INSPEKTOR POLISI cum PERAMPOK
Dah lama gila aku pendam kisah ni.Actually benda ni bukan first time jadi, tapi dah banyak kali,dah berulang-ulang kali, dah laamaaa daaahhh....
Ketika aku balik kampung 4 hari yang lalu, aku dah bertekad dlm hati, aku takmau ambik peduli tentang hal orang dah.Aku tak akan mengutuk org dah dalam blog aku ni.Aku nak blog nih jadik suci bersih dan hanyalah tempat untuk menenangkan minda dengan benda2 yg lebih berfaedah.
Tapi ya lah,dah nama pun blog,makanya aku terpaksa jugak meluahkan rasa gundah gulana aku ni kat sini.Kalau aku banyak2 sangat cerita secara lisan kat org,org akan kata aku suka mengumpat. So mau tak mau terpaksa lah nulis kat sini.Sori ya blog,aku terpaksa mencabulimu lagi...
Dulu,pada suatu ketika yang lalu, dia tinggal di bilik sebelah.Pernah seorang x-housmet aku berkata-kata pada aku "Kau mesti jaga2 skt brg2 kau.Dia tu suka ambik barang org tau.Dulu dia selalu pinjam tudung aku.Tapi sekarang ni dia dah x 'pinjam', dia ambik je.Aku mungkin tak marah sangt kalau dia ambik tudung yg aku gantung2 kat hanger,atau yg aku dah pakai,atau tudung yg biasa2 je.Ini tak, kalau dia nak ambik,dia ambik dalam lemari aku,dia selongkar habis drawer aku.Dia ambik tudung yg baru2,yg cantik2,yg mahai2,yg ada batu2 permata kat tepi2 tu.Aku pun jarang2 sekali nak pakai tudung2 tu.Dia dah la tak mintak,buat pakai pi keja plak tu.Hadoi..dia ingat aku nih supplier tudung dia ke?Kalau supplier pun org bayar,ini pakai free.Bla bla bla..."
Begitulah leteran panjang mangsa pertama beberapa bulan yg lalu.
Tapi masa tu aku mana kisah sangat.Benda tak jadik kat aku.Aku tak kisah la.Cuma, aku mmg rasa simpati sangat dengan si mangsa.Tapi apa aku bleh buat?Lagipun aku kat bilik lain.Bukankah aku akan nampak sangat tidak siuman sekiranya aku tetiba pi pasang padlock kat setiap laci si mangsa?
Hinggalah apabila peristiwa seperti itu berlaku atas batang hidung sendiri,baru aku sedar - Hey,this is serious man!!! Memula aku nak buat tak kisah ja. Tetapi lama kelamaan dia makin menjadi-jadi (dengan Twisties!). Memula dia cuma selalu masuk pinjam stapler, gunting,salotape, kamus, and few other things. Pastu dia mula belek2 tudung la, baju la,tp x pinjam lagi,tp nampak macam berminat (Apa la yg nak suka sangat dgn baju aku? Aku cuma beli kat kedai reject ja la..)
Ok pastu tahap kedua, dia dah mula main TERJAH! macam dalam Melodi tu. Tetiba ja buka pintu bilik aku. Tup tup dah terpacak dalam bilik aku. Pastu nak pinjam apa, tak mintak dulu dah.Ambik dulu baru cakap nak pinjam. Kadang2 ambik buat derk ja macam aku pi beli barang tu khas untuk dipinjamkan pada dia.
Tahap ketiga, Siti mula cerita dia selalu kehilangan brooch, dan barang2 dalam bekas dia selalu nampak seperti diselongkar.Pastu plak brooch yg hilang tu jenis yg berbatu permata,yg berkilat2 gitu (Sifat perampok dikenalpasti - dia suka sangat dengan barangan berkilat-kilat).Dan satu hari Siti terjumpa brooch yg dia tak pakai,tapi ada kat depan pintu umah. Brooch Siti berjalan-jalan?
Tahap keempat, kami beramai-ramai mula menyedari tindak tanduknya yg semakin ligat.Dia "pinjam" kamus aku dari bulan Januari sampai bulan Mac. Itupun aku sendiri pergi ambik kat rak baju kat bilik dia.Dia "pinjam" brooch Siti lagi dan lagi dan lagi.Yang lagi kami hairankan,apa saja harta kami yg dia nak pinjam, dia mesti tau kat mana nak pegi ambik.Tak payah cakap kat mana kami letak.Pelik?
Tahap kelima,lagi aku sakit hati - dia dah pindah masuk bilik aku plak!!! Dia dah letak barang2 dia tanpa ada plant draft.Langsung tak comel dah bilik aku, serabut macam sabut.Sebab tu skrg ni, asal aku balik keja ja pening kepala,asal balik ja rasa loya.Macam ni aku lebih suka lepak dalam keta pelanduk aku tu.Biaq kecik asal comei.
Tahap keenam, aku selalu hairan mana selipar aku yg cantik jelita tu selalu menghilang.Selalu sangat.Pagi ada petang tak ada.Apa selipar aku ni keja shift malam ka? Pagi2 esok bila aku nak pi keja ada balik. Bila aku balik keja tak ada pulak.Paling aku bengang bila aku nak pegi swimming, aku tak ada selipar nak pakai. Woi tolongla woi...aku cuma ada satu selipar ja woi. Jangan la hambek selipar aku tu...Selipar tu mmg cantik dan aku tau dia mmg suka sangat benda cantik2.Memula aku langsung tak terfikir dia yg ambik.Aku ingatkan budak hantu yg dah blah tu yg rembat.Rupa2nya jangkaan aku meleset apabila selipar itu hilang dari hari Jumaat hingga hari Ahad dan ditemui semula pada hari Isnin pagi.Fuuhhh...ini CSI pun takleh nak settle masalah ni.Ya la mana pernah ada CSI tangkap pencuri selipar?
Apparaaa...selalu citer dia lah engineer yg terhebat di abad ini.Dia punya ujian IQ dapat high mark la,dia registered dgn engineer-club or society-something la,dia selalu ada invitation from some-enggineer-thing la,dia pergi dinner dgn those Ir. ones, dia di-offer for those higher higher engineer post la,macam2 yg hebat bg seorg engineer tu mmg dia lah yg punya.Tapi???? Selipar satu pun takleh beli ka? Aiyaakkk!!!! RM 2.00 saja la...
Taham ketujuh,dia selalu masak tak kemas.Masak pandai,makan pandai,bab kemas mengemas dia tinggai kat kuli batak macam kami ni yg buat.
Tahap kelapan,she claims that she is the "Half-Perfectionist Person". Nak gelak tak? Errr..Muahahahahaha..Hoi dont you realise that you are NOT even a quarter-perfectionist?. Please dont tickle my belly. Hak hak hak....Geli geli geli....(Abg should know what would happen if you continue tickling me...I would pee on you....Hahahaha.)
Tahap kesembilan,dia suka sangat tengok apa barang yg aku pakai.Pastu tanya dengan memek muka yang menjengkelkan "Bagus ker barang ni?". Aku kadang2 blur.Adakah dia berminat dengan barang aku tu? Atau adakah dia nak perli, atau mengejek aku? Maklumlah,perfume aku Estee Lauder tapi Petaling Street version...Facial care aku Dermalogica,Padang Besaq version...mana ada aku pakai brg2 ori...dia lain la..dia kan engineer..aku mana mampu nak beli macam dia...
Tahap kesepuluh,berlaku pagi tadi - dia tanya aku.Lebih tepat - dia perli aku.
Dia : Akak pegi Kuantan dengan apa?
Aku : Naik bas.
Dia : Eh? Takkan company hantar exec naik bas jer? Diorang tak kasi keta company ke?
Aku : Tak.Company aku kecik je.Mana ada keta company segala bagai.Naik bas pun dah cukup.(Aku dah mula hangin la ni)
Dia : Eh siap2 awal pagi ni nak pegi mana?
Aku : La hari ni kan hari Isnin,nak pegi keja la.
Dia : Eh, keja ker hari ni? Company tak bagi cuti ke? Kan akak baru sampai semalam?
Aku : Ala semalam sampai KL pukul 4.30 petang.Dah cukup rehat dah.Buat apa dok kat umah pun.Boring.Dah puas tido.
Dia : Eeiii..terukla.Biasanya company kitorg dulu kalau outstation dia akan bagi satu hari off.
Aku : (Dia je.Malas nak layan)
Hello...kalau kau nak tahu.Aku pegi Cherating tu bukan buat apa2 pun.Aku tido setiap hari dari pukul 2.00 ptg sampai 6.00 ptg.Pastu bangun,pukul 7.00 malam siap2 pergi dinner.Pastu lepak2 kat pool,jalan2 tepi pantai,minum2 lagi. Balik tido sampai 7.00 pagi, bangun pegi breakfast.Pastu mandi laut.Pastu main apa2 game - beach volley ball,main sukaneka,beach soccer,pi gym,pi sauna - and this is all FOC.Dah 3 hari aku dok lepak,tido,main2, apa lagi aku nak buat kalau aku cuti hari ni?Aku dah puas relax & rehat. Woi kalau ko nak sangat ko cuti laa..!!!
Aku memang dah hangin sangat.Dia suka bertanya macam polis, dia suka bangat ngambil barangan orang,macam perampok!
Aku & Siti ada plan nak belikan brooch dan selipar untuk dia.Kesiannn...dia kan? Tunggu kau.Aku balik kampung ni aku akan beli banyak2 kat Padang Besaq.Kau ambik lagi barang kami,siap!! Aku nak nasihatkan,jangan sampai nasib kau sama dengan budak Dublin tuh.Ok?
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Kalau call polis,report kes-kes jenayah,biasanya apa yg diorang buat? Dia cuma datang,tengok2,tanya sikit2 lebih kurang,pastu ambik gambaq, then blah.
Aku ada satu problem.Dan aku tak pasti sama ada aku patut call polis atau tidak.
Ada seorang lelaki cina,berdiri kat gate rumah aku,stare through the window,and playing with his "sex-tool" atau lebih senang cakap - dia dok melancap kat pagar umah aku.
Dan kami semua telah membuat persetujuan bahawa dia ialah orang telah mencuri handphone kami, dan dia juga ialah orang yang cuba meragut aku lebih kurang sebulan yang lalu.
Kalau aku report, aku tau polis tu akan kata "Baik,saya akan hantar orang2 saya untuk buat rondaan lebih kat kawasan tu".
Hello Encik Polis, encik tau tak orang2 encik tu cuma ronda sekali,pastu lepak kat kedai mamak 8 jam.Bila masa la dia nak jumpa dengan "jantan gila" tu.
Pendapat aku : Daripada aku call polis, baik aku sendiri je tenyeh K**E apek tu !!!
BODOHHH!!!!