Thursday, September 28, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 11:21 AM
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Okay setelah lapanbelas kali cuba kurobek-robek keyboard cabuk ni dan portnya, dan duapuluhsatu kali restart komputer kuat nih, akhirnya jari aku berjaya menamatkan ketagihannya. Yeehaaaa…..aku nak tulih panjang2. bukan senang dapat guna keyboard juai mahai nih.

Hmmm…tapi bila dah dapat keyboard,taktaula pulak nak tulih apa. Oklah maybe firstly wish all the Muslims Selamat Berpuasa dan Menghayati Ramadhan. Menghayati ramadhan di sini maksudnya jgnlah pandai posa aje, pandai2 jugaklah p solat sunat Terawikh. Yalah walapun namanya solat sunat, tapi ringan2kanlah kaki pi musolla atau masjid. Lagipun zaman sekarang nih jarang sgt ada orang jalan kaki pi masjid. Semua dah ada keta, paling tidak pun moto cabuk. Tak akan penat punya. Lagipun banyak hikmahnya solat terawikh nih. Antara salah satunya ialah membantu mencernakan makanan yang kita melantak waktu berbuka tadi. So jgnlah terkejut kalau berat badan anda naik masa bulan posa nih – sebabnya tak pi solat terawikh la tu…

Untuk aku dan amet yang pertama kali menyambut Ramadhan bersama-sama, aku sentiasa mengingatkan dia dan diri sendiri agar tidak banyak boros pada makanan untuk berbuka. Ya, aku bukan nak kedekut. Tapi aku takmau bila raya nanti orang konpius sama ada amet pregnant atau tidak. Lagipun aku sendiri tak suka pi pasar ramadhan. Dah la ramai orang, buat tambah dosa ja. Nanti kalau nampak orang pakai yg tak senonoh, mula la mulut aku nak terbukak. So lebih baik aku duduk ja diam2 kat umah. Tapi sebenaqnya aku tak la duduk diam. Untuk 4 hari berpuasa ni, tiap2 hari aku masak sendiri juadah berbuka, dan jugak lauk pauk bersahur. Cuma kuih ja amet akan beli siap2 masa balik opis. Lagipun memasak di rumah lebih bersih, dan kualiti makanan pun terjamin.

Wah wah wah…nampaknya nasihat2 gue di atas tu lebih banyak berunsurkan kepada kesihatan dan penjagaan makanan ya. Tidakkah anda semua berasa pelik? Atau was-was? Atau kepingin bangat ingin tahu, gemana gue bisa jadik pantes bicara soal nutrien dan kesihatan segala? Hehehe…jawabannya kerna gue sekarang banyak bangat habisin masa baca buku-buku kesihatan dan pemakanan. Kenapa? Jawapannya akan disiarkan dalam masa seminggu dari sekarang. So, sabar-sabar aja deh…

Jadual aku sebagai suri rumah sepenuh masa sepanjang berpuasa ni jugak ada sedikit perubahan. Biasanya kalau aku boring, aku akan pi melawat OU, atau tesco, atau carrefour dan sebagainya. Tapi di bulan posa ni, boring tak boring aku duduk jugak terperap kat umah. Bangun pagi pukui 10, kemas2 rumah, basuh pinggan mangkuk periuk belanga, basuh baju, sapu sampah sampai pukui 1. Pastu tengok tv :-

10.30 MM Vitaoil bersama Chef Liza
12.00 WHI
1.00 Kisah Benar
1.30 Buletin 1.30 / Solat Zohor
2.00 Simbiosis
2.30 Bawang Merah Bawang Putih
3.30 Impian Ilyana
4.30 Malin Kundang

Pastu barulah aku mula pi kedai, beli barang2 masakan, dan mula memasak pada pukul 5. Pastu bolehlah solat Asar dan rehat sambil tengok tv lagi…

Begitulah aktiviti seharian Yue – The Great Hosewife. Hehehhehe….

Monday, September 25, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 12:52 PM
keyboard aku dh berminggu2 rosak.jari aku dh menggigil nak menaip cerita kat blog.aku tension n lapaq.ari ni pun keybod bodo tu masih x ok.aku guna on-screen kbod.nk taip byk ni pun penat.bodo!

Friday, September 15, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 5:45 PM
Do you have a blog? If your answer is “NO” or “WHAT IS A BLOG?”, you should have to start feeling fear of getting left far behind.

Blogs are online journals, or short for weblogs.

Blogging is fun. But sometime, blogging might turn to be dangerous, or might send you into big trouble.

Blogging about frustration of work, or about your boss, or company, does not seem like a brilliant idea. I myself, actually, have blogged out all my bad feelings of my work (before) almost everyday, until the day I resigned. Yet, still I do not feel comfortable now, especially right after what I found in The Star, Monday 11 Sept issue where the writer had very interesting stories of people who has been sacked because of blogging. While reading this, I feel like a big hammer is being knocked on my head. Ouchhh!!!

Suddenly I just realized that blogging about (or mengutuk) yor boss or company is very very very bad. And the worse is… I blog everything under my real name! Hahaha…Ye stupid idiot!!!
I am sre that anybody who knows my full name, can easily found mine via Google. Hey..come on, just take a minute and give a try – type out my name on Google and click the search button. Found me? Good….Hohoho bijak kan?

Now, I feel like lots of butterflies are flying madly in my stomach! Tak senang duduk beb…

What if my ex-bosses, or ex-colleagues found out my blog and spread the URL to other companies? So the next company can easily found out how bad I was in previous one. So it will be easy for the next company to throw away my resume intp the dustbin, or treat my email as SPAM.

And I have also learned one new word from the article, “dooced” – meaning ‘ getting fired over something you’ve written in your blog”. So everyblogger, lets stop blogging about (bad things at) work. Be careful of what you say, don’t get dooced.

And one more thing, don’t ever proudly upload yor most clear, shar photograph on your blog. Your indentity will be revealed easily. Unless, you are all the time, writing about good advice, nice words, good things and beautiful days. (ada ka org gila mcm ni?)

By the way, blogging MIGHT also help you to be hired. But, there are only limited person who were looking for bloggers – maybe publishing, writing, or entertainment companies. But please bear in mind : they definitely wont hire people whoblogstabbed their ex-company either.

Needless to say, blogging is very very very fun, yet risky too.

Monday, September 11, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 3:24 PM
DESPERATE HOUSEWIFE

Hehehe…so as per funnily discussed between Amet and Siti in my chatbox – I have to confess that yes, I really just work for one fuckin’ day. Goddamnit. Hahaha….

Well the story is like this - I went for unfortunate interview and they agreed to hire me ( I saw that budak2 yg keja kat situ put a small note on my form “Boss, ambikla dia ni sbb dia ni cun gile”) .

The next day I went to work, at 9.30 a.m. and they tell me that my job is gonna be as simple as A B C. I just need to sit there, waiting for customers to come in. And, if they do come (rarely) just give the sweetest smile and say nothing until they ask. Don’t need to promote anything. Because the products are doing their self-talking (sapa tak kenal this lady kan).

So I did as per requested la kan. When the customers come in, I give a warm welcome and let them look around. But most of them are non-Malay; so most of the time I speak in English la with them. Tanpa disedari, I was observed by my new boss. So he called me.

New Boss : Macamana awak boleh cakap Inggeris very well? Fluent jugak ek?

Aku : (Alamak apa aku nak habaq nih?) Err takde lah encik. Saya boleh cakap skit2 ja.

New Boss : Awak berminat nak jadik Supervisor tak?

Aku : Takmaulah encik. Lagipn saya tak pandai buat keja ni. Saya baru nak belajar.

New Boss : Takpalah, awak keja dulu, saya akan tengAk awak keja dulu (He always pronounce tengAk, instead of tengOk). Kalau dalam masa sebulan dua ni awak ok, maybe saya akan jadikan awak supervisor. Tengak mcm your English bagus jugak ek.

Aku : Errr..takmaulah encik. Saya tak biasa…

New Boss : Jgn risau lepas awak belajar saya rasa dlm seminggu dua ni awak akan biasa. Sekarang ni apa kata awak isi borang maklumat diri ni dulu. Nanti saya tunjuk pada Puan Sharifah. Awak ada SPM kan? Dpt gred berapa?

Aku : Errr….SPM gred 3 encik. Saya tak pandai sgt. Takleh jadik supervisor encik. Saya tak bleh..

New Boss : Takpalah isi dulu borang ni.

Aku : (Apa aku nak tulis ni? Nak habaq aku sekolah mana? I was graduated from a boarding school la wei…a very famous one plak tu. Mesti terbelalak mata dia kalau aku tulis MRSM PC kat borang tuh. Itu belum termasuk aku tulis Degree : BSc. from University Malaya lagi....)


So at last I decided to put my first school – SMKAP, from form 1 to 5. hehehehe…. Graduated with SPM gred 3. hehehhee….

It was 5.30 p.m when he asked me to go home.

New Boss : So Yus, awak bleh balik skrg. Esok awak masuk shift ptg ok, masuk pukul 2.30 hingga 10 mlm. By the way, mcm mana awak dtg keja? Naik bas ke? Bas nombor berapa? Kalau balik mlm boleh ke? Ada bas lagi tak?

Aku : (Ohhh shitt…nak tipu lagi ker? Aku? Naik bas? No berapa? Matilaa aku…) Ha ah ye..naik bas. Ntah tak ingat bas tu no berapa. Tp ada le bas Rapid KL yg lalu nak pegi IKEA dan OU tu. No berapa ntah…lupa plak….Ok lah encik, saya balik dulu nanti terlepas bas plak.

Sampai kat parking pay station, I cant stop my head from turning back – takut dia nampak aku bayaq tiket parking. Hahahaha….Parking bas ke makcik? Hahaha...

Tapi geli hati aku tu tak lama when I saw that the pay station is showing the total of RM7.00. Ohh Shittt..!!!!

Then I read this :

First 6 hours RM1.00
Subsequent hours RM2.00 per hour.


I always thought that it is RM1.00 per entry no matter how long you park there. Shit Shitter Shittest!!!

Less motivated, I went back and told Amet everything happened. That is when he came out whith his self-experienced story : once upon a time he worked with a company for a month, but at the end of the month they pay nothing. While he had already spent the whole duit tabung for minyak motor and meals – he really regret of what happened and advice me not to go working there anymore and experience the same bad thing the end of the day.

Some more he just don’t like the idea of me working night shift. I know that he wasn’t worry for my safety, but cant face the fact that he’s gonna suffer eating at the restaurant down there, and not my deliciously hand-made food. Hehehehehe…
And some more I will need to work on weekends (compulsory) – he dont like this too as he will feel lonely because he’ll has nobody to “play” around with him. Hahahaha…

So the next day, I wake up late – and start doing my routine as a housewife….La la la la la…

Wednesday, September 06, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 10:31 PM
I"LL BE WORKING

It has been 21 days since aku berhenti keja. In the meantime, I have submitted lots of job applications – tapi belum ada yang nak panggil aku interview or have a ‘chit chat’.

Yet, still ada orang tuduh dan anggap aku sengaja melepakkan diri kat rumah, tanpa sebarang usaha mencari keja. Hey I want to tell you something, eventhough aku tak kerja, aku tak pernah mintak duit kat sapa-sapa tau. I eat and pay the house rental, the bills on my own. Aku Cuma tengah tunggu ada orang panggil aku interview. And on the same time, I keep on sending resume to here and there.

Aku bukanla nak mengungkit apa-apa, terutama perihal duit muit nih. Tapi kekadang terasa sedih jugak kalau selalu sangat dengar kata-kata pedih macam ni. Lagi satu janganla salahkan aku berhenti keja kat Cerebos tu. Kalau lah org yg berkata-kata tu yg ambik position aku masa kat cerebos dulu, mesti dia keja tak sampai setahun pun. At least aku boleh gak la tahan sampai 20 bulan.

Kalau lah pembaca sekalian meneroka kembali liputan blog aku sebelum sebelum ni,most of it adalah caci maki dan kutukan terhadap keja aku sendiri. Banyak sangat dah aku mention how I was so stressed working there – especially when liasing with those fucking damn gov bodies.

I really hate that! Aku benci ! Aku memang dah tak boleh tahan keja situ! Benda dah lepas, aku dah tinggalkan position tu, apa nak pikiaq lagi. Sudahlaa.

Disebabkan mulut yang berinsuran itu terus berkata-kata mengutuk aku, aku terpaksa mengambil initiative untuk tidak terus duduk ja kat umah (Dia ingat aku dok umah goyang kaki dan bontot ja. Dia tak tau aku basuh baju laki aku, kemas umah, masak, p buang sampah, p kedai, banyak tau keja aku).

Dengan sengaja aku telah pergi round-round petang semalam, and voila ! Hari ni aku dah dapat keja. Tak kisah la gaji sikit pun, as long as aku ada duit sendiri, cukupla buat sementara waktu ni. So I will back to work tomorrow….

Friday, September 01, 2006

PotPet dari Yue Yusof at 1:54 PM


MAJLIS PERKAHWINAN YUE & AMET

Dah lama sesangat tak updet kat sini.So hari ni nak pulun cerita kisah masa hari kenduri.Rasa terkilan sampai hari ni, walaupun dah 12 hari berlalu.Rasa sakit hati dan sedih, dan tak puas hati masih bengkek kat jiwa aku nih.

Selalu bergenang ja ayaq mata bila ingat kata-kata ayah “Hari kenduri nanti make sure camera ada org pegang, ambik gambaq suasana kenduri – masa org siang daging, buat keja2 persiapan.At least satu camera pun ok. Tapi lagi baik kalau **** yg janji nak ambik video tu ada. Kalau adik beradik lain yg ada camera, sruh depa ambik gambaq majlis kenduri tu sama. Jgn ambik gambaq pengantin ja, ambik gambaq org2 yg buat kerja ni jugak.”

Sampai ke hari ni aku masih termimpi-mimpi, kalaulah aku boleh undurkan masa, aku ingin kembali ke hari kenduri tu, pegang camera, ambik gambaq majlis tu, khas untuk ayah…..Maafkan saya ayah…..

Dan tentatif majlis jugak tak berjalan lancar seperti yg telah dirancangkan. Supposed to be aku kena siapkan diri by 12 o’clock and get ready kat umah aku, layan tetamu. Tapi, disebabkan mak andam aku tu fully booked, maka make up aku telah di delay sampai pukui 1.30 tgh hari. Aku balik umah, dan pengantin lelaki pun sampai.

Sepatutnya kami duduk lama sikit kat umah aku, sbb dh lewat sampai. Kena la bagi peluang tetamu yg mai umah aku utk tengok aku. Lagipun kalau balik umah pengantin lelaki awai2 pun takde maknenye sbb semua kawan2 amet pun dah mmg ada kat umah aku. Tetapi disebabkan oleh seorang pakcik tua yg nak sangat memelihara adat kononnya, kami telah dipaksa dengan sekeras-kerasnya untuk balik ke mah pengantin lelaki tepat jam 3 petang. Semua org kat umah aku – mak, ayah, sedara mara semua terkejut dan keadaan menjadi sgt kelam kabut. Tapi aku terpaksa. Aku tak mampu buat apa-apa lagi melainkan melangkah lemah ke sana.

Kalaulah aku boleh buat kenduri sekali lagi, aku akan pastikan hati mak dan ayah betul-betul gembira…..

Dan bila malam, sepatutnya aku dan amet balik tidoq kat umah aku. Sepatutnya balik awai, dalam pukui 9, sebab nak cover yg siang tadi. tapi disebabkan ramai yg mementingkan diri sendiri, tau depa ja nak seronok,langsung tak memikirkan hati aku yg sedih dan terkilan sejak siang tadi lagi, sampai pukui 10 mlm aku masih lagi terpacak kat sana, tak . Kononnya lepas bukak hadiah lepas maghrib aku bolehla balik. Tapi depa dok bergelak ketawa, nak makan nasik la, nak mandi la, nak itu, nak ini, semuanya dilakukan dalam keadaan yg amat lembap dan mengada-ngada sekali – membuatkan aku rasa nak mengamuk. Kalau ikut hati nak ja aku call ayah suruh mai ambik aku kat sini.

Disebabkan terlalu stress dan tertekan, kepala aku pun naik pening dan muntah-muntah. Masa tu barulah aku dibawak keluar dari situ. Disebabkan laki aku ni pulak terlalu excited (sbb period aku dah lewat 9 hari masa tu), dia nak sangat2 bawak aku jumpa doktor. Sekali lagi kat hospital tu aku mengamuk, menjerit2 mcm org gila, call mak aku suruh mai ambik aku kat situ. Sebab aku dah terlalu amat sanagt tension dan stress.Ak nak balik umah! Aku nak balik umah!!!!!!

Sampai umah dlm pukui 12, aku mandi, rest, barulah rasa lega sikit. Kalaulah aku tau yg majlis kendri kawen ni macam ni punya dahsyat, mampoih aku tak buat. Biaqla org kata aku kawen lari, aku rela, daripada terpaksa melukakan hati banyak pihak. Aku betoi-betoi mintak maaf pada semua……
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez