Friday, October 27, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:02 PM
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

No other words can explain my feeling better than ‘boring giler’. It has been about 3 weeks and nothing changed here. And I have to come back to work since yesterday, on Hari Raya Ketiga, while the other still riang ria wearing their new Baju Kurung. I had no choice, or otherwise will get salary cut-off at the end of the month as I still not yet entitled for annual leave.

And it make me more sad when the receptionist told me that they always got paid at 7th of the month – Oh My God – my wallet is already empty now! I have even postponed Duit Raya for Mak – hope can replenish her with triple ang pow soon.

The Hari Raya was so joyful – we bring Amet to meet with close relatives he supposed to know. And he was a lil bit blur and pening to remember all those Pak Ngah, Pak Njang, Tok Wa, Tok Cik, Tok Teh and so on.

I have also met with his relatives as well, but manage to remember everybody’s name (and their kids) very well. No pening nor blur at all. They are all very kind to me and I like everybody except one of his cousin in-law (24 jam asyik melekat bawah ketiak + melentokkan kepala kat bahu laki dia even while the others were enjoying food kat meja makan. Heeeiiii..geli geleman betoi ler aku. Aku pun ada laki jugak, takdak la teruk macam hang!).

And just now tgh aku dok mengelamun melayan boring, tetiba received a call from Jeril,my-ex (artificial) lover at MRSM. I think it has been about 8 years since our last chat. We talked about our latest life-updates, jobs, family, until he asked me :

“Ko tinggal mana sekarang? Sewa ke? Dengan sapa?”
“ Aku tinggal kat Damansara. Ha a sewa jer la..dengan husband.”
“ Aaaa..? Dengan sapa? Bila ko kawen? Apsal aku tak tau pun?”
“ Aku baru je kawen 2 bulan lepas. Aku bukan taknak jemput ko, tp masa tu aku takde alamat ko. No phone pun takde.”
“ O hoo…takpelah. Anyway sempat lagi kan nak wish Selamat Pengantin Baru…”
“ Thanks..nak bagi hadiah pun sempat lagi nih…Hahahahaha”
“Cesss..kena pulak aku.”

So thanks God for giving back one friend to me, even though we had agreed 8 years ago not to contact each other anymore, forever. Stupid Puppy Love!

Wednesday, October 18, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 2:54 PM
JAMBAN

Aku dah baca hampir keseluruhan blog yg ada kat gj. Betapalah aku tak ada keja langsung nak buat. Dari pagi-pagi aku sampai, aku dah cek email (setiap 30 minit), then masuk friendster kaco orang (orang dah takmo kaco aku sbb aku dah upload gambaq kawen – saham jatuh berdegum), then main-main quiz, then buat-buat masuk job-related – website, sambil-sambil tu bukak gj dan baca semua profil dan blog orang. Hahaha…
Pagi ni aku sakit perut. Mula-mula rasa mcm tak lalu giler nak masuk toilet kat ofis nih, tp bila keadaan mendesak, terpaksala hantam jugak.

Actually aku nak pecahkan satu rahsia nih. Pssstt…korang tau tak yang toilet kat sini sebenarnya tak ada paip ayaq. Hahahaha…bayangkan mcmana tuh? Tapi nasib baik la kat toilet lelaki ada paip ayaq dengan getah paip sekali. Selalu sangat ler GENT’S jadik mangsa aku. Huhuhuu….Isk memang bleh jadik gila aku keja kat sini. Susah sangat nak dapat beradaptasi. Aku sebenarnya adalah seorang yg open-minded. Tapi terbuka macamana pun, mestilah kena ada hadnya kan. Takkanlah sampai nak kena b*r*k pun tak basuh!

Now that I’m working here, I realize how much I miss my previous company. I used to think that the previous one isn’t good in many aspects especially on sharing the same prayer room for men & women. But being here for almost 3 weeks, have proven me wrong. A great company of unity with heaps of races, “The Previous” is much-much better! And this miss-you-feeling is lingering in my heart every now and then that makes me SMS my ex-colleagues quite often, as well as sending my x-boss a Diwali Wishing card. And to make me more excited, she did reply with a Selamat Hari Raya card to me either! Ooohooo..how I miss thee…

Whatever it is, that is life experiences I have gone through.

Tuesday, October 17, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 2:51 PM
Apabila berdepan dengan traffic jam, adakah anda akan merasa tertekan? Atau masih mampu tersenyum lebar sambil berjoget mendengar lagu Nooraniza Idris?
Bagaimana pulak jika ANDA yang menyebabkan jam itu berlaku? Pastilah tekanan menjadi berganda bukan?

Semalam, aku telah menjadi penyebab kepada kesesakan lalulintas di sepanjang LDP. Aku bangga. Aku cuma mampu tersenyum dan tersengih buat muka comel kat tepi jalan bila ramai pengguna jalan raya yang membunyikan hon kepada aku. Aku rasakan seolah-olah bunyi itu adalah tanda sokongan mereka kepada aku. Ada juga makcik-makcik yang melahirkan rasa simpati mereka sambil berkata “Sabar ye nak..” sambil berlalu meninggalkan aku ternganga kat tepi (sebenarnya tengah) jalan itu. Hahahaha….

Pagi-pagi lagi aku memang dah nampak yang lampu isyarat menandakan minyak hampir habis itu sudah menyala. Tapi aku ingat nak isi minyak masa on the way balik keja nanti ja. Sebab aku yakin minyak tu mmg cukup sampai balik nanti.

On the way back, jalan jam sangat-sangat. Biasanya mmg jam, tapi taklah teruk mcm semalam. Memang betul-betul sesak gila, gerak dikit-sikit dalam 1 inci ja.Aku pun heran.
Jam dah tunjuk pukui 7.00 p.m. dan aku baru ja sampai kat atas jambatan Motorola. Aku call amet suruh dia makan dulu.

It was at about 8.00 p.m when I reached flyover yang betoi-betoi depan One Utama tu. And that was the time bila kereta tu mula batuk-batuk dan tercungap-cungap. Dan akhirnya, dia pun mampos kat tengah jalan tu. Dah la aku mmg kat lane yg paling tengah, pastu kedudukan kereta tu pulak tengah condong (mendaki). Memang la meyusahkan orang. Walaupun aku dah pasang hazard, tp still jugak ada yg bodoh. Dok tunggu lagi kat belakang aku.

Aku terus cuba start kereta kesayanganku itu. Tapi malangnya dia memang tak mampu buat magic kalau kehabisan minyak. So dengan muka toya, aku turun dari keta dan berdiri megah kat tengah jalan tu. Dan dengan gaya manja, aku telah berjaya menahan 3 orang jejaka untuk membantu aku menolak kereta itu ke tepi jalan. Yeayyy!!!

Tapi mereka hanya boleh tolong tolak ke tepi, bukannya boleh menghidupkan enjin kereta tu. So aku call amet. Dia gelak sebab aku nak tunjuk kuat takmau isi minyak awal-awal. Akhirnya setelah bebrapa lama menunggu, amet tiba bersama sebotol petrol, dan diisi ke dalam bontot kereta itu.

Tapi bila dicuba-cuba start, nampaknya kereta tu takmau hidup lagi. Setelah dianalisis, ternyatalah bahawa baterinya sudah kong lantaran kebijaksanaan aku memasang lampu sejak tadi. Jadi sekali lagi aku buat muka tak malu, tahan lagi 3 orang jejaka untuk tolak kereta tu sambil aku berada di dalamnya. Aku cuba start lagi dan lagi tapi dia stil xmau jugak. Last2 jejaka tu semua terpaksa mengundur diri kerana sudah blank xtau nak pikir. So aku yg bijak ni telah mengemukakan satu idea agar amet segera ke bengkel yg berhampiran untuk membawa mekanik ke sini. Malangnya, setelah puas dicari, semua bengkel yg ada kat situ sudah pun ditutup.
Lalu masuklah kami berdua ke dalam kereta itu sambil memerah otak.. kalau nak tolak pun memang tak boleh sebab jalan masih lagi jam teruk. Aku masih kehairanan. Biasanya tak pernah jam sampai macam ni punya dahsyat. Adakah aku penyebabnya. Kesiannya kat orang…

Selepas seketika, amet yg gatai tangan itu telah membuka laci dan menjumpai resit-resit tol yg mempunyai no Hotline LITRAK di belakangnya (Amaran : Sila kumpulkan resit tol anda sebanyak-banyaknya di dalam kereta). Lalu kami pun menghubungi Hotline itu.

Tidak lama kemudian, lori peronda LITRAK pun sampai. Pakcik yang membantu itu namanya Ghazali. Dia sangat baik hati. Dia mengisi sedikit lagi minyak, dan menjumperkan kereta aku. Dengan sepantas kilat, kereta itu pun berjaya distart semula. Aku berterima ksih sangat-sangat pada pakcik Ghazali. Dan kalau korang nak tau, perkhidmatan ini adalah percuma.

Lalu aku pun pulang dengan senyuman. Oh ya, sebelum aku balik, pakcik Ghazali telah berpesan agar aku mngelakkan jalan ke IKEA dan TESCO kerana jalan itu banjir. Oooo..itulah yg menyebabkan jam sebenarnya. Aku ni cuma penyebab kecik ja.

Aku pun pulang ke rumah dengan hati yg gembira dan perut yg sanagt lapar keran belum berbuka puasa. Aku akhirnya dapat berbuka puasa pada pukul 9.35 malam. Yeaayyyy!!!
Nasib baik lah amet dah masak semua. Sedap ooo…semalam dia masak kari beb. Pandai kan laki aku….pastu ada papadom…Huuuu…sedapnyaaaa…Aku makan dengan banyak dan terus tido…..

Sebelum tido aku habaq kat dia, esok aku takmau balik keja pukui 6 dah. Aku nak balik malam terus, lepas bukak posa. Aku dah takmo bukak posa pukui sembilan setengah.

Monday, October 16, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:58 PM
NO KOMPROMI

Aku sedang betul betul rasa nak berhenti keja. Aku takleh tahan lagi. Aku bohsan. Bohsan yang amat sangat. Tak ada keja nak buat. Duduk keras kat depan PC. Nak surf internet pun dah tak lalu. Dah tak ada benda nak tengok. Air cond a.k.a mesin salji ni pulak makin hari makin sejuk. Aku sejuk yg terlalu amat. Aku sudah pun membawa 2 helai sweater ke sini. NAmun kesejukannya masih di tahap lampau. Aku sudah beku. Aku tidak dapat berfikir dan menulis dengan baik.

Aku masih terkenang, semasa aku terima tawaran bekerja di sini, aku juga menerima tawaran untuk bekerja di satu syarikat yg lain. Kebetulan tarikh mula bekerja adalah sama. Namun aku menolak syarikat yg lain kerana jawatannya tidak seglemer yg ini. Kini aku sedar, nama jawatan tidak seharusnya dijadikan factor utama dalam menerima tawaran bekerja.

Tengah hari ini tangan aku sangat gatal untuk menelefon syarikat yg lain itu – Rayuan : Tolonglah tawarkan saya bekerja sekali lagi encik…

Berdepan dengan masalah dan prinsip keagamaan, aku sepatutnya tiada kompromi lagi. Aku harus menyerah kalah dan tunduk – pada Tuhan, bukannya pada duit.

Maka kepada kawan-kawan, sekali lagi aku buka peluang – tolonglah carikan aku keja. Aku dah nak berhenti ni!

Saturday, October 14, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:41 AM
TUKANG MASAK SAYA

I am currently working – Yes, I mean today, on Saturday. So I will be working on every alternate Saturdays, meaning that Saturday-off is for the 1st and 3rd weeks only. Not so bad huhh?
And as usual, I still have nothing else to do. Surf internet, re-open the powerpoint slides, conteng-conteng on papers, etc. Not so bad either huhhh? I wonder why they want to hire me just to be sitting here, and at the end of the month I got paid. Hey friends, come and apply job here. It’s goooddd…

It has been 2 days (yesterday & the day before) I arrived home late because of heavy traffic jam. And Amet is now a completely-successful-trained chef. For these 2 days, I have to called him while I am still in the car, giving full instruction to cook.
“Hello abg, ayg baru sampai kat Toll Sunway ni,jam gila. Abg tolong masak na. Mula-mula rebus 20 tangkai cili kering. Pastu blend dgn bawang besaq. Pastu ketuk sebiji bawang putih, tumis sampai kuning. Pastu masuk bahan yg blend tadi. Ambik asam jawa, bancuh dgn ayaq dan masukkan sekali.Tambah gula dan garam secukup rasa.Pastu goreng teluq dan bilis.Jangan lupa masak nasik na…”

And the end result is very impressing – Yes, he really can cook very well!!! Memang sedap gila. Aku masak pun tak sedap mcm tu. Siap tambah nasik lagi aku makan. So start from today onwards, blehla saya balik lewat selalu kan? Hehehhe…

Thursday, October 12, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 12:48 PM
DUIT ATAU SOLAT?

Hari selasa kelmarin dulu ialah hari Cuti Nuzul Quran (for Selangor & other selected states saja, KL jgn jeles na..). Sangap gila, taktau nak buat apa, asyik tidoq ja sampai dah kembang pipi. Nasib baik dah invite Arina, Pah dan Nanang mai bukak posa kat umah, best jugak. Tak la boring sangat. Ni balik-balik aku bukak dengan Amet ja. Dia tengok muka aku, aku tengok muka dia, makan pun tak selera.

So menu istimewa aku hari tu ialah Nasi Ayam. Konon-kononnya nak buat surprise la kat depa semua. Tengok-tengok, Arina mai dengan Ayam Golek. Hambeekkk….2 ekoq ayam untuk 5 orang makan.Terpaksa la aku paksa depa makan lauk banyak-banyak.

Tapi oleh kerana Amet dan Nanang tu memang perut elastic, semua makanan tu hampir licin dikerjakan. Nanang siap mintak tapau bawak balik pudding trifle aku. Sangat sedap katanya…Hehehe tengok tangan la beb…Kalau nak resepi, call je lah jgn malu-malu.

Arina pulak makan sampai ngantuk-ngantuk.Asyik nak tdoq ja. Pah walaupun kecik, tapi makan banyak but still nampak steady.

So lepas solat Maghrib, kami yang the girls dok la sembang-sembang kat bilik – biasalah gossip about solat terawikh kat surau yg penuh bising dgn budak2 kecik (alasan xmau pi terawikh ni), then talking bout our x-skoolmates, and refreshing our salad days…Hmmmm bestnyaa…Kalau boleh nak tiap-tiap hari bergossip, bergelak ketawa ria mcm ni.Habis hilang segala stress.

Hmm..talking about stress. Actually aku taklah stress sangat, cuma aku rasa sangat boring ja dengan keja baru nih. So far dalam 2 minggu nih, keja aku asyik buat PowerPoint slides ja. Kalau ada banyak presentation tu, takpa jugak. Ini cuma ada dua tajuk ja. Dah puas aku belek slides tu. Taktau nak tambah apa lagi dah. Dah segala macam animation aku letak – rasa mcm presentation untuk budak-budak tadika pulak. Taktaulah kalau dalam dalam bulan pertama ni ja keja aku mcm ni. Harap-harap lepas ni ada la aktiviti luar ke, atau yg boleh buat aku bergerak-gerak sikit la. Biasanya aku masuk opis, terus duduk kat meja, belek computer, sampailah ke petang. Langsung tak bergerak. Pi toilet pun sekali dua je (itupun saja-saja masuk toilet, takde air pun nak buang). Lagipun skrg ni bulan posa. Tengah hari pun aku tak ke mana. Memang rasa habis lenguh la belakang aku ni asyik duduk ja macam ni.

Masa aku interview dulu depa kata aku kena banyak jumpa client. Tapi so far, tak dak sorang pun yang aku jumpa lagi. Nak cakap dengan staf-staf kat sini pun susah sbb tak semua kat sini yang tau cakap English. Bahasa Melayu jauh sekali la…Mostly cina bukit (tau ckp cina ja).So mulut aku ni memang tertutup je la dari pukul 9 sampai 6 ptg. So bila aku masuk keta nak balik keja, aku akan bukak radio dan nyanyi kuat-kuat supaya mulut aku tak jem.

Dan lagi satu benda yg buat aku rasa tak sedap hati @ tak best keja kat sini @ nak berhenti keja ialah sebab kat sini takdak tempat solat. Maklumlah cuma aku sorang ja Melayu Islam kat sini. Aku ada mintak depa sediakan satu bilik / tumpang mana-mana bilik untuk solat. Memang dia ada bagi aku pinjam bilik sorang director ni (dia jarang masuk opis). Tapi mcmana la aku nak tumpang solat kalau bilik tu selalu dimasuki dengan kasut (xtau la bekas dia pijak najis apa kat luar nu). Pastu ada plak patung-patung berhala kat situ. Macamana?Memang tak boleh!

So apa aku buleh buat ialah terpaksala keluar p solat kt Giant (jauh jugak - kena bawak keta). Tp aku terpikir gak, sampai bila la aku larat nak pi solat jauh2 mcm ni? Duit aku pun bukan byk sgt nak isi minyak keta. Bulan ni ok la sbb bulan posa, aku x perlu mkn, jd duit mkn buleh ganti buat isi minyak. Lepas ni mcmana? Lgpun mana cukup masa – rehat cuma sejam. Nak makan, nak solat. Aku mmg tak suka solat laju-laju mcm ayam patuk tanah.

Isk mmg susah la nak cakap. Kalau ikut hati, nak ja aku berhenti keja minggu ni jugak. Tapi aku memang tengah sengkek, takleh la berhenti lagi. At least bg la dapat gaji sebulan untuk cover itu ini. Aku selalu jugak terpikir – apa la maknanya kita dapat kumpui duit banyak2 kalau nak solat pun tak boleh kan? Itu mmg bongok namanya…

Isk, masalah ni memang betoi – betoi besaq nih…

Friday, October 06, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:22 PM
TENSION KERANA AIRCOND

Boring gila nak mampoih dok kat opis hari nih. Dari pukui 10 pg tadi aku dok tengok jam, tak sabaq nak tunggu pukui 6. Nak blah keluaq dari igloo nih. Sejuk nak mampoih dok sini.Dah berapa kali aku pi slow ‘fan’ dan naikkan temperature aircond tuh. tapi ada saja tangan yg gatai dok pi ubah balik bagi sejuk.

Tak paham betoi aku dengan depa ni. Dah la pakai baju macam singlet, nipis pulak tu, skirt pendek lagi. Tak sejuk ka? Aku ni dengan kemeja lengan panjang, pakai singlet lagi kat dalam, pakai kain dalam lagi, pakai skirt kain tebal lagi, tudung belit-belit kat leher lagi – pun still sejuk beku mcm ikan dalam fridge.

Aku sangat heran. Agaknya depa ni memang keturunan orang Eskimo kot. Jangan aku resign kerana aircond ni sudah laa…

Thursday, October 05, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 10:52 AM
KERETAKU = KERETAMU

Baru semalam aku sebut nak mintak amet hadiahkan kereta baru, terus semalam jugak kereta aku (?) tu meragam, merajuk la konon-kononnya. Hmm..kereta pun pandai buat perangai mengada-ngada (macam driver dia jugak…)

Semalam kebetulan aku keluaq ofis pun lambat sikit, dalam pukul 6.10 gitu. Bukan apa, dok bergayut dengan Che Pah. Pastu bila sampai kat kereta, start keta mau kena start at least 5 minutes (saya mengikut arahan En. Amet). Pastu dah about 6.20 barulah aku boleh jalan.
Actually masa start tu aku memang dah dengaq ada bunyi menderum-derum (ouuumm..ouummm) macam kita dok tekan minyak – pada hal aku tak tekan apa-apa pun. Tapi aku buat derk ja lah sbb dah lewat, aku nak jugak balik bukak posa dengan laki aku (walaupun aku tak posa).

Pastu masa tengah naik flyover kat Tesco Puchong tu, heavy traffic jam la pulak kat situ. Masa ni lagilah bunyi tu kuat gila. Aku pun tutup semua aircond, radio, segala yg boleh tutup semua aku tutup. Tapi bunyi dia tetap jugak tak hilang. Aku try lagi gagah beranikan diri bergerak. Tapi makin lama bunyi dia makin menjadi. Sampai lah kat depan Giant Kelana Jaya tu, aku dah tak berani nak jalan. Takut jugak kalau tiba-tiba kereta tu meletup kat tengah jalan, tak pasal-pasal orang ingat aku ni pengebom berani mati.

So aku pun dengan penuh debaran berenti la kat Shell kat situ, and call Amet. Memula dia mcm xmau mai. Ya lah sbb masa tu dah pukui 6.50, mesti dia dah tengah belek-belek jag ayaq dah tu…Tapi last-last dia mai jugak. Biasalah dia ni kalau sebut ja pasai kereta dia, mesti dia mai punya. Dia sebenaqnya bukan kesian sangat kat aku, tapi sebab dia sayang bangat ama mobil (buruk) nya itu.

Tapi kereta ni punyalah bijak..bila amet sampai dia ok pulak. Nak manja dengan tuan dia lah tu..geram betoi aku.

Memandangkan waktu berbuka pun dah masuk, maka berbukalah kami kat Shell, dengan ayaq tin (P/S : Canned beverage is very bad for health, especially if taken with empty stomach as it is an acid-forming food that may cause lots of health problems. Pesanan ini dibawa khas oleh Nutritionist anda).

Pastu try pusing-pusing kat Shell tu, kot-kot ada lagi bunyi. Tapi memang xdak. So aku pun drive la balik…Masa balik ni amet dok ikut ja dari belakang. Rimas betoi la aku kalau dia dok tengok aku bawak keta. Terpaksa la bagi lampu signal bila nak cilok!

Wednesday, October 04, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 10:54 AM



I AM A NUTRITIONIST

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang telah memberikan kami rezeki dari segala yang telah Engkau sediakan. Sesungguhnya rezekiMu terlalu luas dan tidak terkira banyaknya. Cuma kadangkala manusia yang terlalu memilih – mengikut selera dan nafsu.

Seperti yang semua sedia maklum, masa bulan Ramadhan ni pintu syurga dan pintu rezeki terbuka luas untuk kita semua. Aku juga tak terlepas dari merasa RahmatNya – dapat kerja baru dah…..Yeaayyy!!! Alhamdulillah….

Actually dapat tawaran ni last 2 weeks, tapi sengaja aku pilih nak mula keja awai bulan 10 ni (senang nak kira gaji…hehehehe). So aku dah mula start keja hari Isnin lepas, and still working until today – meaning that the job is ok la…if not, mesti jadik macam kerja kat Kirana hari tu – sehari ja pi keja!

Tapi tempat keja ni jauh sikit. Tapi takpalah, selama aku mula bekerja sejak lepas habis belajaq dulu mana pernah aku dapat tempat keja yang jauh dari rumah. Semuanya around 5 km saja. Tapi yang ni memang merasa la dok dalam kereta lama-lama. 15 km beb…meloya tekak aku tengok traffic jam tiap-tiap hari. (Ni mau ada kereta baru nih, baru best dok dalam kereta lama-lama. Amet..…hadiahkanlah saya sebijik Hyundai Getz..Lenguhla kaki saya bawak kereta ini….Hehehehe)

Kalau orang dok kata guna LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) setakat dari SS2 pi Damansara Utama, aku tak layan; sebab aku betoi-betoi guna LDP dari Damansara sampailah ke Puchong – kira fully utilized la LDP tu.

Saya harap kali ini saya akan bekerja bersungguh-sungguh dan dengan penuh minat yang mendalam sekali. Saya juga berharap agar saya akan mendapat kenaikan gaji dengan segera. Sekian dahulu karangan PMR saya yang bertajuk “Y****** seorang Nutritionist” (Sah dapat “E” sebab mix BM dan English)
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez