Wednesday, May 26, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 12:38 PM
Hari ni aku terlupa bawak henset pi keja.ntah apa yg aku ingat masa nak keluaq umah tadi. Cuma yg aku ingat, aku rasa takut + gayat sikit masa nak masuk dalam keta tadi. Semalam masa aku balik hujan lebat sangat. Aku rasa takut jugak drive sorang2. Ntah pasai apa sedangkan sebelum ni aku tak pernah takut. Hmm memang ada terasa jugak beberapa perubahan dalam diri aku sejak 2-3 hari ni. Takpalah maybe sebab perubahan fisiology dan biology body aku lepas demam ni. Cuma aku harap memori aku tak akan terus lemah macam ni. Aku tak suka. Aku nak jadi orang bijak.
Hmm keja banyak jugak tapi aku cuba take it easy. Takmau kelamkabut sangat kot2 badan aku terkejut lagi. Bila aku renung tenung balik, barulah aku sedang, dalam 2 bulan kebelakangan ni, aku memang busy gila. Tak berenti2. sat pi Langkawi, sat KL, sat Penang, pastu KL lagi. Tak pernah ada kat rumah! Hmmm rupa2nya badan aku dah lama nak mintak rehat. Kesian dia. Aku akan cuba manage time supaya jadi very berQuality. Buat masa terdekat ni aku kena siapkan fail untuk meeting semua pengurus cawangan seluruh Malaysia hari Jumaat ni. Petang ni pun ada meeting. Dan hari Jumaat ni jugak aku kena pi Penang. Lagi???

Tuesday, May 25, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 4:28 PM
aku cuba edit semula skins yg tak berapa nak menjadi ikut selera aku tu.lantaklahhh.
hari ni aku mula kerja balik.actually dah 6 hari aku demam panas.demam tak kebah.sampai aku pitam kat umah tok haitu.sampai kena inject kat tooot.hmmm...dah lama aku tak demam.kali ni kena memang betul2 dia bagi.siap "menggila" lagi.tapi syukur alhamdulillah.massa aku demam tu,aku solat on time semua.isk naik takut gak aku.sebab automatically bila masuk aja waktu, kaki aku terus...aja.sedangkan sebelum ni kalau tak akhir2 waktu, ataupun tak ada langsung :(Teruknnya...
Aku tanak komen apa2 tentang hari ni.sebab aku rasa macam tenang dan hepi aja.biasanya life kat opis aku ni macam dalam medan perang.tapi hari ni aku pun heran.semuanya nampak tenang.mungkin ini kesannya kalau kita solat ikut waktu.aku akan cuba istiqomah.cuma...malangnya hari ni aku dah start berdepan dgn hormone tue...
memula aku ingat tanak on henset lagi hari ni.sepanjang aku ddemam aku off aja 24 x 6 jam.malas nak dengaq sora sapa2.rimas.tapi nasib baik aku on.banyak jugak faedah.satu, En.Nizam call, dia nak mai from Penang utk hantaq pH meter baru.Yeayyy!Dua,Hang call aku,Yeayyy!
Hmmm...hopefully hari2 mendatang jugak akan terus membahagiakan aku.Aku nak stop thinking about that stupid things yang tak akan happen dalam masa yang amat terdekat ini. Kalau jadi pun maybe laaammmbat lagi.Ok Stop Thinking!

Sunday, May 23, 2004

PotPet dari Yue Yusof at 6:23 AM
huyoo tak sangkalah blogger akan bertukaq rupa.cantik dan lebih user friendly.skins pun best2.hmmm nampaknya memang dah lama sangat aku tak log in to blogger.sampai dia dah tukaq pesyen pun aku tak tau.aku ada satu azam!aku nak tulis blog tiap2 hari mulai hari ni!hahaha!janganla tak percaya.aku akan cuba.sebab aku tau,inilah salah satu cara untuk meningkatkan kualiti hidup sbb memblog buleh mengurangkan stress (ya ka?).aku rasa aku terlampau stress sejak berpindah ke opis baru ni.(tapi syarikat sama).
 
wedding ticker

:: Memoirs of a Yue :: Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez