Wednesday, September 21, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 10:18 AM
Ya Allah..berikan aku hati yang tenteram,aman, dan damai Ya Allah. Jauhkanlah hatiku dari perasaan benci dan dendam sesama manusia Ya Allah.Peliharalah hatiku dari hasutan syaitan. Semoga Engkau memberikan balasan yang sebaik2nya kepada mereka yang telah menegurku. Jauhkanlah aku dari hati yang sentiasa bersedih kerana masalh dunia semata2 Ya Allah. Ringankan mataku untuk menangis kerana memohon keampunanMu, dan menginsafi dosa2ku.Ya Allah peliharalah hambamu yang lemah ini dari kesilapan dan kesalahan. Janganlah aku tersilap langkah lagi. Janganlah tingkahlakuku menyakitkan hati dan mata orang lagi. Peliharalah gerak geri aku Ya Allah.
Engkau telah mengujiku dengan penyakit dan kesakitan sebagai kifarah dosa. Tetapi aku telah menjadikannya jalan untuk menambah dosa! Aku tak tahu bersabar? Ya Allah jadikanlah aku hamba yang hanya yakin pada kuasaMu. Jadikan aku hamba yang suka merayu dan memohon hanya pertolonganMu. Bukannya merengek2 pada manusia lain. Ya Allah jadikanlah aku benar2 kuat untuk hidup sendiri tanpa pertolongan orang lain Ya Allah. Jauhkanlah dari hatiku daripada perasaan cinta yang melampau2 pada manusia dan dunia. Lindungilah aku dari segala kelemahan Ya Allah. Lindungilah aku dari segala kelemahan,lindungilah aku dari segala kelemahan…

Kepada Mak Kiah – Maafkan Yue sbb selalu tak sabaq dalam buat sesuatu tindakan. Maafkan Yue sebab merosakkan hubungan Azmir dan adik beradik dan sedara mara. Maafkan Yue sbb buat kepala Mak Kiah pening.

Kepada Angah – Terima kasih banyak-banyak sangat sbb banyak tolong Yue masa Yue sakit hari tu – masa demam dan masa kena gigit tebuan. Terima kasih sebab jaga makan minum Yue masa tu, dan banyak bagi nasihat untuk jaga kesihatan. Yue jugak ak mintak maaf dengan Angah sebab dalam tak seda, kehadiran Yue kat situ rupa2nya buat orang tak selesa.Maafkan Yue.

Kepada Along – Yue nak mintak maaf banyak2 sangat2. Walaupun Yue tau, dalam hati Along memang dah tak ada lagi kemaafan untuk Yue. Yue tau yang Along tak akan suka Yue dah sampai bila2. Along dah cemuih! Tapi apa lagi yang Yue boleh buat? Selain terus berharap sampai satu hari Along akan mafkan Yue. Kalaulah Yue tau kedatangan yue ni tak diterima, mesti Yue tak akan pi sana.Tapi apa2 pun Yue dah tersilap langkah. Jadi, kalau boleh Yue nak mintak Halal apa yang pernah Yue makan, minum dan guna pakai masa Yue menumpang kat sana.Yue akan cuba jaga kaki Yue yang kotoq daripada menjejak lantai umah tu lagi.

Kepada Abang – Ayang tak sepatutnya muncul dalam hidup abang.Ayang mintak maaf sangat2…

Ya Allah, berilah balasan kebaikan dan curahkan segala RahmatMu kepada mereka semua yang telah banyak membantu aku. Semoga hati mereka sentiasa kaya dengan Kasih Sayang..sebagaimana yang telah Engkau berikan kepada aku. Alhamdulillah…

Friday, September 16, 2005

PotPet dari Yue Yusof at 8:14 AM
Adoihhh....Ya Allah..Sakitnya perut aku ni...Dah hampir seminggu perut aku ni sakit.Takmau baik2.Heran.Dah pi klinik.Dah kena inject.Tapi tak elok2 jugak.Tiap2 hari sakit.Aku dah takut nak makan la ni.Dah berapa hari asyik makan roti plain ja.Aku dah fobia dengan makanan.Jauhkan makanan itu dari aku..!!! Ya Allah..jangan Kau tarik nikmat makan dari aku...Takutnya...
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez