan depa nu,kena marah dengan bos kat sini.Humphhh.......

So bila dah tengah hari, as a reward to myself, sbb aku telah sangat rajin buat keja, dan terpaksa plak buat keja yg aku meluat gila,maka aku pun telah pergi keluaq lunch seorang diri.Masa tengah drive tu rasa enjoy gila,sbb cita2 aku nak pi makan Dunkin Donut! Pastu nak minum Lassi Yogurt Original!

Sekali kan,masa tengah drive tu tetiba fikiran aku terusik dengan peristiwa pagi tadi. Ada sorang member baik aku ni, dia call aku pagi2 lagi.

Member : Hello, Yue.Hang tengah buat apa?
Aku : Hello, weh aku tengah kat dalam kilang ni.Awat?
Member : Aku nak pinjam dit sket bleh dak? Aku dah takdak duit nak makan ni.
Aku ; Bleh...No hal satgi aku transfer pi akaun hang na.
Member : Ok tenkiu.

Tengok tu.Orang nak makan pun takdak duit.Nih aku, nak pi makan Dunkin Donut laa...apa laa..berlagak! Di atas keperihatinan aku atas kesusahan orang lain tu, maka aku pun batalkan niat aku tu.Aku pun terus belok menuju ke rumah,so bolehla aku makan nasik goreng yg aku buat pagi tadi.Tengok2 dah sampai umah,nasik tu pulak dah basi...
Dengan hati yg sedih, aku pun patah balik ke kilang,makan la makanan kantin yg memualkan tu..Huhuhu sedihnya.Tapi takpa, aku telah berjaya mengawal diri dr membazir.Sekurang2nya dengan mengingati kesusahan org lain, aku merasa sedikit insaf. Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kecukupan,walaupun tiada kemewahan. Aku masih ada kereta, walaupun kereta itu cumalah seekor pelanduk sedangkan di sekeliling aku semua tengah dok order MyVi, la Savvy la, Smartfor4la, Smartfor2 la (Citra?Heh....Kesian la anak pakcik tu,bagi la dia makan cukup2 balik ni....).

Alhamdulillah....Aku ada semuanya.Cukup segalanya.
Tapi satu ja yg tak cukup lagi. Kepala hotak aku ni yg tak cukup! Argghhhhhhhhh...sebenaqnya aku dah boring dengan pekerjaan ini!!!!! Aku nak bukak bisness...Ayah..tolong cek...Cek nak bisness....Huwaa... Nyesai a dulu aku tak ikut kata2 ayah untuk mendalami bidang tersebut. Ohh...Aku amat menyesal sekarang. Ayah,sila beri tunjuk ajar.. (Cakap macam citer Jepun yg diterjemah).Toing..nnggg..

Tuesday, January 24, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:23 PM


Ada beberapa perkara pelik yang aku sedar telah berlaku pada aku lately :

1. Tangan elektrik
Kisah ini bermula sejak aku mula terkena kejutan elektrik beberapa minggu yang lalu akibat dari penggunaan gam tembak atau "Glue Gun". Hari itu aku sedang leka membuat kraftangan menggunakan gam tembak di bilik aku. Tetiba entah mcm mana aku terkena kejutan elektrik.Jari telunjuk aku jugak telah terkena gam yang sedang panas tu.Memang sakit gila toksah cerita.Sampai hari ni jari aku tu masih keras lagi isinya, macam daging yg dah masak.Phuhhh...nak rasa tak macam mana? Meh sini aku picit gam tu atas tangan korang. Hahahahaha...
Tapi aku tak kisah sangat part tu.Aku yakin lama kelamaan luka itu akan terubat jua (cess jiwang). Apa yang aku peliknya,sejak hari tu, tangan aku ni takleh sentuh benda2 besi, atau bahan pengalir elektrik.Aku dapat rasa setiap kali aku nak buka atau tutup pintu kereta,tangan aku rasa macam disambar, atau dikejut dengan elektrik. Seolah-olah ada percikan elektrik yang keluar dari tangan aku setiap kali aku pegang pintu tu.Aku ingat benda ni nak jadi dalam 2-3 hari ja.Tapi ini dah 3 minggu tak habis2 lagi.Tadi masa aku keluaq lunch aku rasa kejutan tu semakin kuat.Sampai aku terpaksa jauhkan tangan dari pintu dan tutup semula dengan kaki sebab kaki berlapik kasut.Hal ni akan turut berlaku bila aku nak bukak pintu grill umah aku especially bila aku sentuh bahagian besi yang sudah terkeluar cat. Aku jugak dah banyak kali terkejut ketika nak menggunakan alatan-alatan makmal dan ofis yang bersifat pengalir. Aku pun xtau apa harus aku buat.Aku tak happy dengan perkara magic macam ni.Aku akan balik dan jumpa dengan sorang kawan ayah, seorang Pakar Batu, Garam dan Elektrolit in order to clarify what is actually happening on my hand. Ouchhh....

2.Aku sebenarnya ialah seorang yang tidak suka makan coklat.Bagi aku,coklat dapat membuatkan aku sakit kepala, pening dan rasa nak termuntah, I really hate chocolate.Setiap kali aku makan coklat jugak aku akan rasa mengantuk yang amat sangat, yang membuatkan aku boleh tidoq on the spot,tak kira di mana jua aku berada.Sebab tu aku benci coklat.Lagipun coklat kat pasaran ni tinggi kandungan gula,bahaya oooo.Tapi kan, sejak Hari Raya Haji hari tu, sampai le ke hari ni, aku rasa dah berapa ratus gram coklat aku dah telan.Aku taktau macamana bleh jadik macam ni.Tapi masa hari raya haji tu,aku balik kg,aku kemas2 rumah.Pastu aku nampak satu tupperware yang berisi coklat Hasley's (bentuk dia macam kuih bunga tanjung,kuih tradisional kelantan tuh).Aku rasa macam tertarik nak makan dan aku mula makan sebijik demi sebijik sampai nak dekat habis.Dah lama tu baru lah aku tengok expired date kat bungkusan tu : Best before Feb 2005,padahal masa aku makan tu dah dekat setahun expired! Hahaha aku ingat satgi mesti aku nak kena ulang alik pi toilet. Rupa2nya takdak apa pun yang berlaku.Malah aku lebih cintakan coklat sejak hari tu.Aku tak cerita hal ni pada sesapa sbb aku rasa malu dan segan.Bila aku datang ofis selepas cuti raya tu, ada ex-colleague yg skrg ni kerja kat kilang coklat telah datang ke sini dan memberikan aku sebungkus BESAR coklat.Dan sejak itu aku makan coklat itu hari-hari tanpa rasa bersalah mahupun sakit kepala.Kalau sebelum ni bila orang offer coklat,mesti aku tolak.Tapi sekarang ni,bila aku balik keja, aku mesti bukak peti ais untuk cari tupperware coklat aku.Hahahaha....Isk takutnya...Awat aku rasa pelik ja nih?


One more thing nak tambah nih. Ada satu lagi perkara yang aku heran.Kisahnya bermula begini...Dalam 2 minggu lepas, aku telah menerima seorang roomate baru, Rose namanya, datang dari seberang (Sabah lah, bukan Endon).
Hari Sabtu tu aku tengah siap2 pakai tudung sebab nak pi makan kenduri. Rose pun dok ada dalam bilik masa tu. Pastu tetiba dia mai dok dekat aku, kat cermin tu, dia tengok muka aku dalam cermin.
Dia tanya aku "Kak Yue, nak tanya sikit ek. Kak Yue ni ada mixed blood ker? Kak Yue nampak macam orang Arab laa..."
Huhh???? Huahahahahah.....Aku pun heran.Korang heran dak? Heran ka dengki??? Huahahahahaha.....
Well...ini bukan kali pertama aku dengaq soklan nih kat telinga aku.Dah banyak kali...

Errr..Ehemm ehem.... " Kai fa haluka?" " Alhamdulillah....Ana bikhair..". Hahahaha pandainya cakap Arab.......Nenong nenong nenong.....

Monday, January 23, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:50 AM
En. Burhan call aku.En. Burhan is the interviewer yang menginterview aku untuk kerja dengan Dr. Hamid tu. Actually he called for the good news - Aku dah diterima untuk kerja tu. Heiii...Aku dah dapat kerja!!! Aku gembira. Nampaknya aku agak hangat di pasaran.Heh....
Dia mintak aku mula kerja 1hb. Mac 2006 ni.Tak lama dah la tu kan. Tapi kan...aku taktau sama ada aku nak terima kerja tu atau tidak.Well, ada beberapa alasan untuk aku menolak tawaran tu :

1. Ofis baru itu agak jauh. I mean memang jauh. It is at Jalan Ipoh.Aku boleh stay kat sana kalau aku mau, sbb diorang akan provide umah untuk aku, and stay dengan sorang lagi budak account company tu. Tapi hakikatnya aku takmau tinggal kat sana. Dah la x biasa dengan tempat tu, jauh pulak dari buah hati pengarang jantung aku.Dan jauh dr segala "live" aku yang aku dah enjoy selama ni - umah aku skrg ni dekat dgn kawan2 baik aku (Arina,Aida,Pah), dan jugak dekat dgn segala tempat hiburan dan shopping, dekat dgn swimming pool (Where we used to go and have gossips every Tuesday and Friday nite - I love that!).Of course aku xmau tinggai semua ni.Lagipun xtau la mcmana housmet baru aku tu nanti. walaupun aku takla 100% enjoy tinggal dalam umah aku skrg ni, tp at least roommates aku (Siti & Rose) are very nice and kepala gila mcm aku jugak.

2. Gaji - Hahaha.Ni antara faktor utama aku xmau accept. Aku faham gaji yg ciput ni entitled for the probation sahaja. And after that akan naik.Tapi kalau basic pun dah sangat ciput,kalau naik pun, mesti la tak jadi banyak mana sangat kan? well, dia kata kalau aku tinggal kat umah company, aku dah jimat,toksah bayaq sewa. And company jugak akan bayar instalment keta aku,together with minyak + tolls+parking. Tapi kan, all this while pun aku mmg x pernah bayaq duit keta sendiri sbb my beloved ayah yg bayaq. Tapi duit aku selama ni pun tak pernah cukup jugak.So kesnya sama sahaja, dan mungkin jugak lagi tak cukup drpd skrg.So,the conclusion is aku nak gaji besaq!

3. Keja aku tu nanti akan menyebabkan aku terpaksa travel ke merata2 tempat especially part Sabah, Sarawak n Brunei since kat Semenanjung ni tak perlu banyak effort sbb kita kan dah dekat dgn segala Kementerian, dan banyak kemudahan yg boleh dicapai bila2 masa.Kat sana tu perlu banyak bantuan dan aku mmg kena selalu pi sana.Aku mmg excited bila dapat tau yg aku kena selalu travel sbb aku mmg suka jalan2. Lagipun masa travel ni la bleh claim gila2.Tapi kan, katakanlah (KATA KAN LAH KOT-KOT) aku terberkahwin tahun ni, boleh ke aku tinggai laki aku kat umah sorang2? Isk.....Aku takmau....!!!!

Aku masih keliru. Keliru yang mana satu pilihanku....Nak terus kerja Cerebos ka? Nak pilih kerja ni ka? Nak apply KPLI?

Friday, January 06, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:45 PM

This was published in Harian Metro front page yesterday. Since then my working life has been loading with questions and questions and questions. And I cant even put my butt on the chair for even a minute! Well, I am a Regulatory & Development Executive of Cerebos, a company which is using the chicken from Ayam Dindings Poultry Processing Bhd. And, as a "Regulatory" people, I am the who they think the-supposed - to - know - everything - lady. And thanks God, I am.
I am the who has been handling all the Halal matters all this while. And I have a good contact with Jakim people as well.
But unfortunately yesterday, when i tried to call Jakim, nobody answer the call. Ok at first few times I call, even the operator didnt answer the phone. And after that when it's connected, the operator said thatthe officer which I was looking for is on MC. So I've asked her to put me to another person. She transfer the call.But it's disconnected. I called again, and again, and nobody answer the call. Until some time in the afternoon, I managed to talk to one of the officer which i never knew before, but she cannot clarify on the Dindings case as she doesnt involve (as what she said lah).
Ok that what was happening between me and Jakim people.
How about the Cerebos workers? I mean the Muslim workers of course. Yaaa...they were all shocked and alarmed with such sensitive news! And they straight away run to the HR office, and suddenly gather to a group. They keep asking to quarantine all the products,recall products in the market, and everything. Everybody was very busy.Some are calling Dindings, some are informing the sales people all over the country.I am briefing the workers to stay calm and wait for the confirmation from Jakim, and brief the Hotline people how to answer the calls. I can feel like I am an actress in the "War of The World" film.Everywhere is messy with people talking about the Haram chicken and slaughtering.
Aku geram n aku rasa macam nak ambik cuti bersalin. Oh I mean cuti 2 bulan. Aku takmau berdepan dengan benda ni semua. It's not that aku tak suka selesaikan masalh.But this problem is so troublesome.And aku takmau bersubahat dengan mana2 pihak demi untuk menjaga nama baik sapa2.Aku takmau tanggung dosa wei...Dosa aku sendiri pun dah berlambak.Huhuhuhu...Aku pun SMS ayah aku "Ayah..cepat cari kerja kat cek...Cek nak berenti keja...Cek takmau keja sini dah..". Ayah aku reply "Balik rumah dulu,nanti ayah bagi satu contact,ada member ayah tengah dok cari Product Specialist untuk assist Dato' Dr. Hamid Arshad - Ginaecologist & Obstetrist tu."
Perghh...Ayah mmg best.And bila aku balik umah,keja tu memang tengah menunggu aku. I mean the interviewer tu nak datang umah aku esok! Untuk interview aku kat umah! Waahhh...What the best!!!Muahahaha aku bangga gila!!!

Tuesday, January 03, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 3:02 PM
Aku ada satu masalah. Masalah aku ialah aku selalu bangun makan pada waktu tengah malam @ tengah pagi. Tapi malam semalam aku betul2 ada masalah. Selalunya aku hanya akan terjaga pada pukul lebih kurang 3.30 a.m. untuk berasa lapar. Tapi semalam :

7.30 p.m. - Dinner.Beli nasik kat Carrefour dan makan sorang2 kat rumah.
10.00 p.m. - Makan burger yg aku beli petang td (Spare utk makan tgh malam nanti)
12.30 p.m. - Makan mee dgn 5 biji cili api mentah.Minum teh ais.
1.00 a.m. - Takleh tidoq.Tension.Belek2 paper cari keja.
2.30 a.m. - Makan mee lagi sekali,dgn 5 biji cili api lagi.
4.00 a.m. - Aku dah tdoq.Tapi terjaga utk berasa lapaq.Turun dapur,makan roti.
Sambung tidoq.Bangun pukui 6.30 a.m. dan rasa perut amat sakit sekali.Sakit gila!!!

Ok,apakah sebenarnya punca masalah aku itu?

Aku tension dengan 2 ekoq penyebok yg aku rasa aku tak pernah jumpa orang yg sesibuk itu dalam mengambil tahu hal-hal tepi kain mahupun dalam kain orang.Ohhh...(*Sigh sigh sigh*)

Aku taktau nak kata apa lagi.Aku taktau nak buat apa lagi.Yang pasti aku memang kecewa,sadis,benci,meluat,bengang,geram,marah,dan tension yg amat.Aku takleh buat apa selain meluahkan kegeraman aku itu dengan makan.Dan akhirnya aku telah menjadi mangsa amukan perut aku sendiri.Kesian..perut aku.Maaf na perut...

Mula dari New Year Eve tu lagi aku dah start bengang. Ok mmg aku dan geng2 aku dh sepakat nak buat BBQ.Dan aku pun mmg dah masukkan budak 2 org tu dlm list.So bila aku nak pi beli brg2 masak dgn Rina,C (bukan nama sebenar) pun nak ikut.Dia kata "Yue takpa dak nak ajak kawan SORANG?". Aku ok je la.Takkan nak kata takleh pulak.Pastu dlm keta dia mula call KAWAN-KAWAN dia.Aku dah bengang.Supposed to be majlis ni cuma bebudak kelas sekolah aku je - Old true frenz.Tp ini dah lain citer la pulak.

Dah balik dari beli brg, si K (bukan nama sebenar) pun ada kat umah,baru balik keja.Aku tanya kot2 dia nak ajak kawan dia (sebenaqnya aku bukan nak tanya betoi2,aku perli je).Dia kata xtau lagi.Dok xtau,xtau,sampai dah lewat ptg tak habaq apa lg.Aku kata habaq cepat la.Ayam tu nak kena peram.Kalau ada org nak mai kena pi beli tambah la ayam tu.Pastu dlm x confirm tu dia buleh naik tidoq? Bengang dak aku ni?Mesti la...

Setelah melalui segala pahit maung,akhirnya mlm tue kami pun berBBQ ria kat rumah aku.Aku dan kawan2 enjoy habis.

Pastu dah masuk New Year 2006.Kami pun kemas2 pingan mangkuk,dah siap2 semua pun dah ready bentang tilam kat ruang tamu,nak tidoq beramai-ramai.Sekali aku dapat msg yg amat mengejutkan n mengeksaitedkan dr kekasih hati.Aku pun tunjuk msg tu kat semua best friend aku.Depa happy,aku pun happy.Sekali bila aku toleh belakang,aku nampak satu muka ni dok tumpang jugak baca msg kat hp aku tuh.Isk isk isk....Itulah si C.Aku tak berniat pun nak tunjuk kat dia.Malah berniat nak sembunyikan dari dia.Tp dia...awai2 lagi dah baca.Huh....

Dok esoknya kami nak p Jalan TAR sbb Farehah dan aku nak beli brg2 hantaran.Kami mmg dah dok janji dr malam tu.Kami kata,by pukui 10 pg mesti mau ada kat jln TAR dah sbb aku ada appointment dentist pukoi 2 ptg.So pukui 9.30 pg dah kena bertolak pi,dan pukui 12 dah kena balik sbb dentist aku tu agak jauh.

Aku,Farehah n Pah mmg dh bangun awai gila - dr pukui 7.45 pg lg.Pastu kami dah siap mandi, siap pakai baju dlm pukui 9 pg.Tetiba barulah 2 ekoq tu terkedek2 naik "Yue,kami 2 nak ikut buleh dak?" Aku kata "Boleh.Tapi please hurry up sbb aku ada appointment.Nak p beli awai dan balik awai." Masa ni aku dh bengang,dah nampak org dah siap,dah ready nak pi,buleh baru nak habaq kata nak ikut? Huwaaarrrrrrrrggggggghhhhhhhh....Aku nak makan budok nie!!!

Jam dah 9.40 pg,Farehah pulak jerit kat budak2 tu "Cepat sikit!!!Dah lewat ni!!!". Dan tanpa diexpect C buleh kata lagu nih "Isk awat yg kalut sgt nak pi awai2 ni?".Hoi..!!!! Hang nak ikut aku ka aku nak ikut hang ni??? Aku ada appointmentlah B****K!

Apabila kami semua dah masuk keta,si K belum turun lg.Si C mai membela kawan dia "Yue,tunggu sat na.Budak K ni tak siap lg." Hisk..budak ni...hisk...tak bleh aku aih....

Setelah sampai di sana,aku seboleh2nya takmau jalan dgn 2 ekoq tuh.Aku pun cuba la berkepit2 dgn Farehah n Pah.Sekali depa pulak dok mai ngendeng2 kat aku.Aku dah rimas, aku cuba melarikan diri.Aku keluaq dr kedai tu dan nak pi kedai lain.Aku ingat aku sempat melarikan diri.Rupa2nya apabila aku sampai di kedai lain tu,depa pun sampai jugak.Huhuhu....Terpaksalah aku shopping dlm keterpaksaan.
Depa mula suggest mcm2 - dan aku kurang berminat.So aku terus grab je apa yg aku rasa macam ok,walaupun aku tau ia mmg tak ok.Huhuhu...apa la nak jadik dgn hantaran aku nanti.Tp aku dah takleh sabaq,aku nak beli cepat2 supaya aku tak disumbat dgn cerita mereka yg ntahapahapa.Bosan gila.Tak rasa langsung nikmat membeli belah.

Haa...pastu kan,masa aku tgh shopping tu,buleh pulak depa 2 ni suruh aku call doktor gigi aku tu mintak re-schedule.Cheewahhh....hang ni manager aku ka? Ka PA aku? Isk2...

So bila dh hbs beli,kami pun balik.Aku pun pi jumpa dentist.Lepas jumpa dentist,dah pukui 5 ptg,aku rasa mcm malas nak balik umah.Aku rasa takut nak jumpa depa sbb aku takut aku terpaksa tension lagi.So aku pun pi la jln2 kat Carrefour dulu.And then,bila aku balik umah,dah pukui 7.30 mlm.

Si C mula menjalankan kerjaya wartawannya menginterview aku."Yue pi jumpa dentist berapa jam?Lama sgt ka treatment dia?Awat balik lambat sgt?Lambat ka doktor tue buat?Mcmana ok ka doktor tue? Company Yue bg berapa utk dental?"And bla bla blah...Ohhh...Kalau aku tau,aku lebih rela tidoq kat klinik tue drpd balik umah ni.Takkan sampai hal dalam mulut aku pun hang nak kena tau???

Pastu aku ingat nak sembunyikan diri dlm bilik je sepanjang malam.Sekali dia mai masuk bilik aku,Yue jom a tengok America Next Top Model.Ok la aku pun p sbb aku mmg minat.Baru aku nak duduk depan TV je,dia kata "Eh Yue jom aa kita try buat bakul hantaran tu.Buleh jugak kami tumpang tengok2,tolong2." Haa??? Nak tolong ka? Errr...No thanx! Aku kata "Hmm takpalah kot..Rasa mcm raya haji ni nak bok balik kg suruh mak buat".Padahal dlm hati "Alaa..kalau mcm ni bila la aku nak buat? Kalau dia nampak aku dok buat kat sini,mesti dia nak menyebok".Huwaaa....Tidaakkk!!!Inilah igauan ngeri aku selama ni!!!

Pastu si K menambah "Haa C ko pun cepat le capai impian tahun ni.Hehehe...tgok org semua dok sedia2 hantaran dah.Pasni nak kawen pulak.Ha ko pun cepat ler kawen C.Hehehehe..."OK,maybe ayat ni sounds normal utk org lain.Tapi bg aku cukup untuk membuatkan aku terbakar sbb cara dia cakap tu sinis,mengejek,mengada2.ok?

Hati aku dh mmbengkak gila.Aku naik ke bilik.Aku saja je nyanyi lagu "Tiada Lagi Tangisan" nyanyian Aisyah tu.Saja je la kan,nak test sora.Sekali si K plak naik.Pintu bilik aku terbuka masa tu.Pastu dia pun berkata "Amboi...menyanyi je dia skrg ye.Maklumlah...dah senang hati kan...." Aku kata " Hoi aku nyanyi lagu sedih la.Bukan lagu gembira".Pastu aku tutup pintu.

Pastu dia masuk jugak sbb nak lalu pi balkoni nak sidai baju.Pastu dia nampak dlm bilik aku byk magazine.Dia pun kata "Tu diaa...banyaknya magazine dia.Ko nak buat rujukan beli baju pengantin ek?Ke nak buat rujukan buat hantaran? Huiyooo...dahsyatla preparation ko Yue...Sakan ek.Byk gile persediaan..." Aku menjawab lagi "Laa cuba la hang tengok betoi2 magazine apa kat bilik aku ni.Kat situ Motor Trade.Kat situ CLEO.Kat situ paper utk cari iklan kerja,takde kaitan langsung dgn perkahwinan.Bukannya aku baca majalah Pesona Pengantin.OK?"Mmg kegeraman aku dah sampai tahap singa berapi nih...

Setelah dia pi keluaq,aku pun landing2 le atas katil aku.Sambil baca2 majalah,sambil golek2,nyanyi2...Alaa..biasalah style budak2 pompuan kan...Aku saja takmau tidoq lg sbb aku tak berapa ngantuk.Lgpun ada Siti (roommate aku yg very nice) n Rose (kwn dia dr JB)bolehlah gelak2 sikit dgn depa.Pintu bilik mmg kami selalu buka sbb panas.

Sekali mai la pulak pengacau sorg lagi, Si C pulak..."Eh Yue? Tak tidoq lagi? Dah pukui 12 ni? Awatnya? Takleh tidoq ka? Dok pikiaq pasai majlis dan hantaran tu ka?" Astaghfirullahhalazim.....Aku ni langsung tak pernah berangan pun pasal tu.Aku tak kisah sgt pun.Aku biasa2 ja.Awat dia pulak yang lebih2? Awat dia ingat aku dok gelisah pasai tu? Ya Allah berikan aku hati yg kuat.Jangan sampai aku pi pukoi orang!!!Awatla yg dia buleh pikiaq bukan2 ni?Buleh dak bg aku privacy?Ikut suka aku la nak tidoq pukui berapa pun...Ikut suka aku laaaaaaa!!!!Mak aku pun tak kisah aku nak tidoq pukui berapa.
Isk Ya Allah....Sabaqlaa wahai Yue yg budiman....Yue baik..Yue comei...Sabaq na...

Aku dah taktau nak buat camana.Aku takdak privacy di rumah sendiri.Semua pergerakan aku diintip.Aku rasa like a Superstar.Semua depa nak tau.Tolonglah weiii...aku rimas laa...aku ni manusia biasa la.Cuma mungkin aku comei banyak la drpd hangpa...

Jgn la menyebok...Tolonglah aku...Aku nak privacy please....Buleh ka? Huwaaa.......
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez